Monday, December 27, 2010

0 The Truth~

Lyin' next to you
Wishing I could disappear...aay
Let you fall asleep
And vanish out into thin air..aay

It's the elephant in the room
And we pretend that we don't see it.
It's the avalanche that looms above our heads.
And we don't believe it.

Tryin' to be perfect
Tryin' not to let you down...ooww
Honesty is honestly the hardest thing for me right now...yeah
while the floors underneath our feet are crumbling
The walls we built together tumblin'
I still stand here holdin' up the roof
Cause it's easier than telling the truth.

I still keep your photographs
I remember how we used to laugh
I can keep on losin' sleep
If you're okay with being torn in half.

It's the elephant in the room
And we pretend that we don't see it.
It's an avalanche that looms above our heads
But we don't believe it.

Tryin' to be perfect, tryin' not to let you down...oww
Honesty is honestly the hardest thing for me right now...yeah
While the floors underneath our feet are crumblin'
The walls we built together tumblin'
I still stand here holdin' up the roof
Cause it's easier than telling the truth.

Stop ignoring that our hearts are mourning
And let the rain come in.
Stop pretending that it's not ending
And let the end begin.

Oh yeah...

Tryin' to be perfect, tryin' not to let you down...yeah
Honesty is honestly the hardest thing for me right now...yeah
While the floors underneath our feet are crumblin'
The walls we built together tumblin'
I still stand here holdin' up the roof
Cause it's easier than telling the truth.

It's easier than telling the truth...


p.s: Thanks Kris Allen for such a nice song that suits my mood now. It's at the sidebar guys, click it to play the song.

Tuesday, December 21, 2010

0 Kau Pergi....

Kadang-kadang kita terleka dengan keduniaan yang terlampau sampai membuatkan kita terlupa banyak perkara, sampai membuatkan kita sampai mengabaikan beberapa perkara yang sepatutnya kita ambil kira.


Kadang-kadang bila kita terlalu agungkan dunia sehingga kita melupakan yang lebih berkuasa, yang kewujudannya nyata, yang segala yang diciptanya nyata, yang hidup itu nyata, yang mati itu nyata, yang segala yang tercatat itu nyata, Dia hanya perlu menjentik kita dengan sedikit ujian dunia, sedikit daripada banyak, sedikit daripada azabnya yang lebih besar untuk menyedarkan kita.


Kita lupa Dia rindu akan setiap rintihan kita, akan setiap ratib kita, justeru tatkala kita terleka dengan dunia, Dia sedarkan kita bahawa kelekaan ini bukanlah kelekaan yang abadi.


Al Fatihah buat arwah datuk aku yang telah kembali ke rahmatullah jumaat lalu. Semoga rohnya tenang dan abadi di sisi Allah, pemilik segala hati dan jiwa, pelindung yang sebenar-benarnya... amin...

Sunday, December 12, 2010

3 Me and Games...

Tadi ingat nak tido awal pastu tetiba teringat sesuatu, tak jadi tido awal. Tapi sekarang nak tido, cuma terasa nak post gak kat blog ni.


Aku rasa ada sesuatu yang gurl perlu tahu pasal guys gamer. Ok, I'm one of the guy gamers out there. At least kalau bukan semua pun guy gamers macam aku, aku mewakili diri aku sendiri la menceritakan pasal guys gamer ni. *pointing at myself


Sebenarnya aku kalau maen game takde la teruk sangat pun. Macam biasa je dulu sebab dulu maen game bodo2. Pokemon gold, silver, crystal, warcraft 3. Semua tu cam boleh je nak pause untuk buat benda lain.


Ok guy gamers ni aku fokuskan kepada online game k? Sementara menaip ni, aku nak cari balik satu benda lawak pasal guy gamers and awek dia. Kalau korang main game tu maybe korang faham la. *ok dah jumpe... last sekali untuk menda tu.


Ok, aku start online gaming ni bila umah aku dapat komputer baru. Masa tu memang bapak bosan giler. First time gak masa tu aku beli game harry potter. Masa tu, game harry potter pun dah abeh. Kebetulan, satu pagi tu, aku tengah cek email, ada advertisement kat atas tu tulis, 10 Days Free Trial World of Warcraft. Oh FewiTTT!! Dah lama teringin maen game tu, so aku click, isi2 maklumat and download.


Dan tu permulaan kepada online gaming aku. Masa tu World of Warcraft adalah satu-satunya game online aku, pemula segala-galanya dan satu-satunya game yang buat aku tak tido balik lepas subuh. Terus bukak dan online. Untuk ex-roomate aku yang aku baru bagi sumpahan World of Warcraft kat diorang, real server always the best XD. Can't deny that. Those that play the online games knows. Ofc u see emptiness in private server despite the number they have.


Anyway, aku main yang real server tu aku tak ingat berapa lama, mungkin bulan gak kot XD Sebab aku rasa cam aku ada banyak account kat real WoW XD. Expired 10 days, aku buat lain XD. Memang gila. At last, aku ajak member aku sorang maen masa tu. Tapi dia cakap pc dia prob n aku cakap pasal free trial, pastu dia sebut pasal private server. Masa tu baru aku start cari private server. And well, there we go. Extreme lvling n play. Lepas subuh tak tido. And segalanya.


Then 3 months, aku masuk uni terpaksa tinggalkan WoW untuk beberapa bulan dengan character pertama aku, hunter lvl 64 masa tu. Then lama-lama, private server yang aku main tu mengalami zaman gelap, tak jatuh, cuma lambat update kepada expansion baru World of Warcraft masa tu, Wrath of the Lich King. Jadi aku tinggalkan server tu dengan 4 lvl 70 (max untuk Burning Crusade expansion).


Bosan, bosan bosan then first time dalam sejarah, aku delete one of the most popular online games in the whole wide world. Then aku download game Shaiya. Main agak lama la sampai mage aku lvl 35, made friends, dapat godly item and then aku tinggalkan game tu jugak. Dan aku mula main Shin Megami Tensei. Aku game ni masa aku tengok trailer, aku kata bapak childish.


Then aku try gak main dan impressively, I got struck by it. O_O Basically sebab game ni korang ada demon yang ikut korang dan akan tolong korang dalam battle. Aku tengok demon ni macam pokemon ataupun digimon and tu yang buat aku terlekat kat game ni. 1 thing impressed me bout the game is that the difference between you and the other player, it's not all about gear. Korang punya effort pun akan membezakan korang dengan player lain sebab untuk skill, korang perlu train expertise dia. Roomate aku dah quit game ni (ur char still dalam ingatan xD and yuuji asked bout u XD ) maybe sebab walaupun game ni free, kebanyakan item yang bagus, kalau korang jenis pemalas yang nak cari duit dalam game, korang boleh guna duit betul untuk beli gear. Aku farm ok. Sejam dapat 250,000. Tapi barang-barang harga semuanya 1mil lebey. Hehe.


For some reason, sebelum aku quit shin megami tensei, aku berjaya level up 2 character aku ke lvl 82 dan 84. Lepas dah lama main WoW, aku bercuti sementara sekarang dan kembali ke Shin Megami Tensei. Which is now, I'm playing.


Oh jap. Bunyi cam bercerita sejarah aku maen game dan bukannya apa yang gurl should know. Alright, dalam dua-dua game yang aku maen, ada certain part yang memang aku tak ley tinggal. Contohnye, kalau dalam WoW bila aku join satu instance, selalunya kita akan go on and go on sampai end boss. Dalam kes camni, memang mesej kalau masuk aku tak layan sangat. Just tengok, baca. Kalau terlalu penting baru reply kot. Kalau mak aku panggil, yes aku pegi. Lain pada tu, bontot melekat je kot. Lebih penting, kalau role aku sebagai healer sebab kena jaga party member daripada mampus.


Kalau untuk shin megami tensei, ok. Yang ni ada 2. Character aku seperti dalam video sebelum ni dah tunjuk level 89 (sekarang lvl 90) Enhancer. Enhancer sangat penting dalam run untuk shin megami tensei sebab diorang akan boost attack dan defense untuk party member. Takde enhance, orang boleh k.o in 1 hit. So sometimes, bila aku tak reply, maknanya aku tengah busy enhance. Sebab enhance bukan permanent, jadi aku perlu alert bila boost tu hilang. Alright tu first.


Second dalam shin megami tensei, sekarang ni aku buat character baru. Ni character baru aku. huhu. So leng zai isn't it? just like me :P




Anyway, he's lvl 9 and u can see the expertise there. Class 6 Rank 6 Destruction Magic. Woot! Yeah! I'm currently working on him to make this character godly looking at low level. Dan selalunya bila aku tak reply mesej atau apa-apa la, maknanya aku tengah work on this character expertise. Alah expertise je, apsal tak ley reply mesej, tak gitu? Ok cam ni. Bila aku train expertise, aku guna items untuk boost, supaya cepat naik. Item tu ada masa. Selalunya sekali guna 30 minit. Jadi rugi kalau waste walaupun 1 saat kan. xD


Oh sebelum ada orang mula nak mempersoalkan baik aku jawab dulu. Mesti ada cakap, ko xsemayang ke? Aku solat ok. Kalau time run, aku gtau je party tu aku "afk" 5 minit camtu. Hah? apa dia? AFK tu apa? AFK tu away from keyboard. Kalau grinding expertise, aku kira timer. Setengah jam kalau guna, solat cmne. Kalau ok, baru guna, kalau tak, solat dulu, baru guna.


Ok la tu je kot. Nak membebel. Takde idea dah. Seperti yang dijanjikan, sila la baca menda ni. Lawak giler tapi that is for super addict, which definitely not me. Aku tahu bila nak berenti main and bila aku boleh lari camtu je. Tapi dalam keadaan tertentu je.


p.s: guess u should know this.

Monday, December 6, 2010

0 Blog Updated -- New Looks, New Feel -- More Than Word

Finally I managed to find just a moment to google for blog templates and found this pretty one.


I think it's about time to change to a new template after a while with that GREEN template. I hope the new template will bring new spirit and new feel.


Oh not to mention, new song :) More than words. Expressing something, feeling something, enduring something are always more than any words to say. There are just no words to describe them sometimes. Guilt of hurting someone you love, you can't even utter a simple word to describe how you feel.


The time you went somewhere picturesque, breathtaking, it just can't simply be written in any languages. The time you fall in love with someone, you can't tell how you feel. Is it Love? The simple word is love but how would you explain it?


p.s.: Always more than words...

Saturday, December 4, 2010

0 7 Ghost ~ Updated

Okeh. Saat aku menaip ni, ceh bunyi cam dramatik pulak, saat ni, aku dah berjaya mengkhatamkan 25 episod anime 7 Ghost.


Komen aku? 1 Impression je la aku bagi. Masa first aku tengok trailer cerita ni kat youtube, aku terus kata, WAH, AKU NAK TENGOK, TAK SABAR NAK DOWNLOAD!


Dan bagusnya, cerita dia tak mengecewakan aku. Ok, kisah ni banyak, dan terlampau banyak dan sebenarnya tersangatlah banyak mengutarakan (sorry ye, utara je, takde mengbaratkan, haha) pasal persahabatan. Friendship till the end of your life, oath between u n ur best friend forever.


Ok for guys, warning! Korang mungkin akan tengok cerita ni, bapak gay giler budak neh. Alright, aku pun pikir camtu. Haha. Hakikatnya nampak cam gay la, tapi kalau kita fikir secara mendalam, mungkin kita dapat selami Teito Klein; sorang yang takde mak bapak, bertukar jadi hamba abdi, pastu diserap masuk dalam military, pastu kat sana siap kena hina lagi.


And then dalam penghinaan tu, ada sorang je, sorang je yang datang masa saat dia tak percayakan sesiapa. Mikage. Dan Mikage je yang nak kawan dengan dia, yang terima sapa diri dia, tak hina dia. So Mikage satu-satunya best friend dia atau mungkin senang cakap, kalau benda camni berlaku kat korang and ada sorang je yang sanggup jadi baik n kawan dengan korang, dalam hidup korang yang sepi dan keseorangan, gerenti korang anggap dia macam keluarga korang kan?


Lebey kurang camtu arr cerita ni. So aspek friendship tersangatlah kuat dalam ni walaupun nampak gay. Tak nak buat pa pe spoiler lebih2 tapi cerita ni tidak berakhir kat episod 25, tapi sekadar berakhir untuk pertukaran season.


Buktinya, masih banyak belum terjawab dan ceritanya belum tamat. Dan Teito akhirnya tahu apa yang perlu diperjuangkan, iaitu mempertahankan orang yang rapat dengan dia. Dalam erti kata lain, orang yang ada bersama dia sekarang, termasuk 3 daripada 7 Ghost tu dan sorang lagi yang jadi best friend dia yang baru, Hakuren.


Cerita belum tamat dan Teito dah janji akan cerita segalanya kat Hakuren bila dia orang jumpa balik. Pa pe pun, apakah 7 Ghost? Jeng jeng jeng!


Cuma point nye nak cakap, bagi pendapat aku la, 7 Ghost yang kuat pun cuma sorang je. Yang lain cam maen2 je. huhu.


p.s.: Silalah tengok kalau nak tau ceritanya, menyentuh perasaan kadang2 walaupun terasa agak gay di situ, ada humor dan paling penting, Magic! xD

Wednesday, December 1, 2010

4 Video Completed!

Alright guys, after took me about 12 hours, this crazy video finally done, using windows movie maker (as I can't find another free software without watermark on it).


It didn't go as planned but well, it's done. It's a game event where you need to make your character introduction video. Well this is my character in the game.




It's a girl character. So what? I dun see a problem here >_>


Basically that's what all MMORPG is all about right? (Many Men Online Role Playing Girls) True?? XD


That's because girls got cool outfit in this game, and there's a lot more girls stuff than guys. Well the first amazing cooldown gear ever created was for girl and yeah, I got good gear wasily actually since there are abundance of girls stuff.

Still have my male char but I need to gear him up first. So this girl high lvl char, which is just 8 lvl away from maxing my lvl (highest lvl is 97) is used to farm for money to buy my male char gear. I got one set already.


Anyway, this is not the best video I made since there was a problem with that WMM. Whatever. It's done.


p.s: Leave ur comment n tell me what u think about this video ^_^ peace

Tuesday, November 30, 2010

0 Video Stupid Video

Tersangatlah sakit jiwa aku sekarang dengan Window Movie Maker celaka ini.


Kenapa? Soalan yang bagus. Ok, so game online aku maen ni ada buat intro character video contest. Kira boleh menang prize la. Tak menang pun dapat benda gak. Jadi aku rasa, apa salahnya aku cuba.


Nak dijadikan cerita, mula-mula aku buat video ni ok. Tapi datang ke pukul 4 pagi tadi masa nak buat final touch kat video tu (dah siap publish), masa play ada bahagian yang hilang. Bapak ar!! Tension siot. Aku buat dari pukul 12 tengah malam sampai ke subuh. Dah nak siap, pastu WMM tu buat hal celaka.


Sekarang pun dia tengah buat celaka, sebab bila aku tekan publish, jadi not responding! WTH!


Rasa cam nak nyepak je. Aku dah pening giler dah nak menyusun vid ni semula. Rasa cam nak mencarut. Pa pe pun, ari ni sapa-sapa jangan kacao aku kalau rasa diri tak nak kena penyepak.


p.s: Celaka punye WMM. Bongok syial

Saturday, November 27, 2010

0 Update --- Pokemon Best Wishes

Yosh! Pokemon dah masuk ke season ke berapa aku tak ingat. 14 kot. Kalau ikut yang dubbing version dalam bi belum abes, tinggal lagi entah, beberapa episod kot. seingat aku ada 36, minggu lepas donlod episod 25. x_x


Pa pe pun sebab maleh nak tunggu yang bi punye, aku donlod versi jepun yang dah keluarkan season baru pokemon, pokemon black n white best wishes. Episod kali ni cam pelik gak sebenarnya kot, tapi percayalah, kalau korang tengok episod dua, ash is just so noob!


Tapi lagi pelik sebenarnya, setakat ni aku dah tengok sampai episod 4, setiap episod dia dapat pokemon baru. haha. bapak ar. aku rasa diorang dah pening nak buat jalan cerita tu. sebab masa diorang buat pokemon sinnoh bapak panjang giler, rasa cam tak abes-abes, best wishes ni jadi cam bapak laju plak. episod kelima aku rasa dia dah mula lawan gym.


So far, ash dah ada 4 pokemon. haha lawak btol. dia ada pikachu, mamepeto, mijumaru, pokabo. aku rasa starter grass tu pun nanti dia dapat, tsutarja.


team rocket still ada dalam best wishes, tapi team rocket kali ni tak sebodoh dulu. Haha lepas 14 season, baru team rocket berubah jadi pro. Pro camne? Aku gtau sket ar. Diorang tak lagi meletup jadi bintang last cerita. Kalau korang tgk best wishes, memang team rocket bapak pro. Cara retreat bukan hilang, dah tapi berteknologi sket ar. masuk lubang pun takde ar jatuh gedebuk camtu. jatuh cara pro. huhu. tak tau nak terang, tengok sendiri ar.


so far, cerita dia ok. cuma ada perubahan kat ash, mata dia tukar jadi coklat? brown? entah, warna pe tah. Yang peliknya, ash jadi noob se"noob"nya. Macam dia baru nak mula journey dia semula, macam setiap season pokemon, ada ramai giler ash. haha. semua nama ash, guna pikachu, tapi orang berbeza. Lebih lawak... lepas 14 season, umur dia masih 10 tahun x_x. Gilos. Bak kata sorang dalam forum tu, Eternal Youth! XD Padahal seingat aku, diorang mula pokemon journey diorang umur 10 tahun. Kiranya lepas 14 season, semuanya berlaku dalam masa kurang setahun x_x pergh mantap!


Diorang kena ubah bahagian tu kot. Pokemon masih ok di mata aku, cuma ash perlu bersara aku rasa. At least buat dia jadi champion ke. Pastu mulakan cerita pokemon baru dengan orang baru. Orang tu nanti jumpe prof oak ke cmne, ash bgatau.. bla bla. meh aku bukan nak buat cerita pokemon, so jangan mengarut.


p.s: laptop aku cam penuh, je, kena transfer banyak cerita masuk hard drive neh. ok, dah siap episod 5. saja isi masa terluang dengan tulis blog sementara tunggu episod 5. huhu

Tuesday, November 23, 2010

1 Da Blast!

Entah pa pe tajuk kat atas tu, tapi pa pe la. Semalam aku dapat jugak mencari peluang untuk tengok cerita Harry Potter and the Deathly Hollows Part 1 kat gsc alamanda neh.


Bagi aku kali ni, pengarah filem david yates berjaya buat cerita tu lebih teliti berbanding yang lepas cam cincai je. Kali ni, plot cerita dibina dengan lebih baik berbanding dulu dan mungkin sebab dia buat teliti la kot jadi dua bahagian. Tapi elokla dia buat dua bahagian daripada dia potong semua scene, jadi hampeh.


Camne pun, aku lebih enjoy baca novel dia daripada tengok cerita tu sebab lebih detail. Pun begitu, tengok cerita takde la teruk sangat. So overall, cerita ni layak dipuji berbanding cerita harry potter yang lepas yang diarahkan oleh david yates. Satu2nya pengarah harry potter yang tak reti2 nak tarik diri lepas merosakkan dua filem harry potter. Dan akhirnya dia buat sesuatu yang baik untuk cerita ni.


Plot cerita bagi part 1 harry potter ni diakhiri dengan baik oleh david yates dengan menunjukkan scene voldemort menyelongkar kubur dumbledore dan dapat ambik elder wand tu. dan untuk bagi harry potter, dihentikan pada saat dobbie mati. at least dia buat ending yang boleh diterima la dan puas hati. Kalau buat cam TLOTR pertama dulu, memang ramai tak puas hati kan sebab habis masa naik sampan tu. pa pe pun TLOTR the best!


Nantikan part 2, sebelum tu, SPOILER ALERT! 3 lagi horcruxes yang akan dicari oleh harry potter. Banyak adegan mendebarkan dan mengejutkan. Sedikit hint, patronus spell yang berbentuk rusa betina. Sebab patronus spell tu berbeza ikut orang, jadi rusa betina tu hint pertama untuk kejutan yang lebih besar. Huhu.


Anyway, malas nak komen filem lain, termasuk yang diagungkan sgt oleh ddr cerita 2 alam tu. bagi aku tah, aku tak tengok dan tak terasa nak tengok. Kenapa filem kita tak boleh buat macam filem TLOTR, Harry Potter n Narnia? Oh Narnia baru akan ada kat wayang bulan disember ni. Aku dah tengok trailer. Epik!


Aku berharap nak tengok filem Hikayat Merong Mahawangsa yang KRU buat. dengarnya sangat epik dan aku harap ni permulaan bagi filem melayu yang epik. Kita banyak penulis novel yang hebat yang cerita dia boleh diadaptasi kepada filem. novel ramlee awang murshid, kenapa takde pengarah yang nak ambik novel dia buat filem? Mesti jadi filem thriller melayu yang berkesan. Mungkin pengarah kita ramai perasan apa yang ada dalam kepala otak diorang tu bagus, jadi orang-orang sastera ni diketepikan.


Andai kata kita adaptasi filem daripada novel gak macam barat, filem kita mungkin lebih berjaya. Sekadar satu pendapat.


p.s: Tron Legacy pun nampak cam best.

Wednesday, November 17, 2010

1 Mencari Syurga Cinta

Ok well, cerita ni dah lama tapi baru berpeluang tengok kat astro tadi. Overall bagi aku cerita dia moderate tapi mesej yang disampaikan tu aku mampu terima.


Sebuah cerita yang mungkin expected berlaku tapi bagi aku yang penting di sini adalah penyampaian dia. Alhamdulillah, terasa bila tengok cerita tu. Mungkin tak seteruk Irham dalam cerita tu tapi kita tahu sapa diri kita, kita tahu apa yang kita buat.


Suntikan keinsafan dari cerita tu membawa dos yang agak besar untuk aku beri response. Beberapa kata-kata yang aku sempat tangkap dalam cerita tu.


Bagi wanita, "jadilah wanita yang berada dalam sangkar kaca. Indah dilihat tetapi tidak mudah bisa disentuh. Hanya yang tulus hatinya bisa melepasi sangkar tersebut."


Bagi lelaki, "Cinta yang ada adalah untuk hati yang tulus dan ikhlas, bukan untuk dipermainkan."


Justeru, bagi yang couple2 neh, awal2 aku cakap, it's not eternal. Bukan nak kata korang tak mampu kawen, just nak cakap, selalunya orang yang couple ni cuma nak penuhkan hati yang kosong, or at least nak dia pun ada kekasih sebab orang lain ada. Couple yang berenti di pertengahan jalan, tak lain bagi aku adalah cinta yang dipermainkan.


Biarlah akhirnya kita bertemu dengan syurga cinta, jodoh yang ditetapkan Allah, rasa cinta, terus khitbah.


Aku jumpa cerita ni kat tenet, enjoy guys :)


Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya
pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut
sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am.
Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik
sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu
nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa
yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas
sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil
memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa
menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput
yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu
bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.
Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang
berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang
rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik.
Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik
maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling
cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung
padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara
yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh
menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita
dengan tulus dan ikhlas.

Maka, bersyukurlah dengan kasih-sayang yang kau terima pada hari ini,
kerana setiap yang hadir pada ari ni tidak akan muncul semula selepas ini.


P.S: Quote dari seorang sahabat, "Memang sedih bila kita berpisah dengan seseorang tapi aku percaya, setiap orang yang hadir dalam hidup sebenarnya diutuskan oleh Allah untuk mengajar kita sesuatu. Apabila tugas diorang selesai, diorang akan pergi. Dan misi kita adalah untuk mengamalkan apa yang diajar olehnya kepada kita dalam hidup."

Saturday, November 13, 2010

0 Relation and Love and Friendship and Care and...

Sebelum nak kuar gi makan, rasa terdetik kat hati nk nak menulis sesuatu. Sebab tadi terbaca ada member aku tulis pasal hubungan dalam kelas yang kelihatannya tak rapat dan sebagainya.


Aku malas nak berkias, jadi secara directnya, kalau dalam game aku, camni la. Kelas ni cam satu guild/clan. Dalam guild tu ada la makhluk2 bersama-sama. Walaupun dalam guild yang sama, tapi berpecah kepada beberapa group kecil lain. Kalau nak buat dungeon, cuma team up dengan group sendiri. Tidak dengan orang lain dalam guild walaupun hakikatnya, masih satu guild yang sama.


Seperti dalam kelas, menda ni berlaku dalam game aku maen jugak. Jadi aku dapat rasa. As a newcomers to that, kinda prestigious guild, I was left out from raids and dungeon runs, walaupun kadang-kadang kalau tengok, aku punye gear lagi mantap dari yang lain.


The fact that each and everyone of us have different personality and different style. Sometimes you have to adept yourselves with that style to mingle with them.


Ada yang cipta dunia sendiri dan macam-macam lagi. Camne pun, kita kena tahu setiap orang ada kelebihan dan kelemahan sendiri. Kelebihan dia mungkin sesuatu yang tak mampu kita capai dan kelemahan dia, mungkin menjadi kelebihan kita. Kalau isteri itu saling melengkapi untuk suaminya, macam tu jugak la kawan-kawan, melengkapi kita, untuk sementara, sebelum kahwin.

0 Permata Yang Dicari

Mungkin tak ramai (atau mungkin ramai dah kot tau) yang aku dulu pernah join nasyid kat sekolah. Jadi, era tu kira era kegemilangan nasyid malaysia (chewah bunyi cam tamadun plak). Masa tu jugak la, aku rasa memang kat rumah dengar ikim and memang tak tahu langsung pasal lagu laen.


And dulu kalau nyanyi lagu-lagu nasyid cam nur kasih, bisikan nurani, permata yang dicari, rasanya cam biasa. Tapi rupanya effect dia tu rasa sekarang. huhu.


Entahlah, mungkin perasaan tu terbina sekarang, jadi effect dia lebih mendalam. :)


Camne pun, sila enjoy lagu ini, permata yang dicari :)

Thursday, November 11, 2010

0 What Do You Think?

Erm sebenarnya malas nak update blog tapi tergerak hati lepas tgk beberapa blog member2 aku ni.


Bukan nak tunjuk alim or terlebih nak bagi tazkirah tapi sebagai peringatan, letak gambo-gambo dalam blog yg kelihatan sedemikian sangatlah tidak manis. Entah rasa cm... entah tengok cm... entah tak sopan.


Bagi aku gambar yang tak penuhi tuntutan dalam surah An-Nur (sila cek, ada di situ dengan sangat jelas, point sket - tak menunjukkan bentuk tubuh, melabuhkan tudung ke paras dada, etc etc), sangatlah tidak sopan. Lagi tak elok jika anda perempuan yang letak gambar camtu (kalau ada laki mana-mana tengok berkenan, kan jadi maksiat? tayang merata-rata).


Apa-apapun aku dah ingatkan kepada mereka yang berkenaan, jadi tugas aku selesai di situ. Walaupun ada je kalau aku cakap, terus cakap, "ok thanks, salam". Pop ilang semua..


Aku jamin, 100%, kalau aku letak gambar aku tak pakai baju kat dalam blog ni, gerenti diorang cakap aku tak senonoh, tak sopan, apa lagi tah la, yang pentingnya, semua mesti kutukan. Haha. Lawaklah dunia sekarang. Aurat lelaki dari pusat sampai lutut tapi kalau dedah badan kena kutuk bapak ar, macam berbogel depan orang la plak kan? kan? kan?


Yang wanita muslimah ni, kalau sekerat pakai tudung nampak pusat, takde sapa plak kan nak kecam, berlonggok-longgok boleh nmpak tepi jalan.


Dulu Faizal Tahir bukak baju masa show kena ban jap. Ok, yang tanda "S" kat badan dia tu aku kurang setuju. Tapi dalam bhgn lain, aku support dia. Ceyy ni la dunia kalau penuh dengan kejahilan, hedonisme diagungkan. Dunia kita dah sampai penghujung, kejahilan berleluasa, orang yang tak arif dalam bhgn agama diberikan kuasa untuk memerintah (festival fesyen islam????? JAHIL) dan banyak lagi tapi hakikatnya, tu la tanda-tanda kiamat.


Balik kepada hal berpakaian tu, pokok pangkalnya, orang yang berilmu takkan kuarkan isu pasal faizal tahir bukak baju masa show tu or kalau aku letak gambo aku tak pakai baju dalam blog ni pun. Tak nak tengok sudah, tapi nak mengecam dan mengutuk, haha, lawak la. Tu bukan aurat kitorang, so what? Allah tak marah tapi kita pulak manusia mereka-reka nak marah, nak kecam tak tentu hala. Wow hebatnye kita!


Secara modennya, mungkin nampak kurang sopan, tapi sekadar kurang sopan. Tak perlu nak tambah dengan kecaman dan ban dari tv semua. apa daa...


p.s. : kena guna ayat garang nak sedarkan orang

0 Another Short Update....

Dah beberapa hari rasanya blog ni ditinggalkan tanpa sebarang update walaupun aku ada menjenguk untuk balas beberapa shout kat blog tu.


Sekarang cuma tinggal satu lagi exam yang tinggal, EIA. Alhamdulillah yang laen berjalan lancar (kot) cuma sangat tak pueh hati dengan eko health.


Nak buat post panjang tapi belom berpeluang. Semoga diberi ilham untuk terus menulis.


Tak dapat dinafikan terlalu banyak isu yang perlu dan boleh dibincangkan dalam masa terdekat ni cuma hati belum tertarik dan belum punya keutuhan untuk menulis secara konkrit mengenai isu berkenaan.


Menara 1 Malaysia, hub hiburan malam dan macam-macam lagi yang rasanya satu lagi mainan politik kotor. Tak perlu ulas panjang, terlalu mendalam rasa meluat dengar pasal isu hub hiburan malam dan sebagainya. Cuma diminta biar ada sekelumit rasa benci terhadap perkara kemaksiatan dalam hati kita.


Bila hilang walaupun sebesar zarah rasa benci terhadap kemaksiatan dalam satu kawasan, maka azab Allah akan turun untuk seluruh penduduk kawasan tersebut. (Dengar dalam khutbah jumaat kat kawasan perumahan ari tu).


Sampai sini dulu sesi mencatat, insyaAllah, akan update pasal isu2 ni lepas habis exam.

p.s. : Allahumma ja'alna minan najihin wal faizin fid din fil imtihan fid dun ya wal akhirah... amin..

Tuesday, November 9, 2010

1 I'm So... Sorry...

I'M SORRY I'M SORRY I'M SORRY I'M SORRY I'M SORRY I'M SORRY I'M SORRY I'M SORRY
I'M SORRY I'M SORRY I'M SORRY I'M SORRY I'M SORRY I'M SORRY I'M SORRY I'M SORRY
I'M SORRY I'M SORRY I'M SORRY I'M SORRY I'M SORRY I'M SORRY I'M SORRY I'M SORRY
I'M SORRY I'M SORRY I'M SORRY I'M SORRY I'M SORRY I'M SORRY I'M SORRY I'M SORRY
I'M SORRY I'M SORRY I'M SORRY I'M SORRY I'M SORRY I'M SORRY I'M SORRY I'M SORRY
I'M SORRY I'M SORRY I'M SORRY I'M SORRY I'M SORRY I'M SORRY I'M SORRY I'M SORRY
I'M SORRY I'M SORRY I'M SORRY I'M SORRY I'M SORRY I'M SORRY I'M SORRY I'M SORRY
I'M SORRY I'M SORRY I'M SORRY I'M SORRY I'M SORRY I'M SORRY I'M SORRY I'M SORRY
I'M SORRY I'M SORRY I'M SORRY I'M SORRY I'M SORRY I'M SORRY I'M SORRY I'M SORRY
I'M SORRY I'M SORRY I'M SORRY I'M SORRY I'M SORRY I'M SORRY I'M SORRY I'M SORRY
I'M SORRY I'M SORRY I'M SORRY I'M SORRY I'M SORRY I'M SORRY I'M SORRY I'M SORRY


I guess it doesn't matter how much I said I'm sorry, it won't change the fact that I hurt her feelings...


It doesn't matter how much I put it up here and how many people read it, the fact is only she can make the difference...


I was not there when she needed me the most which makes me think, am I good enough?


I concede that I was not good enough when I was not there, I concede that I am not that person with the right timing to appear and put on peace and calamity


But the least I can do is to say that I am sorry...


And do remember, I want you to be really strong when the storm come and hit you...


I want you to know that I can't always be there for you, there are times where you need to face it yourselves and gain strength from it...


Girls... You guys are such a wonder... You change men life, you can even change the world...


So believe in yourselves, you are stronger than you seems, I believe that...


I'm sorry... Be strong...


p.s. : I'm sorry...

Saturday, November 6, 2010

0 OMG What Time Is It???

Ok this is crazy! Look at the clock Kai! It's 5 a.m!!!


Ok memang giler. Sepatutnya aku tido awal tapi gila pegi berjaga sampai pukul 5. Jadi aku rasa elok aku tunggu subuh je. Lagi 45 minit.


Tik Tok Tik Tok...


Ok whatever. Sementara tunggu subuh, elok aku update jap. Takde apa2 yang luar biasa berlaku dalam hidup insan biasa seperti aku. Cuma berharap aku dapat kembali tido awal mulai esok dan start study lepas subuh (as if that gonna happen : selalu tido balik lepas subuh).


Tik Tok Tik Tok...


Saya sayang awak... Tapi awak anugerah terbaik buat saya...


Tik Tok Tik Tok...


Kehidupan yang pening lagi memeningkan...


Tik Tok Tik Tok...


Aku end kat sini la, cam gila je tgk..


p.s: tik tok tik tok...

Thursday, November 4, 2010

0 ----- Short Update -----

Rasanya dah lama tak menjenguk dan mengadap depan laptop sendiri ni.


Mula je exam ari tu, rasa mood nak mengadap depan laptop ni macam ilang. Blog ni jugak tinggal tersadai selama beberapa hati tanpa apa-apa update.


Rasa sangat letih dan sebagainya.


Alhamdulillah, pagi tadi, mama dah berangkat ke Makkah Al-Mukarramah untuk mengerjakan rukun Islam kelima. InsyaAllah aku doakan keselamatannya dan semoga dia mendapat haji mabrur. Amin...


Jadinya sepanjang cuti ni jugakla kot, aku duduk kat umah sensorang (dengan akak la), tapi still sorang-sorang rasanya sebab akak keje nurse, jadi kejenye tak menentu. Balik dia kadang-kadang penat jadi aku rasa dia balik mesti dia pengsan dulu la. Jadinye aku kena memulakan hidup orang bujang dengan memulakan sesi memasak.


Bukan tak reti masak, tapi malas. Tapi nak tak nak, cuti nanti, masak. InsyaAllah banyak je menu dah timbul dalam kepala ni. Ingat nak "master" buat nasi ayam dulu. Pastu buat mengada-ngada masak ayam masak ros. Haha.


Ok, this is just a short update, so I guess that's all. Still got 3 papers left next week. Pray for my success, InsyaAllah. It's gonna be a long weekend. Yet I know I need a break...


p.s.: World is just tireless...

Saturday, October 30, 2010

0 They Affect You!

Siapa mereka? Orang di sekeliling anda. Diorang sebenarnya sangat memberi efek kepada hidup anda. Sebenarnya teringat nak tulis post ni sebab ada seorang rakan ada menyebut, "roommate kita akan affect kejayaan kita."


Aku tersenyum dengar memandangkan dia merupakan roomate first aku kat umk. Kitorang share macam-macam bersama and paling best semuanya tak memberi masalah. Keadaan hidop aman dan damai kat aras 1 depan tandas (haha highlight tandas la plak kan).


Pe kan daya, jadah pe tah tetiba baru masuk sem 1 tu, tetiba diorang buat kecoh kata nak pindahkan semua budak aras 1 sebab nak kosongkan untuk bagi orang luar yang dtg melawat tinggal (padahal takde sape pun teringin nak datang masa tu). Dan terpaksa pindah.


Dari situ bermula kembara hidup yang pelik. Pergi bilik yang penuh kegilaan dan macam2 lagi. Tapi ada kemanisan di situ, cuma biar aku simpan sebagai kenangan.


Then next sem, switch room sebab asrama tu bongok susunan dia. Diam2 tukar bilik dan bahagia di situ untuk beberapa sem. Then change room and change another roomate. Another bahagia moment but penuh dengan kelalaian (haha tak nak cakap kenapa).


Then here comes this sem. Same roomate except for one. Same face, but new environment. The one I hate the most. They were not a dickhead but they changed as a dickhead. They are not a tard but they changed to a tard.


Ok ada yang cakap, kenapa tak cakap dengan diorang? Jawapan mudahnye. Diorang dah tinggal dengan aku selama 2 tahun. Takkan tak faham lagi? Kalau lelaki perempuan dua tahun berkenalan dah boleh kawen. 2 tahun tak faham lagi, payah la nak cakap pe kan. Fikir sendiri la.


Sorry to say but this is one of the reason why dean list in my university never earn my respect. Pandai otak, bodoh sosial. Sebab ada dean list cam ni la dekan aku plak buat program pelik2 dipanggil kemahiran insaniah. Sebabnye dia risau dengan dean list yang tak reti nak tonjolkan diri ataupun tak reti nak cakap kat depan.


Haha pandai btol dekan. Takde plak nak buat program tolong yang kurang excel ke apa, yang tu plak yang dirisaukannya. Bagi aku, dah otak pandai, pandai2la ko nak survive kan. Tapi hakikatnya diorang takkan mampu jadi kompetitif bila diorang tak mampu nak bercakap depan orang.


Oh well whatever. I have endured enough. Next sem would be L.I. and the upcoming semester would be 10 months from now. That is a long break, a break from dumb ass. Be glad and patience.


p.s. : Biar kesabaranku Allah izinkan untuk bertamu agar aku layak memilih bidadari syurga pilihanku di hadapan seluruh umat manusia di hari Kebangkitan nanti.

Thursday, October 28, 2010

0 Heaven and Hell, Ke mana kita?

Dipetik daripada sebuah hadis, sahabat bertanya kepada Rasulullah S.A.W., "Ya Rasulullah, bolehkah kita mengetahui penghuni syurga dan neraka daripada bumi ini lagi? Jawab Rasulullah,"Ya, kamu boleh mengetahui." Para sahabat berkata, "jika begitu mengapa lagi perlu beribadat lagi (jikalau sudah ketahui di mana pengakhirannya)?" Rasulullah S.A.W. menjawab,"setiap orang telah Allah permudahkan baginya (syurga dan neraka)."


Apa maksud telah Allah permudahkan bagi kita syurga dan neraka? Di sini, maksudnya, setiap perkara yang kita lakukan, telah Allah permudahkan hala tuju kita. Maknanya, kalau seseorang tu telah Allah tetapkan baginya syurga, dia sangat mudah berbuat kebaikan dan jika seseorang itu Allah tetapkan baginya neraka, dia sangat mudah berbuat kejahatan.


Seorang pembunuh, mengapa dia membunuh? Kita selalu fikir orang jenis apa la ni sanggup rogol pastu bunuh, sanggup bunuh keluarga sendiri, sanggup mencuri, merompak, meragut (bukan kambing semestinya) semua. Kalau kita tertanya maknanya, Allah tak mudahkan bagi kita melakukan perkara tersebut tapi Allah mudahkan bagi orang yang melakukan perkara tersebut untuk buat benda macam tu.


Bila kita terasa sangat susah buat kebaikan, sebenarnya Allah dah mudahkan keburukan dan kezaliman untuk kita lakukan. Bila kita mudah buat kebaikan, sebenarnya Allah jualah yang mudahkan bagi kita jalan untuk melakukan kebaikan. Contoh terbaik yang dapat diberi melalui apa yang didengari semalam adalah, andai kata kita mudah bangun untuk solat subuh, itu bukan maknanya kita ni bagus, tapi sebab Allah dah permudahkan kita untuk bangun. Kalau orang yang tidak Allah permudahkan, sedar la berapa kali pun waktu subuh, tak tido la sampai pukul 7.30 pun, tak semestinya dia akan melakukan perkara tersebut.


Bukan bermakna kita diberi kemudahan sesuatu perkara kita akan selamat pada jalan tu saja. Masa macam ni la nafsu dan syaitan mengambil peranan. Mungkin susah kita melakukan keburukan, tapi dugaan dan hasutan syaitan mungkin boleh menyebabkan kita terjerumus andai kita tidak berhati-hati. Mungkin kita seorang yang alim, tapi bila berdua-duaan, secara tak sedar kita mungkin terjerumus dalam perangkap syaitan.


Perkara yang sama untuk orang dimudahkan keburukan. Bukan bermakna tiada jalan untuknya ke syurga cuma jalan itu disukarkan. Tapi dari kesukaran itulah adanya kemanisan iman betul? Mungkin sebab tu bila kita tengok orang yang bukan Islam, tak kisahlah dari negara mana pun, ataupun orang yang bertaubat nasuha, dia lebih arif dan peka daripada orang yang sedia Islam sebab mereka merasai kemanisan iman tersebut.


Justeru tatkala kita dipermudahkan oleh Allah untuk menjalankan perintahnya, bersyukurlah kita bersama agar lebih Allah permudahkan lagi dengan syukur dan taqwa kita dan semoga kita kekal di jalan Allah, mendapat husnul khatimah sebagai pengakhiran kita. Biarlah akhirnya kita dibangunkan bersama para sahabat, alim ulama dan orang-orang yang beriman antara kita dan bersama mereka melintasi titian sirat dengan mudah, insyaAllah.


p.s. : semoga setiap amal kebaikan yang ingin aku lakukan, Allah permudahkan dan amal keburukan, biarlah Allah sukarkan, sesukar-sukarnya... Amin...

Tuesday, October 26, 2010

0 Awaken...

Alhamdulillah, semenjak dua menjak ni, dunia dikurniakan seorang lagi pendakwah Islam yang menyusur jalannya melalui muzik. Iramanya yang lembut serta suaranya yang merdu menjadikan lagunya turut diputarkan di merata-rata tempat (termasuk tone mesej aku yang di"set"kan dengan lagu Barakallahu lakuma).


Dalam asyik kita menyanyikan lagu-lagu dendangan Maher, rasanya kita tak harus ketepikan diri kita untuk memahami maksud lagu-lagu tersebut.


Satu yang menarik minat aku daripada banyak-banyak lagu Maher Zain ni adalah lagu Awaken. Lagu ni kalau dibaca lirik dia dan dihayati, memang sebenarnya mengingatkan kita bukan untuk asyik tuding jari, tapi muhasabah diri kita sendiri.


Macam satu contoh ayat dia, "Yes it's easy to blame everything on the west". Memang mudah kita nak kata apa yang berlaku kat kita, masalah sosial, budaya kuning, semua kita tuding, sebab pengaruh budaya barat, masyarakat kita jadi macam ni, macam tu, macam ni. Senang tapi kalau kita fikir sendiri, sebenarnya, adakah kita cukupkan diri kita dengan ukhrawi atau penuh dengan gejala duniawi?


Kita puas hati dengan apa yang kita ada, harta kita, tapi yang tu ke yang Allah nak daripada kita? Tu ke tujuan penciptaan kita di dunia? Nak keluarkan dalil naqli terlampau banyak menceritakan tujuan penciptaan kita di dunia.


Sekarang dah sampai masanya untuk kita kembali muhasabah diri kita. Jari jangan hanya pandai menuding ke arah barat bila berlaku masalah sosial dalam negara. Barat sendiri tak pernah dengar masalah pasal buang bayi yang kritikal. Justeru, sapa yang cipta masalah buang bayi ni? Kita kan?


Aku pernah berada di sebuah negara Eropah. Cukup dikatakan, masyarakat diorang lebih baik daripada masyarakat kita. Lebih menghormati dan berbahasa tanpa adanya kempen budi bahasa (ceh buat malu je budi bahasa budaya kita, budaya mangkuk ayun ada la). Kalau korang pernah terkena(sebab aku pernah terkena, nampak sangat "budi bahasa budaya kita" tak ley pakai), korang akan tau apa tu budi bahasa dan sebagainya dalam masyarakat kita.


Yang penting, jangan sibuk menyalahkan orang bila kita sendiri yang cipta semua masalah tu sendiri.


p.s. : awaken... look at ourselves... point at ourselves before pointing at them...

2 Salam Jihad Menentang Hawa Nafsu

Di kesempatan yang sangat sedikit, aku mencari sedikit masa terluang untuk mengisi blog daripada dibiarkan terus kekosongan, terhenti camtu je. Walaupun dalam kesibukan nak final, tapi rasanya, long term learning dan pembelajaran untuk hidup serta proses ingat-mengingatkan ni harus diteruskan tanpa ada sebarang alasan untuk dihentikan.


Selalu disebutkan sebenarnya bahawa nafsu ini merupakan sesuatu yang sangat besar malah sangat terkenal tentang persoalan yang pernah ditanyakan oleh Imam Al-Ghazali kepada anak muridnya, mengenai apakah yang terbesar.


Aku tak nak mengetengahkan hadis yang menyebut mengenai jihad menentang hawa nafsu itu adalah besar sebab baru dapat info yang hadis tersebut adalah hadis dhaif (dilemahkan oleh beberapa orang seperti Al-Baihaqi, malah disebut oleh Yusuf Qardhawi sebagai hadis yang lemah-- cuma termasuk dalam salah satu cabang jihad yang dituntut terhadap umat Islam).


Jadi kita terus saja kepada pengetahuan yang kita tahu, iaitu adalah dituntut untuk menentang hawa nafsu. Nafsu, macam ramai daripada kita yang faham sangat hebat angkara dia. Nafsu untuk membeli belah, makan, nak kaya dan sebagainya membawa impak yang sangat besar kepada hidup kita.


Jika tidak dilawan, nafsu mampu menguasai minda kita menyebabkan kita dikongkong oleh hawa nafsu. Apa akan berlaku? Berlakulah keadaan yang terlebih belanja, kalau nafsu membeli belah dan sebagainya.


Kita jugak harus faham yang nafsu lelaki satu dan nafsu wanita sembilan. Tetapi kekangan nafsu kaum adam sebenarnya lebih susah untuk dikawal berbanding kaum wanita. Tapi bila kita sandarkan nafsu kita kepada iman, insyaAllah kita akan punya kekuatan untuk melindungi diri kita daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah S.W.T.


Sememangnya dan tak dapat dinafikan jihad menentang hawa nafsu sangat hebat dan sangat menuntut kekuatan diri yang utuh dan mental yang kuat. Serangan terhadap mental lebih memberi kesan sebenarnya terhadap fizikal.


Cumanya bila kita mula terasa seperti dikawal nafsu, carilah cara untuk melepaskan diri anda daripada terus mengikut telunjuknya. Contohnya, kalau nafsu nak shopping, beringat kepada diri anda, ishh ptptn tak cukup ni, nanti nak kena bayar ni la, bayar tu la, baik aku simpan duit.


Bila kita mampu membentuk diri kita dengan mengingatkan kepada perkara sedemikian, kita akan lebih teratur keadaan kita dalam mengawal nafsu.


p.s: SAlam jihad menentang nafsu anda...

Sunday, October 24, 2010

0 10 Minutes Retreat

Ok sangat busy sekarang cuba menyiapkan report. Tapi sebab mengantuk (thanks to setan roomate yang buatkan aku asyik terjaga malam semalam) dan sangat takde idea, aku cuba amek masa paling kurang 10 minit untuk isi blog ni sekejap.


Memetik Firman Allah S.W.T. yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka... " (QS At-Taubah: 111)


Menerusi firman ini jelas menunjukkan sebagai umat Islam, kita harus mengabdikan diri kita secara total kepada Allah S.W.T. kerana kita sebagai hamba adalah wajib untuk kita mengikuti perintah dan meninggalkan larangan Allah.


Tapi, masa baca ayat ni, aku terhenti sekejap, berfikir sejenak. Cuba tengok ayat ni. Menunjukkan pengorbanan yang kita lakukan demi Allah. Mengingatkan kita kepada Saidatina Khadijah Khuwailid yang mengorbankan hartanya untuk Islam, tidak lupa kepada Usman bin Affan r.a.


Membeli diri kita merujuk kepada perjuangan kita, merujuk kepada jihad kita, merujuk kepada iman kita. Justeru, aku terfikir. Aku jualkan diri yang bagaimana kepada Allah? Adakah diri aku ni layak dibeli oleh Allah?


Diri yang macam mana kita nak jualkan kepada Allah yang telah menciptakan kita? Yang telah mengurniakan rezeki dan segala yang ada di sekeliling kita? Adakah diri yang penuh dosa noda? Adakah diri yang tidak wujud segelintir rasa syukur dalam hati?


Analoginya sama. Jika kita menjual barang yang tak elok, adakah pembeli tu akan berpuas hati selepas bayaran yang dibuatnya? Apa pembeli tu akan buat bila dia tengok barang yang dibeli dah rosak dan buruk? Paling kurang dia pulangkan, paling teruk anda didakwa, disaman.


Sebagai peringatan bersama, marilah kita bersama-sama membentuk dan menjual barangan yang terbaik untuk dibeli oleh Allah S.W.T. selepas segala harga yang dibayarnya kepada kita, apa kita tidak perlu memberikan yang terbaik kepadaNya?


p.s: Wallahualam...

Friday, October 22, 2010

0 Bila Kita Sebut Pasal...

Line internet malam ni sangat lambat. Jadi sementara nak tukar lagu kat page, aku nak menulis dulu. Nak diceritakan bagaimana lambat? Nak bukak google pun ambik masa.


Malam ni tak tau nak sentuh pasal apa. Ada yang mintak untuk dituliskan pasal air dan elektrik dan macam-macam lagi. Tapi rasanya elok aku menulis pasal khitbah sebab yang tu aku yang buat janji.


Aku bukan orang yang mahir dalam bahagian ni tapi sikit-sikit bolehlah. Sekadar nak memberi pendedahan kepada yang belum tahu dan nak bagi sedikit ilmu kepada yang bercinta di alam remaja.


Kebetulan pada waktu ni, ada seorang rakan yang sedar, selepas dia bercinta dengan seseorang, dia semakin melupakan rakan-rakan dia. Seperti diheret jauh daripada diorang, kurang dan sebagainya (biasa la, orang kita sekarang bila dah couple, makan nak bersama, semuanya nak bersama).


Tak nak point kan lebih-lebih, sikit cukup. Nak tanya kat sini, mengapa bercouple? Adakah sebab kita terpengaruh dan teringin sebab tengok rakan-rakan lain semuanya dah berdua ke sana sini? Atau adakah sebab kita yakin yang dia adalah "the one" untuk kita? Kalau dia "the one" untuk kita, dia sayang kita je ke? Pernah tak dia fikir orang-orang di sekeliling kita?


Rasanya tu dah cukup banyak persoalan untuk kita tanya pada diri kita. Kalau dia sayang kita, dia seharusnya sayang orang kat sekeliling kita jugak kan? Dia mesti fikir pasal orang sekeliling kita jugak kan. Kalau setiap hari, dia asyik heret kita merata, sampai hubungan kita dengan kawan-kawan renggang, that is selfish.


Apa-apa pun, tu bukan point kat sini. Point kat sini, bila kita suka seseorang, jangan nak tackle dia ataupun jangan cuba dapatkan untuk jadikan dia kekasih anda. Tapi idamkan dia sebagai suami atau isteri anda.


Mengapa?


Eh, tak nak lah. nanti orang cakap aku gatal.


Eh please ok. Lagi gatal ko anggap dia sebagai kekasih ko. Dok heret ke sana ke mari, suke ihik, suke ehak, suke ehuk, macam-macam. -.-


Bila kita idamkan seseorang sebagai pasangan hidup, kita tahu kita nak yang terbaik. Betul kan? Bila kita inginkan yang terbaik, kita akan lebih teliti dalam pertimbangan dan bukannya ikut nafsu muda semata.


Bila kita nak yang terbaik, kita akan cuba menjadi yang terbaik, berubah diri kita demi untuk mendapatkan yang terbaik. Betul kan?


Bila kita dah mula jatuh hati, tetapkan hati. Dan mulakan solat istikharah. Sehingga Allah bagi ketetapan dalam hati, masa ni, yakinkan diri untuk khitbah. Apa tu? Macam tak pernah dengar je. Macam-macam.


Khitbah ni maknanya melamar. Secara Islamnya, teramat mudah kita nak bertunang. Cuma disebabkan adat dan sebagainya, benda jadi rumit. Dalam Islam, anda sah sebagai tunang seseorang jika:


A: awak, saya nak awak jadi isteri saya. Awak sudi tak?
B: saya sudi.

Jeng! Jeng! Jeng!


Ya! Anda sudah bertunang! Tahniah!


Tapi apa fungsi khitbah ni? Meh nak tanya balik, abeh yang korang gatal bertunang buat hantaran cincin tunang la apa kejadah tu buat pe? Sama la konsep dia.


Cuma yang ni low cost dan kurang hebahan. Sekadar camtu je. Cmne pun, orang tu dah terikat dengan kita dan selagi pihak lelaki tidak memberi izin atau memutuskan pertunangan, wanita tu haram dilamar lelaki lain. Ini disebut dalam hadis Nabi S.A.W:


"Seorang mukmin itu adalah bersaudara atas saudara mukminnya yang lain, justeru adalah haram baginya untuk melamar wanita yang telah dilamar oleh saudaranya."


Seperti yang disebut tadi, khitbah atau bertunang adalah satu fasa dalam hidup yang mana, memberi peluang kepada pihak lelaki dan wanita untuk lebih mengenali antara satu sama lain dan mencari titik sefahaman antara mereka.


Bila kita melamar atau dilamar, kita, seharusnya dah tahu, saat kita lafazkan khitbah dan saat kita menerima khitbah, kita tak bersaksikan oleh orang ramai seperti anggota keluarga dan sahabat handai. Tapi yang menjadi saksi lamaran dan khitbah tersebut tidak lain adalah Allah.


Jadi, at least, bila kita fikir nak berlaku curang, atau bila kita fikir nak buat yang buruk di belakang tunang kita, atau jika kita nak tinggalkan tunang kita dan pergi kat orang lain camtu je, cuma ingat satu je, saksi anda adalah Allah Azza wajalla. Bila bersaksikan Allah, anda telah melamar dan menerima lamaran di hadapannya. Kalau anda tidak berasa malu untuk curang kepada tunang anda, malulah kepada Allah yang telah mengikat tali pertunangan anda.


Jadi, bila sebut khitbah, tanggungjawab dia bukan sikit tapi sekurang-kurangnya, kita dah mula belajar untuk lebih bertanggungjawab sebagai persediaan menuju alam perkahwinan.


Selain daripada tu, ada alternatif lain, iaitu nikah khitbah. Jangan salah faham antara nikah khitbah dan nikah misyar. Dua benda berbeza. Sila search dan anda akan jumpe jawapan.


p.s. : Banyak sangat dah tulis post pasal cintun cintan neh...

0 Allah, Redai Jalanku...

Dakwah menjadi kewajipan bagi setiap umat Islam, tak kiralah sesiapapun. Dakwah tak semestinya ditujukan kepada orang yang bukan Islam semata, sebab ramai yang beranggapan sedemikian.


Namun dakwah pada hakikatnya memberi fokus kepada menyeru kepada yang ma'ruf dan mencegah perkara yang mungkar. Dalam hal ni, kita kena sedar, sebelum usaha dakwah diteruskan dengan lebih meluas, umat Islam sendiri haruslah berubah menjadi lebih baik terlebih dahulu.


Justeru medan dakwah kini haruslah lebih terkini dan tidak hanya tertumpu kepada era zaman dahulu. Apabila sesuatu isu sebagai contoh isu couple diketengahkan dalam usaha berdakwah pada era moden kini, pendakwah seharusnya turut berevolusi dalam menyampaikan pesanan kepada masyarakat selaras dengan peredaran zaman, pada masa yang sama, tegas menyampaikan ajaran.


Sebagai contoh, jika mengetengahkan isu mengapa sesuatu perkara itu diharamkan, pendakwah tidak seharusnya menggantungkan persoalan dengan jawapan yang noktah tanpa memberi penjelasan muktamad. Sebagai contoh, isu mengapa arak itu diharamkan dalam Islam? Tanpa evolusi, seorang pendakwah mungkin memberikan jawapan seperti, arak itu dapat merosakkan minda, arak itu menyebabkan berlakunya perkara lain, arak itu dah memang diharamkan Allah.


Namun, evolusi dalam berdakwah akan memberikan jawapan seperti ini, Arak ini pada asasnya adalah sesuatu yang halal untuk dinikmati. Kemudian, Allah menetapkan syarat supaya arak tidak dinikmati sebelum solat (nyatakan sebabnya). Akibat perbuatan arak, berlaku pergaduhan apabila akal manusia hilang kewarasan buat sementara waktu, malahan menyebabkan berlakunya zina, maka Allah telah mengharamkan arak kerana telah menyebabkan huru-hara malah disebabkan arak, larangan-larangan Allah yang lain telah dilanggar (sebagai contoh zina, pergaduhan membawa perpecahan, menyakiti saudara sendiri dan lain-lain). Disebabkan itu, arak menjadi haram. Tapi Allah itu Maha Adil. Sebagai balasan atas kesabaran mukmin di dunia, di syurga ada sungai yang dibuat daripada khamar tapi tidak memabukkan berdasarkan Firman Allah S.W.T. :

"47:15 "(Apakah) perumpamaan (penghuni) surga yang dijanjikan kepada orang-orang yang bertakwa yang di dalamnya ada sungai-sungai dari air yang tiada berubah rasa dan baunya, sungai-sungai dari air susu yang tiada berubah rasanya, sungai-sungai dari khamar (arak) yang lezat rasanya bagi peminumnya dan sungai-sungai dari madu yang disaring; dan mereka memperoleh di dalamnya segala macam buah-buahan dan ampunan dari Tuhan mereka, sama dengan orang yang kekal dalam neraka dan diberi minuman dengan air yang mendidih sehingga memotong-motong ususnya?"

Pokok pangkalnya, keindahan dunia itu Allah cipta sebagai ujian bagi kita, samada kita berjaya atau tidak adalah berdasarkan keteguhan iman kita. Tepuk dada tanya iman. Kenikmatan di dunia adalah kenikmatan sementara yang selepas matinya kita, kenikmatan itu tiada lagi untuk dirasa.


Menyebut tentang dakwah, kalau dulu aku memilih jalan nasyid sebagai jalan dakwah aku, semoga kini, aku memilih blog sebagai medan baru. Semoga Allah meredai dan memberu kemudahan dalam urusan duniaku dan urusan akhiratku. Amin....

p.s: Allahu Rabbi...

0 Kata Sahabat Tentang Lidah...

Sedikit petikan daripada sebuah majalah yang saya kira baik untuk kita kongsi bersama. Beberapa petikan para Sahabat Nabi S.A.W. mengenai lidah.


Kata Abdullah bin Mas'ud:
"Wahai lidahku, berkatalah yang baik, nescaya kamu beruntung, Atau diam dan dengarlah nescaya kamu selamat sebelum kamu menyesal. Tiada yang lebih layak dipenjara lebih lama melainkan lidah."


Kata Abu Darda:
"Dahulukanlah kedua-dua telingamu berbanding mulutmu. Sesungguhnya diciptakan dua telinga dan satu mulut agar engkau lebih banyak mendengar daripada berbicara."


Cukup 2 bagi menghormati isi keluaran majalah tersebut... Wallahualam...


p.s: sebagai renungan...

Thursday, October 21, 2010

0 Ya Allah, Tabahkan Hatiku!

Malam ni aku takde nak buat apa-apa komena ataupun kritikan pedas. Cuma nak buat sedikit update pendek, memandangkan kesibukan yang semakin meruncing masanya.


Sebelum aku tido, aku tengok langit dan aku tengok bulan dan sebutir bintang. Sejak beberapa hari ni, bulan dan bintang ni asyik bersama.


Enti, aku harapkan kita sepertinya. Bersama seperti bulan dan bintang tu. Dalam diam, kita menganyam cinta, bertasbih luhur pada Yang Esa, mohon diberkatinya perhubungan kita, mohon dikurniakan kesabaran dalam setiap usaha kita, mohon dikurniakan keyakinan dalam hati kita, mohon diberikan kejujuran dalam hubungan kita, mohon dilakarkan kepercayaan antara kita, mohon disuburkan dengan keimanan dalam jiwa.

Ya Allah, Tabahkan Hatiku

Ya Allah,
Telah Kautanamkan cintaMu dalam sekuntum mawar merah,
Harumnya, mekarnya menghukum aku untuk terus menyiramnya,
Doaku agar ia tumbuh kekal mekar.


Ya Allah,
Tabahkan hatiku dalam menjaga karenah mawarMu,
Lantaran rapuhnya dia,
Lantaran indahnya dia,
Sukar dipelihara.


Ya Allah,
Tabahkan hatiku menjaganya,
Lantaran tajamnya duri keindahan mawar suci,
Di situlah mahalnya mawar merahMu,
Durinya yang tajam,
Yang sering melukakan itu,
Yang sering melindung itu,
Kerana itu malunya,
Kerana itu maruahnya,
Kerana itu harga dirinya,
Kerana itu aku telah terpaut padanya.


Ya Allah,
Tabahkan hatiku,
Kerana kutahu,
Walaupun kadang-kadang tercucuk durinya,
Di situlah keindahannya,
Mawar merah berduri nyata,
Yang menjadi mahkota keindahannya.


Amin....


Kai
21/10/2010
2.25am

p.s. : Mawar itu indah kerana durinya, tajamnya mencucuk tetapi itulah yang menjadikan mawar itu lebih berharga.

Monday, October 18, 2010

0 Freaking Freak - HOTD

Damn hell! This anime is still haunting me. Of course I am definitely not satisfied with the production which has already decided not to continue making the anime.


However, it brought me to something that I can't forget though. There was this movie (I dun remember what). It was made by a college somewhere outside malaysia.


When I said, the movie made by that college resembles High School of the Dead. When I say resembles, I mean A LOT!


So when I watched the trailer at Youtube (erm I dun remember when but I think it was after our quarantine session in umk. Hehe so it kinda gave impacts on me when I watched it XD )


The story was about a college (or was it high school) which was quarantined due to the spread of diseases. So the students are not allowed to go out from the school and they had to live there.


The dark moment is when some of the students are turning into ... erm I wouldn't call it zombie. They still got their senses. Perhaps I should say, they turned animal like but they feed human just like in High School of the Dead.


The video quality was not the best but I'm impressed by the idea to make it real ( though I just realized it was a copy/resembles High School of the Dead). The movie was made by the students, was turned into reality at their high school.


Well from the trailer you can see they struggle to survive, fighting their own friends etc etc. They had to run away and seek refugee inside the school by locking the door bla bla.


So it was just like High School of the Dead. Perhaps the different is that in this student made movie, they are fighting within the school area and try to survive it from there too. I don't think the story was made outside of the school.


However, the story was amazing enough.


I found the video on youtube by coincidence and hopefully I can find it again.


To tell you the truth, I have this idea to make it in our university. (LOLOLOL)


Ok it may not sound proper but sometimes, it's not bad for us to do something to remember right? XD


But hell, it's crazy. Our walking dead gonna walk around the faculty and destroy everything and dean will kill us.


p.s: I wanna go look for it.

0 Abang, Adik, Akak (Dan Yang Sewaktu Dengannya)

Semalam, sementara menunggu beberapa rakan yang terpaksa menguruskan dewan untuk program diorang, aku sempat chatting dengan seorang rakan. Tak nak berselindung, seorang wanita.


Banyak juga yang menjadi bahan cerita. Tengah hangat bercinta, aku sempat mengorek rahsia, serba sedikit. Kebetulan semalam roomate aku agak busy, jadi aku sengaja buat lawak nak ajak dia makan malam sekali.


Jadi ceritanya, start di sini. Lepas gelak2, dia cakap sorry ar ada keje. Katanya, dia tak nak lagi amek gambar dengan lelaki lain dan keluar dengan lelaki lain. With exception of one person. Aku tanya, bukan laki ke budak tu. Dia cakap budak tu lain.


Aku tanya, apa yang lainnya? Dia just cakap, dia dah anggap budak tu macam abang kandung sendiri. Aku pun gelak2 je la. Dia cakap dia admire budak ni sebab sentiasa bersemangat nak perbaiki diri dan dia nak tolong bimbing budak tu. Katanya, aku tak perlu dibimbing, boleh bimbing diri sendiri.


Nak gelak dengar. Macam2 gak perasaan yang timbul semalam, cuma semestinya takde perasaan jeles/cemburu/kecewa atau yang berkaitan tak wujud. Tapi point aku kat sini malas nak tuju banyak dan bukan berunsur hasutan. Tapi sebagai peringatan.


Apa yang lucu daripada perbualan di atas? Mungkin ada yang dah dapat kesan, mungkin ada yang belum. Bagi yang belum, aku tak tahu la plak boleh ada exception untuk keluar dengan laki sebab dah anggap macam abg kandung sendiri.


Selama aku belajar takde la pulak kita boleh buat macam drama mandarin kat tv, dia berdiri, pastu cakap, oh aku bersumpah jadi adik beradik, pastu senang2 je jadi adik beradik. Or at least anggap. Bukan batu api, tapi sebagai peringatan.


Kalau tanya aku, dalam Islam sendiri, tak pernah ada exception camtu la plak dalam perhubungan antara lelaki dan perempuan. Pointnya di sini, kalau betul nak buat restriction, tak perlu ada exception. Laki tetap laki. Pompuan tetap pompuan.


Takde kesnya yang bagi exception dengan yg ni boleh sebab dah anggap macam adik beradik, dengan yang ni tak boleh sebab tak ada hubungan pa pe.


Camni ar, sedikit cabaran berbaur lucah atau tak senonoh (niat aku untuk menyedarkan). Andai kata anggap dia macam adik beradik, please tunjuk depan aku korang berpegangan tangan. Tak berdosa tu. Dan tak lupa jugak, aurat adik beradik cuma antara pusat hingga lutut.


Okey, bahagian aku dah tamat. Aku dah ingatkan. Andai betul tak nak keluar dengan lelaki, tak nak amek gambar dengan lelaki, biar tekad. Jangan pulak set, oh yang ni boleh, yang ni tak boleh.


Sekali lagi diingatkan, aku bukan terasa sebab dia cakap camtu, cuma aku nak ingatkan. Sebab ramai orang kita berfikiran camnila, yang dok ada abg angkat, adik angkat, sebab tu la semuanya terangkat. Kita risau, kita cegah, kita tegur.


p.s: Kalau terima nasihat alhamdulillah, kalau tak terima, terserah kepada tuan punya badan... Wallahualam...

0 Kai :O

Okai takde pa pe update terbaru cuma masa nak bukak blog aku, tersilap tulis nama (ter"enter" kat kai je) so, terkeluar beberapa page termasuk kat wikipedia. haha. Rupe2nye nama Kai ni ada banyak maksud yang menarik. Aku share sket ye, tapi sumber dia dari wikipedia.

(From wikipedia)

The name Kai (pronounced /ˈkaɪ/) has various origins and meanings in different cultures:

  • In Basque, Kai is a common word meaning "pier of a harbour" and a variant of the first name Kaio (from the old Latin name Caius)
  • In Burmese, Kai means "strong", or "unbreakable"
  • In Chinese, Kai is a given name which can be one of several characters. The most common Cantonese name is "繼" with five radicals for silkworms on sieve, meaning "unceasing (like silk)" or "following intimately (like silk)" or "continual (like silk)". The most common Mandarin name, "凱", meaning "victory" or "triumphant".
  • In Estonian, Kai is a female name meaning "pier"
  • In Finnish, Kai is a common male name meaning "probably"
  • In Hawaiian, Kai means "ocean"
  • In Hmong, Kai is a male name that is sometimes spelled Kha
  • In Japanese, Kai may mean "big water", "the ocean", "the sea" or "paddle". Kai may also mean "change" or "the action to correct", "mediation" or "concerning oneself with".
  • In Maori, Kai means "food", or the verb "eat" or "feed"
  • In Navajo, Kai means "willow tree"
  • In North Germanic languages, Kai means "keeper of the keys; earth". In Germanic languages, Kai means quay or safe harbor.
  • In Welsh, Kai is a popular given name normally spelt Cai, from the Arthurian legend of Sir Kay
  • In Yoruba, a Nigerian language, Kai means "love"

According to the 1990 United States Census, Kai is a very rare male first name. In Northern Ireland, data indicated that "Kai" experienced a significant rise in popularity as a male give name from 2002 to 2003. It has become popular in the UK, with many children born in the mid to late 1990s given the name.



Bersumber daripada wikipedia gak, ni nama2 orang yang penah gune nama Kai:



Kaj (the Germanic form of Kai)


For some reason most the person with Kai's name involved themselves as spiritual leader and arts (LOL! DOES THAT EXPLAINS WHY I KINDA LIKE LITERATURE A LOT?)


Well those are all coincidence. Nothing personal.


p.s: So nice, so cute XD

 

:: Bila Angin Berbicara :: Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates