Tuesday, November 29, 2011

0 Diyi Ke Chi Shenme

Xianzai shi er dian san shi wu fen, wo zai diannaoshi kan Huayu shu.

Zheli you shi wu ge ren.

Tamen wo bu zhi dao zuo shenme.

Zaoshang jiu dian ban wo qu danda de canting chi chaomian he chaoguotiou.

Xiawu wo you test. Hahaha.

Wo mei you belajar test dalam huayu.

Ok dah dah. bawah ni dah broken mandarin.

p.s: zhongwu hao!

Monday, November 21, 2011

0 December

Ok, December is coming soon.


Tapi post ni tak nak cakap pasal bulan December. Nak cakap pasal kumpulan duo December. Haha. Ok. Jangan salahkan aku. Memang agak gila sebenarnya kalau pikir2 semula. Aku, secara naturalnya, tak penah nak minat cerita dan lagu korea, tapi sekarang, setiap hari lagu dan cerita korea.


Asalnya, masa sekolah menengah, waktu aku mula dulu, memang aku minat nasyid je. Nasyid je memanjang. Pastu masuk matriks, roommate aku berjaya bukak sikit minda aku kot. Bukannya salah nak dengar atau nak layan lagu lain. Suara tu satu keindahan ciptaan Allah untuk kita hargai pada masa yang sama mengagumi kehebatan Dia yang mencipta keindahan sedemikian rupa.


Berbalik kepada December. Aku ni bukannya tahu sangat pasal kpop band ni. Cuma baru berjinak-jinak nak kenal sket. Dah mula kenal banyak gak sejak tengok running man dengan family outing. Group macam big bang, 2pm, snsd, girls generation yang kiut kiut (haha) dan December yang paling baru aku kenal. Bila aku cek balik pasal kumpulan duo dari korea ni, rupa-rupanya diorang ni tak popular berbanding kumpulan-kumpulan lain.


Nak dijadikan cerita, masa tengok running man episod 42 kot, dekat-dekat bahagian akhir tu, korus sebuah lagu menyentap aku untuk kaget seketika. Dengan serta merta, ayat Wow, bestnya lagu neh. TQ bebanyak kepada subber running man 42 tu sebab letak background music yang diorang gune. Dengan pantasnya, aku bukak tenet dan cari dan sangat menyukai lagu tu teramat.


Kalau korang dengar kumpulan duo ni nyanyi, suara diorang adalah suara yang layak jadi penyanyi yang hebat. Kiranya, kalau bagi aku, kawalan vokal diorang memang mantap. Kiranya, walaupun diorang baru debut tahun 2009, tapi diorang boleh shoot up dengan vokal macam tu. Malang sebenarnya, kumpulan-kumpulan yang hebat macam ni tenggelam sebab kpop idol yang laen.


Masa aku tengok video-video diorang kat youtube, aku perasan ada komen cakap, 5 tahun diorang berlatih vokal. Oh wow. Ini bukan dari rancangan realiti macam akademi fantasia yang maen cekup je memana yang diorang nak. ni daripada 5 tahun hasil latihan vokal.


Kat Malaysia pun kita ada sifu yang mantap vokalnya. Aku boleh namakan penyanyinya, tapi penyanyi tu dah mengundurkan diri dari dunia seni vokal Malaysia, sebab ada isu dulu. Kelantangan suara dia mengkritik sesuatu yang benar menyebabkan stesen radio tak lagi memutarkan lagu dia dan anak didik dia. Akhirnya, dua-dua dah tak muncul dengan lagu dan album baru. Seorang komposer yang sangat hebat dan juga penyanyi yang ada vokal yang sangat mantap. satu kehilangan besar, tapi tu la pasal, benda benar ni memang banyak orang tak dapat terima.


Berbalik kepada duo December ni. Aku pun tak pasti sebab apa diorang punya group nama December. Tapi yang penting, December adalah bulan yang istimewa untuk aku. 1 point untuk aku meminati kumpulan December. Kedua vokal. Ketiga lagu. Keempat lirik. Aku tak boley letak lirik atas sebab aku xpaham maksud dia. Jadi lirik keempat sebab lepas aku suka lagu dia, aku akan cari lirik dengan maksud dalam bahasa inggeris.


Walaupun December tak popular sangat kat Malaysia (ye kot), ada aku kesah? Korang nak minat idol korean lain? minatla. Aku ada taste aku sendiri untuk lagu. Lagu yang hebat dengan lirik yang mantap serta penyanyi yang epik bagaikan satu cabaran untuk aku sebenarnya. Terfikir macam mana komposer dia boleh cipta lagu yang hebat camtu. Dah berkurun aku menulis lirik dan mencipta lagu (underground untuk diri sendiri). Jujurnye, takde satu pun yang dah siap. Aku ada rakam beberapa lagu, bahagian intro. Berkurun aku buat, berkurun jugakla tak ley masuk korus. Tak tahu sentuhan macam mana nak masuk bahagian korus tu.


Pa pe pun, December dah menarik perhatian aku. Dah mula cari lagu-lagu diorang. Malangnye, semua lagu diorang sedap. Hahaha. Atau sebenarnya, vokal diorang yang mantap yang dapat bawak lagu tu dengan sangat hebat. Kalau ada antara korang yang mungkin tak tahu mana lagu December nyanyi, mungkin peminat cerita korea, tengok cerita, tapi tak perasan lagu December. Salah satu lagu diorang, ada jadi OST cerita IRIS. Sapa-sapa yang dah tengok, mesti tak terlepas lagu neh (aku agakla, sebab aku belom tengok Iris. haha. Ada cuma belom tengok).


p.s: Dengar lagu December lagi sebelum tidow. Tak nak dengar lagu baru diorang banyak-banyak sangat, nanti boring plak. Sekarang dengar OST Iris. Chiow!

Wednesday, November 16, 2011

0 7 Sebab Aku Tak Minat Tengok Cerita Melayu

Hari masih gelap walaupun dah pukul 11. Ni la kot suasana kelantan pada waktu sepatutnya, dulu aku tengah buat final exam. Sekarang, bulan 11, 12, 1 ada kuliah. Kali ni mungkin la merasa suasana yang sangat "basah" ni.


Hari ni, xde apa nak tulis sangat cuma nak senaraikan sebab-sebab kenapa aku tak minat tengok cerita melayu.



1. Jalan cerita sama

Boleh dikatakan semua cerita melayu, kita dah boleh tahu apa akhir dia. kita boleh jangka apa akan berlaku dan cerita tu selalunya mesti sama ja. Aku tak nafikan ada cerita yang unik tapi kurang mendapat sambutan. Tapi secara keseluruhan, banyak jalan cerita dia sama.



2. Bahasa rojak

Ni yang paling tak tahan sebenarnya. Korang kan buat cerita berbahasa melayu. Apsal plak ada bahasa inggeris? "You tau tak, I kan sebenarnya... etc etc" -.- Daripada aku tengok cerita orang yang tak reti cakap inggeris tapi nak cakap jugak, baik aku tengok cerita omputih je. Takde la sakit telinga dengar. Kononnya, keluar bahasa macam tu rugged la? kononnya cakap camtu, ada kelas macam orang kaya la?


Aku tak nafi sebenarnya, pengaruh daripada bahasa camni dalam cerita, menyebabkan kita sendiri kadang-kadang merojakkan bahasa dalam percakapan seharian. Kalau cerita lain kita tengok orang dengan bangganya guna bahasa diorang terutamanya dalam ungkapan cinta, kita dalam cerita kita tetiba je, "I Love You!". Aku tak tau mana salah ayat "aku cinta kamu". Ce tengok tempat lain, jarang benar dalam cerita diorang guna bahasa inggeris untuk ucap cinta. "Saranghae, Daisuki, wo ai ni, ich liebe dich, te amor, ana uhibbuki".


Ungkapan cinta dalam bahasa sendiri bagi aku, sebenarnya adalah satu pertarungan. Pertarungan untuk melihat bahasa mana yang paling romantis dalam perjuangan menegakkan cinta. Tak salah rasanya, kalau aku cakap, bahasa melayu dah pun kalah dalam pertarungan ni kerana berleluasanya penggunaan bahasa cinta daripada bahasa inggeris. Dalam erti kata lain, kita menunduk dan mengaku ungkapan cinta dalam bahasa inggeris adalah lebih romantis diucapkan berbanding bahasa kita sendiri.


Tak dinafikan, sebenarnya, romantis atau tidak bergantung kepada bagaimana orang tu menyampaikan hasrat cinta dia. Cumanya sesetengah individu melihat ungkapan cinta dalam bahasa lain, adalah lebih romantis mungkin kerana mereka peminat setia kepada drama bahasa tersebut. Contohnya, peminat drama korea mungkin akan menganggap saranghae adalah romantis, manakala peminat drama sepanyol akan melihat te amor sebagai romantis dan begitulah seterusnya. Tapi jika orang yang dicintai mengungkapkan perkataan tersebut dalam bahasa drama yang mereka minati, ini adalah lebih romantis kerana ini menunjukkan usaha keras orang tersebut untuk mengungkapkan kata-kata tersebut demi orang yang mereka cintai.
Chewah! lari topik.



3. Negara komedi?

Ni yang aku tak bole tahan. Sederet keluar kat panggung wayang malaysia, cerita melayu mesti semuanya komedi. Hello? kita ni negara pelawak ke? Dah takde cerita lain nak keluar?


4. Genre sama

Ni paling tak tahan. Pengarah A keluarkan cerita, contohnya "WAH HANTU DATANG LAGI BERSAMA TORA". Pastu keluar surat khabar, kutipan mencecah 10 Juta. Pastu Pengarah B plak datang, cerita "HANTU HANTU CINTA". Berjaya jugak walaupun kutipan 7 juta. Pastu pengarah lain pun keluar semua sama ja.


Kalau kat luar negara ada halloween, kat Malaysia ni kalau sambut halloween, sepanjang tahun tu halloween. Sederet filem hantu kat panggung wayang. Kalau keluar cerita gangster, sepanjang tahun gangster je yang masuk wayang. Yang tak gangster tak masuk. Kalau cerita cinta, cinta la sepanjang tahun. Kalau ada 1000 pengarah filem kat Malaysia, 1000 la cerita hantu/cinta/gangster yang masuk panggung.



5. Muka sama

Ha ni paling bosan. Kalau dah muka tu mula naik, muka tu je la yang dok nampak kat cerita, sampai dah naik muak dengan orang tu. Bukan setakat tu ja, kadang-kadang sampai ke pementasan teater pun orang tu jugak?


Aku paham pengarah cuba menarik penonton dengan cara ni, tapi tak salah perkenalkan pelakon baru dengan menggandingkan diorang dengan pelakon lama. Dengan cara ni, diorang dapat naik jugak. Pastu, kalau orang yang sama jugak masuk pementasan, orang yang memang cari makan dengan teater, nak makan apa?


Aku dah pegi teater Her Majesty's Theater untuk tengok Phantom of the Opera kat london dan aku rasa orang yang maen teater tu lagi hebat daripada pelakon-pelakon kita yang sedia ada. Sebab masa pegi situ, aku baca biodata pelakon diorang, pelakon teater sebenarnya adalah orang yang punya kelayakan yang lebih daripada pelakon kita yang kebanyakan datang atas tiket muka ja.



6. Trilogi .... cerita gangster/hantu?

Ishh ni satu lagi. Kalau pengarah filem luar dok bukak novel-novel hebat kat kedai buku untuk jadikan filem, pengarah kita dok tengok kejayaan filem diorang sebelum ni, pastu kononnya hebat filem diorang tu, pastu cadang nak buat sambungan.


pe ni? Kreatif la sket. Kalau betul nak bersaing dengan pengarah luar, pegi la kinokuniya bukak novel-novel hebat yang sedia ada. Tu ha, kalau nak buat yang seram sket, bukak novel ramlee awang murshid. Cerita thriller dia hebat apa. Tukarkan jadi filem. Ada la sket gaya macam sidney sheldon. Ni tak, bukak novel alaf 21 yang cinta tah apa-apa tu. pastu nak buat jadi novel. Padahal, semua yang ada situ, kononnya nampak unik, padahal sama je dengan cerita tv sedia ada.



7. Bajet hebat

Macam pengarah cerita tettt! Aku rasa korang taw. yang bapak yakin giler dengan filem dia, pastu diam je. Dah tu pengarah kita, kurang persaingan walaupun sebut macam bersaing padahal buat menda sama ja.


Dah la, cukup 7. Pening gak pikir walaupun ada lebih daripada 7. Yang penting, pengarah filem kita perlu la lebih kreatif. Nak buat pompuan tunjuk badan dedah semua tak payah sebenarnya nak lakukan filem. Cuba la fikir sikit, bukan salah pun. Kalau dah tak ley fikir, letak jawatan, tak yah jadi pengarah.


p.s: Dapat jugak aku bagi sebab. haha.

Monday, November 14, 2011

0 Post 200!

Yeah! Proudly announced, since this blog has started to spread my thoughts, this is my 200th post! Finally hit 200 posts.


Along with the 200th post celebration (as if it's anything big :P ) I present the new look for the blog along with new songs to enjoy.


Despite all this, the turn down mood for this is that, I have a mid term test tomorrow. Guess that's about it.


Peace all, now out to read notes!

Monday, November 7, 2011

0 Pertama

Bosan la plak jadi, aku nak tulis yang pertama. pe yang pertama, entah, baca la sendiri xD


Cerita dari Korea yang pertama aku tengok dan terus melekat nak tengok ialah Running Man.

Gameshow dia memang top class. Jujur, I'm not a fan of korean drama etc. Tapi Running Man macam membuka lembaran baru untuk aku terima cerita-cerita dari. korea. wahahaha. Best-nya nak cakap, sampai aku terfikir, ni adalah cara yang paling best, paling power, paling special, paling segalanya paling untuk promote negara kita kepada orang luar. Lepas tengok kiranya, kita dah ada idea kalau kita pegi korea, kita nak pegi melawat mana.


Artis korea pertama yang aku dengar lagu dia, pastu terus minat ialah kim jong kook

Honestly, I've never been a fan of korean music industry. Mungkin salah satu sebabnya adalah pompuan2 malaysia ni dok menggila dengan idol star korea laki yang muda-muda semua tu kot. yang group2 (entah, aku bukan taw nama pun). pastu, lepas tengok running man, kali pertama dengar jong kook nyanyi depan seoul tower. dan aku rasa mungkin salah untuk judge korean singer camtu. dan buat masa sekarang, hanya dia je penyanyi korea yang aku minat. amazing person, amazing music, amazing song, amazing voice.


Lagu korea pertama aku jatuh chenta dengar ialah One Man (Han Namja) dinyanyikan oleh kim jong kook

pertama kali dengar lagu ni, aku dah jatuh hati walaupun belum paham maksudnya. Lepas paham maksud dia, lagi lah jatuh hati sebab maksud dia cam cerita pasal aku plak, kadang-kadang. tapi lagu han namja lebih menerangkan pasal kim jong kook sendiri (baca cerita dia, paham la).



Meh dah la.pening dah memikior yang pertama


p.s: point nye nak cerita pasal ni je sebenarnya. hahaha.
 

:: Bila Angin Berbicara :: Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates