Monday, August 23, 2010

0 Tarbiyyah Ramadhan 3 : Jejak Rasul

Ok. Mungkin kita akan bercerita sedikit mengenai jejak rasul. Kebetulan awal pagi tadi, pada jam 3, aku berkesempatan untuk bersahur di sebuah restoran di kawasan berhampiran. Kebetulan juga, jejak rasul ditayangkan pada waktu tersebut.


Dalam siri tersebut, krew jejak rasul menjejakkan kaki ke bumi Palestin, Jerusalem. Menarik perhatian aku, apabila mereka memberitahu untuk memasuhi kawasan Jerusalem, walaupun masih milik rakyat Palestin, tetapi imigresen antara Jordan-Jerusalem itu dikawal oleh rejim Israel.


Membawa misi untuk menyelongkar siapakah Israel, krew jejak rasul bertemu dengan bekas mufti Jerusalem. Beliau menyatakan bahawa, Israel adalah Nabi Yaakub a.s.. El itu katanya bererti Allah dan Isra itu membawa maksud hamba. Israel itu dalam erti kata lain adalah hamba Allah.


Aku tidak terkejut mendengar penjelasan bekas mufti tersebut sebab aku masih teringat masa menyelak tafsir Al-Quran dalam Surah Al-Baqarah, ada dinyatakan pada bahagian tersebut bahawa Israel itu adalah nama lain kepada Nabi Yaakub a.s..


Kembali terfikir sebenarnya. Masa aku menyelak tafsir tersebut aku dah mula terfikir, kemudian terpendam seketika dan akhirnya persoalan ni kembali bertandang. Apa hukumnya jika kita mengeji Israel? Tidakkah bererti segala penghinaan itu kepada Nabi Yaakub a.s. ?


Wallahualam, aku tak berani beri jawapan tapi seeloknya, yang musykil bagi kita elok elakkan. Mungkin seeloknya kita hanya merujuk Israel untuk negara dan rejim zionis untuk orangnya?


Apa beza kita (masyarakat Muslim sekarang, khususnya Malaysia) dengan Yahudi? Seorang (rakan? ustaz? tak ingat) pernah cakap, Yahudi pun baca Al-Quran, kita pun baca Al-Quran. Bezanya kita baca, beriman, beramal, tapi tak faham. Yahudi, baca, faham, amal, tapi tak beriman.


Hasilnya, kitab agung kita yang tercatat segala pantang larang yang seharusnya membawa kepada kejayaan umat Islam digunapakai oleh masyarakat Yahudi dan diamalkan oleh mereka untuk mencapai kejayaan di dunia.


Sebagai contoh, aspek pemakanan.

Tidak wajar aku postkan isi daripada web lain tanpa kebenaran, jadi anda boleh baca faktanya di sini: link


Juga ini hakikatnya mengenai Yahudi: link


Wallahualam.


p.s. : wajibkan bahasa arab untuk pelajar muslim di sekolah rendah. bahasa 1 Malaysia tu boleh ditawarkan di sekolah menengah.

0 comments:

Post a Comment

 

:: Bila Angin Berbicara :: Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates