Monday, October 12, 2009

0 Aku pilih ...

Satu benda yang best kat uni aku ni aku rasa bila korang dapat pilih bahasa asing untuk dipelajari. Tapi setakat baru ada empat la, tak cukup lecturer rasanya nak ajar bahasa-bahasa ni. boleh dikatakan aku ni penin jugak arr nak pilih bahasa apa. ada arab, mandarin, thai, dengan jepun.
setiap satu aku timbang tara lama jugak arr.
Apa lebihnya ko dapat cakap arab? aku senaraikan. Aku mudah nak faham ayat al-Quran, satu kelebihan yang jarang didapati. boleh tulis lirik dalam bahasa arab. boleh syair indah arab, syed qutb dan sebagainya. kelemahan, apa plak? korang nak practice susah sikit. tapi bagi pelajar melayu bahasa tidak sesusah bahasa lain sebab subjek ni lebih dekat dengan diorang. dan bagi aku sendiri aku boleh faham la sikit2. sebab ayat bm sendiri banyak pinjaman arab. kalau arab sebut syakartum, root word dia syukur. boleh nampak la skit2.
Apa lebihnya mandarin? korang boleh faham chinese student cakap apa. lagipun diorang aku penah dgr salah sorang kawan chinese aku ckp, selesa cakap dengan sorang pelajar india ni sebab dia boleh cakap mandarin kan. jadi aku rasa tu satu pakej sebenarnya. memudahkan komunikasi. pastu sebab aku minat tengok cerita cina kung fu, memudahkan aku belajar lagi, lagipun banyak cerita cina kat tv.
thai. aku memang reject awal2. aku tak tau buat pe amek thai.
Jepun. Aku maen game base dia japan. pastu aku suka gak tengok anime. jadi boleh bantu setakat tu arr.
Kelemahan terbesar setiap bahasa asing, ko tak leh selain dari yang ko pilih. yang untung sebenarnya pelajar pra sains dulu sebab diorang belajar semua bahasa. untung arr diorang.

jadi antara semua, lama aku fikir secara mendalam, pagi tadi aku buat keputusan untuk pilih bahasa mandarin sebab kata orang practice makes perfect. mudah aplikasi. lagipun, mandarin bukan satu benda baru untuk aku. aku minat bahasa ni sejak tengok cerita cina dulu-dulu lagi. jadi aku cuma harap panduan dan tak tersalah pilih.

0 comments:

Post a Comment

 

:: Bila Angin Berbicara :: Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates