Wednesday, September 28, 2011

0 Raya ke?

Bila aku dah mula lama tak update blog dan tetiba datang satu masa aku melompat dalam blog secara tiba-tiba untuk update, fahamlah, ada la mendanya tu kan.



Baru tadi ada majlis raya untuk kos aku. Aku xexpect lebih pun cumanya harap majlis berjalan lancar dengan keberkatan, tu yang penting.




Malang sebenarnya, lancar memang lancar (walaupun kekurangan makanan). Diorang ada cakap ada persembahan daripada junior2 baru. Ok. Aku expect macam nyanyian ataupun tarian tradisional ke apa. Who knows, diorang buat tarian.




Memang, zaman Rasulullah S.A.W. dulu pun nabi benarkan hiburan pada hari raya, sebab untuk meraikan hari raya tu. Tapi agak-agakla buat persembahan. Sebelum aku pegi majlis tadi, aku dah sebut kat budak atas katil aku, aku cakap, ada persembahan, mesti lagha.



Tak sangka, bukan setakat lagha, malah penuh kemaksiatan. Guys, girls, those who called themselves Muslim, don't you guys feel ashamed to watch such performances? Yang non-muslim nak menari tu lantak dia la, tapi yang muslim pakai tudung siap menari sama. Tapi yang non-muslim buat persembahan menari tu pun agak-agakla. Pengertian raya tu lebih mendalam untuk dipenuhi dengan persembahan yang (censored) macam ni.




Aku ingat satu je tarian diorang buat, tengok-tengok semua penuh dengan tarian. Hello?? Kalau pro macam dalam "So You Think You Can Dance" tu ok la jugak. Ke macam senior tahun lepas yang terer menari Bharata Natyam (walaupun tak berkaitan dengan raya, tapi at least takde la rasa macam pegi majlis maksiat je).




I can take one dance, but the whole performances were all dancing performances??? C'mon, can't you guys think something better? Muslim junior, it goes to your shoulder when you hold such event to educate the rest about what raya is all about.




Kita sambut raya, kita disuruh bergembira, tapi batas, hukum dan ajaran agama Allah masih berjalan seperti biasa. Takdenye raya, tetiba kita cakap, oo raya, boleh buat apa saja. No, that's not the way. Funny and ironic how short their thinking had been to perform such dancing.




I was there, I thought of leaving the hall. But I was at the front, it would look improper for me to leave the ceremony and not coming back when it's too obvious at the front. So, from overall performances, I took less than 1 minute on every performance, just for a glance and felt uneasiness along with disgust. From the moment the first performance started, I logged on my facebook (Alhamdulillah my hp can log in the internet) and just read articles posted there instead of watching such performance.




Some might say, you are being negative, bla bla bla, and some might look me at a very different angle and a very different manner. Some might say, I did not appreciate all their hard work and effort to hold the raya event. Sorry, I'm just being me, expressing what I think is right for me and for everyone else to ponder. This sort of thing is just not meant for me. And I chose to walk a different path than any other youth or youngster might take.



p.s.: Disappointed, disgust, felt very sinful to attend such event. Tak pernah pulak rasa macam ni masa pegi mana-mana event kat London/Paris/Greece. Guys, you guys are going overboard than those people you blamed to have brought the so-called "Budaya Kuning" from the Western Country. Think...

Tuesday, September 20, 2011

0 Novel, Cerita Unlimited!

Nak tergelak pulak bila aku baca balik pasal post aku sebelum ni pasal Love Post tu, sebab bunyinye macam perasan sendiri la plak kan. sorry la banyak2 pasal post tu kalau ada yang baca rasa nak termuntah ke. haha.



Okla, back to the main topic. Beberapa hari lepas, aku balik umah sebab akak aku tunang. Pada masa yang sama aku browse website tengok game n cerita n anime. Masa browse tu terjumpe game Silent Hill. Masa tu, masa lampau semua terimbau kembali.



Aku teringat aku pernah buat misi untuk tulis 8 buah sekuel untuk sebuah novel yang terilham lepas aku tengok game Silent Hill ni. Boleh dikatakan ciplak untuk idea pasal tempat tapi segala jalan cerita dan pengukuhan cerita tu tak sekuat cerita Silent Hill. Aku namakan cerita aku Hidden Hill. Aku mula tulis cerita ni sejak dari aku form 3, lepas pmr, aku rush nak buat cerita hantu kononnye.



Aku mula tulis cerita pun mula dari form 1. Aku tak tahu dari mana datang semangat nak tulis novel semua ni, tapi aku sangat berminat giler dulu. Boleh dikatakan aku boleh duduk depan meja ataupun depan tv, pegang pen, karang cerita dalam buku. Novel pertama (so-called novel) yang aku siapkan pasal magic, lebey kurang cam charmed cerita dia. Aku tak berapa puas hati dengan jalan cerita dia sebab tak constructive.



Lepas aku bagi kawan aku baca, aku mula tulis novel kedua aku, Between Love and Life. Aku tanya kawan aku masa tu lebey kurang macam dia akan menggerakkan cerita Between Love and Life tu dan aku tulis. Mungkin masa tu aku anggap cerita tu paling constructive yang aku berjaya tulis. Dan lepas abes aku tulis novel tu, aku sambung dengan novel pendek yang membosankan, Forever and Ever, cerita pasal dua beradik. Yang ni plak cam klon untuk cerita One Tree Hill.



Jujurnya, aku rasa penulisan aku cam takde identiti sebab tak dapat hasilkan jalan cerita sendiri. Lepas Forever and Ever siapla, aku terus tulis cerita Hidden Hill 1 : Wrath ... (tett tak ingat tajuk belakang. haha dah lama dah). Aku siapkan sebelum cuti lepas pmr. Dan aku bagi kat kawan aku sebagai hadiah perpisahan sebelum aku masuk sekolah asrama penuh kt kl.



Masa aku cuti lepas pmr, aku sambung tulis Hidden Hill 2 dan Hidden Hill 3. Plan untuk Hidden Hill sebenarnya ikut 8 arah mata angin. setiap arah mata angin ada jalan masuk untuk ke Hidden Hill. Tak sangka gak sebenarnya, bila ada member aku kat sekolah masa tu cakap novel Hidden Hill tu best. Dia cakap depan senior aku masa tu sebab kebetulan, pada masa yang sama, waktu lapang aku tulis novel bm. Dia cakap novel b.i. yang aku tulis lagi best dari novel b.m. neh.



Cuma malang sikit sebab apa yang sepatutnya aku bawak dalam Hidden Hill tu dah lari. Lama kelamaan, jujur aku cakap, dah rasa macam cerita magic la plak. Terover masa tu tulis sampai cerita tu dah jadi cam cerita magic. Kawan aku tegur masa tu, aku tersedar jap. Aah, btol cakap dia, dah jadi cam cerita magic, bukan cerita hantu.




Masuk Hidden Hill 6: Broken Melody, aku susun semula jalan cerita dia, kurangkan magic pelik2 ni, dan aku cukup2 la bawak masuk karakter baru dalam novel tu. Dalam novel keenam, aku kumpul balik semua survivor dari Hidden Hill 1 sampai Hidden Hill 5, dan diorang berjuang sama-sama untuk menuntut bela kematian kawan-kawan, keluarga diorang.



Buat masa sekarang, last aku tulis novel Hidden Hill, yang aku ingat lepas matriks kot. Ada mood sket masa tu. Sekarang, projek Hidden Hill tergendala kat Hidden Hill 7: Fallen Memories. Aku masih cuba untuk tulis novel epik macam The Lord of The Rings dan sebagainya, tapi setakat ni belum berjaya.



Aku tengah kembali susun semula karakter dan jalan cerita sebuah novel baru bertemakan magic and myth. Setakat ni, masih ok, tapi semestinya takkan siap buat masa sekarang. Lawak sebenarnya bila tengok balik. Semua novel aku yang siap semuanya novel bahasa inggeris. Takde lagi novel Melayu aku yang siap.



Sejujurnya, bagi aku, novel melayu kita terlalu banyak dengan kebosanan yang nyata. Cerita cinta cinta cinta. Jadi selagi aku belum mampu keluarkan cerita yang cukup kuat, aku takkan tulis sebuah cerita dalam bahasa Melayu. Aku tak nak tambah bilangan cerita Melayu yang membosankan lagi.



Ambik saja contoh novel Faisal Tehrani. Jalan cerita dia cukup bijak, malah lain daripada yang lain. Sayangnya sekarang, Faisal Tehrani, ataupun Dr Faisal Tehrani dah tak masuk untuk hadiah sastera. Kalau tak aku rasa, setiap tahun rangkul juara. 1515 tempat pertama, 1511H Kombat tempat pertama, Detektif Indigo tempat kedua dan Advencer Si Peniup Ney tempat pertama untuk tahun yang sama. Bayangkan, 2 novel tulisan Faisal Tehrani menang hadiah sastera pada tahun yang sama. Kalau dia buat 3, entah2 tiga-tiga semua dia punya.



Tak dinafikan novel2 karya Sri Rahayu Md Yusoff dan ramai lagi penulis lain pun hebat juga. Jalan cerita diorang lain dari yang lain. Tapi kalau nak kelainan yang teramat hebat, baca novel Faisal Tehrani. Paling hebat antara semua novel dia yang pernah menang, mungkin aku bagi kredit kepada novel 1515. Sebabnya, aku boleh kata, kalau orang tak pernah belajar sejarah baca buku tu, orang akan percaya pada buku 1515 tu yang adanya Tun Nyemah yang berlawan dengan Alfonso De Albuquque (tak kesahla ejaan) pastu dia bunuh Alfonso dan seperti dijanjikan dia hantar mayat alfonso balik ke Lisbon.



1515 jugak sebut masa tu Lisbon jadi pekan orang Melayu dengan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Sebab tu la wujudnya ada masyarakat Melayu yang tinggal kat kawasan sana sampai sekarang, cumanya kehilangan budaya dan bangsa.



Melalut la plak kan, cerita pasal novel aku, pastu masuk novel Faisal Tehrani.



Mak aku penah tanya, buat pe tulis novel banyak2 tapi tak hantar untuk publish semua tu, buat sampah ke. Bunyi macam harsh tapi aku belum sedia untuk hantar sebab apa yang aku tulis belum konstruktif. belum kuat. Buat masa sekarang, apa yang aku tulis adalah untuk kepuasan sendiri.



Tipula kalau aku tak rindu era masa aku sangat clear otak aku untuk tulis cerita dan penuh dengan idea yang tak putus2. Cumanya sekarang masa tak mengizinkan.


p.s.: nanti sambung tulis trip ke Greece pulak.

Thursday, September 15, 2011

0 ~~ Love Post ~~

Wahahaha, tajuk mengada-ngada kan? Takdelah, idop tengah tension neh sebab flight tadi. sekarang ni tgh tunggu nak naik flight, jadi aku update la dulu sementara tu. Dah lama sebenarnya terfikir pasal menda ni, pasal cinta.



Kadang-kadang aku terfikir, wahh seronoknya diorang dah ada kekasih, aku biler lagi? takde ke orang yang jatuh hati pada aku, cakap yang diorang cinta aku etc etc. Fikiran agak liar bila fikir pasal menda ni tapi, tu la. cuma terfikir je la.



Tapi diam-diam sebenarnya, aku dapat tahu jugak, ada rupanya orang yang penah jatuh hati kat aku. Pastu keluar la balik soklan kat diri sendiri kan. Apa yang aku ada yang boleh buatkan orang jatuh cinta? Rupa? Jauh sekali. Gaya? Aku amat simple, tak bergaya langsung. Entah, aku cuma nyatakan apa yang orang sekarang cari. Yang lain2 punya sebab tu, wallahualam.



Kadang-kadang bila dengar orang tu dapat mesej daripada secret admirer, aku jadi envious la plak kan. Waa, aku xde la plak kan orang nak mesej, nak berkenalan etc, lebih2 lagi pompuan. Tapi sebab aku sedar diri, jadi aku xsimpan harapan tinggi pun untuk semua tu.



Dan bila aku tengok balik kat orang2 yang pernah jatuh cinta dengan aku, aku sebenarnya teramat bersyukur walaupun sekarang, xde sorang pun yg jadi milik aku. Sebabnya? Sebab aku rasa sangat beruntung, orang-orang yang pernah jatuh hati kat aku, adalah orang-orang yang punya maruah dan harga diri yang tinggi.



Sebab aku cakap camtu? Kalau ada kes cam aku sebut tadi kan, ada member2 aku yang dapat mesej dari secret admirer, orang-orang yang pernah suka aku smuanya Alhamdulillah tak macam tu. Semuanya Allah kurniakan rasa malu yang tinggi, kefahaman tentang agama yang cukup untuk kenal batas-batas yang tidak merendahkan diri mereka sebagai srikandi di dunia, bidadari di syurga.



Inspirasi perasaan ni aku curahkan dalam lirik lagu aku yang belum siap (aku masih mencari korus lagu tu). Walaupun mungkin aku tak dihujani oleh mesej2 daripada secret admirer tapi aku dihujani oleh cinta-cinta insan yang mendamba cinta syurga daripada cinta dunia.



Aku berbangga dengan mereka yang pernah, masih dan akan mencintai aku, sebab cinta kita hanya untuk Allah S.W.T.. Cinta manusia kita adalah untuk mencari cinta dan reda Allah jua. Aku hadiahkan lagu Wanita daripada Kumpulan De Hearty kepada para Srikandi yang masih tega menjaga iman, maruah dan agama...


p.s: Dan jangan pula, kerana bercinta, kita pun leka entah ke mana, Dan jangan pula, kerana bercinta, tergadai semua maruah agama...

0 Quick Update

Wahh pagi ni bersemangat aku bangun awal giler, solat subuh, mandi dan siap2 sebab nak balik la katakan. Esok akak aku nak bertunang. Kebetulan ada cuti hari Malaysia pastu konvo senior kitorang, jadi aku ambik peluang neh untuk balik kejap. tambah2 nak kena beli kasut baru. Kasut lama dah sadis sangat.



Nak dijadikan cerita, aku sampai dalam pukul 6.55 am dengan bersemangatnya pergi ke kaunter nak tanya pasal check in. Tengok board dia, bapak terkejut dia tulis "dibatalkan". Mula nak meroyan. Pergi kaunter, tanya diorang, diorang cakap diorang baru dapat tahu sebab flight tu cancel kat kl. sepatutnya flight tu sampai pukul 7.35 am tadi.



Duduk jap, tunggu, tengok keliling, pastu dah semua kerumun kaunter, aku pun pegi sekali. Adeiii, yang ni part paling sakit hati neh. Kaunter ada 3, line beratur ada 5. =.= fuhh memang panasssss jerk.



Dah tu ada mak cik ni, dah la tudung labuh, datang mencelah, "mintak lalu sket, mintak lalu sket." Dengan muke tak bersalahnya, dia mencelah ke tepi potong barisan panjang2. Sorry cakap. Sebab mak cik ni sorang, aku dah pandang orang yang bertudung labuh ni dengan pandangan yang berbeza.



Aku pikir, mak cik ni tak malu ke, pakai tudung labuh, imej islamik habis, tapi dengan rasa tak bersalah, dia potong barisan orang lain yang bapak lama beratur. Ada sorang chinese depan aku dah sakit ati dah tgk orang suka2 hati mencelah potong barisan, dia pergi kaunter sebelah lain.



Pastu sebelah tu plak, ada chinese lagi sorang, memang marah giler tengok orang potong barisan semua, sampai turn pak cik sorang depan dia, dia lompat pegi depan, dia kata, pak cik tu tolong sampai ramai orang nak dapat tiket, dia sorang je. Pastu dia cakap, ramai giler orang lain beratur panjang, tapi senang2 je orang lain dapat kan.



Aku setuju dengan dia. Moral dan ketamadunan masyarakat kita yang bajet penuh dengan luhur ketimuran, is just so sick! Takde maknanya nak agungkan nilai ketimuran kalau ni la ketimuran yang nak diagungkan. Aku rasa, kalau aku jadi orang yang jaga kaunter tu, aku cakap direct je kat pak cik mak cik yang potong tu, "Pak cik, mak cik, sila beratur ikut barisan." Pastu kalau diorang buat bodo, tak yah layan. Bukan apa, perangai masyarakat kita memang perlu dibentuk dengan cara camni.



Ikutkan hati tadi mau je aku sound orang kaunter tu, mintak orang yang dok potong baris tu suruh beratur balik ikut barisan. baru padan muka diorang, dah sampai depan elok2, pegi keluar baris nak potong orang, pastu kena beratur panjang balik. Tapi sebab semua orang kat sini, assabiah diorang tinggi sangat, simpan je la our sense of justice. sabar, dan berharap dapat flight cepat untuk balik.



Sampai je kat kaunter tu, aku gtau akak tu ada urgent matter, nak balik cepat. dia masukkan aku dalam waiting list. Walluahalam sampai pukul berapa baru boleh dapat tempat tapi aku harap, aku dapat flight pukul 10 pagi japgi.



p.s: Mintak-mintak dapat seat untuk flight pukul 10 pagi. amin...

Tuesday, September 13, 2011

0 Krisis datang lagi

Ari ni memang teramat penat. Biasa la, bangun awal untuk pegi satu kelas je tapi nak balik hostel, kena tunggu bapak lama. biasa la jadual tak terurus katakan.


Nak dijadikan cerita, dalam pukul 12 tadi, kitorang pegi la tunggu bas kat depan kampus tu dengan harapan ada bas nak hantar kitorang balik. Bas banyak giler, tapi semua dok depan kampus tu tak jalan-jalan.


Pastu datang la guard yang jaga kampus tu. Dia cakap, korang kumpul orang ramai-ramai, pastu gtau bas, baru dia hantar semua. Aku dengar je masa tu tp member2 aku dah mula bersuara. Masa tu memang aku pikir, takde gunanya cakap lagi kalau dia dah cakap macam tu. Member aku cakap, kami tunggu dari pukul 10 pagi, takde bas pun yang nak hantar balik hostel etc. Pastu ada yg tambah cakap, macam mana nak set bagi sama kalau kitorang semua bukan dari kelas yang sama. kalau kelas sama pun, bukannya semua orang nak balik pada waktu yg sama. mungkin ada nak pegi makan, pegi beli barang dulu ke.


Tapi pak cik guard tu nak jugak menang. Can't you see how pointless it is? Walaupun apa yang kita cakap tu masuk akal, takde guna jugak. Yang pak cik bawak bas tu plak, rugi minyak bas, penat diorang kalau hantar sikit2 dan sebagainya.


Katakanlah, nak kumpul semua orang serentak kat satu tempat. Satu soalan je, sape yang sabar sangat nak tunggu sekor2 datang berkumpul nak balik asrama? Daripada diorang buang masa tunggu camtu, baik diorang pegi buat menda yang lebey berfaedah. Kalau menunggu orang untuk penuhkan bas tu ambik masa satu jam, tak ke membuang masa namanya tu.


Pada pendapat aku sendiri, salah menda ni jatuh pada pihak pengurusan. Tapi AMBOI! bapak sedap diorang cakap salah pelajar tak ikut jadual. HELLO?? Kitorang ikut jadual kelas kitorang la. Jadah apa nak ikut jadual bas cam hampeh tu? Dah kalau pegi kelas pukul 8, habis pukul 9, takkanlah salah kitorang kalau kitorang nak balik asrama pukul 10 walaupun pada masa yang sama pukul 10 tu, kelas2 lain tak nak balik lagi???


Sekarang ni, silapnya atas pihak pengurusan yang sebenarnya teramat MANJA dan sebenarnya teramat diSAYANGI oleh pihak universiti sampai pelajar hilang suara. Apa silap diorang? Kalau tanya penduduk asrama baru ni, semua orang sebenarnya dah reda dah duduk tempat ni, cumanya, jadual pergerakan bas tu biarla kerap. Sejam sekali ke untuk support perjalanan pergi dan balik.


Kalau kelas pukul 9 pagi, nak berebut naik bas pukul 7 pagi, apa jadah? Apa yang jadi? Bas tu sesak, pastu dah la sedia dua bas je, satu trip plak tu. Bengong takde otak nak pikir ke?


Nombor 2, kalau ikut amanah tugas dan buang rasa empati lain, tak kisahlah, kalau bas tu penuh ke tak, kalau pak cik yang driver tu penat ke tak, kalau dah universiti dah bayar kepada syarikat (guna duit yuran pelajar gak bayar tu!) tu untuk ambik pelajar dan hantar pelajar, jalankanla tugas tu dengan amanah, bukannya dia pun turut sama nak membebel. Duit masuk, kerja tak buat. macam tadi, bas ada berlonggok2 kat depan kampus, semua tak jalan, salahke kalau tolong hantar jap pelajar yang nak pulang ke asrama dengan bas tu? dah namanya duit masuk, kerja tak jalan, duit tu dah duit haaaaaaaa----- Lu pikirlah sendiri.


Kalau nak kira senang, diorang tak kira senang pelajar, tak guna la jadi pelajar kat universiti ni. Setakat ni, memang dah ramai yang menyuarakan rasa tak sabar-sabar diorang untuk tamatkan pengajian secepat mungkin. Ada mulut2 yang dah mula cakap, "kita dah lah penat, tunggu diorang hantar semua, pastu nanti semakin sibuk, nak buat assignment, nak study lagi, pe kes????"


p.s: KEBODOHAN terbesar yang pernah dibuat oleh satu-satu organisasi.

Monday, September 12, 2011

0 Catatan Perjalanan 1: Bonjour Paris!

Sementara tunggu flight aku lagi sejam, aku rasa sempat kot aku update dulu blog ni pasal perjalanan aku ari tu.



Aku pegi Paris masa tu dari London, naik Eurotrip. Agak menarik la sebenarnya sebab dah banyak kali dengar pasal keretapi laju yang masuk bawah laut, menghubungkan London dengan Paris. Perjalanan lebih kurang 2 jam.



Bertolak dari London masa tu seawal 7 pagi. 2 jam, kiranya sampai kat Paris pukul 9 waktu London, tapi sebab Paris cepat satu jam, jadi sampai pukul 10 kat stesyen Gare du Nord (btoi la kot ejaan dia, kalau ada tanda ' kat atas mana2, lantak la, aku tak ley tulis camtu dlm ni. huhu).



Sampai je Paris, tengok suasana dia kat stesyen tu, ok la kot. Bila kluar je... adoi.... Ayat aku, "so much for a city of love and art". Mungkin tempat tu bahagian yang agak teruk di kota Paris. Rasa macam balik KL pulak dengan sampahnye, dengan kereta bawak cam tah pa pe, nak lintas jalan, tak semudah macam kat London.



Sampai ja masa tu, jalan kaki tengok jalan2 dia, serabut, ada rasa cam kat kl. Jap!! (Mat salleh sebelah aku ni dok gosok gigi plak kat kerusi tempat duduk =.= buat cam negara dia la plak kan). Ok sambung. Plan mula2 sekali sampai kat Paris, kitorang pegi panjat tangga pegi Sacre-Coeur Basilica. Agak tinggi tapi takde masalah pun, masalahnya cuma bag ja.



Sacre-Coeur ni kira cathederal yang besar dan memang lama dan bersejarah. Masa jalan2 kat depan tu, sebab kawasan dia tinggi boleh la nampak Paris. Bukan keseluruhan tapi ok la permandangan dia. (Aiseh pasal rasa eja permandngan cam salah je? :P) Kat tepi kawasan yang ada view tu ada orang buat show. Tak tengok pun sebab lalu je untuk melawat.



Kitorang jalan, turun bawah ikut jalan lain dan pegi tengok2 kedai souvenir. Beli fridge magnet, buat koleksi kat peti. Huahua. Lalu jalan tu, boleh tengok kat tepi2 jalan, ada je orang bukak gerai judi. Jalan sikit, mesti ada lagi. Nak gelak ke apa, aku pun xtau. Tapi yang best sampai kat satu kedai biskut neh. Biskut2 dia sedap, jadi kitorang beli untuk makan, sebab lapar.



Nak pegi hotel masa tu, kitorang beli tiket train untuk 3 hari selama 3 hari duduk kat Paris. Masa sampai tu, penat tak yah cakap, terlelap kejap masa tu. Lepas mandi dan solat, kitorang mula jalan-jalan ke kota Paris. 3 hari tak lama, jadi kena maksimumkan penggunaan masa kat sana.



Kitorang jalan petang tu, sampai ke Arch de Triumphe. Ambik gambo sket sepanjang jalan tu. Jalan kat sekitar tu lebih kurang cam "fashion heaven" la jugak. sepanjang jalan tu, semua kedai berjenama dan mahal semestinya. Masa jalan-jalan tu, lapar giler tak yah cakapla, sebab tak makan pun sejak dari pagi. pusing-pusing tengok, makanan halal tak mudah rupenya kat kota paris. Masa tu, pilihan cuma ada nak makan je kt mana2 restoran dan amek makanan laut.



Tapi dalam jalan-jalan tu, jumpe satu kedai Iraqian dish (ke Iran tah, tak ingat). Naik atas, tanya, dia cakap makanan dia halal. Abg aku tanya kedai tu bukak sampai pukul berapa, dia cakap 11 malam. Kitorang pun turun dulu nak tengok kedai2 lain yang ada sebab memang biasa kedai kat sana tutup awal dalam pukul 8 malam, tak macam kedai-kedai kat negara kita sampai pukul 10 ke 11, ada yang sampai 12.



Kitorang singgah kat Laduree lepas tu. Kalau korang penah makan atau tengok macaroon, Laduree adalah kedai yang "specialize" dengan macaroon sejak tahun 18xx (tak ingat tahun yang tepat). Tak yah cakap la, macaroon dia memang sedap. Lepas tu kitorang terus jalan-jalan sampai ke hujung, patah balik dan masuk kedai tu untuk makan.



Nak kata sedap, tak la sangat makanan dia, tapi ok la. Lepas abes pusing situ, kitorang balik hotel sebab penat sangat dah ari tu. Malam tu bukak tv, tengok cerita smua bahasa perancis, sepatah apa pun tak paham. dan tido...



Esok pagi, kitorang tak amek breakfast kat hotel tu. Kitorang keluar, jalan-jalan dekat kawasan tu, cari kedai roti untuk makan. Pusing punya pusing, jumpala jugak. Roti kat paris memang sedap. Lepas makan, kitorang amek bas. sama macam london, rangkaian bas dan train diorang sekali. jadi kalau amek tiket 3 hari tu, termasuk bas jugak.



Plan hari kedua adalah Eiffel Tower. Tak lengkap rasanya kalau pergi Paris tapi tak melawat situ. Sepanjang jalan tu, ada je orang jual souvenir dan ada jugak yang bawak souvenir jual dan jalan2. 1 Euro = 5 keychain Eiffel Tower, agak murah la kalau diikutkan. Tapi teknik dia tu yang agak mengganggu aku sebenarnya. Dia nampak orang Islam, dia akan beri salam. Alhamdulillah bagus. Tapi kalau kita tak nak beli susah la kan, sebab yang ada bukan sorang, ramai giler. semua bagi salam, sah-sah salam tu wajib jawab. Aku cam kurang senang sebab diorang gunakan salam untuk tarik kita beri perhatian dan beli daripada diorang.



Kitorang gerak ke Eiffel Tower dari bangunan akuarium tu (kalau tak silap aku la sebab semua tulis french, bajet aku paham). Keliling situ ada patung-patung yang sangat artistik (ahakz!). Bila aku maksudkan artistik, paham2 la kan. haha. detail teramat patung dia.



Sampai je bawah Eiffel Tower, tengok orang yang beratur nak naik, bapak ramai. jadi kitorang cuma dok bawah dan amek gambar. Suasana menjelang musim panas, jadi ramai orang dah mula bercuti dan melancong.



Plan ari tu, lepas je pegi eiffel tower, kitorang nak pegi melawat masjid kat paris. Masjid dia agak jauh dari kawasan bandar utama tapi masjid dia cantik dengan hiasan taman. Ada pelawat macam kat masjid2 kat Malaysia gak cumanya ada orang yang dok kat situ dan terangkan apa yang patut kepada pelawat. Yang aku ingat masa tu, masa aku masuk kat perpustakaan masjid tu, ada seorang arab tengah bercerita dan macam berkongsi pendapat dengan pelawat. aku cuma perasan masa melawat tu antara ayat yang dia sebut kat mat salleh lain tu masa aku dengan keluarga aku masuk, dia ada sebut, "these people, the minority,...." (sorry ar tak dapat tangkap, english aku bukan power sangat, sempat dengar camtu je.)



Dari situ sebenarnya buatkan aku terfikir. Kalau masjid kita kat Malaysia lebih mencanang kepada keindahan seni bina dan sebagainya dan ramai yang datang untuk tengok yang tu je, fungsi masjid kat Malaysia boleh dimaksimakan dengan cara ni. Daripada buku Dan Brown, Angel and Demon, dia ada tulis, "People fear what they don't understand." Orang luar, orang kaukasian, dan ramai lagi orang bukan Islam takut dengan Islam, menganggap orang Islam sebagainya pengganas, pengebom berani mati dan sebagainya adalah berpunca daripada pendedahan yang kurang dan tidak faham mengenai Islam. Ditambah pula dengan khabar angin sebelah pihak menjadikan Islam dipandang serong.



Seharusnya, bagi pihak aku sendiri, aku rasa, daripada masjid cuma bertindak sebagai hiasan atau mercu tanda sesebuah negara, adalah baik kalau orang yang melawat masjid tu diberi seakan satu tour. Bilik2 mesti disediakan dan pemahaman harus diberikan. Ini akan sekaligus membuka lembaran pemahaman baru masyarakat terhadap Islam. Bagi aku ni satu usaha yang baik bagi orang bukan Islam yang datang melawat ke masjid untuk menimba ilmu mengenai Islam supaya sebarang salah tanggap dapat diatasi. Ye la kan, kalau kawan bukan Islam kita tanya pasal soalan yang agak mencabar, bagi kita yang kurang ilmu, camne kita nak jawab. Jadi biar orang yang mendalam pemahaman dia yang terangkan.



Lepas solat kat masjid tu, kitorang makan kat restoran arab milik masjid tu jugak. Layan ar masakan arab dia. Yang menariknya, kepala dok pening dengar bahasa perancis, tapi hari tu, kat kedai tu ada sorang pekerja dari bangladesh yang tahu cakap malayu. Kagum gak arr. Kat situ jugak masa tu, kawan abang aku dari Paris datang melawat. Plan lepas makan tu nak pegi Musee de Louvre.



Masa kawan abg aku sampai, kitorang minum jap. Haha lawak gak pikir bila tengok kawan abg aku tu sama umur dengan aku, tapi muka dengan pemikiran dia lebih matang dari aku. Biasala aku kan bebudak lagi. haha. Kitorang bawak dia pegi Musee de Louvre sekali, kiranya boley jadi tour guide. Huhu.



Kalau Malaysia nak martabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bagi aku, buat macam Perancis. Klau korang masuk Musee de Louvre tu, semua lukisan dalam tu semuanya takde langsung dalam bahasa inggeris, semua french. Papan tanda, tv, announcement, semua french. Paham2 sendiri la. Cerita tv semua alih bahasa, memang tak paham la tengok tv dia. Lukisan dalam muzium tu pun, semua french.



Aku saja2 cakap dengan kawan abg aku tu, aku kata semua plat, explanation yang ada dalam muzium tu semua dalam bahasa perancis, payah nak paham. Dia kata, tu la, pastu dia cakap suruh aku bagi cadangan. wahahaha. aku bukannya nak masuk muzium tu selalu pun. Pegi situ, main attraction tentunya Monalisa. Lepas amek gambar monalisa, sekadar pusing2. Kalau ada lukisan yang menarik nak tahu cerita, tanya member abg aku.



Habis je dari muzium tu, kitorang keluar pegi minum kat kedai kopi. Aku selalu cakap suara aku, kalau humble, bunyi memang bapak slow. haha. aku order malam tu mintak milk shake. sebab dia punya slang, aku terpikir, eh dia dengar ke tak aku pesan milk shake, sebab aku dengar dia cakap bunyi keluar macam tequila. haha. cuak giler aku. tetiba datang tequila, tak pasal2. tapi slang dia je, btol la dia bawak milk shake. haha.



malam tu balik, mandi, solat dan tidow. memang mengantuk dan penat. Dan hari terakhir di paris....



Hari akhir, plan tak banyak. kitorang gi solat kt masjid tengah hari tu. lepas solat, kitorang pegi naik train nak pegi naik boat ride. Masa naek dalam train tu, ada 2 yahudi masuk dalam tu sekali. Sebab fiil aku memang suka tengok keliling, aku perasan, lepas diorang tengok mak n akak aku yang bertudung, diorang bisik2 dan gelak2 dengan pandangan mata cam menghina. Masa tu menyirap gak darah tengok kan, rasa cam sembelih je dua2 ekor. tapi sabar je la tengok dua2. dan masa tu la baru paham, camne orang yahudi ni. You feel like killing them just by the sight. Rasa cam nak bunuh walaupun cuma dengan tengok je diorang punya perangai.



Aku cuma dapat bayangkan, mungkin ni la dugaan yang terpaksa dihadapi oleh orang-orang Islam kat sana. Dipandang serong, walaupun hanya dengan pandangan, tapi ada rasa menghina kat situ. Lepas keluar dari train tu, kitorang naik. Dan ada lagi satu ujian kat situ. Masa nak naik tangga tu aku perasan ada budak muda remaja dok tunggu kat tangga tu. Yang buat aku tak selesa, dia pandang semua belakang seluar orang. Jangan pikir pelik. Aku syak, dia nak mencuri. Sebab semua orang yang lalu dia tengok.



Masa tu memang aku pegang elok2 wallet aku. Pastu bila aku kitorang naek atas, dia dgn kawan dia lagi sorang berdiri belakang kitorang. Memang cepat2 masa tu, terus lintas jalan. diorang tak ikut dah. bapak ar, memang aku rasa tak sedap hati langsung sepanjang kat paris. rasa tak selesa dan tak selamat.



Naik boat lepas tu pusing kat sungai tu. Dia ada cerita sejarah semua, nasib baik kali ni ada bahasa inggeris dan beberapa bahasa lain termasuk mandarin dan spanish kalau tak silap aku. Sepanjang sungai tu memang rileks. Lalu kat Notredame sampaila dekat dengan Statue of Liberty. tak dekat sangat tapi boleh nampak. Fun fact. aku tak penah tahu yang ada statue of liberty kat paris sampaila aku tengok National Treasure. Dalam filem tu dia ada pegi statue of liberty kat paris. Tapi saiz dia kecik je. abg aku cakap, ramai yang tak tahu ada statue of liberty kat situ. dan statue of liberty yang ada kat us adalah hadiah daripada perancis.



Naik boat tu kurang best sebab panas, aku terlupa sunglasses aku. Kurang stylo la sket kan. haha. turun je, sebab memang tak makan lagi, terus pegi cari makan tapi tak jumpe makanan halal yang best untuk dimakan, jadi kitorang singgah pegi beli roti je.



Pastu kitorang pergi balik ke Gare du Nord untuk naik train balik ke London. Lagi sekali, kena lepas imigresen. bapak bosan kena banyak soal >.< berapa lama dok london, buat apa lama2, memang bosan gak nak menjawab semua. aku la last sekali, semua kena tunggu aku sebab aku dok lama kat london. mak aku lagi seminggu je. aku lagi sebulan. siap tanya aku lagi, tengah cuti ke universiti sekarang neh.



dah puas hati dia tanya, lepas masuk dan tunggu train masa tu. Dalam train, tidow dengan lenanya. dan malam tu cuma beli makan kat restoran arab kat Edgware road je. Kenyang teramat jugak. sebab paris cepat sejam daripada London, bila sampai london awal lagi. Tapi sebab penat, tidow awal la hari tu.



And that's the end of Paris trip. Cuma aku boley kata, paris is out of my imagination. Untuk sebuah bandar yang dikatakan romantis, agak pelik tengok kotor, dan rasa tak selamat semua tu masuk sekali. Rasa tak selesa pun ada sepanjang dok kat paris. Tapi menarik kat Paris, ramai orang Islam adalah orang Paris sendiri berbanding kat London, ramai orang arab. tu daripada pemerhatian aku, secara hakikatnya, aku tak pasti.



p.s: sorry panjang cerita dalam ni, kalau dulu aku pecah beberapa bahagian untuk yang ni aku rasa aku nak habiskan sekaligus je. gambar trip akan di-upload lepas semua cerita dalam trip ni dicatatkan. sekian...

0 Update While Waiting

Woops! Terbukak blog plak. Aku tgh tggu nak masuk kelas mandarin 2 sebenarnya. kelas pertama untuk sem baru neh. Disebabkan masalah kenderaan, asrama jauh dan sebagainya, dan sama waktu dengannya, aku terpaksa datang 1 jam setengah lebih awal dari waktu kelas.


Memang menggila gak pikir sebab rasa cam dah masuk balik sekolah asrama. Bangun awal, mandi untuk elakkan tandas sesak. Duduk bukan dalam bilik dah, tapi dalam dorm. Satu dorm ada 3 bilik air untuk mandi.


Dulu macam nak mengamuk gak pikir2 balik lepas semua yang aku tinggalkan beberapa tahun lepas berulang semula. Tapi ok la sekarang ni. Bezanya dengan asrama sekolah aku cuma aku tak payah bangun pukul 5.30 pagi dan berebut dengan semua orang. tambah2 junior baru yang bajet innocent kat sekolah masa mula2 masuk (macam aku la jugak masa mula2, hari pertama, baru bunyi loceng 5.20, semua dah melompat katil bangun nak mandi, haha).


Alhamdulillah setakat ni semua berjalan lancar. Kelas belum lagi menggila dengan assignment tapi bila difikirkan semula jadual perjalanan bas, rasa cam tak logik nak bawak semua yang ada kat asrama laki tu. Tambah2 perkhidmatan bas ada untuk pegi kelas ikut jadual cuma waktu pagi (kalau kelas pukul 9, silalah berangkat naik bas pukul 6.45 pagi).


------------ ------- ------------------- ------------------


Ok tutup pasal asrama. Sebelum aku balik raya ari tu, ada kawan lama kat sekolah aku ada mintak aku ciptakan satu lirik lagu mengenai cinta halal. Aku cuma cakap je yang aku dah lama tak berkarya, jadi aku tak tahu aku masih mampu untuk tulis ayat-ayat puitis dan tersirat macam dulu lagi.


Alhamdulillah, dalam diam ari tu, satu demi satu bait lirik terkeluar dari mulut aku dengan melodi sekali. Aku dapat dua rangkap dari lirik tu. Melodi untuk masuk korus belum keluar setakat ni untuk masuk dengan melodi permulaan. Jadi aku berenti jap daripada berfikir.


Mungkin tajuk untuk karya ni bukan bertajuk cinta halal tapi lirik ni akan menceritakan mengenai seorang jejaka yang mendengar kisah dan hanya mampu melihat dari jauh seorang gadis yang cintakan agamanya. Status bukan mahram tak mengizinkan jejaka ni untuk berjumpa, cuma cerita yang dibawa orang sekeliling memberi dia input mengenai macam mana orangnya perempuan tu.


Ketabahan, kesabaran, dan reda antara nilai yang aku terapkan, tapi setakat ni belum mampu untuk akhirkan lagu ni. Lagu ni akan di-KIV, kalau keluar ilham, keluar la. Kalau tak gitu je la kot.


Dah 8.50 pagi. Chiow!


p.s: mandarin 2, bersedia untuk tergeliat lidah semula!
 

:: Bila Angin Berbicara :: Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates