Monday, March 22, 2010

0 Kawan vs Lawan vs Kawan

Bila kita sebut hidup tak selalunya indah, memang itu kalimah yang sebenarnya mengungkapkan erti kehidupan tu. Terumbang-ambing bagai ombak, tapi kerana ombak itulah yang dapat memaniskan erti kehidupan.


Tapi kadang-kadang ombak yang datang tu kita tak terasa paluan dia sekuat mana walaupun kita anggap ianya sebagai satu fenomena biasa. Kadang-kadang kita tenggelam dalam hempasan ombak yang kita anggap kecil.


Kadang-kadang kita bertutur mudah, lidah kita lepas menyulam kata mudah, mulut kita lebih lancar mengungkapkan marah daripada kata alhamdulillah (syukur). Kenapa alhamdulillah? Apabila orang menegur kita, bererti orang kisah kepada kita. Bererti orang mengambil berat kepada kita.


Malang sekali bila orang menegur kita anggap itu satu tohmahan yang mengeji kita. Lalu kita ungkap lebih banyak tohmahan daripada kita berterima kasih. Aku malas cakap banyak pasal menda macam ni. Tapi aku percaya satu benda. Setiap yang kita buat ada balasan dia suatu hari nanti. Pilihan kita untuk tengok menda tu macam mana.


Ada yang cuba dapat simpati lalu cuba mencari pengaruh supaya dibantu. Aku tak nak tuduh sesapa. Siapa makan cili, dia yang terasa pedasnya. Aku jugak tak nak letakkan firman dan hadis kat sini sebab aku nak menda ni jadi general. Biar kalau yang makan cili tu, pedasnya untuk semua, bukan individu tertentu saja.


Jujurnya, aku tak tahu penghujung bagi penulisan ni. Tapi aku cuma nak meletakkan lirik sebuah lagu untuk dihayati :


Dunia Yang Sepi

Alangkah susah mendapat kawan
Bukan kenalan di zaman ini
Berpunca dari hati yang rosak
Kerana dunia memautnya

Alangkah susah mencari kawan
Kebaikan kita disoroknya
Bahkan didengkinya pula
Kejahatan dicanang merata

Salah yang sikit dibesarkan
Yang besar apatah lagi
Alangkah sepi dunia ini
Walaupun hidup di tengah ramai

Kerana kawan tiada lagi
Yang ada hanyalah di jalanan
Kerana kawan tiada lagi
Yang ada hanyalah di jalanan


Setiap kali aku dengar lagu ni, sebenarnya aku rasa nak menangis. Bila fikir sebenarnya memang ramai orang seperti yang digambarkan dalam lirik ni sebenarnya. Kita tak tahu mana silap kita, tapi kita dibenci. Tidak cukup dengan kebencian yang dia cipta terhadap kita, macam ayat dalam lirik tu, "kejahatan dicanang merata".


Macam orang kata, baik mana pun kita buat, banyak mana pun kebaikan pernah kita buat, asal usulnya kebaikan itu, semua lupus. Bak kata orang, panas setahun dihapuskan oleh hujan sehari. Dan sebab benci dengan kita, dan ada yang tak puas hati, nama kita diburukkan.


Astaghfirullah. Fikir balik. Kita dok mencanang, cerita buruk pasal orang, sebenarnya kita tengah menceritakan aib dia. Kalau rasa dengan menceritakan keburukan dia tu tak boleh membantu apa-apa pada orang tu, baik simpan je. Sebab dah jatuh dekat situ beberapa dosa. 1. Mengumpat. 2. Menceritakan keburukan orang lain. 3. Membuka aib dia, terutama kepada yang bukan mahram. 4. Menjejaskan silaturrahmi orang tersebut dengan sesiapa yang pernah dia menjalinkan tali silaturrahmi tu.


4 dosa. Dan 4 dosa yang bukan calang-calang. Korang fikir la setiap tindakan sebelum buat. Paling berat sebenarnya nombor 3 dan 4. Bukak aib orang, nescaya akan dibukakan aibnya di padang masyhar. Menjejaskan tali silaturrahmi. Aku belajar masa kat Kafa, siapa yang menyebabkan berlakunya penjejasan tali silaturrahmi, dia akan memakan daging busuk di akhirat kelak. Sedap la kan bukak aib orang, tapi balasannya... wallahualam.


Sekali lagi, tak nak menuding sesiapa. Sekali lagi, cili tu pedas. Sekali lagi jalan taubat masih ada. Aku bukan jenis yang bias. Dan aku tak minat dengan orang yang bias. Tapi aku tak dapat terima bila berlakunya menda macam ni sebab pahit dia, aku turut merasa. Sebab aku faham keadaan macam ni.


So please, kalau korang rasa korang pernah buat macam ni, tolong mintak maaf dan perbetulkan keadaan. Sebab urusan kita dengan Tuhan, tu perkara lain. Urusan dengan manusia, lagi lain perkaranya. Cukuplah dengan mengambil iktibar kisah seorang yang mengecilkan hati ibunya padahal dia orang yang taat pada agama. Hanya kerana dia sedang solat dan tidak mendengar ibunya memanggil, lalu tidak memberi petanda dia sedang solat, ibunya berkecil hati. Tiba saat ajal, rohnya tidak dapat lepas daripada jasad sehinggalah ibunya memaafkan dia. Fikir balik, mungkin impak dia takkan sebesar itu, tetapi bila berkaitan sesama insan, Allah hanya akan ampunkan bila orang tu maafkan kita. Reda seorang insan, walaupun seketika kita mengenalinya adalah penentu jalan ke syurga.


Penentu jalan ke syurga mengapa? Fikir balik jika kita ada tersilap dengan sesiapa sebab sekecil-kecil biji sawi, semuanya diambil kira. Jika urusan kita dengan manusia tak selesai, barangkali sulit jalan kita untuk ke syurga. Sesulit mana, wallahualam. Sedikit urusan, kata seorang rakan wanita di matriks, jika ada urusan dengan manusia yang tak selesai, tersekat jalan ke syurga. Mungkin pahala yang kita kumpul, hanya untuk bayar urusan dengannya. Bayarannya, kepada yang mula-mula mengadu domba.

0 comments:

Post a Comment

 

:: Bila Angin Berbicara :: Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates