Monday, April 29, 2013

0 This Evening, The Rain Drops

Aiseh tajuk nak bunyi cam tu jugak. haha. xkesah la. Memandangkan sekarang demam pilihanraya, jadi mana-mana pegi pun orang akan cakap pasal pilihanraya. Tak kira la siapa pun, di peringkat umur mana pun, rasanya semua nak cakap pasal pilihanraya.


Kelmarin masa kitorang pegi lunch ramai-ramai lepas kelas pun, kitorang xdapat tidak, tengah sembang2, masuk jugak bab politik. Member aku pn cakapla, "aku xsuka dengar yg lagu yg kluar kat tv sekarang tu. tah pa pe je."


Ye, aku pun meluat dengar. Geli dan nak muntah lagi. Sebab tu aku lagi prefer dok depan laptop ni drpd tengok tv. Jadi aku cakapla, media sekarang dikongkong oleh sebelah pihak, jadi maklumat yg sampai xkan penah telus.


Tak yah cakapla kenapa aku cakap camtu. Dah sememangnya jelas. Kalau media tu bebas, kenapa ada lagu satu pihak je kt tv tu. Kenapa yg buruk parti sana je yg dicanang merata? Perfect ke yg sebelah sini?


Dan paling aku xpuas hati bila kelantan disebut-sebut beberapa kali nak dibandingkan dengan negeri-negeri lain. I lived in Kelantan for 4 years.And it opens my eye on a lot of thing.


Satu soalan yang aku gemar-gemar sangat tanya masa jadi fasi kat uni kelantan. "Apa pendapat korang bila korang dengar universiti malaysia "kelantan"?" Dan macam-macam jawapan yang aku dengar. Hakikatnya, apa saja jawapan yang diberi masa tu adalah bagi orang yg cuma dengar nama negeri tu dan tak pernah menjejakkan kaki kt sini.


I, too, share the same thought before I even walked on the place called Kelantan. But what you need to do is experience it, understand it, learn their nature, know their culture and you are pretty much ready to go outside and tell outstanding things bout it.


Aku btol2 minat dengan satu kata-kata ni, "We fear what we don't know and what we don't understand." That is indeed our greatest fear. Sebab tu dunia punya prasangka terhadap Muslim. sebab diorang tak faham dan tak tahu perkara sebenarnya dan hanya disogok dengan media.


Begitu juga kita. Sebab kita tak tahu, kita jadi takut dan menghukum dengan perasaan takut atau mungkin aku boleh kata perasaan paranoid. Sebelum kita menilai, pastikan kita tahu tentang benda tu secara jelas.


P.S.: Cam xde orang baca je blog ni. hahaha. Xpe luah perasaan.

Sunday, April 28, 2013

0 That Spring, The Wind Blows - To Taiwan

Hellozzzz. Orait, sekarang aku dah sihat daripada sakit korea bagai. Haha gilor apa. Sebenarnya bukan sakit pe pn, cuma layan citer dgn lagu2 ballad korea je. xde masalah pun. Lumrah manusia aku rasa (ke aku je), suka bermonolog. Jadi kadang2 bila bermonolog, dalam bahasa melayu, kadang-kadang dalam bahasa inggeris, kadang-kadang dalam bahasa mandarin.


Yang jadi problem dgn aku sekarang, sebab gilor byk mentelaah citer korea, kalau bermonolog dalam bahasa mandarin, jadi rojak dengan bahasa korea. Dah mula cam gila. Jadi aku pun telah berjaya meyakinkan diri aku. Aku cakap, "xpayah nak merajinkan diri belajar bahasa korea tu, xde pekdah nye. baik aku trus improve aku punya mandarin yg dah makin lingkup sbb tgk citer korea."


Jadi atas inisiatif bagi mengelakkan lingkupnya bahasa mandarin aku haha, aku telah berjaya men"delete" minat dgn citer korea. Terer tak? haha. Sbb exposure kat citer korea byk sgt menyebabkan aku laju je merojakkan mandarin + korea. jadi Mandarea? haha bunyi cam pandaria dah.


Jadi sekarang, segala urusan citer korea diberhentikan (download tak berenti, tgk je berenti. haha). Skrg aku tengok citer Taiwan demi nak mengasah balik bahasa mandarin aku. Dengar camne diorang cakap dan cuba tangkap.


Setakat daya mendengar mandarin aku masih lemah. Sangat kot. Dalam kelas dulu pun nak tangkap senang sebab diorang cakap slow, sekarang kalau dengar, laju giler diorang ckp. jadi ambik masa. kadang2 dah dgr, tgk subtitle baru paham, ow, menda ni aku paham. Dan kadang-kadang, aku cuba jugak tgk character chinese tu tapi sakit kepala aku la. hahaha.


Aku masih cuba improve dgn cuba cakap mandarin dgn member2 yg reti mandarin dan jugak dgn mendengar lagu mandarin dengan bangganya. haha. Last paragraph kita guna mandarin ye.


Xianzai shi er dian le. Wo yingai shuijiao. Mingtian you shangke. wu xiaoshi de shangke suo yi wo xu yao shuijiao. haode nimen, wan'an!


p.s: style x? haha. buat ayat pendek boleh la kan???

Wednesday, April 24, 2013

0 Heat - Malaysian Politics

Malaysia is currently reaching the most extreme heat ever due to the upcoming general election on 5th May 2013. The outcome for this upcoming election will determine the future of Malaysia and Malaysian both for the next five years.


I have to be honest. I'm not really into politics however, I can't deny the fact that when you grow older, everything involves politics. Daily life, studies, works and so on. I know the time will come when I no longer able to deny the fact that I care about the politics in Malaysia. Even now, at the age 24, I am viable to participate in voting for the current election. However, due to time constraint, I have not yet able to register as voters for this upcoming election.


Everyone should already notice how the current government is using their power to stop freedom of media. I think its just pathetic to use your current power to manipulate the media on broadcasting things that benefits you. At least, try to be fair and let all political parties use media as a medium for them to convey their political views.


Ever since Malaysia achieved her independence, one and only one party has been dominating and developing Malaysia. I don't even know if this is a sign of trust by fellow Malaysian or is it just how one sided the politic in Malaysia is but I'm pretty sure that it is much better to see how others can do to develop Malaysia.


The trend has to be changed. I am currently a spectator for the upcoming general election. I have taken a neutral perspective while considering certain things. But I do believe that the current opposition should be given their chance to show what they can really do.


Because our current media lost their freedom, the things that the opposition party has done for the past 5 years have not been broadcast. The flaws on their side, however, will go on tv. The citizen should be given a chance to know what has really been going on since the last election back in 2008. So they could judge fairly.


Whenever I log on my Facebook everyday, politics will be the main topic trending on my Facebook main page. Friends and colleagues, all started talking about politics and I tell myself, "these are the friend that I knew back then and this is how they are today. Everyone grew up and everyone has their views on this matter." So doesn't matter which ever political views they are on, please just remember, never let your political view clouded your judgement. Don't politicized your friendship.


P.S: A spectator point of view - but mind ya, I will judge thoroughly for the next 5 year and vote for what is the best for the country, insyaAllah!

Monday, April 22, 2013

0 Earth Day 2013: Human Selfish Day 2013?

Tadi keluar jap gi ambik mama pastu sementara tunggu mama, dengarla kat radio cakap, "Hari ni 22 April adalah Hari Bumi ataupun Earth Day." Dan macam-macam la nasihat yang disebut kat radio tu termasuklah nasihat untuk mengasingkan sampah sarap, jangan guna beg plastik. Yang hampehnya, siap tembak aku kot.
"Bagi anda yang menunggu orang ke, taw la kat luar tu panas, tapi tutuplah aircond dan duduk kat luar tu." Aiseh mcm tahu-tahu pulak ye aku tengah bergembira pasang aircond masa tu. Dan seiring dengan tu, deejay radio tu pn putar lagu yang sewaktu dengan bumi ni. What A Wonderful World, Anak Dunia dan sebagainya.


Aku sebagai pelajar dalam bidang environment, bagi aku, Earth Day dan isu tentang pemanasan global dan sebagainya dah menjadi satu rutin bualan dan topik perbincangan dalam kelas. Sejak daripada zaman aku buat degree lagi dalam bidang natural resources, topik tentang Earth Day, Earth Hour, Global Warming, Solid Waste Management dan sebagainya sentiasa disebut-sebut sampai kadang-kadang nak muntah pun ada. Mana taknya, 4 tahun, dengar benda tu je. Regardless, sebagai pelajar, kita belajar apa yang patut. Dan sorry, silap kat atas tu, zaman degree takde pn sentuh sangat pasal solid waste management. Sekarang ni baru banyak pendedahan, kenapa perlunya kita asing sampah dan sebagainya (ke baru sekarang faham?) ahaha.


Okla, sementara masih Earth Day ni, biarla aku sedikit sebanyak share ilmu pasal menda ni. So why it is important to do waste separation? First and foremost, we have to know that our waste in Malaysia is a mix waste. Poly ---- tet tet, lupa term dia. haha. Waste kita kat Malaysia ni dari jenis yang berbagai. Makanya, bila kita hantar untuk landfilling, kadang-kadang, diorang terpaksa asingkan menda yang boleh dikitar semula.


Sisa makanan yang kita buang akan menyebabkn basah kpd dry waste. Over time, waste ni akan decompose, releasing methane gas as the main gas. Ini dah menerangkan kenapa kalau sampah yang berair (yes, that is leachate) berbau sangat busuk ye. Methane sangat berbahaya untuk environment. Sila search sendiri untuk kenapa methane bahaya, sebab malas nak terang. Kalau kita tak asing waste kita, problem yang akan berlaku adalah pada landfill yang kita xdpt jangka berapa lama lagi akan dapat tahan. Landuse, and sanitary landfill nak bukak memang tak mahal berbanding alternative waste treatment yang lain tapi isu sekarang adalah tanah tu. Sedangkan tanah nak buat kubur pun orang dah risau kurang, ni kan nak buat berapa hektar lagi tanah nak buang sampah je. Tambah lagi nak jadikan sanitary landfill. Jadi kalau kita buat waste separation, contributes to waste diversion jumlah sampah yang ke landfill dpt dikurangkan.


So what with Earth Day? Apa fungsi Earth Day sebenarnya? Plan untuk Earth Day adalah untuk mengurangkan pencemaran terhadap bumi. Bumi, mengikut Gaia hypothesis, secara ringkas, mampu untuk self regulate dan kembali kepada bentuk asal. Masalah yang berlaku ialah apabila disturbance terhadap bumi exceed the capacity that it can accept, the system will fail. Sebab tu, Sg Klang sampai sekarang xde jadi pristine balik sebab disturbance yang berlaku dah melebihi tempoh untuk self regulate. Dalam kelas water science aku, lecturer aku ada tunjuk river Class I (sila rujuk river quality) lepas hujan ambik masa 8 jam untuk self regulate jadi kepada bentuk asal dia. Itu river yang tak disturb, kalau dah disturb? Sila buat kira-kira sendiri.


Mengikut apa yang aku belajar, masalah dengan sistem kita adalah sebab kita xde lakukan sediment chemistry untuk lebih faham tentang keadaan sungai. Sediment boleh memberi maklumat yang lebih jelas daripada water quality. 3mm of sediment represent 10 years of history (?) (kena rujuk balik sbb tak ingat measurement dia yg tepat). Jadi kalau kita assess sediment kat sungai, kita boleh tahu apa yang terkumpul kat situ sejak beberapa lamanya.


Ok cukup lecture kat sini. Kelmarin teringat sorang lecturer cakap dalam kelas tentang pollution technology. Ayat dia cukup mudah dan aku sebenarnya baru perasan, memang btol apa yang dia cakap. "Global Warming, Ozone Layer depletion, all this is what we have today. However, Earth has survived much greater problems than what we are facing today."


Ok, malas nak quote-quote, biar aku translate sini je. Kata dia, Bumi dah wujud sangat lama dan bumi dah melalui zaman yang lebih teruk daripada apa-apa yang kita hadapi hari ni. Asteroids? Dan sebagainya sampai zaman kepupusan dinosaur yang dikatakan sebab daripada asteroids langgar bumi(?). I don't know, that's what I was told during my childhood. Ayat dia mudah. Earth will survive. Kalau dulu Bumi pernah hadapi bencana yang lebih teruk daripada ni, tapi Bumi masih lagi kat sini untuk kita diami, apa yang membuatkan kita fikir kita perlu selamatkan Bumi?


Jadi dia cakap, what we are trying to save is not the Earth. What we are trying to save is ourselves. Jangka hayat umat akhir zaman kurang 80 tahun. Berapa lama sangat kita akan hidup untuk cakap kita perlu selamatkan bumi? Its either two. Kita mati dulu ataupun kiamat berlaku dulu. So slogan-slogan yang kita laungkan selama ni, kalau kita fikir balik, is it for the Earth, or is it for us?


Bila aku dengar ayat tu sebenarnya, aku terfikir, yes, it is true. When we say save Earth, we are actually concern bout ourselves. Dan lecturer tu jugak cakap, why we want to save the Earth because we concern of what will happen to us, because a slight change can affect us. 21% of oxygen that we currently have, say, if it increased, it still might not be good for us although it might be oxygen.


There is always reason why Allah created the Earth with the composition of 70% Nitrogen, 21% oxygen and the rest of the gases at 9%. I know this is not a word that an Environmental student should utter, but is it our selfishness that drives us crazy to protect the Earth?


Mungkin, mungkin, secara mudah aku boleh cakap, manusia adalah makhluk yang memang tak pernah puas dengan apa yang ada. Sebab kita belajar daripada kesilapan masa lampau, sekarang, bertopengkan slogan Selamatkan Bumi, kita sebenarnya berusaha untuk tidak pupus seperti pupusnya dinosaur suatu ketika dahulu. Dalam erti kata lain, manusia sangat mementingkan diri kerana tidak mahu ada makhluk lain yang mengambil alih tempat mereka di Bumi ni, jadi usaha untuk mengurangkan pencemaran dilakukan demi manusia dapat terus mendiami bumi. Namun, sampai bila?


p.s: Have a thought on this matter and then you will realize that it is actually true. The sad truth.

Sunday, April 21, 2013

0 Why Ber"Blogging"?

Dua tiga hari ni sangat penat, xtaw buat pe tah, tapi masuk kelas mengantuk je keje. yg kelas awal2 pagi ok lagi, sebab baru sampai kan. kelas kedua untuk kedua-dua hari, memang rasa nk pengsan je. Ehh, rasa nk tidow. mata tersangatlah mengantok bangat.


------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sebenarnya, bila aku bukak blog aku, aku cek kt tepi tu archive. Aku perasan tahun 2010 merupakan tahun plg aktif ber-blog ni. Aktif giler aku menulis sampai mencecah 100+ dalam setahun. Tapi mula lepas tu, blog dah jadi cam suam-suam kuku. Malas nak menulis bagai.


Camne ye nk memotivasikan diri menulis semula? haha tak penting pn. Ni mesti xde motivasi sebab takde follower ramai yg nak baca. Hahaha. Xkesah la. Sebenarnya, plan aku mula2 tulis blog pn bukannya nak cari populariti sampai keluar paper jd blogger popular ke apa.


Setiap orang ada cara diorang nk luahkan apa yg diorang rasa. Dan sebagai orang Islam, kita tahu yang Allah tu sebaik-baik tempat kembali untuk segala masalah. Rintihlah, ceritalah segalanya, Dia akan sentiasa mendengar rintihan kita. Tapi hakikat kita manusia selalu terlupa pada dia, walaupun dia sebenarnya lebih dekat dengan kita berbanding sesiapa saja pun.


Lantaran lupanya aku, selalunya, blog ni ibarat satu tempat untuk aku coret segala rasa dalam hati aku. Aku ingat masa dulu, aku pernah rasa sangat sangat stress, marah dan macam2 lagi. Masa tu, aku tarik pensil dengan kertas dan akhirnya, terhasil satu sajak yang penuh ekspresif. Mungkin ada beberapa gaya bahasa yang korang belajar dalam komsas tu tp rasanya sekali baca boleh faham apa yang aku cuba sampaikan tp bukan untuk siapa je la.


Lebih kurang, lepas tu, mungkin tahun 2010 tu tahun paling stress bagi aku kot, atau mungkin tahun ekspresif bagi aku. Menjadikan post pada tahun 2010 tu sangat sangat banyak berbanding tahun-tahun yang lain. Ataupun sebenarnya aku dah jumpa cara lebih baik untuk anger management.


Apa-apa pun sebab anda ber-blog, semoga korang sentiasa happy dengan apa yang korang buat!~


p.s: wei shenme? ~_~

Saturday, April 20, 2013

0 Malaysian Chinese Singer

Alright, so we're here. Let's continue on this part. Ramai antara kita mungkin xtahu yang diorang sebenarnya lebih talented daripada apa-apa yang kita ada sekarang kt Malaysia. Sebab artis dlm Malaysia, klau kena pijak sikit dengan artis luar, attack diorang --> (referring to bunkface). Face it. Seteruk mana pun korang benci dgn artis dari korea, face it. Kalau orang tak pilih korang, maknanya korang sucks. Kalau korang cuba tgk sikit camne artis korea train sblm diorang jadi artis yg korang jumpa sket, korang akan timbul respect. Tak perlu suka, just respect sbb diorang train hard dan bukannya just kluar, pastu kalau xde peminat sokong, kutuk physical orang, ckap diorang plastik surgery smua. At least talent diorang bukan plastik surgery. Jadi sila show some respect as fellow musician. And peminat too. If you guys have learn even the most basic part in music --> sorry, bila aku cakap basic music, aku xmksudkn blajar main rekoder kat sekolah pastu nyanyi lagu Jam Berbunyi tu ye. Aku mksudkan dari segi lain. If korang ada belajar, then you have the rights to comment tapi bukan untuk kutuk. Kalau xpenah belajar, its better for you to shut your mouth up, kalau xsuka lagu tu, simpan je dlm hati, xyah nk kutuk supaya korang xmenunjukkan kebodohan korang yang hanya belajar main rekoder n nyanyi lagu Jam Berbunyi masa kelas muzik kat sekolah rendah dulu. Sebab tu la aku xpenah percaya dgn program realiti tv malaysia yang bagi peminat undi. tahap mana sangatla diorang nk undi. Sorry, harsh word, tp orang malaysia memang perlukan ayat cmni baru nk paham bahasa.


 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Alright back to the topic. So untuk korang yang tak pernah kenal malaysian chinese singer yang kt oversea sekarang. A reminder, they are probably much more patriotic than we are. Aku xpenah hafal lagu ni. Here's a video:





Alright, this is Michael Wong Guang Liang. From Ipoh and one of the best chinese songs composer now. This song, back in 2005 is still the most sung song in karaoke up till today. Fairy Tale:




Ok this song is called Dui Mian De Nu Hai Kan Guo Lai (Girls at the Opposite Site, Look Over Here). Ni lagu asal oleh Ah Niu tp dipopularkan smula oleh Richie Ren. But who cares, but the original singer is still Malaysian. So here's the song:




Ni lagu Fish Leong:





And let's end the list with the song I love the most. My alarm clock song. Bangun tersenyum je layan lagu ni dulu. haha. Nicholas Teo is a Sarawakean. Nicholas Teo - Bei Ji Xing De Yan Lei (Tears From Polaris):



and another one from Nicholas Teo - Xiao Wu Gui (Little Tortoise?) Gui shi turtle, Wu Gui shi tortoise. Either way, its Xiao Wu Gui.




As you can see, diorang sangat talented cuma korang je yg xpenah tgk. Jadi, stop all your nonsense and hatred. If even one day, they even beat any of your known artists in any award, that's because they deserve it. They are very successful outside and they actually bring Malaysian name there. So cheers for them. /Salute!

Friday, April 19, 2013

0 Ice Kacang Puppy Love

Wahh dah lama tak menulis kt blog ni rupanya. Dan kembali aku menulis dengan tajuk yang penuh persoalan? haha. Dalam keadaan Malaysia yg dibahangi perang politik masa sekarang, aku tinggalkn part politik tu kepada pihak lain sbb dah cukup ramai skrg. Biar aku sentuh bab laen.


Okay I admit I'm slow. Aku rasa aku tak lah begitu kritis dalam hal ehwal filem ni walaupun kalau aku komen penuh dgn pros and cons. Dah lama btolnya aku xkomen untuk cerita cerita ni sbb skrg pn aku dah xslalu sgt tgk citer n movie ni. Lepas brapa lama, mlm ni aku kembali tgk movie. And that movie is Ice Kacang Puppy Love.


Okay, citer ni dihasilkan tahun 2010. Sgt2 slow aku ni rupanya, tahun 2013 baru jumpa filem ni. Aku rasa kalau sapa yg dah tertengok citer ni kt 8tv dulu mgkn taw la, tp aku rasa banyak antara kita, especially Malay, highlight, especially Malay, mgkn xpenah taw n xpenah ambik taw pasal movie ni.


Sedikit background untuk citer ni. Filem ni filem berbahasa Mandarin. Yes filem bahasa mandarin, jd mmg sah2 la org melayu bt xtaw je kan. Tapi di sebalik "ignorant" kita untuk xtgk filem ni, filem ni didalangi, fuh ayat, ok, filem ni dihasilkan oleh artis-artis cina kelahiran Malaysia yang sekarang aktif kat tanah besar-> China, Taiwan, Hong Kong etc etc.


Ramai sebenarnya orang kita yang xtaw. Kalau sebut nama-nama artis cina ni pn, bukan diorang kenal sbb xpenah dgr kan. Tp dalam diam, diorang dah bawak nama Malaysia dan jadi artis yg sgt sukses kat sana. Percubaan filem dibikin oleh Ah Niu, artis kelahiran Pulau Pinang. Kalau xsilap aku, masa filem ni diterbitkan kt Malaysia, filem ni berentap dengan filem KL gengster. Disebabkn publisiti melampau untuk filem KL gengster tu, makanya, filem ni tenggelam.


Mungkin sbb masa tu aku kat uni kt kelantan, jadi aku xdpt tgk trailer ke apa kt tv. Tapi aku pasti, xdenye trailer filem ni. Kalau ada pun, luar waktu puncak. Tapi percaya ke tak, kalau korang search Ice Kacang Puppy Love, korang boleh tgk byk giler, i mean, memang byk giler website, terutamanya dari luar negara yg minat tgk citer ni dan appreciate citer ni tp sayangnya, orang kita sendiri xappreciate citer ni. Kalau korang compare dgn KL gengster, sampai mana sgt tahap filem tu.


Citer ni, xpasti samada pengalaman ah niu sendiri ataupn bukan, tp kisah ni berkisarkan tentang kehidupan zaman diorang dulu2 kt penang. Ada signifikan tajuk filem ni yang korang hanya akan faham bila korang akhiri movie ni, dan aku rasa kalau aku dah xbtol sket, aku akan tepuk tangan kot masa ending tu. hahaha.


Cerita ni, berbanding dgn kegilaan pengarah2 lain kat Malaysia ni, aku xnak mention, tp, yes, pengarah2 melayu kt Malaysia ni, cerita ni lebih patriotik dan lebih melambangkan Malaysia berbanding movie2 lain. Percayalah, kalau korang tgk filem ni, if, korang lahir sezaman dengan aku, cerita ni, sedikit sebanyak akan mengingatkan korang tentang masa lampau korang. Masa zaman kanak2 semua.



Aku sangat terkilan sebenarnya. Sbbnya kita ada artis2 kelahiran Malaysia yg aktif kt luar tp diorang xdapat recognition dari negara sendiri. Sorry, tapi sampai bila korang nk bawa papan tanda terpampang ayat "rasis" tu?


Aku ingat masa tahun 2008, MTV award kat genting. Siti nurhaliza kalah dengan Nicholas Teo. Fine, ramai orang xpenah dgr nama Nicholas Teo. Siapa dia yang sampai dinobatkan artis pilihan Malaysia dalam MTV award tu? Apa kelayakan dia sampai dpt menundukkan Siti?


Korang xkenal dia, tp xbererti korang ada hak untuk kutuk dia. At least learn who he is, listen to his music before you even criticize someone. Are you even better than him? Short intro: masa dia belajar kat taiwan, dia join pertandingan menyanyi antara semua universiti kt taiwan dan dia dpt tempat pertama dalm pertandingan tu. Pastu dia join Astro Talent Contest, final lawan dengan vince af tu, dan dia menang tempat pertama lagi. vince dpt nombor 2 dan jadilah vince tu masuk akademi fantasia dan sbb tu korang kenal vince tapi bukan nicholas teo.


So lets just say, why not give something a chance even if you dont know bout it. Movie ni membariskan artis2 Malaysia yg memang fames --> Ah Niu, Fish Leong, Gary Chaw, Victor Wong, Nicholas Teo, Angelica Lee, Yi Jet Qi.. etc etc, ramainya nk list. Sorry malas nak taip semua, tapi hampir semua artis cina Malaysia ada dalam filem tu jadi, kalau nk kenal diorang, cek je sini --> http://en.wikipedia.org/wiki/Ice_Kacang_Puppy_Love


I will create another topic for more info. Watch it if you wanna learn bout it. End here~
 

:: Bila Angin Berbicara :: Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates