Friday, January 29, 2010

0 Selsema + Tak Sihat + Takde Sore + Ada je Masalah = ???

Lama sudah aku rasa aku tak isi ruang blog ni. Tapi malam ni rasanya macam perlu je untuk aku tulis sesuatu. Kalau korang baca, baca arr. Aku tak kisah pun. Aku bukan jenis yang suka mengamuk, geram, marah, mengutuk, mengumpat, mencaci, maki hamun orang sesuka hati. Tapi bila ada orang yang dah mula langgar limit tu, mahu tak mahu, kena jugak aku bersuara kan. Pun aku rasa aku masih dalam keadaan waras yang mampu mengawal diri aku. Jadi aku anggap cukup hebat aku boleh kawal perasaan aku. Jadi tolong hargai sebab korang takkan suka kalau benda ni keluar sendiri dari mulut aku. Jadi baca je la.

So, malam ni patutnya ada meeting bebudak laki kos aku. Pagi tadi semua dengan semangatnya, “weh khairi, bila nak bincang pasal pengurusan taman? Yang pecah kumpulan lelaki pompuan tu.” Aku dengan selambanya jawab, sebab cara aku suka demokrasi, maksud aku, pilih berdasarkan suara majoriti, “korang nak bila, decide la, aku tak kesah.” Pastu mulut-mulut keluar cakap, malam ni arr pukul 10 malam. Aku pun cakap ok. Jadi mulalah jeritan-jeritan monyet, “Weh malam ni pukul 10 malam tau kat bawah blok.”

Sampai dalam bas nak balik umk dari ipkb pun ada lagi jeritan-jeritan, “Weh malam ni datang bawak info, jangan melenggang je.” Aku buat dunno je. Masa tu pun aku dah mesej beberapa yang mungkin tak dapat info, “turun pukul 10 malam ni, bla bla bla.”

Cukup jelas rasanya pukul 10 malam aku tulis kat situ. Melainkan ada yang tak perasaan. Sebab penat sangat ari ni, petang tadi tertido. Lepas maghrib, dapat mesej, “malam ni pukul 9 ke 10?” Aku pun reply je la, “10”. Pastu tanya lagi, ada cakap pukul 9. Aku pun tanya sapa cakap, pastu bla bla bla. Aku pun mesej orang tu, “malam ni pukul 10 eh.” Pastu dapat reply, “bukan pukul 9 ke?” Aku cakap balik, aku dah inform orang lain pukul 10 bla bla bla. Pastu tanya nak makan sekali, bla bla bla. Aku pun cakap, aku dah janji dengan roommate aku sebab aku dah cakap dengan roommate aku hari ni makan awal, aku ada discussion pukul 10. Dia pun cakap ok. Kira dah janji la tu kan. Pastu diorang pun kata ok.

Keluar aku gi makan, balik agak awal arr, nak cari info tambahan. Tepat pukul 10, aku turun. Aik, takde orang. Naik balik. Sambung skype, kebetulan tengah bincang isu panas. Pastu lari jap turun, aik, takde jugak. Aku pegi cek bilik bebudak ni, tak kunci tapi kosong dan gelap. Masuk bilik, sambung skype balik. Pastu kuar, cek bilik diorang lagi, aik, tak balik lagi. Dekat 10.30 dah. Pastu dapat mesej daripada sorang ni, “Where’s everyone?” Aku masa pun turun buat kali ketiga, aku reply, “I’m wondering myself.” Pastu aku cuba mesej bebudak neh. Aduhai, diorang jawab, “kitorang kat mcd.” Ah sudah. Menyirap jugak darah aku masa tu. McD bukan ada kat sini, pegi kb la maknanya. Pastu dapat mesej dari budak yang tadi, dia cakap dia turun dua kali, pastu tertinggal kunci dalam bilik, sekarang tak leh masuk bilik. Aku pun mesej bebudak yang kat mcd, “sapa lagi dengan korang?” Diorang reply la beberapa nama. Aku pun masa tu, dapat mesej daripada budak yang datang tu, dia cakap dia demam selsema, sekarang tak leh masuk bilik, jadi macam orang takde bilik merantau. Kesian aku dengar. Aku reply balik kat bebudak tu, “aku tak kisah. Kesian kat budak ni arr turun 2 kali, pastu terkunci kat luar.”

Pastu diorang cakap pukul 11, cakap kejap eh, on the way balik etc etc. Aku malas nak marah-marah sebab aku bukan jenis camtu. Dan aku rasa aku orang yang paling terkawal emosinya setakat ni. Tambah-tambah, sekarang aku pun tak berapa sihat. Dan aku tak kesah jugak diorang nak pegi mcd ke apa, asalkan, inform la dulu kan. Tak ke menyusahkan sekarang. Kalau melibatkan diorang je takpe, ni dah melibatkan orang lain sekali.

Tak tahulah, malas nak cakap banyak, Fikir la sendiri. Yang penting inform, kalau nak lewat sikit. Aku takde masalah. Takde la aku nak kena makan tergopoh gapah (tak ingat dah rasa apa nasi goreng aku tadi). Bila tak diinform, ni la jadinya. Semudah menghantar mesej, “kitorang nak gi mcd, jadi kita start lambat sket boley?” Aku no hal. Ke korang risau aku terasa tak ajak aku makan mcd? Aku tak kesah la korang makan apa pun, sebab prioriti aku sekarang keje tu, bukannya makan. McD pun bukannya aku berkenan sangat nak makan selalu. Seingat aku balik cuti panjang, sekali je aku makan mcd, tu pun sebab akak aku beli prosperity burger dan malam tu tak masak.

p.s : Haihhhh..... Tak pe lah. Aku tak kesah.

Wednesday, January 6, 2010

1 Being Expressive...

Dalam dunia ni, memang ada banyak jenis manusia. Tapi serius yang paling aku tak suka orang yang jenis ekspresif. Manusia jenis ni bagi aku, retarded, desperate, pathetic. Banyak sangat boleh sampai meluat aku nak tulis dah.


tapi aku rasa dua tu dah cukup menerangkan. Bayangkan, ekspresifnya diorang, xreti nak berselindung. Ok, xreti berselindung mcm mana? Dia nak jiwa dia, perasaan segala-gala mak nenek cucu cicit sebelah datuk moyang kepada sepupu dia, semua tu, dia nak dunia tahu. Dia nak dunia dengar.


Aku kesian gak dengan orang macam ni. Tapi nak kesian lama-lama, nak termuntah pulak rasanya. Meluat lagi ada la. Hey, excuse me!!! Ko nak sakit jiwa ke, terlampau gila cinta ke, terlalu suka sesuatu ke, simpan je la!!! Tak payah nak tonjol pusing-pusing, terjerit-jerit!


Aku yang mendengar ni yang menyampah, rasa nak menyumpah. In case kalau tak sedar, orang sekeliling yang lain pun ada perasaan gak. Cuma orang lain lebih pandai control. Jadi belajar la cara nak control tu. Bukan semua orang suka ekspresif ni, terutamanya aku. Kalau aku, rasa terlalu suka/ghairah dengan sesuatu, aku keluarkan semua di atas kertas. Lepas tu, semua rasa lega. Sekurang-kurangnya, orang lain tak terganggu sebab aku punya prinsip, aku tak nak orang sakit hati. Jaga hati orang tu paling aku pegang tapi kalau dah over sangat, mintak ampun la. Lancang mulut aku, gunung pun boleh terbelah, cuma tak pernah keluar je.


Kalau nak sangat ekspresif, pegi hutan, hidup dengan monyet, beruk dan lain-lain. Diorang tensyen xde la terasa hati sangat kan? Pa pe pun, amek pedoman. Betulkan yang biasa dan biasakan yang betul. Bukan semua nilai yang ada pada kita orang suka, dan menjadi kewajipan kita untuk kenal pasti menda tu dan bergerak ikut rentak orang tu selagi tidak melanggar agama dan prinsip kita. Kalau tak reti nak adapt dengan orang, pegi je main dengan beruk. Lagi senang.

Tuesday, January 5, 2010

0 More about Games (plus Screenshots) XD

Ok guys. This is the game that I currently play. It is called Shin Megami Tensei. Wokeh la game ni. Ala ala anime jadi menarik minat aku. Aku penah cerita pasal game ni dalam post sebelum neh. Macam aku penah kata, korang akan bela macam pet (tapi dia panggil demon :P ). Ni beberapa gambar pet aku dan aku. Kat atas sebelah kiri tu level aku dan level pet aku.

Eh aku main character perempuan? o.o? Who cares! It's just a game. Aku ada character male gak tapi aku enjoy maen character ni sebab level dia dah tinggi dan dia ni mage. Enjoy main mage sebab boleh buat magic. Huhu. Ni gambar dulu-dulu. Sekarang level mage aku ni dah level 55 daripada 93 level keseluruhannya. Huhu giler kan?


dengan sorang kawan dalam clan


sama gak, dengan kawan dalam clan, berlakon noob XD


my mage casting the deadly spell, Megido.


preparing to take a noob picture



tengah "farming" untuk dapatkan duit dengan harimau berapi aku dan gambar game supporter(GS), AzureJackal XD Perghh ingat GS dapat duit free XD

0 Dah Jadi Kes Plak??

Hari ni "dewan" SBN bagaikan bergegar (chewah dewan la plak kan, aku la cakap). dan aku jugak yang rasa gegaran tu.



Aku sebagai penolong yang dilantik semester lepas dah mencadangkan kat ketua kitorang untuk letakkan nota-nota kuliah dalam sebuah blog khas untuk SBN je. Cadangan tu diterima baik oleh ketua tapi tak tahu macam mana dengan bebudak ni kan.



Hari ni, ex-ketua tetiba je dalam kelas mandarin (dengan bangganya) mengumumkan kitorang nak letak nota-nota kuliah dalam blog dan dia ajak bebudak kelas mogok. Ada mula buat pandangan pelik kat aku kan. Haha aku kira apa. Aku cakap kat diorang, kalau korang nak nota amekla.



Okla, kesnya pehal nak bising-bising? Dulu ex-ketua membebel, penatla jadi ketua, bla bla bla. Jadi aku kuarkan idea ni nak ringankan beban ketua baru, ringankan jugak beban bendahari, tak payah pening-pening kutip duit kan? Jadi takkan tak puas ati kot, dulu dia kena buat keje banyak ketua sekarang keje sikit?


Lagi satu, aku nak tunjukkan jugak yang penolong ketua at least ada keje nak buat. Tak gitu? Kalau dalam kelab aku, sampai ada yang persoal, perlu ke orang kedua dalam organisasi ataupun naib presiden? Sebab yang buat keje ketua je. Jadi biarla nampak penolong pun ada keje sebenarnya. Bukan goyang kaki je.



Aku tau xde sape pun nak persoal penolong buat keje ke tak. Janji, nota korang dapat, kelas xde inform etc etc. Dan jugak sebab bukan korang jadi ketua. Haha. Btol kan? kan? Sila mengaku, aku xmarah pun. Haha.



Ikutla kepada korang. Bagi aku, nak nota usaha la. Set satu group 5 orang, sorang print untuk ahli lain fotostat, pastu share bayar. Kan lagi cepat daripada nak dapat satu-satu dari ketua. Silap-silap minggu depan kan? Pikir la sendiri. Huhu.


Saturday, January 2, 2010

0 I present... The World of Warcraft!!!

Ok aku rasa aku kena mula akui aku dah mula rindu teramat dengan game kat umah aku. Huhu. Ok sedikit sejarah game aku.

Aku mula main game online ataupun lebih dikenali dengan mmorpg (massively multiplayer online role playing games) masa aku tengah tersangat boring. Huhu. Jadi aku cari dalam internet. Masa tu aku ternampak, World of Warcraft 10 days free trial dan aku teringat, World of Warcraft ataupun WoW memang game yang famous dan best.

Jadi aku pun masuk dalam website dia, download. Bapak lama giler nak download game tu. Sebab isi dia besar giler. Bila dah masuk tu, memang best arr tengok. Aku mula maen sebagai warlock. Masa tu tak reti sangat. Aku teringat masa tu aku maen, game tu ada malam dan siang.


Aku berjalan dari Elwynn Forest (masa tu dah level 13, memang tempat sesuai untuk level up kena tukar sebab nak dapatkan lebih banyak experience point) sampai ke Westfall. Giler siot. Sesat dalam game. Haha. Mati kena bunuh dengan elemental sekor level 20. Celako!


Lepas tu 10 days free trial aku pun tamat. Takleh jadi aku cakap. Aku buat account baru. Haha. Nak dijadikan cerita, aku tak tau pun berapa banyak account yang aku ada kat server Caelestrasz tu. Haha.


Second character aku, aku buat Mage. Perghh yang ni mantap. Character pertama aku mencecah level 20 (maximum level untuk 10 days free trial tu). First time jugak aku masuk dalam Deadmines (instances dengan makhluk yang lebih kuat dan drop item yang kuat). Masa main Mage ni, aku teringat lagi Horde datang serang (aku alliance). Character diorang level bapak tinggi. Ada Hunter sekor level 64 datang serang Westfall masa tu dengan harimau dia je, bunuh abeh orang laen.


Masa tu jugak aku mula minat dengan Hunter sebab Hunter boleh ada pet untuk tolong dia lawan. Memang best. Antara pet untuk Hunter ada harimau, bear, babi (o.o ??), wolf etc etc. Banyak lagi campur dengan haiwan-haiwan exotic.


Lepas aku maen Mage, cukup sepuluh hari, aku buat lagi account baru. Zzzz teruk btol aku kan? Kali ni aku buat Priest. Wohoo. Yang ni pun sampai level 20. Pastu kebetulan, aku jalan-jalan kat Ashenvale Forest, aku jumpa group player lain yang baru nak masuk dalam (ermm apa eh nama instance kat situ, aku jarang masuk kat situ jadi aku lupa. Aku ingat nanti aku update). Aku mintak nak join. Untung arr jugak sebab diorang ada 1 tempat kosong lagi. Jadi diorang invite aku.

Group tu ada Warrior, dua orang Priest termasuk aku, Hunter dengan sapa eh lagi sorang. Tak ingat. Warrior tu tolong kitorang untuk dapatkan item dalam tu sebab dia level 68. Dalam tu first time kena tegur. Huhu. Sebab aku xreti lagi hukum-hakam dalam roll untuk dapatkan gear. Huhu. Aku maen roll je. Pastu diorang gtau arr, “Only roll need for items that you can use or main spec and roll greed for your off spec.” Aku kata ok. (teruk btol tapi tu mengajar aku camna nak maen game tu sebenarnya).


Dalam tu jugak, Priest lagi sorang tu cakap kat aku, “u know what, u r a decent healer (thumbs up)”. Wohoooo!!! First time main priest, kena puji la plak. Haha. Pastu yang Warrior level 68 tu pun setuju. Diam-diam dia hantar whisper kat aku. Dia puji pastu dia kata kalau aku perlukan guild, dia suruh aku whisper dia untuk join. Huhu. Tawaran siot!!!


Tapi mungkin malang untuk diorang (huhu perasan btol), aku dah xmaen kat Caelestrasz tu lagi. Sebab 10 hari free trial aku habeh lagi. Huhu macam beruk perangai. Pastu buat baru. Aku maen Hunter. Memang enjoy arr Hunter.


Dan aku cuba introduce game ni kat kawan sekolah aku. Dia cakap maen arr kat private server. Masa tu bodo-bodo lagi, aku tanya arr apa tu private server. Dia cakap server yang orang lain uruskan. Boleh main tapi xdela seseronok yang asal sebab tak ramai orang.


Sebab tak tahan sangat nak main, aku mula cari private server. Tengok-tengok, wah banyak rupanya! Aku je yang tak tahu. Dan pastinya, aku pilih satu je la. Aku pilih exodus server. Dan character pertama aku kat situ aku buat Hunter. Blood Elf. It’s so cool!


I made friends with a Singaporean kid (lolz he was just... 12 years old?) and I met a mommy, a grandfather... all play World of Warcraft lol.


Aku mula naik level sampai level 70 dengan harimau yang aku tame kat Eversong Wood. Giler lama bertahan harimau tu. Kuat arr gak sebab dah lama dengan aku. Dan besar. Pet dalam World of Warcraft akan membesar dari segi saiz bila dia naik level. Huhu. Pet ni aku bela dari level 12 sampai 70. Huhu.


Lepas tu aku mula buat Mage, Paladin dan Priest. Empat-empat character aku ni, semua level 70. Pastu lepas private server aku update pegi patch baru cuti lepas, aku sambung maen Hunter aku. Huhu.


Aku tukar jadi Beast Mastery Hunter. Jadi Beast Mastery Hunter, aku bley tame pet yang exotic berbanding pet biasa yang orang lain guna. Antara haiwan exotic yang ada; chimaera, devilsaur, core hounds, rhino, silithid, etc etc.


Sekarang Hunter aku level 73, tak sempat daa sebab ada masalah pc, jadi sempat maen 2 hari je sebelum balik. Huhu. Aku guna Devilsaur sekarang. Tak tau la ok ke tak, tapi ramai cakap mula dari level 76, Devilsaur boleh bunuh banyak giler mobs laen kejap sangat.

Aku sayang dengan Snowscar aku (huhu nama harimau aku, harimau salji dan rare ataupun asalnya Shy Rotam kat Winterspring) tapi sia-sia aku jadi Beast Mastery Hunter kalau tak guna haiwan exotic.


Sekarang aku alternate dengan satu lagi game yang aku pernah cerita dalam post sebelum ni, Shin Megami Tensei. Tapi masa kat rumah ari tu, seriusnya kau rindu giler dengan World of Warcraft.


World of Warcraft bagi aku, bukan sekadar game. Cerita di sebalik game tu yang buat aku minat giler dengan game ni. Tak percaya betapa best nya cerita World of Warcraft? Aku rasa kat library uni kita ada lagi kot novel tu. Pegi cek, agak tebal tapi aku dah khatam. Haha. Ada empat cerita dalam tu tapi dia mula dengan Days of the Dragon, pasal 4 dragon aspects, Alexstrasza, the Life Binder, Ysera, She of the Dreamer, Malygos, Magic (aku lupa penuhnya) dan Nozdormu, Time (ni pun aku lupa, tapi dia control time travel, dalam game ada instance Caverns of Time yang kita boleh kembali ke masa lampau, lawan dengan Black Dragonflight yang cuba ubah sejarah).


Pastu dalam Days of the Dragon jugak cerita pasal Rhonin, mage dari Dalaran. Korang boleh jumpa Rhonin dalam World of Warcraft : Wrath of the Lich King kat Dalaran. Memang best siot!!

K arr dah membebel panjang. Pening pulak kepala aku. Kalau sesape berminat nak maen game ni, aku ada patch dia. Cepat arr sebab aku dah download patch kat umah. Cuma masalahnya nak download game sebab kena guna internet yang laju.


Berhari jugak nak download game tu. Sehari jugak lebih jugak kot aku biar pc kat umah aku on nak download. Dan ini, merupakan expansion baru untuk World of Warcraft! Enjoy World of Warcraft : CATACLYSM!



Friday, January 1, 2010

0 Malaysia dan 2020

Dengan hadirnya tahun 2010 tepat jam 12 tengah malam tadi, maka dengan automatiknya hanya tinggal 10 tahun lagi sebelum Malaysia mencapai misi negara iaitu Wawasan 2020. Aku ingat lagi masa belajar sejarah, apa tu Wawasan 2020.

Wawasan 2020 kalau diikutkan dengan apa yang aku pernah belajar, Wawasan 2020 menyatakan Malaysia mahu mencapai status negara maju mengikut acuan sendiri. Bagi aku perkataan belakang, mengikut acuan sendiri, merupakan satu perkataan yang baik.

Pun begitu, jika dilihat keadaan Malaysia sekarang, bagi aku status untuk mencapai negara mengikut acuan sendiri tu takkan tercapai. Mengapa? Kalau korang tengok, mengikut acuan sendiri, adakah benar keadaan Malaysia sekarang cuba mencapai status negara maju dengan acuan kita?

Apa acuan kita? Apa penanda aras kita untuk mencapai status tersebut? Kita seperti tiada penanda yang menunjukkan kita benar-benar mengikut acuan kita sendiri.

Aku puji Iran kerana tidak betah tunduk dengan Amerika dan bagi aku, tu salah satu contoh yang menunjukkan Iran sebenarnya mahu mencapai kehebatan dari acuan mereka sendiri. Tapi kita?

Banyak persoalan yang perlu diunjurkan sebenarnya. Tapi mungkin kita harus mengkaji semula ciri-ciri Wawasan 2020 yang pernah ditetapkan. Apakah definisi negara maju?

Negara maju bermaksud negara yang rakyatnya mencapai kesejahteraan dan kualiti hidup yang tinggi. Negara maju diukur dengan indikator:

1. Pendapatan perkapita

2. Jumlah penduduk miskin

3. Taraf pengangguran

4. Angka kematian bayi dan ibu melahirkan

5. Jumlah penduduk yang berpendidikan/tahu membaca dan menulis

6. Taraf pendidikan

7. Pengeluaran

8. Kesihatan

Selain itu, masih terdapat banyak lagi penanda aras bagi mencapai negara maju. Ciri-ciri negara maju pula ialah:

1. Pertanian termasuk peternakan dan perikanan untuk industri, dijual, dieksport.

2. Aktiviti ekonomi menggunakan sarana dan prasarana modern.

3. Perkembangan ilmu pengetahuan dan teknologi yang berteraskan industri secara cepat.

4. Pendapatan rata-rata penduduk tinggi.

5. Pendidikan dan keterampilan penduduk cukup tinggi.

6. Sifat kemandirian masyarakatnya tinggi.

7. Tidak tergantung pada alam.

8. Tingkat pertumbuhan penduduk rendah

9. Angka harapan hidup tinggi.

10. Intensiti mobiliti tinggi.

Kita mungkin boleh mencapai negara maju bagi aku, tapi dengan acuan sendiri merupakan sesuatu yang tidak aku yakin. Bagi aku, negara maju perlu seimbang antara kemajuan negaranya, taraf hidup rakyatnya serta sahsiah dan peribadi masyarakatnya. Dengan rakyat yang terikut-ikut dengan kehidupan ala barat yang sebenarnya dicipta sendiri (ulasan akan dibuat kemudian), Malaysia akan mencapai negara maju yang pincang sahsiah rakyatnya.

(Sumber: http://www.crayonpedia.org/mw/BSE:Negara_Maju_dan_Negara_Berkembang_9.1_(BAB_1) )

0 Selamat Tahun Baru 2010!!!

Jadi tepat jam 12 tengah malam semalam, selangkah daripada beribu langkah dalam tahun 2009 telah meninggalkan kita. Kalau kita imbas kembali, bermacam-macam perkara dah berlaku dalam masa setahun lepas.

Tak perlu pergi jauh, mungkin cukup untuk kita lihat pada diri kita sendiri. Aku cuba mengubah kondisi diri aku berbanding 2009. Mungkin itu azam aku. Banyak dalam dunia ni yang perlu kita terokai dan banyak lagi makna kehidupan yang belum kita temui.

Apakah bagi sesetengah individu kehidupan sekadar satu keseronokan? Mengetahui bahawa manusia cuma punya satu nyawa untuk hidup, adakah keseronokan cuba dikecapi oleh sesetengah golongan? Itu hak individu dan aku pasti aku takde hak untuk mempersoalkan, “eh ko ingat hidup ko dah cukup bagus? Berseronok sana, berseronok sini, hedonisme sana, hedonisme sini.” Tak, aku tak punya hak untuk mempersoalkan bagaimana seseorang itu mahu menjalani hidup yang cuma punya sekali sahaja perjalanannya.

Tapi aku pasti dengan satu perkara, iaitu aku punya hak untuk membuat manusia berfikir sejenak dengan perjalanan hidup mereka. Itu hak aku. Kalau selepas fikir, mereka memilih jalan mereka, itu bukan lagi milik aku untuk mencurahkan pemikiran aku.

Bagi aku benar, hidup cuma sekali tapi frasa mahu “enjoy” hidup tidak wujud dalam kamus hidup aku. Perkataan “enjoy” itu sendiri tidak ada pada diri aku. Ok, pada tahap ni, kalau ada orang yang nak anggap aku ni seorang yang membosankan, dipersilakan. Sekali lagi, tu hak korang. Tapi daripada hidup untuk “enjoy”, baik mati, betul tak?

Satu soalan, korang nak “enjoy” mesti nak lari dari masalah kan? Mesti sebab korang bosan kan? Kalau korang mati, mesti takde masalah kan? Mesti tak bosan kan?

Sebab tu aku kata, hidup ni punya banyak makna yang tidak kita temui lagi kerana kita manusia bersikap tidak endah. Melihat hanya perkara di depan mata tanpa mahu berfikir dengan lebih jauh. Bagi insan yang beragama Islam dan bagi aku sendiri, kita punya cara sendiri untuk mengecapi kehidupan dan kita punya cara kita sendiri untuk menyambut sesuatu perayaan. Kita sambut tahun baru, tapi dengan cara kita. Mungkin kita lupa, dalam ghairah kita menyambut tahun baru, pandangan Tuhan tidak pernah beralih daripada kita.

Hindarkan maksiat. Dan sebagai peringatan kepada aku dan korang sekalian, korang kena ingat macam mana keadaannya Acheh. Acheh dahulunya merupakan tempat pertama Islam bertapak di kepulauan Nusantara. Tempat kukuhnya kerajaan Islami suatu ketika dahulu. Tapi disebabkan banyak perkara telah berlaku, Allah tunjukkan kekuasaan akibat perbuatan orang-orangnya dengan menimpakan tsunami. Apakah kita mahu menunjukkan kekufuran dengan cara yang sama? Dengan kalimah astaghfirullah dan na’uzubillah.

 

:: Bila Angin Berbicara :: Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates