Monday, October 8, 2012

0 Back with new look~

Blog kembali "rebranding". Dah settle, akhirnya dapat jugak install smula macromedia flash yang mengizinkan aku untuk letak muzik dalam blog aku ni. And here presenting the song from the newly debuted group Lunafly. I have vocal and music preferences when I listen to a music, so yes, this song is well made and these guys have amazing voice.


Blog template dah diubah kepada bentuk yang lebih simple sbb dulu aku rasa bila bukak je blog, bapak berat. Jadi, aku ambik template simple yang plain je. Nampak lebih santai (ye kot, huhu). Yang penting, takde sangkut2, tu je yang penting. Sebab laptop aku ni slow, jadi boley dikatakan tuan blog sendiri sangkut2 nk bukak.


Tapi dua tiga ketika ni asyik sangkut je dgn google chrome ni, celaka apa tah yang mendurjanakan chrome ni. Kejap2 sangkut, kejap2 sangkut. Cam cipan. Stress rasa cam nak sepak je laptop ni. Memang laptop ni dah ketinggalan zaman teknologi tapi tunggu la dulu kan. Takde la urgent sgt nak laptop baru. nanti dah ada duit, bleyla beli baru. skrg takde, tahan la sket.


laptop aku ni pun dah jadi cam laptop diorang-diorang dulu. Skrin boley jadi blank bila-bila masa. Tapi alhamdulillah sebenarnya dia tak buat hal masa zaman aku menulis thesis dulu. Problem dgn laptop aku ni sbb ada crack kat bhagian tepi skrin neh. sensitif amat, tergoncang sket, japgi, terus blank. Laptop performance aku jadi hampeh sebb cara nak bagi dia ok balik lepas blank cuma dgn force restart.


Okla, let's end it here. I'm going to be active with blog again when I got things to say. So please anticipate :)


P.S: yeorobun, saranghamnida :D

Sunday, October 7, 2012

0 Was-Was Itu Bisikan Syaitan

Dah macam tajuk khutbah rupanya bila tgk balik. Secara ringkasnya je post ni nak pegi. Tadi ada terbaca sorang sahabat post gambar mengenai sejadah yg ada muka babi kononnya. Cerita lama yg di"revive". Mintak maaf, bukan niat nak menghentam sesiapa.


Bila kita menyebut isu ni, ingatkan diri kita kepada musuh kita yang paling nyata iaitu syaitan. Ingat, bahawa syaitan sentiasa menghembus bisikan yang mencipta was-was bagi kita manusia. Kalau anda tak namakan was-was, anda rasa ni disengajakan untuk dicipta? Sebab kelemahan dalam diri kita, kita melihat apa-apa saja bayangan yang ada dalam dunia ni, yang lama baik yang baru sebagai satu cubaan untuk meruntuhkan agama.


Tak salah sebagai peringatan tapi menyebar fitnah juga satu dosa, membawa cerita palsu juga satu dosa. Bagusla ada orang yang nak post tunjuk dan ingatkan kita bahawa Islam itu musuhnya di mana-mana. Nak saya bagikan contoh?


Satu masa dulu, ketika cerita pokemon sangat hot kat tv, keluar cerita ckp pokemon adalah dakyah untuk meruntuhkan umat Islam dengan nama-nama pokemon tu memberi maksud2 tertentu. Alangkah. Sekarang ada lebih daripada 600 pokemon. Hebatla diorang keluar nama sebanyak tu semuanya mengutuk pasal Islam. Padahal, lepas aku baca fatwa Dr Yusuf Al-Qardhawi, takde pulak beliau menyebut pasal nama-nama pokemon ni memberi maksud sedemikian. Hebatnya kita. Melebihi kehebatan seorang ulama yang disegani oleh semua.


Beberapa ketika sebelum ni, lagu psy gangnam style dikatakan cuba melakukan perkara yang sama, iaitu menyesatkan umat Islam. Kalaupun anda benci sgt dgn lagu-lagu dari korea, tak perlula kan nak kluarkan statement fitnah sedemikian rupa. Sebab tu, bila aku dengar je lagu korea, kalau aku minat, aku cek maksud dia dulu. Bukannya terus buat judgement. Tengok vid klip sket, puhh! kluar fatwa. Masalahnya, yang mengeluarkan fatwa tu bukannya ulama yang disegani ramai, dtg dari mana je kluar kat fb. Sapa-sapa yang dah dengar ceramah Ustaz Azhar Idrus ataupun Ustaz Ashraf Imam Muda, insyaAllah dah clear dgn isu psy ni.


Soalannya sekarang. Apasal yang mengeluarkan cerita-cerita camni bukannya orang-orang yang kita kenal dan disegani seperti ustaz azhar idrus, ustaz kazim ke, imam muda ashraf ke. Kalau aku diberi pilihan untuk menjawab, aku akan cakap, sebab ni lahir daripada bisikan syaitan yang mencipta was-was dalam diri kita. Sebab kita tahu orang yang tinggi ilmunya dan orang yang kuat imannya takkan tuntas dalam bisikan syaitan, maka kita tak pernah dgr isu camni wujud daripada diorang. Tengok sejadah ada corak pelik sket, eh bentuk muka babi. Spender tiga segi tu tak cakap ke dakyah kafir untuk menyesatkan umat Islam? kan illuminati tu segi tiga. haishhh...


P.S: Astaghfirullahal'azim. Dekatkan diri dengan Allah, kuatkan iman, tinggikan ilmu untuk mengelakkan was-was syaitan. Cuba amalkan doa ni, insyaAllah: "Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna, daripada kemurkaanNya, seksaanNya, kejahatan hamba-hambaNya, bisikan-bisikan syaitan dan daripada kehadiran mereka semua. Amin..."

Saturday, October 6, 2012

0 Exaggeration: Do things moderately

Hari ni rasanya terlebih rajin, jadi nak menulis blog lagi. Dah beberapa malam dah sebenarnya marathon tengok Immortal Song 2 (IS2). Rsanya ak penah dah tulis post tentang program ni sblm ni. Tapi untuk refresh sbb mgkn blog ak ni tak tersusun.


IS2 ni program realiti tv korea, menampilkan artis2 drpd idol group korea yang berlonggok-longgok tu ataupun penyanyi yg kurang famous dlm program tu. Setiap minggu, sorang penyanyi veteran/komposer muzik terkenal akan dijemput dan setiap peserta (artis2 idol group tu) akan menyanyi lagu lama2 tu dgn diberi nafas baru.


Menariknya, setiap persembahan akan dihakimi oleh penonton seramai 500 orang. Kalau diorang suka persembahan tu/cover tu/arrangement tu, diorang akan tekan butang untuk mengundi. Dan penyanyi-penyanyi yang dah diterima bakat diorang oleh orang ramai bahkan mungkin dunia sekalipun, diorang diadili dgn cara sama.


Sangat menarik bagi aku sbb seseorang yg dah bergelar penyanyi tak semestinya bagus walaupun dah kluar byk album.


Daripada program ni sbnarnya, byk gak la aku blajar pasal muzik ni. Dan aku tgk advantage penggunaan keyboard. Bila tengok keyboard tu, "ow camni rupanya diorang tukar arrangement sesuatu muzik tu". Mungkin bagi kita orang Malaysia tak tahu sgt lagu lama korea, episod Park Jinyoung sebagai penyanyi veteran tu mungkin ok untuk kita.


Sebab dalam episod tu penyanyi-penyanyi tu nyanyi lagu yang kita taw. This Song daripada 2am, Nobody daripada Wonder Girl dan sebagainya. Kita biasa dgr Nobody dalam version Wonder Girl tapi, only and only dan hanya dalam IS2, kita dapat dengar lagu Nobody dalam rentak reggae. Sangat mantap arrangement dia.


Ok back to the topic. Exaggeration in anything we do is a bad thing to be honest. First korean group yang aku minat masa awal2 aku tengok citer korea ni adalah December. Ak selalu fikir masa tu, waa, December has amazing vocal. Unmatched in ballad. Tapi lepas tengok Dae Kyu dalm IS2, aku perasan yang vibrato dia banyak sgt. Mungkin sbb tu teknik nyanyian dia. Tapi orang yang ada clean vocal attack tu lagi hebat ballad daripada dia walaupun dia boleh naik sampai 5 octave.


K-Will, Shin Yong Jae, Huh Gak, Lee Haeri, G.O. Mblaq, Kyuhyun dan jugak Ryeowook. Diorang boleh nyanyi ballad lagi ok daripada Dae Kyu. He got a good vocal but he just needs to reduce that vibrato. A clean vocal would fare and appeal much more compared to vibrato.


Bila tengok DK buat banyak gile vibrato, teringat bila aku nyanyi smua lagu dulu dgn burdah. haha. smua lagu jadi bunyi nasyid sampai member aku cakp, lagu ni ko jangan nyanyi, nnti semua ko nasyidkan, rosak lagu. And yes, bila kita dah lalui dan ada lebih experience, aku sendiri perasan, memang tersangat la buruk kalau nyanyi dgn burdah tu.


Jadi skrg, aku drop smua burdah tu, dan try nyanyi dgn clean vocal. Aku rasa bunyi dia lebih best. haha. masuk bakul angkat sendiri.


P.S: W/e it is, no exaggeration. It makes everything, including good things look bad.

Friday, October 5, 2012

0 Parents: Take care of your children!

Orait, berjumpa kembali dalam blog ni. Walaupun terasa blog ni tak berseri langsung, tapi aku tersangatla malas nak tukar background semua. nanti la ek. Apa yang penting, isi tu. haha.


Ok la. ari ni nak sentuh sikit isu ni. Pesanan untuk future parents gak (termasuk aku la tu).


Nak dijadikan cerita, ari tu aku kluar la rumah bawak keta nak pegi discussion sebab ada group assignment. Sebab aku ni pemandu berhemah, aku takde la speed speed kat kawasan perumahan. Tambah2 kita pun paham, budak2 ramai giler. Pastu diorang ni unexpected tindakan diorang. Sebab bengong bengong lagi kan. haha sedap je aku cakap orang bengong.


Tapi betolla kan. budak2 ni camne pun parents gtaw diorang, camne pn korang buat iklan, tengok kiri, tengok kanan, tengok kiri balik dan lintas, diorang xde pn nak ikut. tambah2 kat kawasan perumahan ni. So, nak dijadikan cerita, masa tgh drive tu nampak la budak2 depan tu. Aku taw diorang da nampak aku datang tapi in case diorang nak buat gila, aku drive slow je la.


Gila tak gila, memang gila la budak tu. ak dah dekat je, boley dia pulak maen acah kita jalan berdiri depan kereta, siap sengih2. Haishh  maw je aku penampar budak tu. Masa tu aku pikir pe, kalau kena langgar kat situ, takde dah nak sengih2 main acah orang. Then in case kalau btol2 terlanggar (nauzubillah), yang kena nanti orang yang drive gak kan. Padahal yang mengada-ngada cari nahas tu budak tu. Parents plak mesti gila-gila turun naik mahkamah nak charge gak orang yang langgar tu.


So, peringatan awal. Sebelum benda-benda sedemikian terjadi, pastu korang buat sinetron plak menangis berlonggok-longgok tisu, padahal yang cari nahas tu anak korang. Please! Tolong! 请!제발! Ha dah semua bahasa kluar dah. Tolong, please educate anak korang supaya takde orang yang tak bersalah dipersalahkan dan takde la jadi pa pe kt anak korang tu. Ajar sket suruh reti bahasa. Kalau tak reti nak ajar, lain kali aku jumpa lagi budak camtu, aku berenti kereta, aku penampar puas-puas kang.


P.S: Sudah cukup sudeyyy....
 

:: Bila Angin Berbicara :: Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates