Saturday, August 28, 2010

0 Hey Whatever!

Rupanya belum reda kes2 kecik ni. Lawak la.


Aku dapat cerita sikit je, tapi aku nak ulas panjang. Biasa la, mulut aku. Bukan tak tau.


Beberapa hari lepas, kitorang berbincang mengenai beberapa perkara, ataupun sebenarnya berbincang mengenai satu perkara.


Kalau buat fila table, kat learning issues tu bunyi dia camni: Mengapakah pelajar tahun satu kos kitorang semuanya bapak sombong?


Ok ni mungkin berlaku untuk beberapa orang sahaja. Tapi point nya di sini, ada member aku sorang ni postkan kat facebook cakap pasal menda ni. Dan lebey kurang, (cerita tak penuh), dia dimintak delete menda tu, dengan ayat yang agak kasar.


Ok. Aku tak tau sapa orang tu tapi aku rasa boleh teka sapa. Malas nak point out banyak2 tapi hakikatnya bagi aku, orang yang cakap tu tak merasa sebab dia ni orangnya jenis mencapap.


Kalau buat tuduhan melulu cam cakap orang lain kera sumbang dan tak reti nak bergaul, ok, fine. Point aku kat sini, kita senior, diorang junior. Kita ke nak kena terhegeh-hegeh pegi kat diorang sembang2, campur gaul, uli tepung, buat capati?


Paham2 la adat kan, yang muda tu patut kenal dengan yang tua. Tegur dulu. Tak salah kan? Kita pun ada pride kan? Bagi aku, diorang sebagai orang baru patut tegur kita. Mungkin yang tak rasa bebudak tahun satu ni sombong cuma yang bapak tahap cipan mencapap dia.


Mungkin jugak orang yang tuduh orang lain kera sumbang tu dia tak penah duduk asrama. Heh, bukan aku nak bangga penah dok asrama, tapi kat situlah banyak benda mengajar aku. Wei, dey, senior aku tak layan aku dulu tau kalau kau tak tegur bagi salam kat diorang (tak semua, tapi kebanyakannya). Lepas aku bagi salam, baru diorang sembang dengan aku.


Nak hapuskan konsep senior-junior? Ok, yang ni pernah berlaku kat sekolah aku masa aku masuk form 5. Hasilnya, ramai antara junior2 kitorang yang tidak menghormati senior.


Senior-junior ni seharusnya wujud untuk menyeimbangkan keadaan. Tak guna la kata-kata yang tua dihormati, yang muda disayangi.


Apa-apa pun kat sini, aku bangga menyatakan pendirian aku yang junior tahun satu kitorang, bapak sombong! Korang nak kutuk aku, kutuklah. Korang cuma faham menda ni bila korang rasa sendiri. Dan mungkin masa tu, korang akan mula mengutuk dan kitorang akan cakap menda yang sama kat korang.


p.s. : budak u ni tak matang langsung. tak sensitif dengan manusia kot sebab terlalu sensitif terhadap alam sekitar. Lepas ni kita buat subjek untuk fahami hati dan perasaan manusia plak.

0 446!

446!


Empat
Kubilangnya ratus
Angkara dan khianat
Hitam lagi zulumat
Angkanya tetap empat

Dalam bilangan ratus
Masih wasilah yang sama
Bangsaku diinjak, dirobek, digilis, dicarik maruahnya
Hingga darah itu membanjiri
Tengkujuh di luar musimnya

Empat
Puluh pula bilangnya
Pada maqam kedua
Seorang demi seorang
Moyangku, patriotku, wiraku gugur menjadi sejarah
Yang semakin dilupakan

Enam
Maqam ketiga
Tiada kiraan hujungnya
Sengsara dan derita
Merana dan tersiksa
Mereke berjuang, mereka menentang
Untuk warisan masa hadapan

446
Sejarah yang dilupakan
Keperitan yang disumbat alirannya
Kepedihan yang ditambak penglihatannya
Kesengsaraan yang dihijab dengan kesenangan

446
Kini mereka gagal menghidu tengik baumu
Kerana mereka membakar raksi setanggi, semerbak
Lantas,
Mereka akhirnya terpalit
Hitamnya abu dupa lama


p.s. : ni sajak yang aku karang untuk pertandingan sajak merdeka semalam. Mungkin ada yang dapat faham, ada yang tak. Tapi aku rasa sajak memang bukan untuk difahami jika dibaca secara terus je kan? jadi sila ambil masa dan tafsirkan, dan meh kita lihat apa korang dapat faham. huhu. postkan kat bahagian komen ye.

Friday, August 27, 2010

0 Sajak Merdeka

Ok hari ni aku buat gila sikit. Tapi pertandingannya pun gila gak.


Semalam pertandingan sajak diberitahu. Pastu pertandingannya hari ni. WoW! (Opps Wow! selalu sangat main world of warcraft tulis camtu. hehe).


Aku join jugak sebab nak buat gila sket. haha. takde la gila pun tapi cuma entah dah lama rasanya tak join menda2 cmni. Tak salah pun nak join kan.


Tapi nak point out kat sini, aku baru decide nak join semalam and hari ni hari pertandingan. First, gerenti aku baca sajak. haha. mana sempat beb nak ingat. second, aku baru nak karang sajak tu. huhu.


Semalam agak tertekan macam mana aku nak karang sajak dalam masa yang singkat mengingatkan aku, macam ni la kot sasterawan yang diberi deadline tulis sajak. huhu. Tapi alhamdulillah, aku mula menulis pukul 12.10 pm tadi, dan dah siapkan sajak ni pada jam 12.39 pm sebentar tadi.


Merangkumi 6 rangkap, diberi masa 5 minit. aku tak pasti sempat tak 5 minit untuk enam rangkap ni. Bagi aku, sajak penulisan kali ni bukan sajak terbaik aku, malah isi yang nak disampaikan sebenarnya tidak padat dan tidak kuat. Cuma mungkin pemilihan tajuk aku pada kali ini membawa sedikit signifikasi berlainan. Tapi secara jujur aku tak suka tajuk bombastik kalau aku sendiri tak dapat buat sajak tu jadi bombastik.


So aku cuma anggap, sajak ni cuma sajak moderate, tak banyak isi yang padat tapi membawa beberapa mesej untuk setiap rangkap.


p.s: nanti la post kan kat sini.

Thursday, August 26, 2010

0 Negara dan Kenegaraan, Merdeka?

Tak tau sebenarnya nak letak tajuk apa kat atas tu jadi aku letak je la.


Kebetulan hari rabu lepas ada kuiz untuk kursus kenegaraan dan pembangunan Malaysia. Lepas kuiz yang jugak diumumkan sebagai mid term (soklan yang dijawab dengan betul dan salah), tayangan video disajikan ketika zaman darurat.


Takde apa yang besar nak ditonjolkan di sini cuma nak melahirkan rasa terharu sebenarnya menonton video tersebut sebenarnya.


Hakikat 1 Malaysia

Melalui video tersebut, dapat dilihat sebenarnya, amalan yang diuar-uarkan oleh PM kita kini, sebenarnya sudah lama diamalkan. Masyarakat berbilang kaum sejak dahulu lagi di negara kita hidup dalam keadaan harmoni tanpa prasangka buruk.


Bagi aku, konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan kini bukanlah satu benda baru. Ia adalah sekadar sindiran kepada masyarakat untuk kembali melihat sejarah bagaimana kita dapat hidup bersama tanpa bercakaran antara satu sama lain dahulu.


Jika dahulu kita boleh bersatu untuk memerdekakan negara, mengapa tidak sekarang? Kita sudah melalui era-era getir bersama, mengapa tidak melalui era-era manis ini pula? Bersama mengecap kejayaan negara tanpa permainan politik kotor, tanpa rasa perkauman dan sebagainya.


Aku sedar sebenarnya ramai jugak antara student ni yang kurang minat kursus kenegaraan ni, malah ada antara diorang yang ambil lewa, tak kurang juga yang anggap subjek ni kurang penting, jadi diorang suka-suka je tak datang ke kelas.


Tapi bagi aku, orang yang gagal melihat kepentingan kursus ni, ibarat duri dalam daging. Tidak berusaha untuk melihat dan mengembalikan kestabilan negara. Untuk kembali mesra dalam masyarakat majmuk, pemangkin itu perlu ada.


Untuk apa kursus ini diperkenalkan? Supaya generasi muda kembali mengenali jati diri masyarakat masing-masing di samping kembali menghayati perjuangan nenek moyang kita yang tidak mengira bangsa ataupun agama, namun mampu hidup aman dan sentosa.


p.s. : semangat merdeka.

0 Arghh!! Eko Health!!! Aku Tak Sihat!! -.-

Ok well itu ke"tension"nan yang nyata.


Kena senaraikan ni...


Aku baca nota eko health sejak diumumkan ada mid term.


Aku study eko health hampir setiap malam.


Aku baca beberapa jurnal dan memahami beberapa konsep.


Aku baru study kenegaraan untuk test merangkap mid term (soklan betul/salah) hanya pada malam sbelumnya.


Aku baru study water sains juga pada malam sebelumnya.


Kesimpulannya, aku habiskan banyak masa menelan ilmu eko health.


Keputusannya, soklan dia kuar membuatkan ko rasa ko mcm tak pernah belajar apa2. -.-"


Sekian TQ.

Wednesday, August 25, 2010

0 So what with Green Tech?

Ok, the title says it all. So what about this green technology? It is kinda like application of environmental science to conserve the natural environment and resources, and to curb the negative impact of human involvement. (ok that's from wikipedia).


According to mr faiz, only about 5% of green technology has been applied in Malaysia and government has allocated big amount of money just for companies that are willing to take the risk and get involve in green technology.




is this green technology?



It has a big future and yet it requires us to take a risk. According to him again, green tech is just like biotech when it was first introduced in Malaysia late 90s. People were asking what is biotech and such at that era.


Same applies to green tech. Biotech was once unknown and people can't see future in it but now, people keep talking about it. And most of the student now, proudly says they are taking biotech as their main courses.


Perhaps, later, same goes to green tech.


p.s. : Take a greener pasture...

0 Green Technology : Thumbs Up!

After a long winding week (well it is yet to end - 1 mid term n 1 more quiz tomorrow), I finally got something fruitful today. Maybe I should say, after searching for almost 3 years, I finally found out something.


Special thanks to our beloved lecturer, En Mohd Faiz Mohd Amin for delivering such eye widening and mind broadening talk about Green Technology. We gonna miss you (he's leaving after raya to further his study -- pHd ^_^)


For the last 4 semesters, we were actually been debating among ourselves, lecturers and also the vice chancellor about our courses. We learned something that is so irrelevant to what we were supposed to learn.


And today, in a short less than an hour talk, En Faiz revealed about the future prospect of our courses. The main objective why we learned all those subjects is because our university is aiming to generate assets for future.


While thousands of graduates are competing with each other on major courses such as engineering etc etc, we got the upper hand by exploring the new sector for the country.


I can't explain much as I'm a bit tired... Well guess that's because I overslept (more than 6 hours is overslept for me). So I can see a wider future ahead, except, how should I start it? =S


p.s. : thanks en faiz, decent talk as always =) all the best in your study.

Tuesday, August 24, 2010

0 Bang Boom Bang!

Omak ko coklat!


Bapak ko biru!


Nenek ko kuning taik lalat!


Macam2 da bunyi. Tapi tu hakikatnya. Respons kegeraman manusia-manusia yang tinggal kat uni aku ni.


Mungkin tak seperti negeri lain, di kelantan, mercun dan bunga api masih dapat dilihat di pasar-pasar malam atau bazaar ramadhan. (kat tempat aku dah lama takde sejak diharamkan--takde secara open camtu la).


Jadi ada la makhluk-makhluk Tuhan yang tak sedar diri pegi beli. pastu baling mercun tu buat bunyi bising yang men"tensyen"kan. Mau je aku pegi ikat dia, pastu ajak ramai2 rejam mercun kat orang tu. (kira ala2 hudud. huhu).


Nak track bebudak ni susah jadi yang boleh buat menyumpah seranah mcm kat atas tu la. Tapi tahun ni, org yang suka menyumpah ayat sengal ni takde (pegi LI), jadi rindu la sket nk dengar sumpah merepek dia kan.


Pointnya di sini, korang nak maen, maen la. tapi bukan baling kat tengah blok. ha, bakar pastu main la dlm bilik sendiri. kan meriah bilik korang.


Tak ramai yang sedar impaknya, tambah-tambah kejahilan berleluasa. Bayangkan ramai jugak yang baling mercun lepas berbuka. Masa tu, aku menunaikan solat maghrib (mungkin ramai lagi yang lain sedang solat). Bayangkan aku terkejut masa solat sebab menda tu. Fikir2lah kan. Dosa ganggu orang solat tu tanggung la kan.


Mungkin tak bahaya di tangan (sebab korang pro kan), tapi bahayanya lebih besar daripada putus tangan tu.


p.s. : sempat gak aku berdoa dalam solat, sebab kacau solat aku. kita tengok la camne keadaan bebudak main mercun ni.

Monday, August 23, 2010

0 What's Going On?

I don't know how to start this...


Yet I don't even know what to write...


Thanks to that someone...


You make me realize something...


I had a really bad temper...


Since few days ago...


I don't really know why...


And I don't know till when...


Yet I don't know how...


I was supposed to be someone who control himself...


Who control his own emotions...


But I felt like I have lost my control...


I feel sick...


I feel tired...


I feel stress...


It IS hard when people around you just can't bother...


To UNDERSTAND you...


It IS hard when they just walk into your life...


Pick something and then left you...


Ignore you...


Shatter you...


Bother you less...


Thanks to a friend...


For reminding me...


That each and everyone around us...


Were sent by God to teach you something...


And I learned my lesson enough...


To throw away this nightmare...


And start to write...


My very own life legacy...


Something is about to unfold...


Something about me...


Has yet to come...


I am NOT who I was...


And I don't know who I am...


Plus I don't know now...


What I am...

0 Tarbiyyah Ramadhan 3 : Jejak Rasul

Ok. Mungkin kita akan bercerita sedikit mengenai jejak rasul. Kebetulan awal pagi tadi, pada jam 3, aku berkesempatan untuk bersahur di sebuah restoran di kawasan berhampiran. Kebetulan juga, jejak rasul ditayangkan pada waktu tersebut.


Dalam siri tersebut, krew jejak rasul menjejakkan kaki ke bumi Palestin, Jerusalem. Menarik perhatian aku, apabila mereka memberitahu untuk memasuhi kawasan Jerusalem, walaupun masih milik rakyat Palestin, tetapi imigresen antara Jordan-Jerusalem itu dikawal oleh rejim Israel.


Membawa misi untuk menyelongkar siapakah Israel, krew jejak rasul bertemu dengan bekas mufti Jerusalem. Beliau menyatakan bahawa, Israel adalah Nabi Yaakub a.s.. El itu katanya bererti Allah dan Isra itu membawa maksud hamba. Israel itu dalam erti kata lain adalah hamba Allah.


Aku tidak terkejut mendengar penjelasan bekas mufti tersebut sebab aku masih teringat masa menyelak tafsir Al-Quran dalam Surah Al-Baqarah, ada dinyatakan pada bahagian tersebut bahawa Israel itu adalah nama lain kepada Nabi Yaakub a.s..


Kembali terfikir sebenarnya. Masa aku menyelak tafsir tersebut aku dah mula terfikir, kemudian terpendam seketika dan akhirnya persoalan ni kembali bertandang. Apa hukumnya jika kita mengeji Israel? Tidakkah bererti segala penghinaan itu kepada Nabi Yaakub a.s. ?


Wallahualam, aku tak berani beri jawapan tapi seeloknya, yang musykil bagi kita elok elakkan. Mungkin seeloknya kita hanya merujuk Israel untuk negara dan rejim zionis untuk orangnya?


Apa beza kita (masyarakat Muslim sekarang, khususnya Malaysia) dengan Yahudi? Seorang (rakan? ustaz? tak ingat) pernah cakap, Yahudi pun baca Al-Quran, kita pun baca Al-Quran. Bezanya kita baca, beriman, beramal, tapi tak faham. Yahudi, baca, faham, amal, tapi tak beriman.


Hasilnya, kitab agung kita yang tercatat segala pantang larang yang seharusnya membawa kepada kejayaan umat Islam digunapakai oleh masyarakat Yahudi dan diamalkan oleh mereka untuk mencapai kejayaan di dunia.


Sebagai contoh, aspek pemakanan.

Tidak wajar aku postkan isi daripada web lain tanpa kebenaran, jadi anda boleh baca faktanya di sini: link


Juga ini hakikatnya mengenai Yahudi: link


Wallahualam.


p.s. : wajibkan bahasa arab untuk pelajar muslim di sekolah rendah. bahasa 1 Malaysia tu boleh ditawarkan di sekolah menengah.

Thursday, August 19, 2010

0 Tarbiyyah Ramadhan 2 : Muhasabah

6.03 petang, 9 Ramadhan...


Aku melangkah keluar ke anjung blok. Sengaja ingin ditampar angin lembut, dibiarkan segala rasa, resah, gelisah, gundah, luka dan duka dibawa bersamanya.


Lama jugak memerhatikan gelagat manusia dari anjung blok. Kesesakan lalu lintas menghala masuk ke bazaar ramadhan di taman bendahara.


Pada masa yang sama, otak aku bergerak perlahan, cuba melarut bersama angin sepoi-sepoi bahasa petang. Perlahan mata aku merangkak melihat sekeliling, melihat awan. Dan buat pertama kalinya, aku menghargai keindahan yang aku saksikan. Keindahan ciptaan Allah.


Ketahuilah, aku jarang sekali berada di luar bilik melainkan sesuatu berlaku. Dan tatkala aku menikmati keindahan alam, minda aku masih berkocak. Dengan segala masalah dan tekanan yang diterima dalam masa terdekat. Mungkin ni bukan kali pertama aku berasa tidak aman dan tidak selamat di bilik sendiri.


Dalam keindahan petang yang semakin melayar senja, aku yakin aku bertindak dengan betul. Aku tahu apabila melibatkan hati dan perasaan, salah seorang perlu terguris untuk menyeimbangkan keadaan. Justeru aku memilih untuk diriku terluka lantaran membahagiakan insan lain.


Salah seorang perlu berundur, perlu beransur untuk memastikan keseimbangan itu mampu berlaku. Bukan bermakna untuk melupakan tapi sebagai satu pengajaran.


Angin petang ini sangat indah. Sangat nyaman, sangat dingin, sangat aman. Mengapa jiwa kita tak sedingin dan seaman itu?


Biar hati aku terus dilukai hingga ia berparut dan meninggalkan bekas agar suatu hari nanti, parut itu akan mengingatkan aku tentang pengajaran dan erti hidup yang pernah aku lalui. Aku akan berbangga pernah mengalir darahku daripada luka itu kerana darah itu adalah pengorbanan aku untuk aku pelajari erti sebenar kehidupan itu dan parut itu akan memberi peringatan kepadaku di masa hadapan.


p.s: Aku tiada kekuatan melainkan kekuatan yang diredhai Allah kepadaku, aku tiada kesabaran melainkan kesabaran yang diizin Allah untukku, Aku tiada kemampuan melainkan kemampuan yang dipinjam Allah kepadaku...

Wednesday, August 18, 2010

0 Pandainye Uni aku ni....

Alright, aku tak tau mungkin ada antara korang yang dah dapat tau pasal ni tapi aku baru dapat tau. And untuk yang blom tau, surprise ok guys, ni la ke"pandai"an uni kita. Kononnya wireless untuk semua, janji awal2 lagi.


Ok ar memang ar wireless semua blok dapat. Tapi ramai tertanya dan menyumpah seranah, ape jadah lah bila connect wireless uni ni tak dapat nak masuk internet.


And jeng jeng jeng, aku jumpe jawapannye, yang menyebabkan aku lebih menyumpah seranah. Kepada pihak pengurusan, tahniah sebab berjaya mewujudkan kampus yang "maju dengan internet untuk semua".



p.s: korang baca le pe dia cakap kat situ, tak susah kan nk faham. ni masa aku tengah cuba online dgn tenet uni. "bijak" benar kan...

Sunday, August 15, 2010

0 Something For Thought...



Cakap payah, tak cakap payah. Maklumlah, bila kita rasa kita pandai, selalu pandang remeh orang, tak tengok yang bawah. Pendapat kadang-kadang ditolak gak.


Tengok je la. Malas nak cakap banyak. Dah "harum" tempat ni. Baju, tuala semua mak datuk. Lepas ni nak kena beli perfume yang indah. Almaklumlah, tak paham bahasa. Pegi open air tak nak, tengok bintang, kan indah.


alright dear, u got problems, solve it the other way ok? dun kill urself (also stop complaining the room smell diff and it feels hot. U got the answer)


p.s: cakap salah, tak cakap salah, guna mulut terasa, kata dipinggir la apa la. malas nak cakap.

0 Tarbiyyah Ramadhan 1 : Sabar

Dugaan Allah tu muncul kadang-kadang tanpa kita sangka. Dalam sekelip mata, tanpa kita sedari, ujian ni dah mula terpacul. Persoalannya adalah bagaimana kita mahu menghadapi dugaan yang diberi oleh Allah S.W.T..


Apabila kita menerima ujian, selalunya kita pantas menghukum. Mengapa Tuhan tak berlaku adil, mengapa harus aku sorang je yang asyik kena menda macam ni, mengapa asyik aku je yang kena dan sebagainya yang seakan-akan menunjukkan bahawa kita seorang yang diuji dan ditimpakan dengan kecelakaan. Sebab tu kadang-kadang bila ada orang sebut begitu, kita saban waktu cuba mengambil contoh kecelakaan dan kesengsaraan rakyat Palestin yang saban hari ditekan oleh rejim zionis dan sebagainya. Tapi semua itu kurang memberi kesan lantaran jauhnya hati kita dengan hati mereka untuk merasai apa yang mereka rasai.


Baru semalam, sebut mengenai dugaan, ditakdirkan aku balik umk smalam. sampainya lebih kurang 11.30malam. Tunggu punye tunggu kat tempat luggage tu, dah dekat 11.40, abeh dah smua beg. Takde gak beg aku. Kecewa dah ni. Dalam tu ada nasi dengan sotong masak sambal, ayam masak merah, ayam goreng lagi. Pastu baju aku ada dalam tu, dengan charger hp, external drive, tambah lagi dengan bluetooth headset. Adoi memang ujian tu tak dapat nak duga. Tambah lagi, ada kad matriks dan kunci bilik. Alhamdulillah balik semalam ada orang kat bilik. Kalau tak merempat gak aku kat luar bilik tu.


Bila sampai saat tu, teringat kata-kata seorang rakan, makanan tu menjadi rezeki kita bila dah masuk dalam mulut kita. Setiap butir yang belom masuk, belum tentu tu rezeki kita. Macam makanan semalam tu, takde rezeki la nampaknya.


Tapi apabila sebut pasal dugaan, mungkin kita perlu muhasabah diri kita semula. Bukan kerana Allah itu tidak adil, asyik memberi ujian kepada kita, tetapi kerana Dia mahukan kita kembali mengingatinya, Dia tak mahu kita terleka dengan dunia. Setiap kali kita teruji dengan satu ujian yang berat, pasti masa tu la, kalimah Ya Allah dan sebagainya terpacul dari mulut kita. Fitrah kita mahu kembali kepadanya pada masa yang sama, Dia mahukan kita tidak lupa akan kewujudannya sebagai pencipta kita.


p.s: Baru terima call dari airport tadi. Alhamdulillah, beg dah dilaporkan sampai kat lapangan terbang sultan ismail petra. Syukur kepada Allah yang mengurniakan kesabaran dalam mendidik aku. Pada masa yang sama mengingatkan, masuk luggage kalau beg ko sama besar dengan ko je.

Friday, August 13, 2010

0 Refleksi Ramadhan

Alhamdulillah dah masuk hari ketiga puasa tanpa disedari beredarnya waktu. Mungkin jugak sebab aku ada kat umah, jadi hari terasa berlalu begitu cepat.


Alhamdulillah jugak, akhirnya aku berkesempatan untuk solat tarawikh di masjid sultan mizan ataupun dikenali sebagai masjid besi. Masjid ni dah lama bina, tahun lepas dah siap rasanya tapi baru berkesempatan pegi. Suasana masjid ni lebih menarik minat aku berbanding masjid putra terutama dari segi seni bina dan open air dia.


Sedihnya mungkin, masjid yang indah tersergam hanya sekadar binaan di luar bulan ramadhan bahkan sekadar satu lawatan. Tempat yang luas terbina ini, hanya mungkin untuk menampung kehadiran jemaah pada awal bulan ramadhan ataupun solat jumaat semata.


Mengenai refleksi ramadhan, aku mula mencipta hipotesis. Sewaktu abg aku drive nak masuk parking masjid besi tu, memang banyak kereta berlumba-lumba masuk. pastu ada yang tak sabar potong line dan sebagainya. Justeru aku merasakan sebenarnya, tarbiyyah ramadhan itu, tidak perlu tunggu sebulan untuk melihat hasilnya. Ia bagaikan eksperimen, tengok result setiap hari waktu malam, dah sebenarnya cukup untuk memberi refleksi tarbiyyah ramadhan untuk hari tersebut. Lantas cukup sebulan, dilakukan purata dan dapat dilihat keberkesanan tarbiyyah ramadhan tersebut.


Tambah2 apabila tiba waktu mendekati waktu hari raya, masjid sebesar masjid besi dan masjid putra ini akan semakin lengang. ramai berkata disebabkan ramai yang sudah pulang ke kampung halaman. bagi aku, wallahualam.


Tapi cuma yang mendukacitakan tadi hanyalah berkenaan ketidaksabaran masyarakat kita. Tahulah nak cepat ke masjid, orang laen pun nak cepat jugak. kalau semua ikut je barisan tu, kan lebih senang nak cilok masuk sana, nak cilok masuk sini. padahal masjid depan tu je.


p.s: ok ar, jujur, kalau aku bawak pun aku buat camtu gak. haha cumanye kita berpesan-pesan sesama kita ok? sentiasa ingat-mengingati antara satu sama lain.

Wednesday, August 11, 2010

0 Sejenak Sebelum Subuh...

Alhamdulillah, akhirnya, Ramadhan kali ini tibe juge. Tiada apa yang berubah dengan kehadiran ramadhan melainkan bagaimana cara kita untuk mengimarahkan bulan yang mulia ini.


InsyaAllah niat aku untuk ramadhan tahun ni, kalau boley tu setiap kali selepas sahur, dah malas nk tido dah. nak terus buke mata. Tak kesahla cara apa pun, blogwalking ke, lompat2 exercise pagi ke, baca Al-Quran ke, facebooking ke, yang penting tak tido.


InsyaAllah ada kemanisan di situ. Hari ni sahur makan 3 paket biskut. Huhu. Nak buat camne kan. orang bujang. huhu. point utamanya, aku tersangat malas nak memasak dan point keduanya, tersangat malas nak berjalan pergi ke kedai berdekatan. owh kejap, kedai berdekatan... kopitiam sebelah ni je. huhu.


pa pe pun tension gak kadang-kadang kedai ni servis slow. kang aku pergi order, last last kebulur kat situ sampai subuh masuk kan. lepas ni, kita ubah sket, makan sahur dengan kurma insyaAllah. ^_^


p.s : semoga ramadhan kali ini dapat mendidik jiwa kita untuk lebih taat kepada perintah Allah S.W.T., lebih takut kepadaNya, lebih cinta kepadaNya, lebih rindu akan janji-janjiNya, lebih kasihkan kekasihNya, lebih sayang akan mereka yang melabuhkan cinta kepadaNya. InsyaAllah.

Sunday, August 8, 2010

1 When I talk about my dream girl...

Okeh, tajuk dia dah menerangkan segalanya. Apa2 je la. Dah beberapa hari blog walking. Pastu tadi review blog chocolatponto (link), dia ada menyebut pasal lelaki yang menarik perhatian dia. Okeh, chocolateponto, tak nak pun tiru ko tapi nak review pasal diri sendiri. huhu.


Aku ingat lagi masa kat matriks, masa BI, kelas kitorang kena buat cam public speaking. Ataupun mungkin senang cakap, oral test ar. Sbb kena test oral, jadi sorang-sorang kena cakap kat depan.


Aku masa tu memang takde idea n sangat blur. Jadi aku gi depan, aku pun cakap, "I dun really know what to talk about. So feel free to ask."


Pergh ada moral daripada tindakan aku tu. Bila kena oral test atau cakap kat depan kelas, jangan sekali-kali suruh diorang tanya ko. haha. Sebabnye, mule la bebudak kelas aku, "do you have a girlfriend?" pastu nyampuk sekor lagi, "describe your dream girl." and it goes on and on.


Pergh ok nyesal aku suruh diorang tanya. Rasa nak nampor gak bebudak neh. huhu.


Pe yang aku tau, biler sebut dream girl, aku xtau nak describe wanita cmne yang akan menarik hati aku. Ok, aku jujur siap2. Setakat ni, hati aku blom lagi jadi milik mana2 gadis bukan mahram dgn aku. aku ada affection (suka) tapi suke tu lebih kepada keindahan luaran. eh pompuan tu cantik. camtu ar lebey kurang. tapi yang betul2 menarik perhatian aku blom ada.


Aku tak tau nape susah bebenar nak melekat hati aku bile tgk pompuan. (erase that ugly thought -.- I'm not a gay).


Tapi mungkin aku perlukan seorang wanita tu berkenalan dgn aku n mungkin aku perlu kenal jauh dalam hati dia. Sebab hati aku ni sangat susah untuk melekat, jadi aku perlu menyelami hati seseorang tu untuk aku jatuh hati. mcm mana aku nak menyelami hati orang tu?


aku perlu kenal... aku perlu bercakap... tapi entah, susah arr... apsal korang pompuan ni rumit sgt ha? hahaha


p.s: tgh merepek dalam kebosanan n ketiadaan mood nk study.

Saturday, August 7, 2010

0 See Things My Way

Alright alright alright. So I finally activated my facebook account and start actively surfing facebook almost every minutes. (damn yea, it's addicting).


Ok I have to admit I did mock some of my friends about facebook distracting from solat etc etc. (mainly because it distracts them from performing solat).


Despite having bad values, I realized something about facebook. Well maybe it's how I see it. Or maybe some of you did see it my way too.


After several days using facebook, connecting or maybe I should say "jejak kasih" with my beloved high school friends, I use facebook as motivational purposes.


Ok, I see the question marks all over your head.


You see, when you actually see your friends succeed in their study, it will actually motivates you to strive harder and join them ( well at least, it motivates me).


p.s: kalau nak berjaya, berjaya sama-sama. (that was asis principle. they will be no one left out behind. And thanks guys, you guys motivates me a lot).

Tuesday, August 3, 2010

1 Shit! We Have So Many Human Killers!

Ok this is a reality. Every single day, we might exposed to this risk. Take a look and think. I'm not sure why some people actually put themselves into this deadly act, but hell, they don't even have brain to think I guess. Plus, oh shit, you are so damn rich aren't you? Buying each of those? Never ever I will foot the bill for these kind of people.








p.s: You can kill yourselves, but get the hell out of others x_x

Monday, August 2, 2010

2 Fitrah Hidup

Kadang-kadang ada menda yang boleh berlaku dengan sekelip mata tanpa kita sedari.

Kadang-kadang kita terlalu dihantui masa silam.

Kadang-kadang masa silam kita mengaburi pandangan masa sekarang.

Kadang-kadang kita rasa diri tak dihargai.

Kadang-kadang kita terlalu bijak menilai.

Kadang-kadang kita terlalu mudah mengambil keputusan.

Kadang-kadang kita tak dapat menerima kenyataan.

Kadang-kadang kerana diri sendiri, kita kehilangan orang yang lebih berharga.

Kadang-kadang kita terlalu pentingkan diri.

Kadang-kadang kita lupa menghargai mereka yang hadir dalam diri kita sampai kita kehilangan mereka.

Kadang-kadang kita melukai seseorang tanpa kita sedari.

Kadang-kadang kita sedar kita tak mungkin memiliki.

Kadang-kadang kita menafikan takdir di depan mata.

Kadang-kadang kita mencipta musuh tanpa dijangka.

Kadang-kadang kita membunuh harapan.

Kadang-kadang kita mempersoalkan kejujuran.

Separuh daripada hidup kita dihabiskan dengan memberi hati untuk dilukai. Separuh daripada diri kita memberi harapan, separuh lagi hidup dalam pembuangan. Aku berjuang di medan aku. Dengan hati terluka, darahnya seakan mengalir terasa dalam jiwa. Tanpa kita sedari.


Fitrah hidup mencari kesempurnaan dan aku bukan kesempurnaan itu. Biar luka ini terus berdarah. Mungkin bernanah, tapi hati aku biar ditetapkan dengan cinta Yang Maha Agung...

0 Whatever!

Apabila beberapa hari lepas aku tulis isi dalam blog ni mengenai kawan, rakan dan sahabat, hati semakin kuat merindui kawan-kawan aku masa sekolah dulu. Ramai yang tanya, kenapa? Aku tak mampu bagi jawapan dulu, tapi mungkin, aku dah boleh beri jawapan sekarang sebab aku baru ketemu. Mungkin kita belum cukup jauh dan tua untuk mengimbau masa silam, tapi masa silam sentiasa mengingatkan kita tentang setiap perkara.


Hari ini, tanggal 2 Ogos aku ketemu jawapannya. Apa itu kawan? Ramai boleh sebut, eh ko kan kawan aku dari mula-mula lagi. Ingat tak kita sama-sama bla bla bla... Boleh aje. Aku boleh cakap. Tapi aku tak menilai kawan sekadar tu. Aku menilai kawan atas nama kejujuran.


Entahlah, banyak kepura-puraan. Fine, ko hebat, aku hampeh. Aku dah malas nak kesah. Ko nak dok dengan group ko sampai mati pun dudukla. Mungkin diorang lagi bagus dari aku kan?


Ok tak nak salahkan ko. Mungkin pincang tu daripada aku. Sorry sebab ko 2X dan aku ada Y. Sorry sebab tu membataskan perhubungan kita ok? Aku tahu adab. aku bukan jenis yang suka-suki bertepuk tampar dengan ko. Mulut lepas bergurau mengutuk pompuan unless benda tu benar2 depan mata aku.


Tak suka aku tegur adab2 dalam agama? fine, aku tak kesah. Aku jalankan tugas aku dah. Apa2 pun whatever la, malas nak terasa2 ni. Ko nilai diri ko, biar aku nilai diri aku.


Pendek kata, setiap orang ada pincang. But, aku masih menilai kawan dengan kejujuran.


Aku tak ketemu kat sini, orang untuk aku share suka, duka, masalah dan sebagainya. We share something, but not when it comes to personal and not when it gets really tough.


Aku nak ucapkan terima kasih banyak2 kat blog aku. Ko lah kawan aku kat sini. Aku luahkan semua benda kat ko. TQ for always being there, at least by writing everything here, I feel a lot better.

0 Essence of Maturity

Dalam kesibukan menyiapkan slide untuk presentation esok, aku sempat blog hopping dan seketika terhenti dan masih terpesona dengan nukilan sajak yang ditulis oleh bekas guru bahasa melayu aku di ASiS dahulu, en shamsudin othman (www.shamsudinothman.blogspot.com). Teruskan perjuangan cikgu, insyaAllah ada rezeki, kita bertemu di medan seni.


Cinta pada seni mungkin tak pernah luntur tapi sinarnya mungkin kian malap lantaran kurangnya digilap. Pun begitu aku harus lebih fokus kepada bidang yang aku sedang terajui kini. (Cikgu sam dulu pun lulusan engineering, kan cikgu?)


Ok berbalik kepada topik yang melekat kat atas tu. Essence of maturity. Aku pernah menulis sebelum ni mengatakan, setiap perkara yang berlaku dalam hidup ni, mungkin mengikut prinsip Newton... tak ingat (sorry eh, SPM dulu, fizik menghampehkan aku) yang mana mengatakan, apabila satu daya diletakkan, satu lagi daya wujud dari arah bertentangan yang menyebabkan kenapa kita boleh duduk di atas kerusi ataupun tidur atas katil. Contoh dia la tu. Aku pun ingat2 lupa. Ampun cikgu titi! ^_^


Aku cuba menyatakan dulu, setiap benda yang diberi kepada kita menuntut sesuatu yang lain. Tak payah guna konsep manusia pun boleh, konsep yang sedia ada dalam agama paling senang. Kita diuji, terasa susah hati dan akhirnya Allah beri jalan keluar dan dapat merasa betapa manisnya ujian tersebut.


Cuma fokus aku pada nikmat kematangan. Kematangan dalam hidup, bagi aku, menuntut gantinya. Mengenalkan kita kepada hidup, memberi kita cara pemikiran yang lebih terbuka, membolehkan kita berfikir dengan lebih waras, mampu mengatasi masalah dengan sendiri. Kadang-kadang aku rasa semua benda yang diberi dengan kematangan ini ada bayarannya.


Kita mungkin dikenalkan kepada sesuatu yang kita langsung tak ingin mengenalinya. Tapi kita telahpun dijerumuskan olehnya sebelum sempat kita berundur. Mungkin boleh aku katakan, untuk mencapai kematangan, kita seakan-akan mengadakan Pact of Maturity. Ko mature dan ko akan kenal menda ni, ni, ni.


Bezanya bagaimana ko akan menghadapi menda ni, ni, ni. Mungkin aku termasuk dalam golongan yang tak mampu menghadapi menda-menda yang diperkenalkan oleh kematangan. Tapi aku bersyukur ada iman yang masih membentengi diri daripada perkara-perkara yang kritikal masa kini.


p.s: Diuji dan teruji sentiasa tanda Allah menyayangi...

Sunday, August 1, 2010

0 Apakah Pertemuan Untuk Perpisahan?

Ramai rasanya yang pernah dengar lagu Untukmu Teman nyanyian kumpulan ... err lupe. Salah satu ayat dalam lagu tu menyebut:


"Mengapa kita ditemukan...
Dan akhirnya kita dipisahkan..."


Mungkin ramai yang akan kata, itu takdir Tuhan. Kepercayaan kepada takdir adalah satu kewajiban tapi persoalan di dalam hati mungkin takkan semudah tu nak dirungkaikan apabila kita dirundung muram atau hati retak dan sebagainya.


Sebagai contoh, apabila hati kita tertaut kepada seseorang, ataupun kita berkenalan dengan seorang rakan yang amat akrab. Menjalani kehidupan, bergurau senda, menangis dengan dugaan bersama, berkongsi segala yang terbuku dalam hati. Segalanya sangat manis dan indah sampaikan kita rasa, kita tidak mungkin terluka dengan insan sepertinya.


Namun ketentuan dan ketetapan adalah tetap milik Yang Kuasa. Mungkin ditakdirkan insan yang kita cintai, insan yang kita kasihi, di saat kita amat memerlukan dirinya, pergi, samada disambut oleh Ilahi ataupun dipisahkan dengan masa dan tempat. Takdir menentukan kita ke negeri atau negara lain, dia berangkat ke negeri atau negara lain. Mungkin juga akan berlaku kita terputus komunikasi dengannya. Mungkin ramai yang dapat menggantikan kehilangan disebabkan jarak dengan menggunakan rangkaian facebook yang kian meluas kini.


Tapi masih ada beza menaip dan juga berbual. Kemampuan internet yang kurang tidak akan sama seperti berdepan dengan orang yang kita kasihi. (Internet boleh sangkut2, contohnya, "aku te.... n....g.... ah.....sed... sed... sed.... sed... i...h...". Kawan kita pun, "ha? ko sengih?". contoh je).


Pemergian yang tak mungkin menjadi milik kita kembali ataupun sukar berhubung dan sebagainya akan membuatkan kita tertanya-tanya, apakah kita ditemukan untuk dipisahkan? Kita bertemu orang yang kita rasakan kita mahu menghabiskan seumur hidup kita bersamanya, namun takdir menentukan perpisahan berlaku. Kita dirundung rasa kecewa teramat sehinggakan kita lupa segala-galanya.


Tapi benarkah pertemuan itu untuk perpisahan? Mungkin benar kerana di penghujung setiap pertemuan, perpisahan abadi tetap akan berlaku, cuma masanya bila. Untuk perpisahan sementara, mungkin kita akan berasa sangat kecewa untuk masa sementara. Namun ianya masih mampu dirawat dengan teman-teman yang baru kita ketemu. Pertemuan baru kadang-kadang membuatkan kita teringatkan kembali rakan-rakan lama ketika kita bergaduh dengan yang baru. Kita teringatkan betapa perkara sebegini tidak pernah berlaku dan sebagainya.


Pun begitu, ada juga yang kadang-kadang menyesal dengan setiap pertemuan sehinggakan mempersoalkan, "mengapa aku bertemu dengan si polan bin si polan? Kalau aku tahu perangai dia macam ni, aku tak nak rapat dengan dia" ataupun, "menyesal aku kenal dengan dia".


Persoalan begini berbunyi sangat zalim kerana setiap orang mempunyai diri masing-masing. Bezanya, mereka mungkin tidak mempunyai keazaman ataupun semangat mahu mencuba untuk mengenali kita ataupun mereka sendiri masih dalam lingkungan mahu mengenali diri sendiri.


Persoalan pokok kita kembali. Apakah setiap pertemuan itu untuk menyiksa diri kita dengan perpisahan yang menyakitkan?


Aku takde jawapan untuk soalan ini. Tapi mungkin jawapannya ada pada sambungan lirik lagu di atas:


"Mungkinkah menguji kesetiaan
Kejujuran dan kemanisan iman..."


p.s: renung2kan... aku ada penerangan lagi, tapi aku nak tinggalkan post ni dengan cara yang dramatik. kalau nak tahu apa penerangan aku, boley tanya aku.
 

:: Bila Angin Berbicara :: Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates