Tuesday, November 30, 2010

0 Video Stupid Video

Tersangatlah sakit jiwa aku sekarang dengan Window Movie Maker celaka ini.


Kenapa? Soalan yang bagus. Ok, so game online aku maen ni ada buat intro character video contest. Kira boleh menang prize la. Tak menang pun dapat benda gak. Jadi aku rasa, apa salahnya aku cuba.


Nak dijadikan cerita, mula-mula aku buat video ni ok. Tapi datang ke pukul 4 pagi tadi masa nak buat final touch kat video tu (dah siap publish), masa play ada bahagian yang hilang. Bapak ar!! Tension siot. Aku buat dari pukul 12 tengah malam sampai ke subuh. Dah nak siap, pastu WMM tu buat hal celaka.


Sekarang pun dia tengah buat celaka, sebab bila aku tekan publish, jadi not responding! WTH!


Rasa cam nak nyepak je. Aku dah pening giler dah nak menyusun vid ni semula. Rasa cam nak mencarut. Pa pe pun, ari ni sapa-sapa jangan kacao aku kalau rasa diri tak nak kena penyepak.


p.s: Celaka punye WMM. Bongok syial

Saturday, November 27, 2010

0 Update --- Pokemon Best Wishes

Yosh! Pokemon dah masuk ke season ke berapa aku tak ingat. 14 kot. Kalau ikut yang dubbing version dalam bi belum abes, tinggal lagi entah, beberapa episod kot. seingat aku ada 36, minggu lepas donlod episod 25. x_x


Pa pe pun sebab maleh nak tunggu yang bi punye, aku donlod versi jepun yang dah keluarkan season baru pokemon, pokemon black n white best wishes. Episod kali ni cam pelik gak sebenarnya kot, tapi percayalah, kalau korang tengok episod dua, ash is just so noob!


Tapi lagi pelik sebenarnya, setakat ni aku dah tengok sampai episod 4, setiap episod dia dapat pokemon baru. haha. bapak ar. aku rasa diorang dah pening nak buat jalan cerita tu. sebab masa diorang buat pokemon sinnoh bapak panjang giler, rasa cam tak abes-abes, best wishes ni jadi cam bapak laju plak. episod kelima aku rasa dia dah mula lawan gym.


So far, ash dah ada 4 pokemon. haha lawak btol. dia ada pikachu, mamepeto, mijumaru, pokabo. aku rasa starter grass tu pun nanti dia dapat, tsutarja.


team rocket still ada dalam best wishes, tapi team rocket kali ni tak sebodoh dulu. Haha lepas 14 season, baru team rocket berubah jadi pro. Pro camne? Aku gtau sket ar. Diorang tak lagi meletup jadi bintang last cerita. Kalau korang tgk best wishes, memang team rocket bapak pro. Cara retreat bukan hilang, dah tapi berteknologi sket ar. masuk lubang pun takde ar jatuh gedebuk camtu. jatuh cara pro. huhu. tak tau nak terang, tengok sendiri ar.


so far, cerita dia ok. cuma ada perubahan kat ash, mata dia tukar jadi coklat? brown? entah, warna pe tah. Yang peliknya, ash jadi noob se"noob"nya. Macam dia baru nak mula journey dia semula, macam setiap season pokemon, ada ramai giler ash. haha. semua nama ash, guna pikachu, tapi orang berbeza. Lebih lawak... lepas 14 season, umur dia masih 10 tahun x_x. Gilos. Bak kata sorang dalam forum tu, Eternal Youth! XD Padahal seingat aku, diorang mula pokemon journey diorang umur 10 tahun. Kiranya lepas 14 season, semuanya berlaku dalam masa kurang setahun x_x pergh mantap!


Diorang kena ubah bahagian tu kot. Pokemon masih ok di mata aku, cuma ash perlu bersara aku rasa. At least buat dia jadi champion ke. Pastu mulakan cerita pokemon baru dengan orang baru. Orang tu nanti jumpe prof oak ke cmne, ash bgatau.. bla bla. meh aku bukan nak buat cerita pokemon, so jangan mengarut.


p.s: laptop aku cam penuh, je, kena transfer banyak cerita masuk hard drive neh. ok, dah siap episod 5. saja isi masa terluang dengan tulis blog sementara tunggu episod 5. huhu

Tuesday, November 23, 2010

1 Da Blast!

Entah pa pe tajuk kat atas tu, tapi pa pe la. Semalam aku dapat jugak mencari peluang untuk tengok cerita Harry Potter and the Deathly Hollows Part 1 kat gsc alamanda neh.


Bagi aku kali ni, pengarah filem david yates berjaya buat cerita tu lebih teliti berbanding yang lepas cam cincai je. Kali ni, plot cerita dibina dengan lebih baik berbanding dulu dan mungkin sebab dia buat teliti la kot jadi dua bahagian. Tapi elokla dia buat dua bahagian daripada dia potong semua scene, jadi hampeh.


Camne pun, aku lebih enjoy baca novel dia daripada tengok cerita tu sebab lebih detail. Pun begitu, tengok cerita takde la teruk sangat. So overall, cerita ni layak dipuji berbanding cerita harry potter yang lepas yang diarahkan oleh david yates. Satu2nya pengarah harry potter yang tak reti2 nak tarik diri lepas merosakkan dua filem harry potter. Dan akhirnya dia buat sesuatu yang baik untuk cerita ni.


Plot cerita bagi part 1 harry potter ni diakhiri dengan baik oleh david yates dengan menunjukkan scene voldemort menyelongkar kubur dumbledore dan dapat ambik elder wand tu. dan untuk bagi harry potter, dihentikan pada saat dobbie mati. at least dia buat ending yang boleh diterima la dan puas hati. Kalau buat cam TLOTR pertama dulu, memang ramai tak puas hati kan sebab habis masa naik sampan tu. pa pe pun TLOTR the best!


Nantikan part 2, sebelum tu, SPOILER ALERT! 3 lagi horcruxes yang akan dicari oleh harry potter. Banyak adegan mendebarkan dan mengejutkan. Sedikit hint, patronus spell yang berbentuk rusa betina. Sebab patronus spell tu berbeza ikut orang, jadi rusa betina tu hint pertama untuk kejutan yang lebih besar. Huhu.


Anyway, malas nak komen filem lain, termasuk yang diagungkan sgt oleh ddr cerita 2 alam tu. bagi aku tah, aku tak tengok dan tak terasa nak tengok. Kenapa filem kita tak boleh buat macam filem TLOTR, Harry Potter n Narnia? Oh Narnia baru akan ada kat wayang bulan disember ni. Aku dah tengok trailer. Epik!


Aku berharap nak tengok filem Hikayat Merong Mahawangsa yang KRU buat. dengarnya sangat epik dan aku harap ni permulaan bagi filem melayu yang epik. Kita banyak penulis novel yang hebat yang cerita dia boleh diadaptasi kepada filem. novel ramlee awang murshid, kenapa takde pengarah yang nak ambik novel dia buat filem? Mesti jadi filem thriller melayu yang berkesan. Mungkin pengarah kita ramai perasan apa yang ada dalam kepala otak diorang tu bagus, jadi orang-orang sastera ni diketepikan.


Andai kata kita adaptasi filem daripada novel gak macam barat, filem kita mungkin lebih berjaya. Sekadar satu pendapat.


p.s: Tron Legacy pun nampak cam best.

Wednesday, November 17, 2010

1 Mencari Syurga Cinta

Ok well, cerita ni dah lama tapi baru berpeluang tengok kat astro tadi. Overall bagi aku cerita dia moderate tapi mesej yang disampaikan tu aku mampu terima.


Sebuah cerita yang mungkin expected berlaku tapi bagi aku yang penting di sini adalah penyampaian dia. Alhamdulillah, terasa bila tengok cerita tu. Mungkin tak seteruk Irham dalam cerita tu tapi kita tahu sapa diri kita, kita tahu apa yang kita buat.


Suntikan keinsafan dari cerita tu membawa dos yang agak besar untuk aku beri response. Beberapa kata-kata yang aku sempat tangkap dalam cerita tu.


Bagi wanita, "jadilah wanita yang berada dalam sangkar kaca. Indah dilihat tetapi tidak mudah bisa disentuh. Hanya yang tulus hatinya bisa melepasi sangkar tersebut."


Bagi lelaki, "Cinta yang ada adalah untuk hati yang tulus dan ikhlas, bukan untuk dipermainkan."


Justeru, bagi yang couple2 neh, awal2 aku cakap, it's not eternal. Bukan nak kata korang tak mampu kawen, just nak cakap, selalunya orang yang couple ni cuma nak penuhkan hati yang kosong, or at least nak dia pun ada kekasih sebab orang lain ada. Couple yang berenti di pertengahan jalan, tak lain bagi aku adalah cinta yang dipermainkan.


Biarlah akhirnya kita bertemu dengan syurga cinta, jodoh yang ditetapkan Allah, rasa cinta, terus khitbah.


Aku jumpa cerita ni kat tenet, enjoy guys :)


Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya
pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut
sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am.
Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik
sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu
nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa
yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas
sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil
memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa
menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput
yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu
bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.
Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang
berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang
rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik.
Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik
maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling
cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung
padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara
yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh
menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita
dengan tulus dan ikhlas.

Maka, bersyukurlah dengan kasih-sayang yang kau terima pada hari ini,
kerana setiap yang hadir pada ari ni tidak akan muncul semula selepas ini.


P.S: Quote dari seorang sahabat, "Memang sedih bila kita berpisah dengan seseorang tapi aku percaya, setiap orang yang hadir dalam hidup sebenarnya diutuskan oleh Allah untuk mengajar kita sesuatu. Apabila tugas diorang selesai, diorang akan pergi. Dan misi kita adalah untuk mengamalkan apa yang diajar olehnya kepada kita dalam hidup."

Saturday, November 13, 2010

0 Relation and Love and Friendship and Care and...

Sebelum nak kuar gi makan, rasa terdetik kat hati nk nak menulis sesuatu. Sebab tadi terbaca ada member aku tulis pasal hubungan dalam kelas yang kelihatannya tak rapat dan sebagainya.


Aku malas nak berkias, jadi secara directnya, kalau dalam game aku, camni la. Kelas ni cam satu guild/clan. Dalam guild tu ada la makhluk2 bersama-sama. Walaupun dalam guild yang sama, tapi berpecah kepada beberapa group kecil lain. Kalau nak buat dungeon, cuma team up dengan group sendiri. Tidak dengan orang lain dalam guild walaupun hakikatnya, masih satu guild yang sama.


Seperti dalam kelas, menda ni berlaku dalam game aku maen jugak. Jadi aku dapat rasa. As a newcomers to that, kinda prestigious guild, I was left out from raids and dungeon runs, walaupun kadang-kadang kalau tengok, aku punye gear lagi mantap dari yang lain.


The fact that each and everyone of us have different personality and different style. Sometimes you have to adept yourselves with that style to mingle with them.


Ada yang cipta dunia sendiri dan macam-macam lagi. Camne pun, kita kena tahu setiap orang ada kelebihan dan kelemahan sendiri. Kelebihan dia mungkin sesuatu yang tak mampu kita capai dan kelemahan dia, mungkin menjadi kelebihan kita. Kalau isteri itu saling melengkapi untuk suaminya, macam tu jugak la kawan-kawan, melengkapi kita, untuk sementara, sebelum kahwin.

0 Permata Yang Dicari

Mungkin tak ramai (atau mungkin ramai dah kot tau) yang aku dulu pernah join nasyid kat sekolah. Jadi, era tu kira era kegemilangan nasyid malaysia (chewah bunyi cam tamadun plak). Masa tu jugak la, aku rasa memang kat rumah dengar ikim and memang tak tahu langsung pasal lagu laen.


And dulu kalau nyanyi lagu-lagu nasyid cam nur kasih, bisikan nurani, permata yang dicari, rasanya cam biasa. Tapi rupanya effect dia tu rasa sekarang. huhu.


Entahlah, mungkin perasaan tu terbina sekarang, jadi effect dia lebih mendalam. :)


Camne pun, sila enjoy lagu ini, permata yang dicari :)

Thursday, November 11, 2010

0 What Do You Think?

Erm sebenarnya malas nak update blog tapi tergerak hati lepas tgk beberapa blog member2 aku ni.


Bukan nak tunjuk alim or terlebih nak bagi tazkirah tapi sebagai peringatan, letak gambo-gambo dalam blog yg kelihatan sedemikian sangatlah tidak manis. Entah rasa cm... entah tengok cm... entah tak sopan.


Bagi aku gambar yang tak penuhi tuntutan dalam surah An-Nur (sila cek, ada di situ dengan sangat jelas, point sket - tak menunjukkan bentuk tubuh, melabuhkan tudung ke paras dada, etc etc), sangatlah tidak sopan. Lagi tak elok jika anda perempuan yang letak gambar camtu (kalau ada laki mana-mana tengok berkenan, kan jadi maksiat? tayang merata-rata).


Apa-apapun aku dah ingatkan kepada mereka yang berkenaan, jadi tugas aku selesai di situ. Walaupun ada je kalau aku cakap, terus cakap, "ok thanks, salam". Pop ilang semua..


Aku jamin, 100%, kalau aku letak gambar aku tak pakai baju kat dalam blog ni, gerenti diorang cakap aku tak senonoh, tak sopan, apa lagi tah la, yang pentingnya, semua mesti kutukan. Haha. Lawaklah dunia sekarang. Aurat lelaki dari pusat sampai lutut tapi kalau dedah badan kena kutuk bapak ar, macam berbogel depan orang la plak kan? kan? kan?


Yang wanita muslimah ni, kalau sekerat pakai tudung nampak pusat, takde sapa plak kan nak kecam, berlonggok-longgok boleh nmpak tepi jalan.


Dulu Faizal Tahir bukak baju masa show kena ban jap. Ok, yang tanda "S" kat badan dia tu aku kurang setuju. Tapi dalam bhgn lain, aku support dia. Ceyy ni la dunia kalau penuh dengan kejahilan, hedonisme diagungkan. Dunia kita dah sampai penghujung, kejahilan berleluasa, orang yang tak arif dalam bhgn agama diberikan kuasa untuk memerintah (festival fesyen islam????? JAHIL) dan banyak lagi tapi hakikatnya, tu la tanda-tanda kiamat.


Balik kepada hal berpakaian tu, pokok pangkalnya, orang yang berilmu takkan kuarkan isu pasal faizal tahir bukak baju masa show tu or kalau aku letak gambo aku tak pakai baju dalam blog ni pun. Tak nak tengok sudah, tapi nak mengecam dan mengutuk, haha, lawak la. Tu bukan aurat kitorang, so what? Allah tak marah tapi kita pulak manusia mereka-reka nak marah, nak kecam tak tentu hala. Wow hebatnye kita!


Secara modennya, mungkin nampak kurang sopan, tapi sekadar kurang sopan. Tak perlu nak tambah dengan kecaman dan ban dari tv semua. apa daa...


p.s. : kena guna ayat garang nak sedarkan orang

0 Another Short Update....

Dah beberapa hari rasanya blog ni ditinggalkan tanpa sebarang update walaupun aku ada menjenguk untuk balas beberapa shout kat blog tu.


Sekarang cuma tinggal satu lagi exam yang tinggal, EIA. Alhamdulillah yang laen berjalan lancar (kot) cuma sangat tak pueh hati dengan eko health.


Nak buat post panjang tapi belom berpeluang. Semoga diberi ilham untuk terus menulis.


Tak dapat dinafikan terlalu banyak isu yang perlu dan boleh dibincangkan dalam masa terdekat ni cuma hati belum tertarik dan belum punya keutuhan untuk menulis secara konkrit mengenai isu berkenaan.


Menara 1 Malaysia, hub hiburan malam dan macam-macam lagi yang rasanya satu lagi mainan politik kotor. Tak perlu ulas panjang, terlalu mendalam rasa meluat dengar pasal isu hub hiburan malam dan sebagainya. Cuma diminta biar ada sekelumit rasa benci terhadap perkara kemaksiatan dalam hati kita.


Bila hilang walaupun sebesar zarah rasa benci terhadap kemaksiatan dalam satu kawasan, maka azab Allah akan turun untuk seluruh penduduk kawasan tersebut. (Dengar dalam khutbah jumaat kat kawasan perumahan ari tu).


Sampai sini dulu sesi mencatat, insyaAllah, akan update pasal isu2 ni lepas habis exam.

p.s. : Allahumma ja'alna minan najihin wal faizin fid din fil imtihan fid dun ya wal akhirah... amin..

Tuesday, November 9, 2010

1 I'm So... Sorry...

I'M SORRY I'M SORRY I'M SORRY I'M SORRY I'M SORRY I'M SORRY I'M SORRY I'M SORRY
I'M SORRY I'M SORRY I'M SORRY I'M SORRY I'M SORRY I'M SORRY I'M SORRY I'M SORRY
I'M SORRY I'M SORRY I'M SORRY I'M SORRY I'M SORRY I'M SORRY I'M SORRY I'M SORRY
I'M SORRY I'M SORRY I'M SORRY I'M SORRY I'M SORRY I'M SORRY I'M SORRY I'M SORRY
I'M SORRY I'M SORRY I'M SORRY I'M SORRY I'M SORRY I'M SORRY I'M SORRY I'M SORRY
I'M SORRY I'M SORRY I'M SORRY I'M SORRY I'M SORRY I'M SORRY I'M SORRY I'M SORRY
I'M SORRY I'M SORRY I'M SORRY I'M SORRY I'M SORRY I'M SORRY I'M SORRY I'M SORRY
I'M SORRY I'M SORRY I'M SORRY I'M SORRY I'M SORRY I'M SORRY I'M SORRY I'M SORRY
I'M SORRY I'M SORRY I'M SORRY I'M SORRY I'M SORRY I'M SORRY I'M SORRY I'M SORRY
I'M SORRY I'M SORRY I'M SORRY I'M SORRY I'M SORRY I'M SORRY I'M SORRY I'M SORRY
I'M SORRY I'M SORRY I'M SORRY I'M SORRY I'M SORRY I'M SORRY I'M SORRY I'M SORRY


I guess it doesn't matter how much I said I'm sorry, it won't change the fact that I hurt her feelings...


It doesn't matter how much I put it up here and how many people read it, the fact is only she can make the difference...


I was not there when she needed me the most which makes me think, am I good enough?


I concede that I was not good enough when I was not there, I concede that I am not that person with the right timing to appear and put on peace and calamity


But the least I can do is to say that I am sorry...


And do remember, I want you to be really strong when the storm come and hit you...


I want you to know that I can't always be there for you, there are times where you need to face it yourselves and gain strength from it...


Girls... You guys are such a wonder... You change men life, you can even change the world...


So believe in yourselves, you are stronger than you seems, I believe that...


I'm sorry... Be strong...


p.s. : I'm sorry...

Saturday, November 6, 2010

0 OMG What Time Is It???

Ok this is crazy! Look at the clock Kai! It's 5 a.m!!!


Ok memang giler. Sepatutnya aku tido awal tapi gila pegi berjaga sampai pukul 5. Jadi aku rasa elok aku tunggu subuh je. Lagi 45 minit.


Tik Tok Tik Tok...


Ok whatever. Sementara tunggu subuh, elok aku update jap. Takde apa2 yang luar biasa berlaku dalam hidup insan biasa seperti aku. Cuma berharap aku dapat kembali tido awal mulai esok dan start study lepas subuh (as if that gonna happen : selalu tido balik lepas subuh).


Tik Tok Tik Tok...


Saya sayang awak... Tapi awak anugerah terbaik buat saya...


Tik Tok Tik Tok...


Kehidupan yang pening lagi memeningkan...


Tik Tok Tik Tok...


Aku end kat sini la, cam gila je tgk..


p.s: tik tok tik tok...

Thursday, November 4, 2010

0 ----- Short Update -----

Rasanya dah lama tak menjenguk dan mengadap depan laptop sendiri ni.


Mula je exam ari tu, rasa mood nak mengadap depan laptop ni macam ilang. Blog ni jugak tinggal tersadai selama beberapa hati tanpa apa-apa update.


Rasa sangat letih dan sebagainya.


Alhamdulillah, pagi tadi, mama dah berangkat ke Makkah Al-Mukarramah untuk mengerjakan rukun Islam kelima. InsyaAllah aku doakan keselamatannya dan semoga dia mendapat haji mabrur. Amin...


Jadinya sepanjang cuti ni jugakla kot, aku duduk kat umah sensorang (dengan akak la), tapi still sorang-sorang rasanya sebab akak keje nurse, jadi kejenye tak menentu. Balik dia kadang-kadang penat jadi aku rasa dia balik mesti dia pengsan dulu la. Jadinye aku kena memulakan hidup orang bujang dengan memulakan sesi memasak.


Bukan tak reti masak, tapi malas. Tapi nak tak nak, cuti nanti, masak. InsyaAllah banyak je menu dah timbul dalam kepala ni. Ingat nak "master" buat nasi ayam dulu. Pastu buat mengada-ngada masak ayam masak ros. Haha.


Ok, this is just a short update, so I guess that's all. Still got 3 papers left next week. Pray for my success, InsyaAllah. It's gonna be a long weekend. Yet I know I need a break...


p.s.: World is just tireless...
 

:: Bila Angin Berbicara :: Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates