Sunday, October 30, 2011

0 Gila-Gila update

I

Wuit akhirnya aku dah dapat kenal pasti masalah dengan facebook aku yang tak ley komen dan tak ley post. rupe-rupenye masalah dgn browser. punyela mengamuk dgn line broadband. sekarang da bley komen dan tengok notification semula.



II

Dah naik meroyan aku lepas aku abeh tgk running man dalam hard disk aku. ditambah plak, lepas beberapa hari aku cuba dapatkan bahagian akhir untuk episod seterusnya, line tenet aku buat hal. Alhamdulillah, malam semalam aku dapat jugak menda tu habis. jadi aku dah ada satu episod extra. hehe.




III

Ceyy malam ni ada kelas lagi. Tak ley cancel tutorial ni. Cam takde pa pe je tutorial, rasa cam ... tah. macam tak relevan pun ada kelas tutorial 2 jam dengan kuliah 2 jam untuk subjek yang cuma 2 jam kredit. 4 freaking hours! Seriously! menda yang 3 jam kredit pun kelas sejam setengah, pastu yang 4 jam kredit pun dalam 3 jam je dalam seminggu. Kelas bahasa yang lebey menarik bley pulak 3 jam untuk 2 jam kredit. Tapi kelas bahasa boley consider la ada tutorial, kalau takde tutorial nk buat mende.

tapi kelas ni, tutorial pun macam kuliah. kuliah lagi la macam kuliah. masih lagi tak decide nak pegi ke tak kelas malam ni. jam hampir ke pukul 7 dan bas ada pukul 7 jugak.



IV

Dah nak dekat maghrib. Elokle mandi dan semayang. so chiow!

Thursday, October 27, 2011

0 Memories...

Sape pun anda pada hari ni, masa dulu, mesti anda jugak melalui hari-hari seperti mana kanak-kanak lain. Tak kira lah anda perdana menteri ke hari ni, artis ke, dulu mesti lalui jalan yang sama kan? walaupun ada yang kurang bernasib baik, tapi secara puratanya, ramai yang melalui kisah hidup kanak2 yang hampir sama.


Aiseh update kali ni, takde pun plan nak sedey2 atau nak emo2. Cuma semalam lepas tengok running man, terkeluar idea untuk tulis ayat kat atas tu. Episod kelmarin yang aku tgk, bwk diorang semua pegi kat tempat manga kat korea. semuanya manga lama yang keluar era zaman diorang semua kecik2.


Pastu satu cabaran semalam bawak diorang masuk dalam rumah untuk nyanyi lagu tema untuk manga yang dah diubah jadi kartun. Masa tu la nampak, diorang semua artis sekarang, orang yang popular, tapi satu ketika dulu, diorang masih kanak-kanak yang jugak sama-sama dengan kanak-kanak lain menonton kartun popular tu.


Kagum sebenarnya tengok episod tu sebab lagu kartun diorang tahun 70 - 80an sangat sedap. xD seriusnyer memang sangat best lagu kartun tu. Pastu aku terbayang la plak kan. Kalau ada gameshow kat Malaysia nk buat camtu, mesti best.



Cumanya...............................



Berapa kerat sangat lagu tema dari kartun yang berbahasa melayu yang ada? Sehari jugakla aku pikir hari ni. Paling cepat aku nampak Kluang Man, lepas tu Sailormoon. Silat Lagenda? Aku pun dah tak ingat lagu tu. Sang Wira? tak tersimpan pulak dalam minda aku. Nampak sangat antara semua kartun-kartun malaysia yang ada, takde sangat yang mampu memberi kesan yang mendalam. Sailormoon tu pun alih bahasa, kalau tak, aku rasa, Kluang Man je la kot yang aku ingat lagu dia. Usop Sontorian? Yokies?


Meh, malas pikir. Tapi tu la. kebanyakan kartun kita semuanya pasal kartun semata, tak bagi fokus mendalam kat bahagian lagu. Padahal, lagu tu yang akan kita "treasure" buat selamanya. Dengar lagu tu, kita teringat balik. Walaupun aku tak melekat sangat tengok kluang man, tapi sebab lagu dia, aku masih ingat lagi kartun tu.


Rasanya dah masa untuk buat kartun yang lebih bermakna, bukan setakat kepada penyampaian mesej dan grafik kartun tu, tapi jugak lagu dia, supaya kanak-kanak dapat turut sama menyanyi lagu tu. Tengok macam spongebob squarepants. tengok macam doraemon. tanya je, sapa tak tahu lagu doraemon, musykil sangat la.


Dan disebabkan pikir2 balik tak banyak kartun yang pernah ditayangkn ada lagu alih bahasa melayu, aku rasa tak ley buat la gameshow nyanyi lagu kartun.


p.s: la la la tiba-tiba keajaiban terjadi, kekuatan muncul di diri....... hahah sailormoon ost.

Wednesday, October 26, 2011

0 Mini Update 2

Anyo sayo! (pa pe la ejaan dia =D )

Okeh dah berapa hari dah entah tak update blog neh.


Kelmarin adalah hari yang sangat panjang. Sebab aku kena korean fever sket (macam banyak je hahaha), aku ada buat flash player kelmarin dengan lagu korea neh, sebab nak cari kat tenet payah sangat, buat sendiri senang.


Untuk korang yang dapat dengar dan tengok flash player tu, tahniah la yer, sebab aku sendiri tak dapat tengok -.-;; masalah apa tah dengan aku punya flash ni. Kalau bukan masalah flash, masalah broadband aku la tu kot.


Lama aku amek masa nak siapkan flash player tu, kesian aku. huhu.



Orait yang keduanya, selepas ke"tension"an, kitorang main la dota semalam. Rindu aku sebenarnya nak guna QoP. Tapi sapa sangka, lepas beberapa lama, antara semua hero intelligence dalam dota tu, aku masih sucks main QoP.


Sifu aku ajar dulu, mesti mau ingat sampai sekarang.


Sifu: Kalau u main QoP, u kena bunuh orang bila sampai lvl 6. Kalau tak membunuh, lepas tu jadi lauk. Jadi QoP kena bunuh banyak. Kalau tak reti guna, jangan guna.


Wahahaha. Sifu aku sangat garang mengajar dota neh. Harsh giler sekali dia bagi pasal dota, tapi btol la apa dia cakap. Master2 dota neh kalau yang pro, semua tak suka bila kalah sebab kecilako-an team yang tak reti guna hero. Jadi banyak kali aku maen QoP, mesti kena bebel la. 1 sebab QoP, bak kata sifu aku, walaupun hampir semua hero intelligence early game hero, tapi QoP boleh jadi late game hero gak.


Kalau QoP fail masa mula-mula, maknanya, dah fail dah la nak jadi late game. Dah sedar betapa teruknya aku maen QoP, aku rasa aku dah kena guna QoP banyak2 dah lepas ni. Lepas ni nak try maen, tengok jadi camne.


Nombor 3, uuuuu sedeynya episod running man aku semakin pupus, tinggal lagi beberapa episod. Azam balik ni, nak cari running man, pastu study. baik tak? haha. tapi ikut plan aku camtu la. balik ni donlod running man je, pastu study. sebab kalau main game online, nnti slow plak donlod. hahaha.


p.s: ok la, dah banyak membebel, aku nak pegi tengok QoP dalam replay jap. Proposal thesis dah update kira ok la sket. makin ringan tugas neh. chiow!

kamsa hamida :=D

Saturday, October 22, 2011

0 Fighting!

Oh #$#%%^@!!


Apa kena dengan aku neh? Dah kena demam korea plak tetiba kan???


Oklah, aku mengaku la, lepas beberapa lama dengar orang menggila dengan menda2 dari korea ni kan, mula dari Winter Sonata, pastu pegi kat super junior tah pa pe la, sampai kepada gila keluar nama-nama korea dengan cerita fullhouse dengar dia cakap bapak pelik, aku punya resistant kat menda dari korea ni dah hancur. huahuahua.


Dah beberapa minggu kot sejak member aku dok cakap kat aku ada cerita best untuk ditonton, dia pun cakap Running Man tu best. Aku pun dah bosan tambah2 nak tunggu fairy tail setiap minggu lambat, test tengok satu episod. Mana tau, tu permulaan gelak pecah perut yang menggemparkan satu dorm aku. haha.


Masa mula-mula tengok Running Man tu takde pun terpikir nak cari lagu atau nak mula minat pasal korea ni dengan lebih "over". wahaha. Pastu ada satu episod tu, kim jong kook nyanyi lagu kat depan Seoul Tower. Aku pun, eh sedap gak lagu dia. Pastu episod-episod seterusnya, keluar lagi lagu2 korea lain yang kim jong kook nyanyi (dia memang penyanyi pun) tambah dengan artis lain yang datang nyanyi (I'm a Loner CN Blue pun layan gak, 1 lagu je ye dari CN Blue).


Pastu dah tengok banyak2, jadi tak btol dah setting dengan cerita-cerita korea ni. Tapi point di sini, bukan drama ye aku minat, cuma variety show. Sampaila hari ni, dah terlalu terer dah aku sebut nama-nama korea neh. hahaha.


Dan secara statistiknya, seperti roket naik dengan lajunya ke langit, begitu jugakla lagu korea tetiba terisi dalam laptop aku. haha. Sekarang tengah dengar lagu kim jong kook. Jujur cakap, menarik sebenarnya tengok ada orang cam dia. Bak kata komen dalam youtube, spartan body with angel's voice. Lawak gak ar baca tapi tu hakikatnya. Aku pun tak percaya dia punya suara bley jadi camtu. Ingat bunyi cam falsetto Marc Anthony ke, tapi rupanya sangat merdu. huahua. sebagai pengkritik yang "reliable" (perasan giler aku haha), unik la dia neh.



Sekarang baru episod ke---19 running man. Aiseh panjang lagi kena tengok dan kena cari. tapi episod setakat semuanya best. dan sekarang setiap hari layan lagu korea la plak kan. sekarang tengah layan satu lagu yang sangat best. aku rasa lagu anuar zain Lelaki Ini tiru lagu ni. Booo baik aku dengar lagu ni, dah la sangat sedap dan lirik sangat bermakna.


Tengah cuba men"terer"kan diri dengan lagu ni. Mungkin satu hari nanti boleh nyanyi untuk "special someone". Lagu seindah ni... erm xley dibazirkan untuk orang saja2. hahaha.


okla, nak siapkan sikit lagi assignment. Fighting!

Monday, October 10, 2011

0 Mini Update

Dah dekat pukul 2 dah pun. Mata sebenarnya dah pun mengantuk tapi ralit seketika aku semak lagu-lagu nasyid kat carta ikim.fm. Sedar tak sedar, dah lama sebenarnya aku tak dengar radio. Jadi agak perlahan dengan lagu nasyid terkini.


Cadang tadi nak bukak selak-selak sikit buku The Genera of Araceae untuk aku punya projek tahun akhir. Proposal dah kena hantar khamis ni. Pastu rasa cam berat sangat hari ni nak selak buku yang teramat tebal dengan tulisan yang font dia aku tak tahu la berapa.


Pastu aku bukak buku mandarin nak buat latihan. Selak, buat latihan padankan (macam darjah satu plak). Pastu tengok penjodoh bilangan dah tak paham dah, tutup dan bukak facebook (yeah!).


Tengah cek2, terjumpa ada kawan lama post lagu yang pada masa yang sama menggamit tangan aku untuk menekan. Istikharah Cinta tajuk dia. Nyanyian kumpulan Sigma. Mungkin pada masa yang sama, aku rasa dah tiba masa untuk aku berserah jiwa raga rindu dan cinta aku untuk Allah tunjukkan pada aku jalan cinta yang telah Dia tetapkan untuk aku. Kalau selama ni, mungkin terpesong ke lorong-lorong kerdil dan mungkin juga merona untuk ke lurah dalam, mungkin dah tiba untuk serahkan kepada Allah untuk bukak hijab tu untuk aku tahu siapa sebenarnya yang Dia tetapkan.


Aku mengaku tu sebab utama aku tekan link tu dan nak dengar lagu tu. Hasilnya?


Aku masih lagi mendengar lagu ni sejak aku tekan link tu beberapa jam tadi. Sangat damai, tenang dan sedap didengar. Rasa terbuai seketika dengar lagu ni.


Semoga Allah temukan aku dengan seorang gadis yang solehah.

Demi sesungguhnya, aku tak layak mengimpikan kesetiaan seorang insan seperti setianya Hajar, kerana peribadi aku tidak setanding Nabi Ibrahim,

Aku tak mampu mengimpikan ketaatan seorang insan seperti taatnya Zulaikha, kerana diriku tidak setanding Nabi Yusuf, baik dari segi rupa, apatah lagi hati.

Aku tak mampu mengimpikan kesabaran seorang insan seperti sabarnya Sumayyah kerana keutuhan hati aku tidak setanding Yasir

Apatah lagi tak mampu aku mengimpikan pengorbanan besar, kasih dan sayang seorang insan seperti pengorbanan, kasih dan sayang Khadijah terhadap Nabi Muhammad S.A.W.

Kerana sesungguhnya aku hanya insan biasa yang dikurniakan nikmat iman yang masih lagi belum utuh dalam membenteng diri aku daripada kemaksiatan...

Allah, teguhkan imanku dalam agamaMu... amin...
 

:: Bila Angin Berbicara :: Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates