Wednesday, October 28, 2009

0 Tipu dan Jujur

Aku tribute post ni kat sorang member aku yang mengingatkan aku semula kepada perkataaan jujur. Mengingatkan aku jugak pada satu artikel yang pernah aku tulis masa aku masih lagi editor buletin bahasa sekolah aku. Artikel yang bertajuk nilai sebuah kejujuran. Aku tulis macam mana kejujuran tu dikhianati oleh rakan sendiri dengan satu istilah, “masih ada yang sanggup menghunus pisau dan menikam rakannya dari belakang ketika rakannya sedikit terleka”.
Tapi tu bukan point aku sebenarnya. Point aku kat sini, aku tak hadir ke ceramah fakulti. Hampehnye semua kitorang tak gi tapi ada beberapa tangan yang gatal tolong tandakan untuk dua orang budak kelas aku. Tahniah kerana berjaya “hadir” dalam selimut mimpi. Maaf bukan nak bertindak sinis tapi tindakan tu menyusahkan seramai 24 orang lagi yang tak hadir jugak.
Niat aku, tulis surat. Sebab memang dah dilampirkan kat fakulti. Jadi aku pun niat paling bestnya, apa kata aku cakap dalam surat tu, aku pening kepala? Pening kepala kalau mintak surat doktor tu gerenti masalah ar. Pastu aku gi bilik member aku, aku tanya nak tulis apa untuk sebab tu. Ayat dia satu je, jangan tipu. Tak baik tipu.
Pastu dia bukak satu ceramah daripada seorang kiyai daripada jawa. Ceramah dalam bahasa jawa tapi sebab member aku ni orang jawa jadi dia tolong translate untuk aku. Kata kiyai tu mudah je. Orang yang mula menipu secara tak sedar dia buat banyak sangat dosa. Mesti ramai tanya, camne banyak dosa padahal tipu satu je, contohnya pening kepala tadi kan.
Kiyai tu bagi contoh. Seorang murid ni datang lambat ke sekolah. Sampai kelas lambat, jadi cikgu dia tanya.
Cikgu: Kenapa lambat? Orang dah mula kelas lama ni.
Murid: Basikal saya rosak cikgu. (TIpu 1, Dosa 1)
Cikgu: Macam mana basikal kamu rosak?
Murid: Tayar tercabut cikgu. (Tipu 2, Dosa 2)
Cikgu: ooo, tayar mana yang tercabut?
Murid: Tayar belakang cikgu. (Tipu 3, Dosa 3)
Cikgu: (Tengok basikal) Eh, tadi kata tercabut, ni elok je pun.
Murid: Oh, tadi bengkel member saya dekat je, saya pergi repair kat sana, jadi sebab tu dah elok (berapa banyak tipu dalam ayat ni daa)
Nah, tu berapa banyak dosa dah dia buat tanpa dia sedar. Kalau makin banyak cikgu dia tanya, makin banyak dosa yang dia kena tanggung. Semudah mungkin, cakap jujur, bangun lambat cikgu. Bila sebut bangun lambat, dah selamat kat situ. Takde soalan lanjutan. Mungkin ada tapi sebab kita dah mula dengan jawapan jujur, mesti kita teruskan dengan jawapan jujur. Kan tak rugi pa pe.
Jadi aku terima kasih banyak-banyak kat member aku ni yang mengingatkan aku kepada perkara ni. Lebih menarik, untuk mengingatkan aku, dia sanggup translate yang bahasa jawa lagi. Alhamdulillah, aku decide untuk cakap yang jujur. Dan insyaAllah, kejujuran, Allah akan bantu selagi kita di jalan yang benar.

Friday, October 23, 2009

0 Tak tau la apa nak jadi...

Entah kenapa, aku sendiri tertanya-tanya kenapa dalam beberapa minggu ni aku dikelilingi oleh orang yang suka bertindak bodoh padahal dia dah cukup pandai. Aku tak nak tuding kat sesapa tapi kata orang semudah mungkin, siapa makan cili, dia yang terasa pedasnya. Demi Tuhan, sepanjang hidup aku, ni imtihan yang paling berat pernah aku hadapi. Makin dekat dengan imtihan, makin ramai orang bijak pandai yang bertindak bodoh merapati aku.
Masa ni aku dah mula percaya kata Imam As-Syafi'e, semakin banyak kita belajar, semakin banyak sebenarnya yang kita tak tahu. Tapi nampaknya, yang ada kat sekeliling aku ni, semakin banyak dia belajar, semakin pandai, semakin menunjukkan kebodohan yang mendekatkan lagi kepada satu lagi kata-kata orang, seseorang yang pandai tu sebenarnya lebih hampir menunjukkan kebodohan dia. Dan aku percaya amat dengan benda ni.
Daripada analisis aku, mintak maaf kepada yang balance, tapi ni yang tak balance. Kebanyakan orang-orang yang Allah kurniakan nikmat kepandaian, kefahaman ni, hablum minannas dia = zero. Dia tau subjek, boleh jawab mantap ya Rabbi, tapi bila bab hubungan dengan manusia ni, dia punya percentage tu = 0. Kalau dalam bab correlation regression tu, boleh kata correlation coefficient tu sama dengan 0 arr. xde wujud correlation.
Aku malas nak cakap banyak, nanti orang cakap aku membebel pulak. Tapi aku cakap satu benda yang hakikat. Kalau rasa pandai dalam subjek, alhamdulillah syukur, tapi hubungan dengan manusia, tolong hormati hak asasi orang lain. Syukran...

Wednesday, October 21, 2009

0 Aku... Kagum...

Dua ayat saja yang dapat aku ungkapkan kat sini. Aku kagum. Mungkin ramai pikir, kagum dengan siapa, dengan apa? Bonda Melly Goeslow, bilang orang indonesia. Aku kagum sebab ilham yang ada pada Melly Goeslow menyebabkan beliau menjadi seorang diva yang sangat disegani.
Aku ambik contoh sikit je cukup arr. Lagu-lagu dia sejak dari awal kemunculan, Melly muncul dengan lagu Jika (kalau tak silap aku dan kalau korang masih ingat). Lagu tu cukup menjadi siulan ramai orang. Termasuk aku.
Dan sejak dari tu, lagu-lagu daripada indonesia berevolusi dengan pantas. Muncul lagu-lagu mantap terutamanya daripada filem-filem Indonesia. Kalau kita tengok belakang tabir, oh Melly Goeslow yang cipta lagunya. My Heart, Pencinta Wanita, Ku Bahagia, Ada Apa Dengan Cinta, Ketika Cinta Bertasbih dan banyak lagi cukup mengagumkan aku arr. Sebab apa? Satu sebab bila ada je filem baru indonesia, Melly akan turun padang untuk volunteer (tu yang aku dengar untuk drama Ketika Cinta Bertasbih) mencipta soundtrack cerita tersebut. Ini merupakan satu promosi cerita dan juga promosi untuk penyanyi dan lagu-lagu ciptaan Indonesia juga.
Dah puji sana, aku nak kutuk sini. Aku rasa kalau kita punya drama, satu, kualiti memang hampeh dah arr (kebanyakannya, tak yah cakap yang mana, korang tengok pun boleh nilai la), cuba arr buat satu lagu special untuk memeriahkan cerita yang sememangnya tak meriah tu. Jadi cuba reka satu lagu sedap nak promote cerita yang bosan tu.
Aku rasa Melly Goeslow punya kualiti lagu, xde pencipta lagu malaysia dapat lawan. Pandangan aku je...

Monday, October 19, 2009

0 Aah Sudah...

Jadi pilihan raya bakal berlaku... ada beberapa mulut dah mula sebut nama aku. Aku cuma dapat nyatakan mulut-mulut ni mulut yang bergerak sebelum otak bergerak. Sekali lagi bukan berniat nak kutuk sesapa tapi susah kan orang yang susah nak faham keadaan kita ni?
Aku rasa malu bagi pihak orang yang dapat 3 pointer yang hebat-hebat daripada aku. Sebab apa? Sebab korang hebat giler study, tekun... Jawab exam bergaya, result keluar melonjak. tapi bila bab nak jadi pemimpin untuk orang lain, mesti cari orang yang pointer rendah jadi ketua.
Hey, malu la sikit. Korang hebat giler dalam subjek, takkan bila sampai bab memimpin dah mengaku kalah kot? Pastu serah kat orang yang tak hebat jadi ketua kan? Soalan aku semula. Adakah orang yang bijak-bijak pandai ni hanya pandai belajar tapi tak pernah nak belajar untuk mengetahui keadaan sekeliling dan tak tahu langsung cara untuk empati?
Soalan lagi. Tak malukah orang yang bijak-bijak ni dipimpin orang yang lemah atau tak pernah fikir ke macam mana sesuatu organisasi apabila dipimpin oleh orang yang lemah? Pernah dengar kisah Sun Tzu? Kalau Sun Tzu tak jadi pemimpin tentera, dia serah kat orang yang lemah, boleh ke diorang menang dalam perang?
Aku belajar semua daripada pengalaman. Contoh masa aku form 5, kitorang, Badan Dakwah dan Kerohanian (BADAR) ada calon yang sangat hebat untuk jadi pengerusi BADAR untuk ganti pengerusi lama. Pelajar ni hebat bertarannum, bacaan molek. Kalau diikutkan, dialah yang paling sesuai jadi imam antara pelajar lain. Tapi kitorang tak pilih dia jadi ketua sebab dia tak perform dalam study. Kitorang beri pangkat tu kat BADAR yang dapat skor tinggi dalam exam sebab sebagai ketua dan pemimpin organisasi, kalau setakat ada pangkat, tapi skor rendah, apa yang dia cakap dan apa pandangan dia akan dipandang rendah oleh orang yang skor hebat dalam exam.
Mungkin tu andaian kitorang tapi hakikatnya kitorang dah tengok benda ni berlaku kat senior kitorang yang akhirnya letak jawatan dan menyerahkan jawatan pengerusi kepada pelajar yang juga skor tinggi dalam exam.
Pendek kata, fikir sebelum buat. Jangan malukan diri sendiri. Korang ada maruah tapi kat mana korang letak maruah korang tu? Kalau korang kira maruah korang, kira jugak maruah orang yang korang akan jatuhkan lebih rendah daripada orang lain.

Friday, October 16, 2009

0 Ketua??

Gler ke apa si Z ni! aku bagi pendrive kat lecturer untuk amek nota pun boleh dianggap sbg ketua yang baru ke? ni satu pemikiran orang yang suntuk pemikiran. nak main lepas tangan macam tu je supaya senang hidup di masa depan.
bagi aku, untuk pemilihan ketua, aku suka untuk serahkan jawatan camni kat orang yang dapat skor sebagai dean list. Satu sebabnya, seorang ketua ni adalah contoh. Contoh dari segi wibawa dan jugak akademik. masa aku kat matriks jadi ketua, aku rasa rendah diri sangat sebab cikgu-cikgu semua pandang aku, kenal aku, pastu tgk markah dan pointer aku teruk (jujur aku cakap, aku kedua paling teruk dalam kelas, tak penah skor smpai 3 pointer pun). aku rasa tak layak langsung nak jadi ketua. jadi aku tegaskan lepas aku kuar matriks, ketua lepas ni mesti orang yang tinggi pointer dia.
bayangkan, ramai cikgu kenal ko sebagai ketua, pastu tak dapat skor? ni antara pengalaman masa kat sekolah dulu. jadi aku mintak kalau bley, pengganti ketua baru kita, kita bagi kat dean list. Satu hujah aku paling berat. korang dean list, korang dah pandai dalam study, tapi pandai ke korang dalam mengurus? ni la masanya untuk korang belajar sebab tak guna terer dalam study je tapi bab pengurusan hampeh. bila lagi korang nak belajar kalau bukan sekarang? aku? aku dah ada pengalaman jadi ketua tapi aku belum cukup kuat dari segi akademik, atas dasar tu, aku nak fokus untuk study aku.
tapi serius, satu benda, kenapa Z beria-ria nak lepaskan jawatan ketua padahal budak kelas lain, ketua diorang stay? satu benda untuk Z dan bebudak kelas aku. Korang terlalu gila nak naikkan nama kursus sampai korang terlupa satu benda. hubungan antara sesama ahli kelas. sebab ikatan tu tak wujud dan korang terlalu gilakan kursus kita dikenali ramai, jadi wujud perasaan tak puas hati, tekanan daripada setiap ahli, kutuk-mengutuk dan sebagainya. sebab tu ketua yang ada sekarang nak tukar. sebab tekanan dalaman. puncanya? keghairahan dan kegilaan menjulang nama kursus yang padahal group lain buat bodo je tapi dalam diam, apa program diorang buat berjaya pada masa yang sama mengeratkan hubungan sesama diorang.
Weh, matang ar sket, bro!

0 Tension!!!

Satu minggu dah hampir tamat. Tinggal lagi lebih kurang dua minggu untuk exam. Aku tak mula study lagi. bukan aku malas dan bukan aku takde hasrat nak berjaya tapi beberapa hari ni banyak gler masalah yang datang. macam satu ujian buat aku untuk semester ni.
aku dapat rasakan pointer yang baru aku bina untuk sem lepas akan jatuh sem ni. Satu sebab biometri. subjek yang tak pernah lekat apa yang diajar masa dalam kelas. dua sebab masalah-masalah yang timbul ni arr.
Aku pikir aku akan benamkan masalah ni dalam-dalam menjelang hujung minggu ni. start minggu depan adalah minggu untuk study. dan aku harap aku dapat fokus untuk dua minggu yang mendatang.

Monday, October 12, 2009

0 Trip Kos Etika Profesional

Petang kelmarin sepatutnya kelas Etika Profesional berjalan macam biasa tapi diganti dgn satu trip ke Rumah Anak-Anak Yatim kat area-area sini jugak. Mula-mula nak pergi cam hampeh arr jugak sebab bas yang ada satu je untuk trip kitorg, jadi kena ulang alik dua kali. Group lelaki datang dengan trip kedua. Kitorang tunggu kira lama arr gak sampai aku boleh terlena kejap dan boleh pulak ada orang datang promote broadband kat kitorang.

Bila bas tu sampai, kitorang naik. Nak dijadikan cerita bukannya jauh pun. Cuma diorang ada masalah nak melawat tempat tu sebab lecturer kitorang tak sampai. Jadi tersangkut jap. Dah tu, sampai, takde pulak lecture kitorang bagitau kat mana nak pegi. Jadi kitorang jalan sampai ke asrama anak yatim perempuan. Sampai sana budak perempuan kata tempat ni perempuan punya. Nasib baik ada akak sorang datang bagitau kitorang kena pegi yang bahagian depan tapi jadi keje la pulak nak kena patah balik. Tak kisahlah tu.

Sampai je kat situ, kitorang solat asar dulu. Pastu berkumpul dengar penjelasan daripada lecturer kitorang. Kitorang ditugaskan untuk menemu ramah pelajar-pelajar yang tinggal kat rumah tu. Lepas setiap seorang pelajar kat rumah tu diserahkan kepada setiap seorang kami. Ada yang dapat dua pelajar dan ada yang dapat satu. Aku dapat dua orang tapi sebab ada sorang budak ni tak dapat adik angkat, aku bagila adik angkat aku kat dia. Kesian. Hehe.

Adik yang bersama aku seorang pelajar darjah enam yang berasal dari Jeli. Aku cuba korek sikit demi sedikit rahsia. Terpaksa sebab kena buat report kan. Tapi aku datang ikhlas eh. Risau jugak aku sebab aku takut apa yang aku tanya terlalu jelas tanpa selindung, nanti dia menangis kan. Siapa tahu hati dia. Jadi aku cuba sehalus mungkin tanya dia, dan aku xnak selindung yang aku sebenarnya berdebar sebelum buat temu ramah ni lebih lagi daripada aku handle satu group bebudak dalam program kaunseling kelompok. Sebab aku takut aku menyebabkan dia menangis walaupun aku ada plan nak buat macam tu sebab dengan cara tu, dia akan mula cerita perasaan dan rasa hati dia.

Aku rasa hampa dan kecewa sebab aku tak mampu nak korek rahsia daripada dia. Memang aku cuba tanya soalan demi soalan dan dia lebih banyak tersenyum dan yang paling aku banyak aku perhati pada muka dia ialah mata dia sebab dekat situ, lahir semua perasaan. Mata tu jernih, cukup jernih. Dan aku risau apa yang aku soal mencalarkan kejernihan mata tersebut. Aku risau jugak ada titis-titis air mata.

Aku tanya macam mana kehidupan kat tempat tu. Seringkas “ok” dia menjawab. Aku cuba korek lebih dalam tetapi dia lebih gemar tersenyum tanpa membalas lanjut. Mungkin silap cara aku untuk approach dia. Dan yang lebih aku terkilan, lepas trip tu tamat, aku perhatikan tingkah laku dia dari jarak jauh. Dan hampir semua yang dia cakap kat aku macam semuanya dusta. Dia duduk dalam group kawan-kawan dia tapi dia lebih gemar berdiam diri dan tidak berbual dengan rakan-rakannya langsung. Masa tu baru aku rasa sedih, sayu, pedih. Macam ada satu aura yang transfer perasaan tu kat aku.

Dan aku tidak malu mengatakan aku hampir menangis masa dia datang salam dengan aku. Satu sebab aku tahu aku tak menjalankan tugas yang lecturer aku tu bagi dengan baik dan kedua sebab aku tahu aku tak berjaya meyakinkan dia bahawa ada orang yang masih sudi untuk mendengar keperitan hidup dia sehingga dia tak dapat nak tonjolkan perasaan dia masa berada dengan aku. Dan aku rasa macam nak menangis jugak sebab aku sedar yang dia sebenarnya masih tak dapat sesuaikan diri dia walaupun dia kata dia dah sesuaikan diri.

Keseluruhannya aku gagal memenuhi apa yang sepatutnya aku lakukan. Dan aku masih terkilan dengan apa yang berlaku semalam. Mungkin aku patut berbual balik dengan dia walaupun lepas perbincangan tamat. Tapi jujur aku cakap, aku dah habis idea. Semoga Allah melindungi anak yatim tersebut, mohamad hamdan. Amin...

0 Aku pilih ...

Satu benda yang best kat uni aku ni aku rasa bila korang dapat pilih bahasa asing untuk dipelajari. Tapi setakat baru ada empat la, tak cukup lecturer rasanya nak ajar bahasa-bahasa ni. boleh dikatakan aku ni penin jugak arr nak pilih bahasa apa. ada arab, mandarin, thai, dengan jepun.
setiap satu aku timbang tara lama jugak arr.
Apa lebihnya ko dapat cakap arab? aku senaraikan. Aku mudah nak faham ayat al-Quran, satu kelebihan yang jarang didapati. boleh tulis lirik dalam bahasa arab. boleh syair indah arab, syed qutb dan sebagainya. kelemahan, apa plak? korang nak practice susah sikit. tapi bagi pelajar melayu bahasa tidak sesusah bahasa lain sebab subjek ni lebih dekat dengan diorang. dan bagi aku sendiri aku boleh faham la sikit2. sebab ayat bm sendiri banyak pinjaman arab. kalau arab sebut syakartum, root word dia syukur. boleh nampak la skit2.
Apa lebihnya mandarin? korang boleh faham chinese student cakap apa. lagipun diorang aku penah dgr salah sorang kawan chinese aku ckp, selesa cakap dengan sorang pelajar india ni sebab dia boleh cakap mandarin kan. jadi aku rasa tu satu pakej sebenarnya. memudahkan komunikasi. pastu sebab aku minat tengok cerita cina kung fu, memudahkan aku belajar lagi, lagipun banyak cerita cina kat tv.
thai. aku memang reject awal2. aku tak tau buat pe amek thai.
Jepun. Aku maen game base dia japan. pastu aku suka gak tengok anime. jadi boleh bantu setakat tu arr.
Kelemahan terbesar setiap bahasa asing, ko tak leh selain dari yang ko pilih. yang untung sebenarnya pelajar pra sains dulu sebab diorang belajar semua bahasa. untung arr diorang.

jadi antara semua, lama aku fikir secara mendalam, pagi tadi aku buat keputusan untuk pilih bahasa mandarin sebab kata orang practice makes perfect. mudah aplikasi. lagipun, mandarin bukan satu benda baru untuk aku. aku minat bahasa ni sejak tengok cerita cina dulu-dulu lagi. jadi aku cuma harap panduan dan tak tersalah pilih.

Wednesday, October 7, 2009

0 Matang ke?

Matang, mature. Tu ayat yang selalu orang cakap. "Matangla sket, bro!". Tak pun, "ko ni tak matured la". dah selalu sangat ayat ni berlegar dalam kotak fikiran aku. walaupun sebenarnya ayat-ayat di atas sama sekali tidak pernah ditujukan kepada aku.

Lama jugak aku fikirkan pasal kematangan ni. Masa kat matriks pun aku teringat, cikgu bio pernah tanya satu kuliah, "Antara laki dgn prempuan, sapa lagi matang?". Biasa arr bila tanya antara dua gender neh, yg laki kata laki la matang, yang pompuan kata pompuan la matang. sampai cikgu aku kuarkan satu kisah. xnak arr cerita kisah tu. macam membuka pekung matriks pulak. biar je berlalu.

Bila aku pikir-pikir balik, aku rasa kematangan tu tak membawa banyak kebaikan kepada diri aku. Bila aku muhasabah balik, semakin matang aku berfikir, semakin banyak aku membuat dosa dengan pemikiran aku. Seakan-akan bagi aku, kematangan menjerumuskan aku ke lembah kesilapan yang lebih banyak. Mungkin kerana kita berfikir kita sudah bagus.

Tapi aku akui, semakin hari memang betul, pengalaman mematangkan kita, tetapi kematangan tu macam melunas pembayaran, atau satu harga terhadap sebuah kematangan dalam hidup. Tu kata aku, bagi korg, korg fikirlah.

0 Hero... Siapa?

Aku rasa dalam jiwa seorang lelaki (termasuk aku), ada satu istilah yang tak dapat dipisahkan daripada kitorg. Hero. Semua lelaki mengimpikan untuk jadi hero. Aku rasa takde budak laki yang tak tengok superman, ultraman, mask rider, power rangers walaupun smpai usia skrg. sebab setiap inci hidup aku nak jadi hero.

Tapi masih berfikir, aku ni ada ke kualiti sebagai seorang hero? pastu pikir lagi, apa kualiti seorang hero? tak nak arr plak kan jadi hero macam filem superhero tu.. mengarut je lebih. hehe. aku teringat roommate kat matriks aku. mungkin aku dah bley anggap dia dah berjaya jadi superhero kepada awek dia sebagai seorang spiderman. macam mana dia jadi spiderman untuk awek dia, yang tu jangan tanya aku. aku xde awek dan aku tak tahu langsung pasal cinta ni.

Mungkin kalau aku tak punya daya untuk jadi superhero macam spiderman, superman, mungkin cukup sekadar superhero untuk diri aku sendiri. Menyelamatkan diri aku daripada setiap inci kebodohan diri. Akulah hero tu.

0 gosip gosip hangat

macam-macam gosip budak budak kelas aku neh mulakan. dulu start awal-awal masuk dengan sorg budak, taula budak tu sapa dia. huhu. pastu tgk aku jumpa budak ni, kuar crita baru lagi plak.

untuk korg, pa pe la. haha. gosip banyak-banyak sikit pun xpe. dapatla aku rasa hidup macam artis
hahaha.

0 Lelong Lelong!

Mula daripada hari ahad hari tu, junior-junior fakulti keusahawanan kat uni aku dah mula projek diorg yang pertama untuk kursus asa keusahawanan (salah satu subjek wajib untuk semua pelajar uni aku, maklumlah, uni keusahawanan la katakan). Kalau sekali aku tgk, nmpak maca serabut je gerai diorg. tgk kali kedua nampak macam pasar malam.
tapi menariknya tgk dari atas arr. sebab nmpak macam pasar malam. tapi serius, korg tak sanggup lalu kat situ, jalan wayar merata.
sebab aku dah buat projek ni masa sem lepas, tgk diorg berjual, teringat gak aku masa kitorg dulu. memang best sebenarnya. sebab bukan selalu dapat jual menjual neh.
Tapi aku dapat observe satu benda. walaupun tempat diorg jual nampak macam meriah ala-ala pasar malam tapi tak ramai yang datang berjual beli. Aku teringat masa kitorg jual dulu. ramai gler member-member batch kitorg dtg beli dan senior kitorg gak. pendek kata tempat tu tak sunyi sampai habis waktu perniagaan la.
sorry arr junior, aku cuma bley kata korang sebenanrnya tak unite sebab tu arr jadi macam ni. aku bangga dengan batch aku sebab semangat unity kitorg. boleh kata dulu masa member fakulti keusahawanan aku jual, hampir tiap2 hari aku pergi duduk sana dan setiap hari gak, banyak duit aku habis kat situ.
tapi aku tgk keadaan diorg, mmg agak mengecewakan arr.

0 Giler Giler Exam

Kadang-kadang aku terfikir ke mana hala tuju aku. entah, aku sendiri pun tak dapat nak pastikan. aku risau sebenarnya dgn exam yang dah tak berapa hari lagi. Aku risau dengan subjek biometri. ntah, tanya la sesapa pun, semua mesti risau menda alah tu. mana taknya, sepanjang semester, lecturer tu ajar, sepatah apa aku tak paham. dah la, xnak kutuk lecturer.
aku ada terfikir nk join s.p.a. lepas ramai gler pelajar kat sini yang keluar dan join s.p.a. tapi aku pikir balik, memang aku nak kena sepak dengan family aku la kalau aku buat camtu. mana taknya, dah dpt tempat kat uni, nak ngada2 kluar plak. tapi serius, aku memang risau dgn biometri. aku tak tau result dpt apa nnti. di samping aku risau biometri, aku xnak kecewakan en zul yang selalu bwk kitorg pgi field trip. nnti dekan salahkan dia bwk kitorg kluar byk, xdpt perform. xnak jugak aku rendahkan markah untuk subjek sains tanah sebab yang tu salah satu subjek yang aku suka. entahlah, semuanya berpunca daripada biometri. Biometri, aku akan tumpaskan ko!!!

0 Apa dah jadi neh...

Haha nak dijadikan cerita, aku pun tak tahu macam mana nak mula cerita ni. rasanya bagi orang yang bersama aku dahulu, mesti ramai yang ingat lagi macam mana keadaan muka aku. lebih kurang sebulan lepas, pelik jugak rasanya muka aku ditumbuhi jerawat yang sangat banyak. memang daripada dulu, bagi yang kenal aku, jerawat aku naik, tapi takdela sampai banyak dan obvious sampai yang macam ni. tak tahulah korang yang dah lama tak jumpa aku boleh bayang tak muka aku camna sekarang.
mak aku dah mula risau sebab muka aku ikut genetik mak aku. kulit mak aku jenis yang susah naik jerawat. sebab tu kalau orang tengok muka aku dulu memang sentiasa licin ( chewah! ). Serius, aku guna apa-apa produk nak halang jerawat naik, memang semula jadi dia tak naik. tapi skrg memang aku sendiri pun terkejut. proses peralihan remaja ke dewasa? aku dah hampir ke penghujung usia remaja, pelik sangat dia tumbuh. mak aku suruh jumpa doktor sebab jerawat ni naik tak natural langsung. bukan naik sket-sket tapi sederak kata orang kedah.
Awal mula nak naik jerawat pun, aku rasa gatal-gatal muka aku. jadi aku garu. dah garu-garu sebab gatal tangan, hah amek ko. jerawat batu bosau-bosau kluar, dah tu, tangan mula la tak senang.
ramai yang tanya sampai aku tak tahu nak jawab apa. dan aku sendiri tak pasti apa jawapannya. mungkin senang aku jawab, mungkin ni kifarah Allah terhadap dosa-dosa aku. Allah tak bagi cash, tapi dia nak tunjuk betapa aku sendiri dah jerumuskan aku ke lembah dosa. siap dia buat tanda kat muka, contoh-contoh orang yang berpaling daripada hidayah suci dia. Mungkin...
Ya Allah ampuni keterlanjuran hambaMu!

0 Aku datang!!!

Dah lama aku tak isi blog ni rasanya. busy la jugak dengan keadaan semasa. pastu ada banyak program dan assignment. esok aku ada speaking test pulak. jadi mat salleh kejap la aku ni. hehe. malam aku balik raya, aku ingat aku nak post sesuatu masa kat airport, pastu baru je aku on laptop nak isi blog, diorang dah panggil masuk. tak sempat, lepas tu busy pulak raya dan sampai la hari ni, hati aku baru tergerak balik nak menulis.
Dan untuk kawan-kawan, aku dah berubah!

0 Orang... atau Orang-Orang?

Aku bukan nak komen kat sesapa tapi entahlah, mungkin ramai yang rasa diorang dah cukup kenal aku tapi hakikatnya, takde sape penah betul-betul kenal aku. aku tahu ada orang yang jenis ekspresif, suka tunjuk perasaan, sedih, kecewa, letih dan sebagainya. tapi jujur dari diri aku, aku xsuka orang jenis ekspresif ni. suka sangat sebut aku bla bla bla, abes tu aku xde la plak perasaan tu, aku letihla, abes aku xde ke rasa letih tu. serba sikit ar contoh. Aku xmerujuk kat sesapa tapi kalau ada yang terasa aku mintak maaf. sebab aku dapat rasa betapa sikap camni cukup xrelevan sebab kita nak orang simpati dengan kita tapi kita macam tak fikir la pulak kan kat orang tu, dia letih ke tak, dia sakit ke tak, macam mood dia hari ni.
Nak dijadikan cerita, aku rasa sejak kebelakangan ni keadaan aku sedikit tak stabil dan aku lebih moody daripada biasa walaupun aku cakap masih dalam keadaan yang aku consider sebagai sopan santun lagi. Aku rasa lebih senang je nak naik suara, rasa lagi senang je darah nak menyirap, entah, xtahu nak cakap...
 

:: Bila Angin Berbicara :: Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates