Sunday, December 27, 2009

0 Gambar-Gambar Salju Kota London


Ni serba sedikit gambar masa aku kat sana. Lain-lain, cari aku arr nak tengok. huhu


Kat Stansted Airport, menjalani kehidupan mat salleh pertama haha (minum kopi)


berjalan-jalan kat London


The street of London


Depan tempat membeli-belah


kat Piccadilly Circus


Muzium Ripley's kat Piccadilly Circus


Depan Muzium Ripleys


Kuda-kuda kat Piccadilly Circus


Posing sambil beratur nak masuk Madame Tussauds


Wopps terjumpa dia sebelum masuk Madame Tussauds huhu


Dengan Shrek, huhu


Ya, ahli keluarga diraja Britain yang baru!


Ni kat kawasan berdekatan Scream!


Orang yang handle Scream! tah pa pe haha


Ok, I dun like this idea, but... SMILE!


Ya itu dia, tahniah Britney! haha


Haha sapa lilin sekarang?


Dengan Elvis kat Madame Tussauds


Kat shopping mall, huhu


tengah tunggu makanan, huhu


depan London's Eye


huhu nampak background dia lawa.


Gambar Big Ben dari London's Eye


Dalam London's Eye


kat Trafalgar Square, baru lepas makan kat restoran Jom Makan


Jalan kat Greenwich


baru sampai kat Greenwich


Ya itu dia kedudukan Kuala Lumpur, dari garis tu pusing satu dunia mesti kena Kuala Lumpur


Teropong dari Greenwich ke luar sana


Tu One Tree Hill yang cerita korang tengok kat tv, kat situ lah dia


Tupai kat Greenwich huhu


kat depan Royal Albert Hall


inside National History Museum


inside National History Museum (bahagian geografi) dengan mama


Dalam tu jugak, ada Jurassic Park haha


kat luar National History Museum


baru sampai kat london bridge


berjalan kat depan sungai Thames


depan sungai Thames gak (dengan akak)


kat atas London Bridge


ni original punya London Bridge

0 Angin Sejuk Kota London (Bahagian Akhir)

3 Disember membawa perjalanan kitorang ke Royal Albert Hall yang terkenal. Binaan dia memang lawa dan sangat besar. Abang aku cakap, masa Siti Nurhaliza buat persembahan kat sini dulu, diorang cuma tempah bahagian depan dewan tu je tapi mintak maaf cakap, tak penuh. Kitorang bergerak ke Muzium Sains lepas tu. Tak banyak sangat yang menarik perhatian aku kat situ tapi aku minat dengan ada mesin permainan dia. Huhu. Dari Muzium Sains, kitorang pegi Muzium Sejarah Negara (National History Museum). Tak jauh, dekat je. Yang ni menarik.

Dalam dia ada benda yang berlaku sekeliling dunia termasuk gempa bumi kat Jepun dan sebagainya. Jugak terdapat sejarah pembentukan batu (aku belajar dalam Sumber dan Ekosistem Tanah semester lepas huhu). Yang paling menarik kat situ adalah pasal dinosaur. Ada diorang dinosaur gerak-gerak lagi. Huhu.

4 Disember. Ni hari terakhir kitorang jalan-jalan kat London sebab esoknya nak balik dah. Kali ni, abang aku bawak kitorang pegi melawat London Bridge. Kat sini bolehlah melihat keindahan Sungai Thames (takdelah indah sangat tapi takdelah kotor, sekurang-kurangnya berbanding sungai Malaysia yang semuanya tercemar). Kat sungai Thames ni la terletaknya Tower Bridge dan London Bridge. Selama ni aku silap sangka. Gambar yang ada dua menara tu untuk pengetahuan korang nama dia Tower Bridge bukan London Bridge. London Bridge tu yang lagi satu.

Bertentangan dengan Tower Bridge. Sebab angin yang agak berangin (huhu ayat apa ini), semua mula rasa nak terkencing. Diorang ada satu tandas yang kena bayar tu tapi sebab abang aku tak bawak duit syiling jadi masalah la sket. Jadi kitorang masuk kedai kopi, minum kopi, kencing kat dalam tandas dia. Huhu.

Kat kawasan tu ada dua tempat rumah hantu. Huhu. Satu London Dungeon dan satu lagi London Tomb. London Dungeon ni macam rumah hantu yang menggunakan visual dan orang untuk menunjukkan macam mana jenis penyiksaan zaman dulu-dulu. Yang buat benda tu menakutkan, orang dia je.

Diorang buat bagi terkejut dan sebagainya. London Tomb pulak abang aku cakap paling baru. Masa diorang korek-korek kawasan kat London Bridge tu, diorang jumpa kubur lama, jadi diorang jadikan tempatkan tu rumah hantu. Pelik-pelik diorang ni kan.

Kitorang lintas London Bridge dan lepas tu kitorang naik tube dan turun di St Paul’s Cathederal. St Paul Cathederal ni gereja yang terbesar di London (ye kot haha) sebab aku tengok dia besar. Haha. Lepas tu kitorang ambik bas nak pegi ke, ermm aku lupa nama tempat tu tapi tempat tu macam pasar dipanggil Apple Market. Kitorang beli biskut kat satu kedai ni. Besar giler biskut dia dan memang sedap.

Lepas tu, abang aku bawak kitorang pergi kedai permainan yang besar, ermm lupa jugak nama. Haha. Tapi permainan kat situ memang banyak, teddy bear dan sebagainya. Paling menarik dalam kedai tu, dia ada jual barang-barang daripada filem. Cincin The Lord of The Rings, tongkat magis Harry Potter, lightsaber Star Wars, cemeti Indiana jones dan banyak lagi. Aku ingat nak beli cincin The Lord of The Rings tu, tapi amek ko, harga dia saja dekat 300 pound kot. Haha.

Balik daripada kedai tu, abang aku bawak kitorang ke tempat terakhir lawatan iaitu Malaysian Hall. Mungkin bukan nasib kitorang, Malaysian tutup malam tu sebab ada mesyuarat apa tah malam tu. Jadi kitorang berjalan nak balik, ingatkan nak makan kat satu kedai arab jalan nak balik rumah abang aku. Nak dijadikan cerita, tak jumpa jalan nak balik. Huhu. Jadi kitorang pusing balik, nak cari makan kat situ. Ingat nak makan kat hotel Berjaya kat sana tapi tak jumpa jugak. Akhir sekali, orang kata last resort, abang aku bawak pergi sebuah restoran Morocco.

Nama restoran tu Cous Cous. Alhamdulillah bukak. Masuk dalam tu kitorang makan makanan yang banyak sangat namanya tambah-tambah dalam bahasa arab. Tak larat nak mengingat nama. Malam tu, aku makan cous cous dengan ayam. Sedap. Cous Cous untuk pengetahuan korang ialah biji gandum yang dihancurkan, tak halus sangat, masih berbiji. Gandum ni la yang dimasak dan dimakan. Sedap weh. Boleh la kalau korang nak cuba. Aku dah tengok, ada cous cous dijual kat pasaraya malaysia.

Lepas tu kitorang singgah kat tempat jual cenderamata kat kawasan tu. (Ha kat sinilah aku beli barang korang haha).

5 Disember. Kitorang mula simpan barang dan bersedia untuk pergi ke Lapangan Terbang Stansted semula. Dan kitorang balik.

Aku cuma nak cakap London ni best tapi masalahnya kalau ada antara korang yang tak reti nak beristinjak cara dulu-dulu, huhu, sila berlatih dulu sebab kat sana tandas awam banyak tapi takde paip air macam kat negara kita. Huhu atau kalau ada yang nak belajar beristinjak, boleh gak arr cuba kat sana. Jadi selalunya, kalau kitorang sakit perut pun, kitorang tahan sampai balik umah. Huhu.

Yang kedua, kalau korang nak shopping kat London, sila tutup otak korang daripada pikir 1 pound Britain sama dengan 5.6 ringgit Malaysia. Kalau korang mula tengok camtu, gerenti apa pun korang tak beli. Jadi kalau duduk sana, korang tengokla 1 pound diorang macam 1 ringgit malaysia. Haha. Serius masa last sekali aku makan kek dan minum kopi kat lapangan terbang sebelum balik malaysia, baru aku kira balik. Minum kopi untuk empat orang kat lapangan terbang tu lebih kurang 11 pound lebih, dengan muffin dan kek, adala lebih kurang 20 pound lebih.

Logik akalnya, korang dah berbelanja sebanyak rm100 lebih untuk satu sesi minum kopi je. Abang aku cakap harga makanan standard kat sana lebih kurang 6 pound. 6 pound tu standard, harga kat malaysia sama dengan dekat rm40 lebih. Haha. Jadi jangan mula pikir benda tu kalau korang nak shopping kat sana. Haha.

0 Angin Sejuk Kota London (Bahagian 4)

Hari lepas tu, kitorang pergi shopping. Sebab aku tak dapat apa-apa masa kat Bicester, jadi hari 30 November tu hari shopping aku. Huhu. Membeli sakan jugak la rasanya. Masa jalan-jalan kat situ, abang aku ada bagitau satu kedai baju. Kedai ni dalam dia dia jual baju ataupun fesyen-fesyen yang pelakon pakai dalam filem (kalau tak silap aku). Selain tu, kalau korang nak tau yang korang ni handsome ke tak, cantik ke tak, cuba la mintak keje kat situ. Haha. Abang aku cakap dia pilih pekerja-pekerja dia semua yang handsome dan cantik je. Kalau korang kena reject, sila la sedar diri balik eh. Haha. Dan biasala, mengakhiri perjalanan panjang satu hari, kitorang singgah, makan kat food court dia. Yang ni, ada satu kedai makan orang arab bukak. Minum dan makan la masa tu.

Dan itu menutup tirai 30 November. Huhu.

1 Disember. Hari ni kitorang punya plan ada dua ja. Satu yang paling utama, nak tengok wayang 3D cerita Christmas Carol. Memandangkan tempat dia tak jauh dari London’s Eye, jadi abang aku ajak pegi London’s Eye sekali. Sebelum kitorang naik London’s Eye, diorang bawak kitorang masuk dalam wayang 4D. Dalam tu, kitorang tengok wayang 4D untuk promosi London’s Eye. Memang serius gempak. Siap ada percik-percik air (haha cam sial gak). Pastu kitorang kuar dan terus pegi kat tempat nak naik London’s Eye. Masuk dalam tu ok la jugak. Pastu dah sampai atas sikit baru nampak permandangan London. Lawa dengan lampu-lampu. Masa naik kitorang tak dapat duduk jadi berdiri tepi-tepi tu. Bila dah tinggi sikit, semua mula duduk, aku pun apa lagi, terus duduk kat tempat tu. Sambil duduk tu, aku pusing la kanan, kiri. Masa aku pusing kiri, nampak laki sorang ni. Dia senyum. Aku pun senyum la balik. Jarang gak sebenarnya korang temu muka dengan orang sana diorang senyum. Masa tu aku pikir, eh macam pernah tengok. Pastu, aku bangun berdiri kat mak aku, tengok mak aku dok cakap-cakap dengan abang aku. Pastu mak aku tanya, “cuba tengok mat salleh tu, ada macam muka satu pelakon tu dak?”. Dah sebab mak aku pun dah perasan, aku pun cakapla, “ha, ada, macam muka pelakon cerita Charmed.”

Aku cakap kat mak aku. Pastu mak aku, “ha, macam cerita tu. Yang mana?” Mak aku cakap kat abang aku. Pastu aku jawab arr, “yang Whitelighter tu.” Ya, itu dia. Sebesar-besar London orang dok berjalan, kitorang jumpa dia kat dalam London’s Eye tu. Rasa beruntung gak. Dia datang sorang-sorang masa tu. Mungkin bercuti dan aku tengok tak ramai orang perasan dia, mungkin jugak sebab dia kurang terkenal berbanding pelakon besar lain. Masa tu aku ingat nak tegur, tapi biar je la tambah-tambah dah lupa nama dia. Dok pikir lama gak. Dia ada cakap dengan kitorang masa tu. Cakap apa tah, aku tak dengar sangat sebab dok sibuk gelak. Hehe. Ok Brian, I know it was you. Hopefully you enjoy your vacation there as much as I did. Nama dia Brian Krause kalau ada yang tertanya-tanya. Tapi seriusnya tak sangka sebab dulu aku sekadar minat lakonan dia dalam cerita Charmed, lepas lama cerita tu berakhir, akhirnya aku dapat peluang jumpa dengan dia.

Lepas turun daripada London’s Eye, kitorang pergi minum kopi sebelum pegi tengok wayang . Wayang 3D kat situ memang mantap aku cakap. Layar dia penuh. Nampak kiranya full la. Cerita dia takdela mantap sangat Cuma 3D tu je yang menarik. Masa dalam tu, dia tunjuk trailer filem Avatar dalam 3D. Yang ni memang mantap. Balik malam tu, kitorang singgah makan kat sebuah restoran makanan Malaysia, restoran Melur. Lawaknya malam tu, aku pesan teh tarik yang di”tarik” oleh mat salleh. Haha. Restoran dia mungkin agak mewah tapi makanannya taklah se”gah” kat Malaysia.

2 Disember. Yang ni best. Hari tu kitorang naik punya plan bawak kitorang pergi ke Greenwich. Kalau korang masih ingat korang belajar geografi dulu, Greenwich tempat yang menjadi pusat 0o latitud dan longitud. Bermula kiraan dari situ, waktu dunia ditetapkan. Greenwich bagi aku, sebuah tempat yang indah. Jauh dari kesibukan kota London, tenang juga terletaknya sebuah universiti dipanggil Universiti Greenwich. Kitorang berjalan dalam taman dia yang besar.

Lagi satu yang best, kat sini ada tupai. Tupai dia jinak. Huhu. Kebetulan kitorang bawak pisang, jadi kitorang bagi dia makan. Kalau dia nampak korang sua apa-apa, diorang akan datang untuk tengok. Kemudian kitorang masuk kat pusat menentukan waktu Greenwich tu. Memang smart. Garisan dia dilukis kat situ. Boleh tengok la. Pastu ada dia tunjuk mesin lama, jam-jam lama, dan macam-macam lagi.

Balik daripada Greenwich, kitorang singgah jap kat shopping mall berdekatan stesyen tube kitorang sebab kawan abang aku nak datang. Lepas jumpa dia, kitorang balik. Malam tu kitorang turun kat Trafalgar Square untuk makan kat restoran Malaysia yang dengarnya dirasmikan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak dulu. Nama restoran tu Jom Makan. Agak menarik tempat dia tapi makanan dia pun hampeh gak sebenarnya. Ye la, kalau korang nak harap makan macam korang pernah rasa, simpan je la harapan tu.

Lepas makan, kitorang singgah jap kat Trafalgar Square. Jalan-jalan kat situ ada pokok Krismas besar giler. Abang aku cakap pokok Krismas tu hadiah tahunan Sweden kepada Britain sebagai tanda penghargaan kerana membantu diorang dalam perang tahun berapa, aku lupa. Kiranya memang dah lama dan setiap tahun Sweden akan hantar. Dan kitorang balik lepas tu.

0 Angin Sejuk Kota London (Bahagian 3)

Hari Sabtu. Memang keja aku kat sini berjalan je la. Kaki sakit sebab asyik berjalan. Boleh dikatakan hampir setiap hari, abang aku dah rancang nak bawak pergi tempat-tempat menarik kat London. Dan hari sabtu, hari shopping. Hehe.

Aku patut tulis mana kitorang pergi rasanya. Sekarang dah lupa. Hehe. Ya ok. 29 November, kitorang berangkat menaiki train dari stesyen Marylebone (National Railway Station) menuju ke Bicester. Ok untuk gadis-gadis kaki shopping, aku cakap awal-awal, Bicester ni syurga untuk korang. Kat Bicester, ada satu tempat dipanggil Bicester Village. Bicester Village ni tempat barang-barang branded dijual dengan harga yang lebih rendah daripada tempat lain(memang barang original eh). Daripada stesyen train Bicester, korang boleh pilih untuk naik kenderaan spesifik yang disediakan untuk membawa korang ke Bicester Village.

Untuk naik kenderaan diorang, korang boleh beli tiket di stesyen permulaan Marylebone siap-siap atau korang boleh je beli kat stesyen Bicester tu cuma kalau tak nak bazir masa, beli la kat Marylebone. Ada dua kenderaan yang diorang sediakan, van dan bas. Masa kitorang sampai, bas baru je bergerak, jadi korang boleh anggarkan untuk beberapa trip seterusnya adalah menggunakan van. Terseksa juga sebenarnya nak naik kenderaan diorang sebab semua orang kurang toleransi (bukan orang sana ). Ya betul, bukan orang sana yang tak reti nak toleransi tu, diorang beratur elok tapi pelancong. Jujur aku cakap, paling kurang menghormati orang lain ialah orang arab. Bayangkan, kitorang beratur depan diorang, diorang datang satu keluarga terus berdiri depan kitorang. Jadi van yang datang masa tu berhenti kat kawasan orang paling depan berdiri.

Kalau nak naik bas, kita gila la ni punya tahan takut orang lain potong kita, naik dulu. Serius ni pengalaman aku kat matriks dulu, nak naik bas dari kuala pilah pergi negeri sembilan, tambah-tambah pada waktu cuti, memang rasa macam nak mati nak naik bas tu. Tersepit. Memang sedih dan sadis sikap rakyat kita sebab aku pernah tengok sorang pak cik tak pernah nak dapat naik bas tu sebab apabila sampai ja bas dari kuala pilah ke seremban, dia baru nak jalan sikit memang perlahan, orang tolak-tolak naik, dia jalan duduk balik. Ishh, memang sedih aku tengok masa tu.

Bagi aku memang hina arr sikap kita. Maaf aku cakap terlalu telus, tapi kalau korang tengok, korang mungkin akan berfikir benda yang sama dengan apa yang aku fikir. Memang hina sebab semua fikir diri sendiri. Sekurang-kurangnya, takde salah pun suruh pak cik tu naik dulu pastu korang nak bertumbuk, mati ke apa ke, buat la.

Ok, balik kepada Bicester Village. Kat sini ada, aku rasa dekat seratus outlet. Bermula awal korang masuk, korang boleh jumpa outlet Timbaland, French Connection, Ralph Lauren, DKNY dan banyak la lagi. Aku rasa, budak-budak perempuan kalau pergi memang gila la nak shopping. Jangan marah. Haha.

Tapi serius aku cakap, memang murah. Murah la berbanding tempat lain. Korang cek dengan harga kat malaysia, convert duit pun, korang tengok memang masih murah. Dia bukak sampai 7 malam tapi aku gerenti korang menyesal kalau pergi lambat sebab jalan sikit, dah nak tutup, tambah-tambah tempat ni memang ramai orang. Kat situ, aku rasa aku tak beli apa-apa sebab aku serabut tengok orang ramai-ramai. Tak reti nak memilih. Tapi mak aku dapat dua handbag, akak aku dapat satu kot.

Balik dari Bicester, kena beratur nak naik bas dia tapi aku bersyukur sebab masa nak balik ni ada orang jaga untuk naik bas, jadi takde masalah potong-potong line. Kena pulak masa tu hujan, kira ok la ada orang jaga, kalau tak memang berebut gila nak naik aku rasa. Sampai kat stesyen keretapi Bicester, terlambat nak keluar sebab beli benda besar-besar, jadi kitorang terlepas keretapi yang sedia ada. Terpaksa tunggu. Mula-mula sikit orang, pastu makin ramai. Pulak ada sorang orang arab duduk sebelah aku. Dia nampak train yang sebelah sana (menuju ke Oxford) sampai.

Pastu dia tanya, “Can’t we take that train?”. Bagi aku, ni peluang ni belajar bahasa inggeris, huhu. Tambah-tambah, dia pun tak lancar sangat bahasa inggeris dia (huhu mengata kat orang, macamla aku baguih sangat). Aku pun jawab, “That train is heading to the other side. Are you going to London?”. Dia angguk. “That train is heading to the other side (aku terlupa nak sebut Oxford). If you’re going to London, you need to take the train from here.” Dia angguk, aku tau dia pening aku cakap apa. Haha. Pastu dia tanya kawan dia, kawan dia terang dalam bahasa arab. Pastu baru dia paham kot. Haha.

Kat depan kitorang masa tu, empat orang Perancis dok bercakap French, sorang laki, tiga pompuan. Bapak laju giler diorang cakap tapi cakap perlahan pun, bajet aku paham, haha. Train sampai kitorang naik. Kebetulan dok dekat dengan bebudak French tadi. Astaga, yang laki tu, cakap dah laju, pastu tak reti-reti nak berhenti bercakap, daripada stesyen Bicester tu, sampai kat Marylebone balik, dia dok bercakap ja. Nak gelak pun ada bila pikir balik.

Malam tu hujan, jadi kitorang naik teksi untuk balik rumah abang aku, tambahan pula, masa tu masing-masing penat. Aku ikut abang aku keluar balik lepas tu nak beli makan. Kat depan rumah abang aku ada kedai runcit orang arab dan kedai jual ayam arab gak. Halal la. Ada tanda halal terbentang besar depan tu. Makan ayam je la malam tu. Bungkus bawak balik, makan kat umah.

Lepas makan, memang tak tahan, aku tido. Kat sana memang aku mengaku selalu sangat terlelap, kadang-kadang belum solat Isyak. Alhamdulillah, aku selalu tersedar awal sebab tido pun awal, jadi aku bangun solat Isyak malam-malam. Mana tak tersedar awalnya, tido bapak awal giler sebab malam cepat. Kadang-kadang pukul sembilan dah tido. Kadang-kadang pulak jalan kat sana, rasa dah lama malam, tengok jam baru pukul enam. Memang janggal sikit la tapi tu la menariknya.

0 Angin Sejuk Kota London (Bahagian 2)

Hari Jumaat tu, raya haji. Kali ini solat sunat hari raya diadakan di Malaysian Embassy London, tempat yang agak kecil, kata abang aku, jadi pagi tu kami tidak ke mana-mana melainkan masak dan bersedia untuk makan.

Ni kali pertama la aku rasa raya di perantauan. Suasana tu tak rasa sangat sebab keluarga aku ada. Mungkin nak rasa lebih, kena la belajar lebih pastu nanti sambung belajar kat sana. Hari sebelumnya kami dah masak ketupat dan kuah kacang jadi pagi ni cuma nak tambah sikit-sikit la.

Selesai makan pagi tu, kami keluar. Kali ni perjalanan kami membawa kami menaiki tube. Aku suka berjalan kat sini sebab tak macam malaysia, jaringan pengangkutan dia sangat meluas. Maknanya korang boleh tengok la memang ramai orang yang menggunakan tube dan bas. Tambah-tambah lagi bas dan tube diorang sangat menepati masa dan memang korang tunggu kejap je, mesti ada. Boleh dikatakan sentiasa ada. Lagi satu, tak macam Malaysia, kalau orang nak bawak masuk kenderaan dalam London, diorang kena bayar, sebab tu ramai yang guna pengangkutan awam. Tapi memang takde masalah bagi aku sebab pengangkutan dia banyak dan efisyen.

Abang aku beli Oyster Card. Kad ni kitorang guna untuk naik tube dan bas. Naik bas satu pound, naik tube 1.60 pound. Ok, sekarang jom belajar mengira. Haha. 1 pound britain bersamaan dengan 5.655 duit malaysia. Jadi korang kira la berapa harga dia. Senangnya kat London ni sistem untuk bas dan tube bawah satu syarikat yang sama. Jadi korang boleh guna Oyster Card tu untuk naik bas dan tube.

Jaringan tube dia macam aku kata sangat banyak. Kalau tak silap aku, ada 12 semuanya yang ada, antaranya, Bakerloo Line, Central Line, Jubilee Line, Piccadilly Line, Hammersmith and City Line dan banyak lagi. 12 jaringan tube dia termasuk DLR yang menjalankan operasi di atas tanah (huhu sebab yang lain semua bawah tanah). Hari tu kitorang naik tube dari stesyen tempat abang aku tinggal kat Edgware Road menuju ke Baker Street melalui Marylebone menggunakan jaringan Bakerloo. Kitorang turun kat Baker Street dan melawat muzium lilin ataupun dikenali dengan nama Madame Tussauds. Kat sini diorang buat selebriti-selebriti terkenal dengan menggunakan lilin.

Kalau tengok sebenarnya nampak macam hidup. Kalau masuk tu, korang nampak la kat situ ada Leonardo DeCaprio, Brad Pitt, Angelina Jolie dan banyak lagi. Tapi tu bahagian depan je. Pastu kitorang masuk dalam lagi. Kawasan filem. Kat sini korang boleh jumpa Shrek, Incredible Hulk, Spiderman, Terminator dan lain-lain. Lepas kawasan filem, kitorang masuk kat kawasan sukan, ada bintang macam Tiger Woods dan seterusnya bahagian keluarga diraja Britain. Kat sini, korang akan jumpa Queen Elizabeth dan suami, anak-anak dia dan mendiang Puteri Diana. Kitorang satu keluarga ambik gambar dengan Queen Elizabeth lilin. Haha.

Kawasan seterusnya ialah kawasan pentas. Kat sini menarik sikit. Ada mendiang Michael Jackson, The Beatles. Sebelah kanan tempat beli gambar yang kitorang ambik tu. Satu gambar 12 pound. Bahagian seterusnya bahagian pemimpin dunia. Kat sini ada Mahatma Gandhi, Benazir, Obama, Hitler dan ramai lagi. Dan itu mengakhiri muzium lilin. Bahagian seterusnya kat Madame Tussauds agak menarik. Nama tempat tu Scream!. Aku rasa dengar nama korang dah boleh agak tempat apa. Yep. Tempat seram. Haha. Sampai tempat tu, masa nak turun tangga, aku perasan ada orang duduk tepi tu dalam gelap. Mungkin sebab aku dah nampak dia, jadi dia tak buat bagi terkejut.

Masa kitorang dah sampai kat bawah, kitorang dengar orang jerit kat atas. Huhu. Pastu kitorang mula jalan nak masuk. Masuk tu ada sorang perempuan kena kejar dek hantu rekaan. Huhu. Lari laju gila perempuan tu sampai keluar daripada jalan tu. Pastu hantu tu nampak mak dengan akak aku, terus dia usik. Huhu,nak gelak pun ada, mak aku jerit. Huhu. Sebab mak aku dah terkejut camtu, tak jadi arr kitorang masuk. Mak aku suruh kitorang masuk pastu dia nak tunggu kat luar, tapi macam rugi arr camtu kan. Sebab dah takde apa kat situ, jadi kitorang chiow.

Keluar dari situ ada kawasan yang tunjuk orang yang mati kena seksa. Semua daripada lilin jugak. Nampak biasa arr. Nak ada perasaan sikit, masuk arr dalam Scream! tu. Haha. Mengakhiri perjalanan dalam Madame Tussauds ialah History Train.(aku la bagi nama, aku tak tau nama betul kereta api tu apa, tapi macam terowong zaman gak). Korang naik atas train pastu korang akan lalu sejarah England. Aku tak berapa dengar cerita dia sebab aku fokus tengok kat benda-benda yang bergerak kat sekeliling aku dan bunyi bising diorang.

Dan kitorang keluar. Singgah jap kat kedai cenderamata, pastu “terberkenan” kat kristal yang dia guna teknologi laser, dia masukkan muka korang dalam kristal tu. Satu famili kitorang amek gambar dan beli kristal tu. Lawa dan unik arr. Muka kita dalam tu nampak 3D. Lebih kurang arr.

Lepas pusing-pusing tu, abang aku ajak minum kopi. Kat sini kita tak boleh nak buat macam Malaysia, pergi semua kedai nak makan sebab tak semua tempat halal, jadi paling kurang pun minum kopi la nak hangatkan badan dan kalau lapar sangat, beli roti atau kek la.

Keluar je daripada situ, ambik ko, dah malam. Pastu kitorang jalan-jalan pergi shopping sikit-sikit. Kitorang berjalan pergi Piccadilly Circus. Piccadilly Circus macam mana nak cerita eh, erm dia macam kawasan iklan banyak-banyak. Haha. Kat kawasan Piccadilly Circus tu jugak terletaknya muzium terkenal, Ripleys : Believe It or Not! Tak masuk pun sebab abang aku cakap mahal nak masuk. 20 pound seorang. Hari tu kitorang makan malam kat Fatoush, sebuah restoran Lebanon. Masakan dia... ermm daging kambing dia sedap. Ok la bagi aku.

Dan kenyang. Balik malam tu lepas solat, memang syahid arr sorang-sorang. Penat dia jangan cakap.

0 Angin Sejuk Kota London (Bahagian 1)

Aku rasa 25 November lepas memang satu hari, satu saat, satu detik yang sangat aku nantikan. Tarikh tersebut menjejakkan kaki aku ke Terminal LCC KLIA untuk menaiki kapal terbang. Kali ini, aku aku berlepas melalui pintu perlepasan antarabangsa. Ya, antarabangsa! Bukan dalam negeri yang sering aku lalui.

Perjalanan yang aku tempuh kali ini bukan mengambil masa dua jam setengah seperti beberapa tahun lepas aku berangkat ke Sabah. Kali ini perjalanan aku mengambil masa selama 14 jam perjalanan. Dengar sahaja 14 jam, ya, macam-macam yang timbul. Aku nak buat apa sampai 14 jam dalam kapal terbang? Tidur je kot. Dah dapat bayang aku kena duduk dalam tu sampai 14 jam, aku bawak novel Salju Sakinah dan Trilogi Makrifat Cinta.

Masuk je dalam kapal terbang, mak dan kakak aku duduk bahagian tengah, aku terpisah duduk kat tepi tingkap. Datang-datang, orang sebelah akau mat salleh pompuan, lawa arr gak, duduk sebelah aku. 14 jam duduk sebelah dia, aku pun malas nak sembang, buat bodo je la. Dia pun bukak novel dia baca. Aku bukak Salju Sakinah baca. Rasa pening, tido. Rasa ok balik, baca.

Lama tunggu, akhirnya, “Ladies and gentlemen, our flight we’ll be landing shortly. Please return to your seat and fastened your seat belt. Make sure that your window covers is fully open.” Fuh, lama giler dalam tu, akhirnya sampai juga ke destinasi dan, “Ladies and gentlemen, we’ve just landed at Stansted International Airport, London. Please remain at your seat till the fastened your seat belt sign is switched off...”.

London. Ya, itu destinasi aku. 10 hari aku ambil masa untuk tinggal kat sana. Sampai ja lepas ambik semua beg, abang aku dah tunggu kat pintu keluar. Mungkin ramai yang tak tahu, abang aku belajar kat sana. Jadi, aku anggap, cuti aku kat London untuk melawat dia. Mula-mula sekali lepas keluar daripada kastam tu, kitorang gi minum kopi. Adat kat sini, kawasan dia sejuk, jadi kedai kopi dia memang banyak dan untuk panaskan badan, selalunya memang ramai arr yang pegi minum kopi. Masa tu memang aku tak teringin pun nak tengok bil minum kopi, jadi aku biar je la.

Dalam lapangan terbang, memang rasa, ooo, macam ni London, takde la sejuk pun. Keluar je pintu, angin sejuk mula bertiup. Masa tu baru rasa. Masa tu jugak la baru nak bawa keluar kot nak pakai. Stansted Airport jauh sikit dari kota London, jadi nak ke sana, kitorang naik bas. Sampai kat London masa tu lebih kurang pukul 11. Kitorang naik bas dalam pukul 11.45 malam. Dalam sejam lebih perjalanan, kitorang mula masuk dalam kota London.

Dalam perjalanan dalam bas tu, memang rasa suasana berbeza. Mungkin sebab dia ada lebuh raya besar, tapi takde tol. Pastu, walaupun malam, tapi aku nampak, tepi lebuh raya dia ada grazing land atau padang ragut. Rasanya kot. Sebab dia tutup pakai pagar putih kecik. Dalam bas tu jugak, aku dengar British accent punya bahasa inggeris. Memang serius aku tak paham apa-apa yang dia cakap. Pekat gila. Masa tu sedar arr langit tu tinggi ke rendah, sedar jugak arr bahasa inggeris yang selalu dapat markah tinggi (eceh nak bagitau jugak yang ni) tu macam sebenarnya tahap yang sangat rendah. Sepanjang perjalanan kat lebuh raya dia, takde suasana berbeza sebenarnya. Kalau tengok nampak macam lebuh raya yang ada kat malaysia jugak. Cuma kereta tak banyak.

Masuk London baru nampak suasana terang. Memang lawa la. Paling aku minat, bangunan dia. Berbeza. Kitorang turun kat jalan apa, aku dah tak ingat. Yang aku ingat, kitorang ambik teksi malam tu, driver aku mat salleh. Haha. Sampai kat rumah abang aku, memang dah tengah malam, dekat pukul 2 dah. Penat, jangan cakap. Teramat sangat. Pengsan arr lepas tu, sebab dah mengantuk sangat.

Esoknya, lepas mak aku masak-masak untuk raya haji hari jumaat, kitorang keluar jalan-jalan kat sekitar Edgware Road. Naik bas dan masuk beberapa kedai kat situ, saja tengok-tengok, nak melawat. Sampai pukul 4 petang, dah malam rupanya. Pengalaman belajar geografi mengingatkan aku, masa musim sejuk kat kawasan ekuinoks, malam memang panjang. Korang boleh bayangkan zohor pukul 11.50 pagi, asar 1.40 petang, maghrib pukul 3.50 petang, isyak pukul 5.55 petang. Masa antara maghrib dan isyak panjang sebab malam dia panjang. Subuh macam biasa pukul 6 pagi tapi habis subuh pukul 7.40 pagi camtu. Panjang kan? Macam best gak tapi jangan arr lengah-lengahkan Cuma masalahnya zohor dan asar yang cepat dan pendek.

Berjalan malam tu memang macam-macam ragam jugak tengok. Kali pertama gak kena tegur dek mat salleh, terhalang laluan dia, hehe dia cakap, “excuse me”. Diorang ni kalau tengok, diorang jalan memang laju, tu yang aku suka tengok. Takde macam kat negara kita, berjalan lenggang kangkung, sana kalau ko lenggang kangkung, diorang datang bagi patah la tulang kangkung ko tu.

Malam tu kitorang tak beli apa-apa, cuma jalan-jalan dan naik bas tengok keadaan sekitar. Suasana krismas dah dapat dilihat kat situ dengan lampu dan cerah pesta kat kawasan taman, macam fun fair. Huhu.

Berjalan pada hari khamis memang sibuk. Beza dengan malaysia, abang aku cakap, khamis ni hari shopping. Pusat membeli belah dia bukak sampai pukul 7 malam. Haha korang mesti terseksa dengar kan? Kalau kat sini, masa tu la korang baru nak keluar kan? Kat sini, membeli belah keluar awal, sebab seawal 7 malam pusat membeli belah dah nak tutup. Kalau hari selain hari khamis, pukul 5 selalunya kedai dah tutup tapi ni tak termasuk kedai-kedai runcit sekitar. Cuma untuk kedai-kedai yang besar.

Dan ini mengakhiri perjalanan pada hari khamis...

 

:: Bila Angin Berbicara :: Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates