Tuesday, March 30, 2010

0 Macam Menarik...

Alhamdulillah, selepas macam-macam yang berlaku, akhirnya aku berada di rumah. Dan tujuan utama aku pulang adalah untuk menenangkan fikiran aku yang kian serabut.


Dan kepulangan aku membawa satu benda baru. Dalam keghairahan ramai muda-mudi dengan hiburan dan keseronokan dunia yang tak berkekalan (this explains why I dun like entertainment that much), astro mengambil langkah yang baik dengan memperkenalkan rancangan realiti tv yang terbaru iaitu Imam Muda.


Aku terpegun seketika melihat tajuk rancangannya. Rancangan yang memfokuskan untuk mencari pelapis baru imam ini merupakan satu langkah yang baik untuk menarik minat muda-mudi untuk mendekatkan diri ke rumah Allah.


Jika kita lihatpun sebenarnya, imam-imam yang berada di masjid kini semuanya sudah mencecah usia emas yang sepatutnya sudah bersara, mengingatkan aku kepada imam di masjid berdekatan matriks aku dulu. Dengar bacaan khutbahnya, menimbulkan rasa kasihan lebih daripada mewujudkan keinsafan. Masa tu jugak terfikir, takde ke orang nak ganti dia?


Jadi aku lihat program ni merupakan satu program yang baik. Lagi aku terkejut sebenarnya, balik rumah je, mak aku cakap, "Ada program baru tu kat tv, dia cari imam, pi la masuk." Aku ingat program apa. Baru tengok iklan semalam.


WAllahualam. Ada lampu hijau daripada mak aku. Dengar cakap yang menang dapat rm150,000 rasanya. Tapi jangan lihat pada harta dan jangan cari populariti. Duit itu digunakan untuk membiayai pengajian imam yang menang untuk menuntut lebih lagi ilmu agama. Mungkin di mesir. Dan sesiapa yang ingin masuk, pesan aku, ikhlaskan diri kerana Allah dulu.

Monday, March 22, 2010

0 Aku Masih Berfikir... Hubungan dan Hormat.

Ni post ketiga straight untuk hari ni dan aku blom study untuk kuiz esok. Tapi aku tahu menyedarkan orang dengan cara kita, itu dakwah aku. Dan aku takkan dapat tenang belajar sebelum aku selesaikan perkara ni. Biarlah ketiga-tiga post hari ni berkait sekalipun, biarlah isinya sama sekalipun, tapi aku nak orang faham betapa pentingnya menda-menda yang aku cuba sampaikan.


Aku mulakan dengan pandangan sebagai seorang Islam. Kita sebagai manusia kena menjaga dua perkara penting iaitu hablum minallah dan hablum minannas. Apa tu? Hubungan dengan Allah dan hubungan sesama insan.


Konsep dia mudah, hubungan dengan Allah perfect, tapi hubungan dengan manusia hampeh, hampeh. Hubungan dengan manusia perfect, hubungan dengan Allah hampeh, lebih hampeh.


Boleh faham rasanya. Sangat mudah dan jelas. Hubungan dengan Allah takkan sempurna tanpa hubungan sesama manusia yang lain. Ustazah aku pernah cakap, peringkat tertinggi kehidupan manusia ialah apabila dia mula memahami orang lain. Apabila sudah berupaya memahami orang lain, fahami diri sendiri. Siapa kita? Untuk apa kita? Mengapa? Bagaimana? dan sebagainya. Dan paling muktamad, fahami Khaliqnya. Pencipta.


Ayatnya mudah, kita boleh kata, kita sudah memahami orang lain, tapi hakikatnya kita tidak pernah memahami orang lain. Siapa berani cakap dia sudah mengenali aku? Kenal nama aku, tahu sedikit kisah hidup aku, tengok aku, buat pemerhatian selama beberapa tahun dan sudah cakap mengenali aku? Even kawan yang selalu bersama aku buat buletin bahasa dulu, yang banyak luang masa bersama aku, boleh kata hampir setiap masa masih belum cukup mengenali aku. Buktinya, diorang tersalah langkah semasa cuti semester lepas.


Aku tutup bahagian perhubungan tu. Aku nak bawak ke bahagian menghormati. Jangan bosan membaca, sebab aku masih belum habis berbicara.


Ustaz aku pernah kata, hormat orang lain untuk mendapat penghormatan. Ini sebenarnya telah terbukti melalui sejarah tetapi aku rasa sejarah hanya kekal sejarah. Orang kita kini sebenarnya hanya mahukan penghormatan dan tidak membalas dengan benda yang sama.


Aku dapat rasakan sendiri, maaf aku katakan. Aku tonjolkan cukup penghormatan, tidak kira kepada sesiapa, tapi aku masih dapat rasakan bahawa aku tidak menerima penghormatan yang selayaknya aku terima sebagai balasan penghormatan yang aku berikan.


Untuk apa aku beri jika nilai hormat aku dinodai dengan tidak menunjukkan penghormatan bagi aku? Maaf aku cakap, aku perlu lebih serius. Aku tak kisah aku tak dihormati, tapi hormati agama aku. Kerana mulia aku kerana Islam dan hina aku kerana tiada penghormatan terhadapnya. Nak caci aku, silakan, nak hina aku silakan, tapi bukan agama aku. Aku cukup panas hati bila isu agama dinaikkan. Tolong hormati agama aku sebagaimana aku menghormati agama lain. Kenapa aku timbulkan isu ni? Muhasabah diri dan fikir balik. Aku tidak memberi jawapan kepada mana-mana persoalan tetapi aku mahu orang lain menjana pemikiran untuk berfikir sendiri di mana silapnya.


Semoga Allah sentiasa bersama aku. Dan aku tutup post ni sekali lagi dengan sebuah lirik lagu.

Ku Serah Cinta

Ku serah segala ketentuan
Biarlah masa yang berbicara
Dipangku wajah yang layu
Dan aku telah jemu

Aku tidak mahu berpaling
Pada yang mengganggu dan menggugat
Sapanya meletihkan diri
Hadirnya mengundang penat

Akan ku serah cinta ini
Bukan lagi pada manusia
Kerana cinta martabat itu
Bersalut segunung kepalsuan
Dan kepuraan

Aku semakin tidak peduli
Apa yang mungkin akan terjadi
Kerana gerak dan tindakanku
Mahu bebas dari masalah

Ku serahkan cinta ini
Hanya padaMu, oh Tuhan

Akan ku serah cinta ini
Bukan lagi pada manusia
Kerana cinta martabat itu
Bersalut segunung kepalsuan
Dan kepuraan

Aku adalah aku sekarang
Biar terbuang tetap berjuang
Akan ku serahkan jiwa ini
Sepenuh hati dengan keikhlasan
Aku adalah aku yang sekarang
Ku serahkan cinta ini


P.S : Muhasabah diri selalu untuk melihat diri sendiri

0 Kawan vs Lawan vs Kawan

Bila kita sebut hidup tak selalunya indah, memang itu kalimah yang sebenarnya mengungkapkan erti kehidupan tu. Terumbang-ambing bagai ombak, tapi kerana ombak itulah yang dapat memaniskan erti kehidupan.


Tapi kadang-kadang ombak yang datang tu kita tak terasa paluan dia sekuat mana walaupun kita anggap ianya sebagai satu fenomena biasa. Kadang-kadang kita tenggelam dalam hempasan ombak yang kita anggap kecil.


Kadang-kadang kita bertutur mudah, lidah kita lepas menyulam kata mudah, mulut kita lebih lancar mengungkapkan marah daripada kata alhamdulillah (syukur). Kenapa alhamdulillah? Apabila orang menegur kita, bererti orang kisah kepada kita. Bererti orang mengambil berat kepada kita.


Malang sekali bila orang menegur kita anggap itu satu tohmahan yang mengeji kita. Lalu kita ungkap lebih banyak tohmahan daripada kita berterima kasih. Aku malas cakap banyak pasal menda macam ni. Tapi aku percaya satu benda. Setiap yang kita buat ada balasan dia suatu hari nanti. Pilihan kita untuk tengok menda tu macam mana.


Ada yang cuba dapat simpati lalu cuba mencari pengaruh supaya dibantu. Aku tak nak tuduh sesapa. Siapa makan cili, dia yang terasa pedasnya. Aku jugak tak nak letakkan firman dan hadis kat sini sebab aku nak menda ni jadi general. Biar kalau yang makan cili tu, pedasnya untuk semua, bukan individu tertentu saja.


Jujurnya, aku tak tahu penghujung bagi penulisan ni. Tapi aku cuma nak meletakkan lirik sebuah lagu untuk dihayati :


Dunia Yang Sepi

Alangkah susah mendapat kawan
Bukan kenalan di zaman ini
Berpunca dari hati yang rosak
Kerana dunia memautnya

Alangkah susah mencari kawan
Kebaikan kita disoroknya
Bahkan didengkinya pula
Kejahatan dicanang merata

Salah yang sikit dibesarkan
Yang besar apatah lagi
Alangkah sepi dunia ini
Walaupun hidup di tengah ramai

Kerana kawan tiada lagi
Yang ada hanyalah di jalanan
Kerana kawan tiada lagi
Yang ada hanyalah di jalanan


Setiap kali aku dengar lagu ni, sebenarnya aku rasa nak menangis. Bila fikir sebenarnya memang ramai orang seperti yang digambarkan dalam lirik ni sebenarnya. Kita tak tahu mana silap kita, tapi kita dibenci. Tidak cukup dengan kebencian yang dia cipta terhadap kita, macam ayat dalam lirik tu, "kejahatan dicanang merata".


Macam orang kata, baik mana pun kita buat, banyak mana pun kebaikan pernah kita buat, asal usulnya kebaikan itu, semua lupus. Bak kata orang, panas setahun dihapuskan oleh hujan sehari. Dan sebab benci dengan kita, dan ada yang tak puas hati, nama kita diburukkan.


Astaghfirullah. Fikir balik. Kita dok mencanang, cerita buruk pasal orang, sebenarnya kita tengah menceritakan aib dia. Kalau rasa dengan menceritakan keburukan dia tu tak boleh membantu apa-apa pada orang tu, baik simpan je. Sebab dah jatuh dekat situ beberapa dosa. 1. Mengumpat. 2. Menceritakan keburukan orang lain. 3. Membuka aib dia, terutama kepada yang bukan mahram. 4. Menjejaskan silaturrahmi orang tersebut dengan sesiapa yang pernah dia menjalinkan tali silaturrahmi tu.


4 dosa. Dan 4 dosa yang bukan calang-calang. Korang fikir la setiap tindakan sebelum buat. Paling berat sebenarnya nombor 3 dan 4. Bukak aib orang, nescaya akan dibukakan aibnya di padang masyhar. Menjejaskan tali silaturrahmi. Aku belajar masa kat Kafa, siapa yang menyebabkan berlakunya penjejasan tali silaturrahmi, dia akan memakan daging busuk di akhirat kelak. Sedap la kan bukak aib orang, tapi balasannya... wallahualam.


Sekali lagi, tak nak menuding sesiapa. Sekali lagi, cili tu pedas. Sekali lagi jalan taubat masih ada. Aku bukan jenis yang bias. Dan aku tak minat dengan orang yang bias. Tapi aku tak dapat terima bila berlakunya menda macam ni sebab pahit dia, aku turut merasa. Sebab aku faham keadaan macam ni.


So please, kalau korang rasa korang pernah buat macam ni, tolong mintak maaf dan perbetulkan keadaan. Sebab urusan kita dengan Tuhan, tu perkara lain. Urusan dengan manusia, lagi lain perkaranya. Cukuplah dengan mengambil iktibar kisah seorang yang mengecilkan hati ibunya padahal dia orang yang taat pada agama. Hanya kerana dia sedang solat dan tidak mendengar ibunya memanggil, lalu tidak memberi petanda dia sedang solat, ibunya berkecil hati. Tiba saat ajal, rohnya tidak dapat lepas daripada jasad sehinggalah ibunya memaafkan dia. Fikir balik, mungkin impak dia takkan sebesar itu, tetapi bila berkaitan sesama insan, Allah hanya akan ampunkan bila orang tu maafkan kita. Reda seorang insan, walaupun seketika kita mengenalinya adalah penentu jalan ke syurga.


Penentu jalan ke syurga mengapa? Fikir balik jika kita ada tersilap dengan sesiapa sebab sekecil-kecil biji sawi, semuanya diambil kira. Jika urusan kita dengan manusia tak selesai, barangkali sulit jalan kita untuk ke syurga. Sesulit mana, wallahualam. Sedikit urusan, kata seorang rakan wanita di matriks, jika ada urusan dengan manusia yang tak selesai, tersekat jalan ke syurga. Mungkin pahala yang kita kumpul, hanya untuk bayar urusan dengannya. Bayarannya, kepada yang mula-mula mengadu domba.

0 Penilaian Nilai

Ah topik yang aku nak sebut macam semakin membosankan sebab aku rasa hidup aku pun semakin membosankan dan memenatkan. Bayangkan, terlalu banyak yang berada dalam fikiran aku sekarang. Terlalu banyak yang ada dalam fikiran aku sampai aku nak senaraikan apa yang perlu aku buat.

1. Kuiz Analisis Alam Sekitar
2. Oral Test Mandarin
3. Presentation pasal Geothermal Energy
4. Jurnal Water Quality
5. Report Mikrobiologi
6. Karnival Sukan Fasa
7. Drama Mandarin
8. Exam yang tak lama lagi, kena study suma

Aku rasa ni mungkin tak sampai separuh daripada apa yang ada dalam otak aku. Kadang-kadang ada saja yang berlegar, meminta untuk difikirkan.

Sahabat aku pernah mengingatkan aku yang dalam dunia ni sebenarnya banyak lagi benda untuk difikirkan daripada menda yang remeh temeh. Terima kasih sahabat, tu je yang boleh aku cakap. Betul apa kata dia, tapi entahlah, menda yang remeh temeh ni sebenarnya aku rasa lagi banyak aku ambik kisah.

Mungkin aku kena tukar balik corak pemikiran aku pasal benda ni. Dan ya, aku harus akui, terlalu banyak dalam fikiran aku sebenarnya lebih kepada permasalahan lain.

Thursday, March 18, 2010

0 Dialog Diskusi Forum Bla Bla

So tadi baru je habis dialog bersama fakulti, ada dekan dan ramai lagi arr pensyarah fakulti. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Tahniah aku ucapkan kepada mpp yang terlibat dan bertanggungjawab melaksanakan tugas yang diamanahkan kepada mereka (tak macam yang laen2, cakap mulut berapi, tapi habuk pun tak nampak lagi).


Jadi apa yang dapat aku cakapkan ni, cuma ni merupakan satu program yang bagus untuk mengusaikan segala perkara yang tersimpul dalam kepala otak bebudak fakulti aku. Segala isu yang dibincangkan memang panas, sebab kalau tengok pun, memang ramai tak puas hati. Bincang macam2.


Pasal subjek dan bla bla. Dan wakil kelas kitorang bersuara membentangkan apa yang kitorang pernah bincang sebelum ni. Cuma aku masih tak puas hati sebab jawapan dekan kitorang tu macam tak faham apa yang kitorang cuba sampaikan. Memang agak tension dengan penerangan panjang lebar orang yang tak faham kita cakap neh.


Setakat smua, aku puas hati dengan program kecuali dengan moderator untuk sesi ni. Urghh. Tension amat aku. Kata dialog bersama pelajar, dia pulak yang lebih lebih ambik masa untuk orang lain tanya. Eh baik tak payah buat dialog kalau ko je yang asyik nak tanya. Kes dia sekarang, aku tau, soklan yang dia tanya tu memang diorang dah rancang cuma kalau nak dengar betul2 dari suara hati pelajar, biar pelajar cakap. Moderator setakat, "baik, kita ambil soalan seterusnya" dan "Baiklah, saya serahkan kepada ... untuk menjawab soalan". Baru la matlamat tu tercapai. Sebab melalui apa yang berlaku tadi, masa terpaksa ditambah sebab ada lagi yang nak tanya. Pokok pangkalnya, kalau yang sama batch dgn aku, korang mesti ingat masa awal2 kita masuk, TNC dengan para pensyarah daripada semua fakulti duduk atas pentas dan terima soalan kita. Konsep mudah, TNC jadi moderator dan jawab soalan. Dengar soalan, dia jawab ataupun serah kat wakil fakulti. Fungsi moderator tu macam tak perlu sebenarnya. Sekadar terima soalan dan menjawab macam yang dulu. Moderator takat menyemak dan ambik masa adalah.


Dan lebih aku tak puas hati tetiba dia sebut isu pelajar lesu pastu ada dikaitkan dengan ada subjek yang tak patut untuk dipelajari dan dia cakap dia dengar daripada kelas aku. WTF man! Masa tu aku tanya diri aku balik, "Are we not there to ask about it ourself?" Pastu aku pikir lagi, "We don't need you to explain about our prob. It's like, c'mon man,do you think you know what we faced better than we do?"


Give the space for us to talk, so we will start talking. Unfortunately, the moderator doesn't seems to do that, instead, he starts talking about things like that. Maybe he should just say, "I heard there's a problem regarding subjects from natural resources program. Why not let's here it from natural resources program representative?". Oh dear, that would be much much better.


Honestly, that moderator made that session lame. We kinda, dun wanna hear about what you think and what you wanna say because, you are just kinda like a programmed moderator, ur question is not spontaneous to appeals us. So why not just let the rest talk and you just channel the question to the faculty representative.


Malas nak cakap banyak. So apa2pun, program ni satu program yang baik dan perlu diteruskan, cuma tak perlu pun moderator. Kalau dulu, moderator kita, miss (aku lupa nama XD) sedap suara dia, macam pengacara tv3. Memang mantap yang tu. Lebih baik.


And that ends the night....

Wednesday, March 17, 2010

0 Managing Self

Ok, so the title explains everything. Ok la plan aku sebenarnya nak tulis pasal ketika cinta bertasbih lagi. Tapi rasanya cukup2 la. Korang tengokla sendiri nak tau best ke tak kan.


Tapi rasa ada keperluan untuk aku tulis pasal managing self ni terutamanya ramai sangat yang stres sekarang neh.


aku paham keadaan stres orang sekarang ni. Ada yang tak dapat control diri dan buat benda yang bukan-bukan. bagi aku, banyak sangat cara nak manage diri cuma kita cuba mencari jalan mudah. atau dalam erti kata lain, kita sebenarnya memang tak pernah reti nak manage diri kita (tak kisahlah sepower mana pun kita dari segi kuasa, tak kisahlah sehebat mana pun korang dalam akademik ataupun sosial).


First, ada problem, ataupun tengah stres, jangan jerumuskan orang lain dalam lembah kecelakaan korang. point kat sini : KORANG TAKDE HAK NAK JERUMUSKAN ORANG LAIN DALAM MASALAH KORANG. Tapi berkongsi untuk meringankan masalah adalah sesuatu yang terbaik untuk dilakukan. Berkongsi lebih baik daripada menjerumuskan orang lain ke dalam kecelakaan korang, pastu korang mintak maaf sebab menyusahkan dia. Eh, berlakon pandai eh? Cuba korang berikan sedikit kepercayaan kepada kawan korang dan ceritakan masalah korang. Kawan yang baik adalah pendengar yang baik.


Kedua, cari ketenangan. Caranya, jugak bukan dengan membawa kecelakaan kat orang lain. Silap ari bulan dia sakit ati, makin bertambah masalah korang. Masalah ni sbnarnya tercipta daripada diri kita sendiri. Benda yang sangat, sangat remeh, kita jadikan complicated, pastu mula nak salahkan kiri, salahkan kanan. Pastu saja nak bawak orang laen selami masalah kita. Kalau aku, eh matilah ko. Pikir la slow2. Setiap menda ada je cara penyelesaian.


Kadang2 kita rasa otak kita tak pernah berhenti fikir sebab kita sebenarnya tak pernah ambik masa untuk merehatkan diri kita. Merehatkan diri kita daripada semua perkara. No music, no sound, cuma pejam mata. dan rilekskan minda. Aku tau ramai kata muzik menenangkan, dengar lagu boleh lupa kejap semua masalah. Tapi kalau korang duduk dalam keadaan diam, sebenarnya efek rileks tu lebih hebat dan berkesan. Sebab tu kalau perasan, aku jarang dengar lagu dalam bilik. Sebab aku lebih prefer rileks dalam bilik. Dan aku lebih suka kalau roommate aku yang suka sgt bukak lagu dengar lagu menggunakan earphone. SEbAb, taste berbeza weh. Don't expect people to have fondness on something you like. Kadang2 boleh naik meluat daripada makin suka. Meluat, = tension. Tension = aku naik angin, tak pasal2 gaduh.


Dan paling penting above all, RESPECT. That's the most important thing in life whatever or whoever you are. Without respect, u go die la, u dun deserve to live in this world, tard. Respect what others like, what others dun like, what others love, what others hate, what others think, what others believe, etc etc. Korang boleh pikir la.


Sebab tu dalam Islam sangat menitik beratkan respect ni. Sebab dalam satu hadis ada cakap, Rasulullah S.A.W. pernah cakap yang sorang ni bukan ahli syurga. Apabila sahabat tanya sebab apa, baginda S.A.W. jawab, sebab tetangga dia (orang yang hidup di sekeliling dia) tak suka dengan dia. Perghh! Nampak? Bagi yang Islam, penting giler respect orang yang berada di sekeliling kita. Bukan salah besar pun kalau kita pikir, tapi menda tu menjerumuskan kita ke neraka. Malam2 kat rumah buat karaoke sampai pukul 3 pagi, tetangga kita tak leh tido, mula start benci, pergh amek ko, takat karaoke, bunyi je tu, tetangga sakit hati, "say goodbye to heaven n say hi to hell".

Sunday, March 7, 2010

0 Ketika Cinta Bertasbih

Ok ok ok aku faham, korang pun tau tengok tajuk je semua terbayang cerita tu. Ok ok aku mengaku aku baru tengok cerita tu petang semalam. Jujur cakap memang menarik. Pendekatan islamik yang dibawa memang sesuatu yang harus dipuji. Cerita tidak berat tetapi mesej padat. Mungkin dalam banyak-banyak novel indonesia, novel ini memenangi hati aku lebih daripada ayat-ayat cinta.

Mungkin aku pernah kata, novel-novel indonesia sekarang terlalu banyak kata cintaNya dan terlalu banyak pula lulusan al-azhar dari sana menjadi penulis yang ghairah bertutur kalimah-kalimah cinta pada penulisannya. Aku tak tahu, aku belum habis membaca lagi trilogi makrifat cinta karya taufiqurrahman al-azizy tapi pendekatan yang cuba dibawa juga menarik. Melainkan aku kurang berminat dengan keinsafan yang terlalu cepat dalam buku tersebut. Tapi aku puji penulis sebab sekurang-kurangnya dia jujur dalam menulis. Mungkin dia mengurangkan penulisan mengenai betapa kotor jiwa Iqbal dalam novel tersebut kerana penulis sendiri tidak pernah membuat sebarang selidik mengenai perkara tersebut. Itu ketelusan dan ketulusan penulis menunjukkan bahawa penulis seorang yang jujur dalam penulisan dan bukan sekadar suka-suka macam ramai penulis lain. Atau penulis mungkin mahu sebenarnya menekankan idea lain dan bukannya sekadar keinsafan seorang insan.

Berbalik kepada Ketika Cinta Bertasbih. Ok, sebenarnya, aku baru tergerak nak tengok cerita dia semalam. Walaupun sebenarnya rasa malas giler nak pegi tengok tu ada. Kebetulan diorang buat tayangan sempena program yang bertemakan Keabadian Cinta. Aku pun tengok la. Menarik sebenarnya. Menunjukkan bagaimana cara bercinta dengan cara Islam. Aku perasan mungkin ada yang anggap, "arghh poyo arr dia ni, tengok tudung sekerat mana" tak kurang yang fikir, "bajet arr". Tapi ni hakikat penilaian memilih teman hidup.

Apabila ibu kepada azzam menyebut, "ibu mahu teman yang terbaik buatmu" sudah menunjukkan membuat pilihan terbaik itu adalah penting terutama dalam memilih teman hidup. Kalau sekadar mahu bercinta biasa, benar jika dilihat, boleh sahaja azzam berpacaran mencari teman. Tapi penekanan keras dan peringatan disebut dalam filem tersebut, "Kamu tahu kitab Allah, kamu kenal sunnah Rasulullah" membuatkan kita terduduk semula berfikir sebelum kita membuat sesuatu keputusan.

Melalui kata-kata yang diucapkan oleh anna dan kiyai lutfi, aku teringat pada satu firman Allah S.W.T. : “Katakanlah kepada lelaki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangan mereka dan memelihara kemaluan mereka; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat. Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangan mereka, dan memelihara kemaluan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada mereka...” (Surah an-Nur, ayat 30 & 31).

Itu menunjukkan cinta cara Islam. Juga menunjukkan batas-batas dan adat pergaulan cara Islam. Seharusny kita menjaga batas-batas ini seiring dengan firman Allah S.W.T. : “Sesungguhnya jawapan orang mukmin, apabila mereka dipanggil kepada Allah dan rasul-Nya agar rasul menghukum (mengadili) antara mereka ialah ucapan: “Kami mendengar dan kami patuh. Dan mereka itulah orang yang beruntung.” (Surah an-Nur, ayat 51).

Banyak pulak bebelan, dah jadi ceramah agama pulak tu. Huhu. Okey la cukup dulu, nanti sambung.

Friday, March 5, 2010

0 Post Tanpa Nama

Post aku kali ni aku tak tau nak bagi nama apa. Tapi aku merasakan betapa kurang enjoynya menulis blog dengan adanya penulisan yang tidak menyedapkan mata aku melihat.

Kelihatan seperti membuka pekung di dada, tapi hakikat tak boleh kita selindung. Dan aku pun xmo simpan post tu lama2.

Aku nak bukak lembaran post baru bersempena dengan kematangan pemikiran kita. Dan sesiapa yang berkesempatan baca post yang aku tulis ari tu, tahniah sebab korang baca post yang julung-julung dan hebat.

Aku nak kurangkan emosi dan kontroversi dalam ni kalau boleh, dan biar layan je baca blog aku, bukan sakit kepala.

Okey guys, now let's change!
 

:: Bila Angin Berbicara :: Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates