Monday, August 29, 2011

1 Esok Raya!!

Eh esok raya ke? dah rasa tak feel raya-raya mendatang bila semua dah membesar. Dulu masing-masing semua masih sekolah dan sebagainya. Rasa raya tu ada feel sebab dulu semua cm kanak-kanak kan, jadi main sama2, malam raya lompat sana sini, pasang pelita dan sebagainya.


Sekarang, semua dah kawin, ada yang bawak haluan masing-masing, jadi sambut raya dalam keadaan sederhana. Happy atau tak kita dengan raya, rasanya kita kena tanya diri kita balik.


Kenapa masa kanak-kanak dulu bila raya je kita happy?


Yang pertama jawapan mungkin sebab kita tak payah posa sebulan dah, boleh makan bila-bila masa, boleh keluar main pastu dapat minum air ais yang sedap lepas penat.


Yang kedua mungkin kita kena tengok diri kita balik. Masa kita kanak-kanak dulu, masa kita puasa, adakah kita mungkin lupa menghargai nikmat makan dan minum tu?


Rasanya tak salah kalau aku cakap, masa kita budak2 dulu, kita lebih menghargai makan dan minum berbanding sekarang, lebih menghargai nikmat tu berbanding bila kita dah dewasa. Justeru kita jadi hilang feel dengan raya.


Mungkin masa kita kecik kita takde plak kan terfikir menginsafi nikmat makan dan minum yang orang yang berada di luar malaysia dan negara yang kurang bernasib baik hadapi, tapi sekurang-kurangnya bila kita menghargai nikmat makan dan minum tu, dalam erti kata lain, kita sebenarnya turut merasa empati terhadap golongan yang kurang bernasib baik.


p.s: rehat seketika, petang ni nak kena siapkan rumah sket. chiow!

Sunday, August 28, 2011

0 Pernah Tak?

Tadi masa tengah melabur amanah saham kat dalam lubang atm yang boleh di"flush" tu (Ishh tak senonoh btol. Patutla takdak pompuan minat kat aku. Haha) tetiba teringat masa sembang2 dengan sorang kawan ni.


Dia ada sebut sahur dan bukak posa kat luar negara sekarang. Aku cakap je kat dia, subuh kat sana pukul 2.58 pagi (masa aku kat sana dulu). Aku cakap selalunya aku berjaga je sampai subuh, solat pastu baru tido sebab kalau tak, takut tak sedar sebab tak biasa kan bgn subuh pukul 3 pagi. Pastu muncul satu persoalan balik dalam kepala otak aku.


Pernah tak korang terfikir atau terbayang diri ataupun tertanya-tanya soklan cam, "Kenapa eh aku lahir kat Malaysia? Kalau aku lahir kat oversea mesti best, kat us ke, paris ke" ataupun terfikir, "mesti best kalau aku dok kat luar negara".


Berfikir menda2 macamtu bukannya bermakna kita tak bersyukur dengan apa yang kita ada, cuma memang lumrah kita, tak penah puas dengan apa yang kita ada dan kita sentiasa cuba meletakkan diri kita dengan orang lain, untuk membandingkan.


Jujur bagi aku, aku selalu jugak terfikir camtu. Pastu aku akan cuba bandingkan. Andai kata aku dilahirkan luar daripada Malaysia, bagaimana keadaan diri aku sekarang, apa aku buat sekarang, adakah sama macam aku sekarang dan lain-lain.


Persoalan yang mungkin paling menakutkan, adakah nikmat Iman dan Islam tu ada andaikata dilahirkan luar daripada Malaysia. Memang betol kalau Allah nak beri, akan sampai jugak, cuma kita tak tahu macam mana keadaannya.


Pengakhiran kepada setiap apa yang terfikir, aku berbalik semula keadaan diri kita semasa. InsyaAllah kalau Allah izin, kita akan tetap menjadi muslim walau bukan lahir di Malaysia, tapi muslim yang macam mana? Bila tanya soalan tu semula, penah tak kita terfikir, adakah diri kita ni bersedia nak hadapi keadaan kat luar sana?


Aku penah berada kat sana, dan aku dapat rasa pandangan serong orang terhadap Islam dan aku tengok macam mana umat Islam kat sana. Mungkin kita tak dilahirkan kat luar sana sebab kita tak bersedia untuk hadapi keadaan macam tu. Tu sebahagian daripada yang banyak. Yang seterusnya, kita bersedia ke untuk hadapi perubahan musim panas yang siangnya panjang (macam sekarang, bukak puasa kalau tak silap aku dekat pukul 9 malam baru masuk maghrib dan subuh pukul 3 pagi) Kenyang berbuka masih dok lekat lagi masa nak sahur.


Pastu cubaan musim sejuk. Zohor pukul 11. Asar pukul 1. Maghrib pukul 3 petang camtu. Dan macam-macam lagi cubaan. Bila Allah sebut dalam Al-Quran (surah Al-Imran : 54) ,"Dan mereka merancang, Allah juga merancang, dan Allah adalah sebaik-baik Perancang."


Rasanya cukup jelas kat situ sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik perancang. Dia tahu diri kita tak bersedia nak hadapi suasana hidup kat luar, jadi dia tempatkan kita kat bumi Malaysia yang aman. Contoh tak bersedia, bukak puasa sekarang pukul 7.22 malam pun dah ramai merengek lambat berbuka dan sebagainya, macam mana nak hadapi yang sampai 9 malam? pastu pukul 3 pagi dah tak boleh makan balik dah. Dugaan kecil tu kita tak dapat hadapi, macam mana kita nak hadapi diskriminasi, pandangan negatif orang lain terhadap umat Islam?


Dalam erti kata lain, seeloknya kita bersyukur kat mana pun kita berada, kita masih di bumi Allah. Takde pun ada diskriminasi yang Allah tetapkan, eh, ko lahir kat Malaysia, ko dapat bahagia etc, eh ko lahir kat Palestin, ko kena berperang dan sebagainya. Sebab kita kena ingat, penghujung Surah Al-Baqarah ayat 286 Allah berfirman: "Allah tidak akan membebani hambanya dengan beban yang di luar kemampuannya."


Kemampuan kita setakat mana, Allah tahu. Mungkin apa yang kita hadapi hari ni kita rasa dah berat gila, tak sanggup nak tahan, sakit hati, sakit jiwa dan sebagainya, tapi hakikatnya, kita mampu hadapi perkara tu.


Sebagai penutup untuk post ni, kalau rasa diri kita dibebani masalah yang kita rasa takde orang lain dalam dunia rasa betapa sakit dan betapa terbebannya kita, ayuh hayati ayat ni:

"Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya dia akan memberinya jalan keluar, dan memberi rezeki yang tidak disangka-sangka, dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan baginya, Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakinya, sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu."

(Surah At-Thalaq : Ayat 2 - 3)


p.s: Belajar bersyukur dengan apa yang ada dan apa yang dimiliki...

Monday, August 22, 2011

0 No Title Unlimited 2

Ok sebab aku xtau nak letak tajuk apa, aku letak je la, tajuk seperti tertera di atas. Japgi nak balik dah. Sekarang ni tgh dok kat hostel terasa mcm ada satu hari dulu masa duduk kat matriks. Sama gak la hari dia macam hari ni.


Orang ramai dah blah, tengok bilik kosong je. Bezanya, masa kat matriks dulu, aku bgn je tido, takde orang. Roomate aku masa tu pegi kelas jadi rasa kosong dan sayu. Masa dekat2 raya cam ni la. Rasa sayu giler.


Kat sini sekarang pun lebey kurang camtu cuma member aku ada lagi kat bilik ni tengah tidow. Ak nak chiow chin chau dulu la. Tapi tetap rasa sayu. Aku sebenarnya lebih kesian dekat pelajar sabah dan sarawak.


Diorang dtg jauh2 semata-mata untuk program ni, kesian tak balik raya. Seharusnya la kan, elaun patut diberi sekurang-kurangnya untuk kos pegi dan balik. Tak pun uni, tolong je belikan tiket untuk diorang. Tak salah aku rasa.


Nasib baik program pagi ni dibatalkan. Macam mana pun kitorang tengok uni ni menguasai pengurusan dan tindak tanduk pelajar, pelajar masih lagi hasil diorang. Kalau pelajar boikot, takde program boleh jalan.


Mana taknya, program yang diorang nak buat tu bgtau saat-saat akhir. Masa tu semua dah ambik tiket balik la. Kalau diorang buat perancangan yang lebih rapi, mungkin tak timbul masalah camni.


p.s: ok la nak mandi, pukul 10 japgi pakcik tu dtg amek dah. chiow!

Sunday, August 21, 2011

0 Nightmare One: Ended

Akhirnya pagi tadi, berakhirlah penantian yang mencuakkan. Apa lagi, kalau bukan presentation L.I.. Menggila seharian kelmarin dgr orang lain kena hentam habis-habisan. Cuak gak fikir tambah2 bila fikir penyelia aku en zul, sbb aku kenal sgt soklan2 dia. memang menakutkan.


Tapi akhirnya Alhamdulillah, tepat jam 9.20 pagi tadi, tamatlah segalanya dengan jayanya. Agaknya la kot. Agak pendek pemikiran tadi bila tiba-tiba en zul dah nak suruh berenti aku pegi cakap aku nk tmbah menda. Aku sebut pasal kelemahan taman negara kuala koh yang tak dapat penuhi keinginan pelancong asing yang nak ada trek panjang dlm hutan.


Dengan selamba dan gelaknya, en zul cakap, "Apsal tak cakap yang tu kamu punya suggestion? Ada tulis tak dlm report?"


Ah sudah. Masa tu dah tersentak kejap. Aah ye, aku pun hampeh, tak letak menda tu dlm report aku. Sebab masa present dgn dalam report aku dok nampak apa yang perlu ada kat tmpat tu untuk dapat lebih ramai pelancong hadir.


Aku terlupa plak pasal mat salleh german tu. Dah aku tak letak, aku cakap je la aku tak letak. En zul gelak je la. cuma dia cakap apsal tak letak dalam report. tu je la. takde la plak kena ketok kepala atau kena marah.


Tapi yang menariknya pasal presentation kali ni, aku rasa lebih puas sebab dpt keluarkan smua idea yang ada dlm otak aku. Walaupun aku sebut pasal menda yg aku tak tulis dalm report aku, dan perbuatan tu boleh dikatakan macam menggali kubur sendiri (bahaya seyy, silap2 kena potong markah), tapi aku puas hati sebab bak kata saintifik sket, takde residual idea dalam otak aku lepas aku luahkan yang tu. huhu.


Macam mencabar gak ar bila aku jawab soklan en zul tu sebab dia kurang setuju aku cakap kuala koh tak cukup publisiti dan aku cuba perkenalkan ecotourism berkonsepkan homestay dengan orang asli batek kat kawasan tu. Sebab dia cakap orang luar negara nak tengok lebih kepada hutan kita sendiri.


Terang punya terang punya terang, point aku yang last gedebek! kena muka sendiri, tapi takpe, rasa lega sebab dah abes dan aku rasa ni presentation terbaik aku sebab presentation untuk sebelum2 ni, lepas aku duduk je, mesti ada menda tak puas hati. "Isshh apsalla aku tak sebut menda tu td" bla bla dan sebagainya, tapi kali ni, no holding back, sampai kena diri sendiri balik. Tapi best!


p.s: jom surau, pegi majlis khatam Al-Quran untuk kali kedua. Dua kali majlis khatam dalam sehari!

Thursday, August 18, 2011

0 Uni Aku: Relevan, Unik, Berbeza, ROMANTIK!

Wahahaha. Memang best giler uni aku ni sebenarnya. Seperti ayat di atas, romantik yang tak tahan tu. Apa kesnya?


Okla, aku cerita sket la pehal. Sejak dari dulu, 3 tahun lepas lagi, memang uni aku dah sedia romantik.


Kalau aku imbau semua, payah la plak kan. Aku amek kes yang terdekat je la. Masa aku buat latihan industri dulu. Masa tu ada sebut ura-ura kena present latihan industri masa bulan 5. Kalau ikut dalam manual yang dia bagi, dia cakap present bulan 9, lepas bukak semester. Secara tetiba buat tindakan drastik.


Apa lagi, aku tepon penyelia L.I. aku tanya, dia cakap memang betol kena present bulan 5. Masa tu rasa devastated giler. Sbb masa tu dah plan nak pegi europe. Aku tanya gak penyelia aku, nk mintak dia postphone ke, atau sekurang-kurangnya, postphone aku sorang pun takpe dah.


Dia cakap, nnti saya cuba bincang tapi dia cakap dia tak boleh nak layan semua kes. Aku dengar masa tu harapan cam berkecai gak ar. Dengan sadisnya aku gitau mak aku xley pegi kot. Dengan redanya biar mak aku pegi untuk 2 minggu. Nasib baik masa tu tak ambek tiket lagi.


Lepas tu, bila dah sampai tahap reda maksimum ni, tetiba je dalam 2 - 3 minggu sblm abeh L.I., ada je info baru masuk cakap, present L.I. bulan 8. PERGH!!! masa tu rasa cam nak mengamuk, rasa nak balik umk runtuhkan je fakulti aku. Giler ke apa???? Ingat menda2 ni boleh buat main2 ke? Suka hati je nak letak esok, lusa, tulat, tungging, terbalik smua?


Masa tu aku gtau balik mak aku yang diorang tukar. Mak aku pun dah pening dengar. Kejap camtu kejap camni. Teragak-agak la jugak dia nak ambik tiket lepas tu, sebab nak pegi sana bukannya murah. Kang tak pasal2 burn camtu je. Pastu bila aku dah confirm balik, baru aku cakap, ambik.


Tu pun, nasib baik ada tiket yang boleh dikatakan murah. Tapi aku kena pegi 2 hari lagi awal dari mak dgn kakak aku sebab tiket hari mak aku pegi tu dah mahal. Nasib baik masa tu dapat jugak pegi, kalau tidak kempunan summer dgn spring kat sana. Masa tu kalau tak dapat pegi memang aku salahkan fakulti aku seratus peratus.


Suka sangat ambik ringan dan buat menda ikut kepala otak diorang. Tak fikir pelajar langsung. Sekarang ni, cakap ada program 22 hb tu padahal masa cakap pengumuman, diorang tak sebut pun pasal program 22hb. Hari ni, baru dapat tahu pastu smua orang dah amek tiket balik. pastu degil plak tu, nak jugak buat.


Taula dekan tu tahap dia tinggi. Dengar kata antara 10 orang profesor yang hebat kat Malaysia, tapi kalau hebat akademik, insaniah hancur tak gune jugak kan. Kita pun tahu Allah tengok manusia berdasarkan hati, hubungan sesama insan, hubungan dengan Allah. Aku rasa masalah dia pun bukan dengan pelajar je, dengan staf dia pun ada. Sebab aku ada terdengar sorng lagi prof sembang dlam tepon cerita pasal dekan ni. Cerita pasal apa, biarlah rahsia, tapi bila dengar memang rasa sadis untuk orang yang hebat akademik camtu.


p.s: lebih baik kekalkan "low profile" daripada dah naik atas, pastu lupa diri.

Monday, August 15, 2011

2 Back!!!!

Finally I stumbled upon this blog once again. Thanks to several other bloggers that again lift up my spirit to write in this blog, that has been forsaken since... last post was 21st April, so yeah, since April. I did stop by from time to time to see people posting on my shoutbox but most of them are craps.


It's pretty odd I must say. Every time I hit the new post on my blogger dashboard, it's definitely because I wanna play game but I know I can't. Definitely can't since tomorrow will be the last day for the research methodology courses which was held since 7th of August.


And to my surprise, this ridiculous ending has a ridiculous test that asked you questions from what you have been listened to for the past 1 week. Plus, the test result will be included in next semester Research Methodology Courses credit, which apparently will be counted in your final exam for the next semester.


Excuse me? What? You came for a seminar to hear some sort and lecture and supposed to answer a test about it? You gotta be kidding me (_ _);;


Tbh, there's nothing much to be read about the courses. It's pretty much something that you will implement in your final year project thesis. When it's more like a practical, why would they make a test for it? =.=


Anyway, it has been set. So, by hook or by crook, I would still have to answer it tomorrow. So be it. Let's start reading.


P.S.: Let's hope that test will be asking something like, "what is literature review?" -.-
 

:: Bila Angin Berbicara :: Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates