Saturday, March 31, 2012

0 49 Days

Dengan bangganya, mempersembahkan, drama ketiga dan juga drama yang aku tengah tengok sekarang. 49 Days. Drama ni secara permulaannya sangat best bagi aku. Dan plot dia menarik dan membuatkan kita sebenarnya tempted untuk tahu kesudahan dia.


Ok, 49 Days ni pulak secara ringkasnya, cerita pasal peluang kedua dalam kehidupan. Kalau tengok episod 1 dia, memang bagi yang cepat melatah mungkin akan cakap, menda ni tak bagus, tak elok tengok semua. Tapi kalau tengok dari segi perspektif berbeza, mungkin kita dapat tengok mesej yang cuba disampaikan.


Sinopsis ringkas cerita ni mengenai seorang pompuan yang mati secara "tidak sengaja" dan diberi peluang memilih untuk mati ataupun diberi peluang kedua untuk hidup. Untuk diberi peluang kedua untuk hidup tu, dia diberi 49 hari untuk dia kumpulkan 3 air mata yang betul-betul ikhlas mencintai dan menyayangi dia kat dunia ni. Dalam erti kata lain, dalam 49 hari, perlu ada sekurang-kurangnya 3 orang yang betul-betul mencintai dan menyayangi dia untuk membuktikan yang dia sebenarnya layak diberi peluang kedua untuk hidup semula. Syarat penting dia, 3 orang tu mestilah bukan ahli keluarga sendiri. Dan untuk kumpul 3 air mata tu, dia akan masuk dalam badan orang lain, jadi orang tu dan tak boleh bagitau sesiapapun identiti dia.


Nampak cam senget kan sinopsis neh? Tapi kalau kita tengok dalam erti berbeza, pengajaran yang boleh kita ambik. 1 mengajar kita untuk menghargai nyawa dan diri kita. 2 mengajar kita tentang makna keikhlasan sebab kalau tengok cerita tu, kita tak jangka pun siapa sebenarnya yang betul-betul ikhlas menyayangi kita, selain keluarga kita. Yang menjadikan menda ni menarik bila awal-awal pompuan tu confident yang ramai orang betul-betul tulus sayang kat dia dan akan menangis sebab dia.


Aku rasa baik aku berenti kat sini, nanti habes spoiler. huhu. ok la chiow.


P.S: cerita dia ada banyak lagi pengajaran untuk diambil, jadi jangan sekadar judge dari sinopsis ringkas

0 파라다이스 목장

sukses! o yeah. Saja nak tukar sket title tu sebab dah selalu cam common, biar ada bentuk laen sket. jadi aku dah habeskan jugak drama yang hampir buat aku muntah, Paradise Ranch.


Jalan cerita dia permulaan sangat bosan sebab pompuan tu sgt naif. Terasa nak penampo pompuan tu sbb xpaham2 bahasa dan terlalu naif sgt. In the end, it ends well bila dia dah baik semula dgn dong joo.


Sedikit sinopsis, cerita ni pasal pasangan kekasih, dong joo dgn da ji yang kawen muda. 6 bulan lepas diorang kawen, diorang bercerai sebab masing-masing tak dapat tolerate antara satu sama lain, tambah-tambah masih muda.


6 tahun kemudian, dong joo ditugaskan oleh keluarga dia untuk usahakan syarikat dalam bidang perhotelan untuk bina resort baru kat Jeju Island (hell yeah! 1 drpd 7 keajaiban dunia sekarang). tanah untuk bina resort tu rupa-rupanya, diorang ter"beli" tanah milik da ji jugak.


Tanah tu diberi nama Paradise Ranch. Ranch ni kalau nak terang dalam bahasa melayu aku xreti. Anggap la cam rumah ladang, ada ternak kambing, kuda, semua, lebey kurang camtu la. Dipendekkan cerita, atok dong joo buat syarat sebab dong joo ni malas nk keja, dia kena pegi jeju island tapi xboleh tinggal kat hotel. dia cuma dibenarkan tinggal kat tanah yang atas nama dia je. Tanah tu, adalah Paradise Ranch.


Jeng jeng jeng. Nak taw lebey lanjut,tengokla sendiri. Kalau aku boleh tahan tengok cerita bosan bapak ni, untuk taw cerita gak, korang kena la tgk jugak kan.

P.s: second update just minutes away

Tuesday, March 27, 2012

0 Hari Ni

I

Hari ni sangat penat. Tak buat menda sangat pun tapi mgkn sebab lepas dah lama xde kelas pukul 8 pagi ni, jadi, bila kena pegi, mula la jadi mengantuk + penat + etc etc.


Takde apa sangat pun nak post pasal hari ni. Cuma aku tak faham dengan jenis orang yang banyak giler tido. Aku terfikir sebenarnya. Apa menda yang mengantoknya tidur bapak lama. Apa yang penatnya, tidur tak reti-reti nak bangun. Sebab aku bukan lelaki jenis camtu, sesapa yang paham boley la tolong terangkan kot.


Dah lama sepanjang aku idop, aku memang sangat observant. Boleh paham banyak benda tapi menda ni paling tak paham. Nak tanya kang terasa hati plak (dulu memang ayat aku tajam, sekarang dah baik sket, tumpul kot, lama xasah. hoho).


Bukan nak kata apa. Tido takde la lewat sangat. Bangun tido mgkn awal sikit je. Pastu buat keje sket ke camtu, pastu tido. Bangun, buat keje sket, tido. pastu bangun tengok sana sini, pastu tido balik. apekah? bukan apa, cuma curious. Takde sturdy langsung ke? Selalu nampak cam power.


Jujurla bagi aku, kalau aku, tido lewat, bangun subuh, pastu tido balik. Ni maksimum kalau tido banyak pun, sampai pukul 11 pagi camtu. Tapi lepas tu sampai malam balik, baru aku tido, unless kalau terlalu penat. Takdenya, dah bangun pukul 11, pastu japgi pukul 1 tido. bangun semayang, buat keje sket, pukul 4 tido, bangun solat, buat keje sket, pukul 6 tido balik. Uishh.


Aku bukan nak condemn sesapa, cuma aku melahirkan rasa curious aku. Kalau tanya aku, memang la penat dah asyik tidur je sepanjang hari. Petang tadi aku tido gak sebab terlalu penat, pastu dah tersedar, xde la nak sambung tidonye walaupun rasa sangat penat, sebab tak elok kan tidur senja.


II


Tetiba ari ni terpikir, sedih kan kalau idup xde teman nak kita kongsi masalah semua, nak kongsi cerita semua. Aku xmerujuk kepada kekasih, tapi merujuk kepada sahabat. Rasanya dah lama aku tak tutur perkataan sahabat ni.


Sepanjang 4 tahun belajar kat uni ni, rasanya, aku xpernah runtuhkan benteng yang aku bina. ayat mungkin cam pelik tapi aku tak macam sesetengah orang yang open untuk cerita kat sesapa je pasal kisah hidup diorang.


Sampai sekarang mungkin boleh kira berapa ramai je yang tahu pasal hidup aku. Tak keseluruhan tapi antara orang yang aku bagi sikit ruang untuk jenguk dalam benteng yang aku bina tu. Aku xmintak pn sesapa cuba nak robohkan benteng ni cuma bagi aku, it's a shame that I can no longer put 100% trust on anyone. Sorry guys, it is just who I am and it is just how I am.


I used to put on every trust to someone, sharing story etc, it was amazing but who knows, it's really hard to get someone that can laugh along with your happiness and that can cry along with your sadness. I guess people are just too busy to start another beautiful friendship that you can treasure forever.


It's one of my regrets. There's nothing I can do about it. And that's when I started to choose to write, something that you can look over and over, something that just like best friend, they are always around for you to write on them, share the story etc. That's also when I started to look music as a whole.


P.s: Esok adalah hari yang sangat panjang dengan kelas yang sangat penuh dan memenatkan. Allah, give me strength to keep going on!

0 Heartstring

Wow akhirnya!!! Aku tak sangka aku berjaya me"lalu"kan diri untuk melantak drama korea. Dan ni menjadikan Heartstring drama korea pertama aku berjaya habeskan. Aku bukan setakat melantak, siap pelahap lagi. Mana taknya, sehari sampai 3 - 5 episod.


Bagi aku? Jinjia (betul kot eja) daebak!! Tambah-tambah lagu-lagu dalam tu memang best. tahniah jung yonghwa, akhirnya aku dapat masukkan cn blue sbg salah satu group yang aku minat. hoho. sebelum ni aku xminat sgt, malah sangat xsuka tgk yonghwa dtg running man. sekarang aku terima sbb cerita heartstring. haha.


Seni memang pelembut jiwa yang sangat hebat. Aku bukan orang aliran seni tapi aku cintakan seni teramat aku rasa. Sebab tu aku sangat suka cter neh. The music, the show, the voice, the talent. Kadang-kadang aku terbayang, kalau aku berada kat sebuah universiti seni macam tu, mesti banyak show dan competition kan? Dan semestinya puas (untuk level aku skrg puas kot), sebab smuanya talented. Dancing, singing, acting.


Aku cuma boleh katakan, mula je episod lee shin mula minat kat gyu won, aku tersenyum je sepanjang tengok cter tu. Aku rasa sangat sweet sebenarnya semua ni. Girls, kalau ada tingkah laku aku macam dalam cter neh, jangan marah eh. I'm truly affected by how lee shin act towards girl he loves.


Dan sebenarnya, ada satu part dalam cerita tu yang struck aku gak. Dalam episod 7, masa gyu won bagi balik rantai yang dia cari tu dekat lee shin, dia ada cakap, "I'm going to do what you told me to do." Pastu dia sambung, "I won't care who you like or how heartbroken you are." Pastu ayat last gyu won, "I won't like you anymore."


Ayat last tu, pernah dituturkan kepada aku. Perasaan? Heartbroken. Sedih. Tersentap. Kecewa. Macam-macam. To be honest, the best song in this story is Geuwiroso ataupun Because I Missed You, bagi aku la. That's the most special song for me. Sebab tu lagu pertama yang aku recognize yonghwa punya amazing talent instead of just a korean idol group. Aku rasa tu la bezanya antara dance group dengan rock group. Macam Ft Island jugak.


Lagu kedua yang aku suka, lagu I Will Forget You. Bila baca lirik lagu tu, rasanya cam semua kenangan timbul balik. Version CN Blue lagi best aku rasa. Ada 2(?) tak pun 3 versi lagu neh. Dalam bahasa inggeris tajuk Teardrops in the rain. Apa pun nama lagu neh, lagu ni sangat best jugak.



Dulu dalam post aku sebelum ni, aku ada cakap aku nak simpan lagu Han Namja kim jong kook untuk special someone. Aku rasa aku nak tukar sekarang. Nak tukar kepada lagu dalam heartstring dan lagu yurisangja Can I Love You. Especially yurisangja.


I'm not a good singer, neither I have a good voice to sing amazingly but I'm a shy guy, I don't have much courage. That's why song, is my only measure to express my feeling. Reason why I chose yurisangja's Can I Love You? Read the lyric, and you'll understand =) .


p.s: nite guys, wish me the best for tomorrow's quiz

Sunday, March 25, 2012

0 Facebook Update Seketika

Penat tak hilang lagi rupanya walaupun dah lepas program kat tasik pergau. Baru balik kelas je ni. Wajibnya kelmarin, lepas balik je dari tasik pergau, laju je aku bukak facebook. Cek cek, fuiyoo, snsd datang malaysia rupanya dua hari lepas. Untung la.


Note, aku bukannya peminat sangat dgn snsd tapi ok la diorang. Banyak lagi aku minat group laki korean daripada perempuan. Jangan pikir lain plak. Ni la masalah kita. Japgi minat group laki cakap *** plak kan. Bias aku dalam muzik cuma balada (and rock sket kot: Ft Island dgn Cn Blue).


Tup tup ari ni bukak facebook tengok photo share oleh hilal asyraf. Ada peminat snsd bantai balik bila artikel saudara hilal asyraf ckp pasal pakaian snsd. Bukan serang snsd secara total cuma mempersoalkan di mana letak duduk iman umat islam malaysia bila tiba kepada isu ni.


Aku tak nak point kan apa yang peminat snsd yg bukan muslim tu tulis. Cumanya sesetengah kita lost their judgement. Have you guys lost the sense of shame? Takde perasaan malu ke? Have you guys forgot malu is a part of iman?


Why? kenapa aku keluarkan kenyataan ni?


Aku tak nak print screen pastu post kat sini apa yang orang2 tulis kat situ, tapi secara randomnya, aku ckp, ramai yang tulis, "ooo dia ni peminat hardcore snsd, sebab tu la dia emo bila k-pop group dia kena jentik", pastu keluar lagi ayat sama, "diorang ni kalau dah fanatik tak ley jentik sket".


Mana perasaan malu korang bila non muslim timbulkan ayat berbunyi camni (ditukar ayat kpd bahasa melayu), "Ada artis malaysia kita yang buat persembahan sebelum snsd, dan pakai skirt yang lebih pendek dari skirt snsd".


Mana ukuran iman dan mana ukuran ilmu korang bila keluar ayat camni? Kalau aku kena ayat ni, aku akan diam dan rasa sangat malu. Tapi korang masih mampu nak cakap diorang fanatik fan ke apa. Itu hak dia, dia nak fanatik ke apa, nak defend snsd ke apa. Tapi hakikatnya, dia cakap, kita sebut pasal aurat, tuju kat snsd yang mungkin tak tahu pun apa menda tu. What's the point gentleman?


Pointnya, jangan nak start bantai artis luar, bila artis kita sendiri pun buat macam tu malah lagi teruk. Betulkan yang dalam, pastu kita perbetulkan yang luar. Kalau nak mula ban artis sebab pakaian, mulakan dengan ban artis-artis kita yang berpakaian seksi.


Bagi aku? Kalau keluar isu camni, setakat nak tulis kat wall tu cakap, "oh peminat kpop ni", "diorang ni memang tak ley kena jentik sket", simpan je la ayat tu dalam kepala. Itu menunjukkan betapa ignorant-nya kita terhadap apa yang orang bukan islam tujukan kepada kita. Seakan-akan tiada rasa malu dan tidak mengambil endah terhadap apa yang cuba dia nyatakan.



Sebagai insan, aku bersyukur aku berpeluang melawat negara-negara barat. Jujur cakap, aku ulang sekali lagi, jujur cakap, apa yang kita canangkan terhadap budaya kuning barat menular sebagai duri dalam daging kita, ibarat api dalam sekam, semuanya hanyalah alasan kita semata-mata untuk menutup kesilapan kita sendiri.


Kenapa? Sebab sepanjang aku berada kat sana, aku tak pernah tengok pakaian diorang pakai lebih teruk daripada pakaian yang masyarakat kita pakai. Kalau pakai skirt pun, kalaupun tak menutup aurat, xdenye se-pendek apa yang pernah masyarakat kita pakai. Sebab tu betapa jeliknya aku kalau aku masuk kl. Tu jugak salah satu sebab aku sangat benci masuk kl.



Apa yang boleh cakap, budaya kuning kita, yang kononnya mengikut barat adalah rekaan kita sendiri. Kita tengok cerita kat tv, yang teruk-teruk, pastu kita cakap kita ikut trend barat. Cuma boleh secara ringkasnya aku cakap, masyarakat barat, ada displin berpakaian. Kalau yang pakai seksi tu dedah bapak banyak, tu bukannya displin berpakaian untuk pergi jalan-jalan shopping kat jalan-jalan kat bandar semua.



Kalau nak komen, biarlah ada sesuatu yang menyedarkan. Dia non muslim, dia tak baca secara penuh tulisan saudara hilal, itu mungkin kesilapan kecil. Tapi silap kita besar kalau tak ambil peduli apa yang dia cakap. Kalau takde apa nak reply, daripada reply cakap dia fanatik ke apa, lebih baik kita diam dan muhasabah.


Bukankah diam itu lebih indah? dan cuba hayati lirik lagu maher zain Awaken, ayat kat situ berbunyi:


Yes it's easy to blame everything on the west
When in fact all focus should be on ourselves


P.s: dah zohor, jom solat, konklusinya, muhasabah diri, tingkatkan motivasi, jangan cepat melatah, jangan komen tanpa ilmu, dan komen biar berhikmah.

Monday, March 19, 2012

0 Ombak Rindu

Sebelum tertido terbukak plak facebook. dan junior aku ada buat cover lagu Ombak Rindu. Thanks hafiz, sesuai je lagu tu dengan mood aku. So, aku nak je post lirik tu kat sini.


Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisiku


Tuhan aku tahu banyak dosaku
Hanya ingat Kamu kala dukaku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku


Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dariku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung


Hujan bawa air mataku
Yang mengalir membasuh lukaku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku


Hanya mampu berserah
Moga cahaya di penanti


Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisiku

0 Bicara Tentang Cinta

Apa itu cinta sebenarnya?


Perkataan yang cukup bermakna bila diungkap. Tapi berapa ramai yang mampu mengerti makna ungkapan keramat tu? Berapa ramai antara kita yang layak untuk menerima ungkapan tersebut?


Kadang-kadang aku mempersoalkan diri sendiri. Apakah aku layak untuk menerima ungkapan cinta tersebut. Apakah ada cinta untuk aku?


Kadang-kadang cam terasa seperti bola, ditendang sana sini. Rasa seperti aku tak layak langsung untuk memiliki cinta tu.


Ada yang pernah bertanya, kenapa semua lagu aku dengar semua lagu cinta. Ni jawapannya. Macam post aku sebelum ni, sastera tu cara untuk aku luahkan perasaan. Bila dengar lagu yang masuk dengan apa yang aku rasa, rasa lega. Kalau tak kena menaip, menulis lagi untuk luah perasaan.


P.S: -- End -- for now

Sunday, March 4, 2012

0 7:05 P.M.

Suddenly feel like logging in to this blog and type something. Out of randomness is more like it. Blogging used to be my passion once but once you found that you are at the dead end aka dun know what else to type, you need a long rest before you can start to write again.



I remember I used to update my blog almost several times per day. The gap between each posts have gotten wider as time passed by. For example, I think on my previous post, I did mention bout writing on my journey to Greece. And lol, it's not here, unfortunately.



Forget bout the blogging thing for a while. Things have not really going my way for a few days already. I feel a bit stress, tired. For some reason though, I sometimes dun know what actually in my thought. It feels really empty as if nothing happened but the fact that it's actually totally full that I can't even bother to think even one.



Need to calm down somehow. Anyway guys, enjoy the new song embedded for the blog. Saranghajimayo or Don't Love by FT Island.

p.s: Waiting for woojung couple wgm. Saranghaeyo.

Friday, March 2, 2012

0 A Return Post

Rasa cam dah berkurun sangat dah tak bukak blog ni. Hari ni, disebabkan kebosanan tahap cipan, maka aku bukak jugak blog ni. Rasanya dah boleh bukak untuk menulis semula lepas beberapa kurun tak menulis kat blog ni.


I

Mungkin tak ramai pun yang baca blog ni, aku pun sekadar tulis untuk kepuasan sendiri sebab setiap orang ada cara tersendiri nak capai kepuasan tu. Bagi aku penulisan bukan sekadar untuk menyampaikan maklumat, nak jawab exam semua, tapi bagi aku, penulisan adalah satu menda yang unik.



Sebabnya, kadang-kadang, ada benda yang kita tak mampu nak luahkan dengan perkataan, ada menda yang tak mampu kita nak ceritakan kat orang, ada menda yang kita tak mampu nak kongsi dengan semua orang. Tapi dengan pena, tak pun sekarang keyboard laptop ni dengan kertas ataupun tulis dalam laptop, menda ni dapat mengurangkan beban yang aku rasa.



Aku pernah jadi orang yang sangat ekspresif tapi tak tau apa yang mengubah aku untuk tak lagi lebih ekspresif. Tulisan tu jadi teman aku sekarang. Sebab kita tahu sukar sangat nak cari orang yang betol² kita mampu nak kongsi semua benda dengan diorang. Dan mungkin sejak tu la, kalau aku rasa marah, sedih, kecewa, terluka, tercalar, etc etc yang sama waktu dengannya, aku akan ambik kertas dengan pensil.



Aku akan tulis semua benda yang aku rasa atas tu. Tapi mungkin berbeza dengan cara orang lain kot. Sebab selalunya kalau aku terbeban dengan semua perasaan ni, semua bahasa kiasan aku keluar, jadi yang tertulis atas kertas tu selalunya sajak berkias. Tapi lepas tu, semua rasa lega. Rasa beban tu terlepas sikit.


II


Baru beberapa hari lepas rasanya berlaku benda yang sangat mengecewakan dan melukakan hati. Biarlah, malas nak cerita sebenarnya. Mungkin dah terlambat untuk aku tulis nak melegakan luka tu, tapi biar parut tu tinggal untuk mengingatkan aku pada masa hadapan.



Rasanya banyak sangat yang aku belajar walaupun baru seminggu kat kampus baru ni. Mungkin tak banyak dari segi akademik tapi sangat banyak dalam kehidupan. Sekarang aku hanya mampu tersenyum apabila teringat balik apa yang berlaku sepanjang minggu ni kat kampus baru ni.



Thank you for opening my eyes. I didn't notice that I was actually sleeping for this whole 4 years in university. I took almost everything for granted and now I have come to notice everything and realize almost everything. It hurts but yes, at least, I finally see what I need to see.


Let's end this post here. It gives no good to continue with all this thing anyway. Let by gone be by gone. I will definitely do something bout this. Definitely!


p.s: Agak teruk memulakan comeback post dengan post yang emo. ala ok la tu, dah update kan? :)
 

:: Bila Angin Berbicara :: Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates