Thursday, March 31, 2011

0 Back Alive ... For a While...

OWWWWW NI KE BANDAR? BESAR SYIAL KB MALL! PERGH AIRPORT! PERGH PANTAI TIMUR! WOW PIZZA HUT DAH TUKAR LOGO! FUIYOO KFC PUNYA KOLONEL PUN DAH BERTUKAR!


Hahaha. Giler baru keluar dari hutan. Camni la kan. Tak dapat bayang sebenarnya duduk dalam hutan lama-lama. Bangun pagi, bukak pintu, nampak sungai... Tengok kiri kanan ijaooo je. Bapak bosao biayak (biawak), dah tahap komodo dah bosaonye. Jalan depan rumah jumpa ayam pegar (cek google sendiri menatang apa tu ayam pegar).


Hirup udara, xde asap2, xde bising2 kerete. Eeee tempat apa ni? Hahahahahaha.


Masanya dh tiba untuk beberapa hari lagi untuk aku menikmati kehidupan bandar. Chewah! Bahagia syial duduk dalam hutan (tangan kat dada, mata tengok atas).


Kehidupan L.I yang mengejutkan (cHupp! nampak lecturer B.I. umk jalan nak naik flight... ok sambung balik).


Memang dulu kecik2 duduk dalam hutan aku ni, kawasan sungai ular, estate la kawasan tu tapi masih tebal hutan dia, maybank pun ada dalam hutan tu dulu. Air sungai bersih lalu depan rumah, tapi dapat rasa sebenarnya perbezaan dulu dengan sekarang. Walaupun rumah aku dlu dalam hutan, ada tenet (kalau dulu 1515 la kan, tapi ok bah). Peti ais bukak ada je menda untuk dilihat dan makan. Tenang dan menarik tertarik serta da Bomb! huhu


L.I. ni menjadi pengalaman hidup yang panjang apabila sebenarnya perkara yang kita jangka tak terjangka kejadiannya (uih pelik ayat ni, ayat hutan kot. haha).


Nak meluahkan rasa tak puas hati sepanjang L.I. tapi biarlah dulu. Cukup sekadar aku cakap, pendedahan kepada dunia pekerjaan dan aspek yang akan kos aku terokai suatu hari nanti bertukar menjadi program penyelidikan tanpa batasan. Tak banyak yang dapat dipelajari buat masa ni.


Cuma syukur, kat kuala koh ni ada bos yang sangat efektif, mengelakkan perkara yang sama berulang masa kat PKHL.


Pa pe pun, just hoping for the best right now, and I wish to finish this internship as soon as possible. 3 more weeks to go, 3 more LONG weeks to go.


Chiow!

Friday, March 11, 2011

0 I Miss Everything...

Mula-mula sekali, mintak maaf banyak2 sebab blog ni dah berkurun tak dapat update. Nak buat camne, latihan industri dalam hutan, internet pun sipi2 je dapat. Kira beruntungla jugak dapat nampak google chrome ni berpusing-pusing (tanda tengah loading) walaupun lambat.


Buat masa sekarang, takde plan nak membebel dalam blog ni, cuma nak lompat jap untuk tengok keadaan blog yang sadis ni. Sebab ramai yang dah mula tanya blog ni tak update ke. Jadi aku ambik kesempatan pukul 2 pagi, di tengah hutan taman negara dalam keadaan hujan renyai2 ni untuk update.


Tersangatlah seksa sebenarnya takde internet walaupun pada hakikatnya, bukannya kita tak dapat hidup tanpa internet ni, cuma disebabkan kebergantungan kita terhadap internet ni yang membuatkan kita rasa tak sedap badan, jadi gila2 sikit bila tak dapat internet. Cuma untuk kita fikir-fikirkan. Kalau kita pada zaman sekarang ni, yang asalnya tak lahir era internet sangat pun dah rasa payah benar hidup 'kamek nih tok' takde tenet, aku tengah bayangkan camne anak cucu kita nanti yang lahir dah kenal apa tu tenet. Mesti mati bergolek2 tak jumpe tenet.


Apa yang boleh aku katakan, I miss everything I lack in taman negara.

- Miss my family
- Miss my home
- Miss my comfy bed
- Miss my home internet connection (though it is not as good as the one in london :P )
- Miss ANIME! (Gosh this is the worst! Fairy Tail 4 episodes, Bakuman more than 5 episodes, Kuroshitsuji 3 seasons, ... Ok I'm gonna stop mentioning it).


Hari sabtu akan mula busy sebab ada budak sekolah datang buat program kat taman negara ni. Ikut perancangan diorang mungkin tak mengikut perancangan sebab hujan asyik turun dan macam semakin lebat sehingga aku merasakan mesti best tidow sekarang ni. huhu. Bestnya kat taman negara, hidup ni berjiran dengan orang german. Hahahaha. Pelik bnar gak aku, semua german je yang datang sini.


Nanti dah abeh l.i ni, insyaAllah aku cuba update pasal keseluruhan l.i. neh. Sadis, best, pahit, manis, masam mencuka, menyampah, meluat, semua menda ada.


As for now, the rain is still pouring from the grieving night sky, and the bed is inviting. It's another night to spend sleeping.


p.s : Esok pagi kita buat sujud sejadah ramai2 ye (pagi jumaat, ingat lagi tak sujud sejadah ni? ha, kantoi! huhu)
 

:: Bila Angin Berbicara :: Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates