Wednesday, January 11, 2012

0 December in January

Perghh sapa2 yang baca blog aku mesti tension kan, bila update je pasal December tak abeh2. Member ak sorang pun da tak larat layan aku dgn karenah december nye. haha.


Ok, just a small update. :3 Tadi aku bukak youtube cari lagu First Kiss by 4Men. Dan lagi satu window aku bukak lagu December Tears in Heaven. Dua2 video ni dari konsert. Ok, aku bukannya bias sangat bila aku minat satu2 kumpulan.


Jujur aku cakap, kalau lagu tu sedap walaupun aku tak suka kumpulan tu, lagu tu tetap sedap. Ak xminat sangat yonghwa dgn cn blue. tapi aku mengaku lagu I'm a Loner dgn lagu Because I Miss You tu sangat sedap. Bahkan, ak penah guna lagu I'm a Loner buat mesej tone aku.


Bukan nak cakap, memang 4Men dah lama dalam industri nyanyian neh. Dan tak dinafikan sangat sedap nyanyian2 diorang. Vokal diorang pun power. Memang salah satu kumpulan balada yang hebat. Kita pun tahu sbnarnya, kekuatan vokal tu je yang dipertaruhkan untuk penyanyi lagu balada.


Jadi aku compare konsert 4Men tu dengan konsert December ni. Peminat 4Men, mintak maaf byk2. Vokal December compared to 4Men, 4Men is just still out of league though they got experience. Yang paling power kawalan vokal dalam 4Men cuma Yong Jae. Ak xnafi Won Joo punya vokal sedap sbb cover dia untuk lagu Lee Jung, Only A Deep Sigh, aku cakap dia nyanyi lebih sedap dari Lee Jung. Dan vokal Young Jae pulak unik.


Tapi.....



Ish tak tahu nak terang camna. Kena tengok sendiri video ni. Memang... haishh, kualiti suara kalau dengar, puas hati lagi dengar Dae Kyu dgn Yun Hyeok. Cuba la cari youtube tengok konsert December. Ada satu tu, Dae Kyu memang all out dengan vokal dia, memang tunjuk betapa power kawalan vokal dia dengan lagu tu.


Dah la, nk tido. ak try cari jap. kalau ada japgi masuk fb kot vid tu.


p.s.: Honestly, sangat teringin nak nyanyi macam december. ^^

Wednesday, January 4, 2012

0 If changing is as easy as saying the word, "change"

Bila saja kita sebut ayat perubahan, makna dia cukup mendalam. Bersamaan dengan perkataan hijrah dalam bahasa arab yang menuntut kita berganjak daripada zon yang kita ada sekarang kepada zon yang lebih baik.


Tapi semudah mana perubahan tu?


Kadang-kadang bila kita buat sesuatu, orang akan cakap, berubahlah, cuba ubah sikap, cuba jadi macam ..., cuba ..., cube itu, cube ini...


If.. If only changing is as easy as throwing the word "change". Malangnya, tak semudah yang disangka.


Sama macam kes ramai orang yang menghukum bila tengok orang lain buat salah dalam berita. Nasihat yang akan dilontarkan orang sekeliling, ayat mudah yang berbunyi berubahlah. Setakat lontaran perkataan berubah tanpa ada orang sekeliling nak bantu, macam mana dia nak bawak diri dia untuk berubah?


If only changing is as easy as saying the word "change".


Setiap orang ada menda dalam hidup dia yang dia sembunyikan. Aku tak fikir ada yang terkecuali. Termasuk aku. Kadang-kadang bila aku baca kisah yang berkaitan, dan bila aku baca ayat suruh berubah, aku akan tanam dalam diri untuk berubah.


Tapi bila sampai satu ketika, saat yang terasa sangat susah keadaannya, akan keluar dalam minda aku, semua orang cakap berubah, berubah berubah, ingat senang ke? orang boleh cakap berubah sebab bukan diorang yang alami apa yang kita alami. Jadi alangkah mudahnya diorang suruh orang berubah.


Cuba kalau diorang ambik masa untuk duduk kat tempat kita ataupun cuba empati dengan apa yang kita rasa. Mungkin baru akan rasa apa yang kita sebenarnya rasa.


P.s: selsema sudah...
 

:: Bila Angin Berbicara :: Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates