Saturday, January 2, 2010

0 I present... The World of Warcraft!!!

Ok aku rasa aku kena mula akui aku dah mula rindu teramat dengan game kat umah aku. Huhu. Ok sedikit sejarah game aku.

Aku mula main game online ataupun lebih dikenali dengan mmorpg (massively multiplayer online role playing games) masa aku tengah tersangat boring. Huhu. Jadi aku cari dalam internet. Masa tu aku ternampak, World of Warcraft 10 days free trial dan aku teringat, World of Warcraft ataupun WoW memang game yang famous dan best.

Jadi aku pun masuk dalam website dia, download. Bapak lama giler nak download game tu. Sebab isi dia besar giler. Bila dah masuk tu, memang best arr tengok. Aku mula maen sebagai warlock. Masa tu tak reti sangat. Aku teringat masa tu aku maen, game tu ada malam dan siang.


Aku berjalan dari Elwynn Forest (masa tu dah level 13, memang tempat sesuai untuk level up kena tukar sebab nak dapatkan lebih banyak experience point) sampai ke Westfall. Giler siot. Sesat dalam game. Haha. Mati kena bunuh dengan elemental sekor level 20. Celako!


Lepas tu 10 days free trial aku pun tamat. Takleh jadi aku cakap. Aku buat account baru. Haha. Nak dijadikan cerita, aku tak tau pun berapa banyak account yang aku ada kat server Caelestrasz tu. Haha.


Second character aku, aku buat Mage. Perghh yang ni mantap. Character pertama aku mencecah level 20 (maximum level untuk 10 days free trial tu). First time jugak aku masuk dalam Deadmines (instances dengan makhluk yang lebih kuat dan drop item yang kuat). Masa main Mage ni, aku teringat lagi Horde datang serang (aku alliance). Character diorang level bapak tinggi. Ada Hunter sekor level 64 datang serang Westfall masa tu dengan harimau dia je, bunuh abeh orang laen.


Masa tu jugak aku mula minat dengan Hunter sebab Hunter boleh ada pet untuk tolong dia lawan. Memang best. Antara pet untuk Hunter ada harimau, bear, babi (o.o ??), wolf etc etc. Banyak lagi campur dengan haiwan-haiwan exotic.


Lepas aku maen Mage, cukup sepuluh hari, aku buat lagi account baru. Zzzz teruk btol aku kan? Kali ni aku buat Priest. Wohoo. Yang ni pun sampai level 20. Pastu kebetulan, aku jalan-jalan kat Ashenvale Forest, aku jumpa group player lain yang baru nak masuk dalam (ermm apa eh nama instance kat situ, aku jarang masuk kat situ jadi aku lupa. Aku ingat nanti aku update). Aku mintak nak join. Untung arr jugak sebab diorang ada 1 tempat kosong lagi. Jadi diorang invite aku.

Group tu ada Warrior, dua orang Priest termasuk aku, Hunter dengan sapa eh lagi sorang. Tak ingat. Warrior tu tolong kitorang untuk dapatkan item dalam tu sebab dia level 68. Dalam tu first time kena tegur. Huhu. Sebab aku xreti lagi hukum-hakam dalam roll untuk dapatkan gear. Huhu. Aku maen roll je. Pastu diorang gtau arr, “Only roll need for items that you can use or main spec and roll greed for your off spec.” Aku kata ok. (teruk btol tapi tu mengajar aku camna nak maen game tu sebenarnya).


Dalam tu jugak, Priest lagi sorang tu cakap kat aku, “u know what, u r a decent healer (thumbs up)”. Wohoooo!!! First time main priest, kena puji la plak. Haha. Pastu yang Warrior level 68 tu pun setuju. Diam-diam dia hantar whisper kat aku. Dia puji pastu dia kata kalau aku perlukan guild, dia suruh aku whisper dia untuk join. Huhu. Tawaran siot!!!


Tapi mungkin malang untuk diorang (huhu perasan btol), aku dah xmaen kat Caelestrasz tu lagi. Sebab 10 hari free trial aku habeh lagi. Huhu macam beruk perangai. Pastu buat baru. Aku maen Hunter. Memang enjoy arr Hunter.


Dan aku cuba introduce game ni kat kawan sekolah aku. Dia cakap maen arr kat private server. Masa tu bodo-bodo lagi, aku tanya arr apa tu private server. Dia cakap server yang orang lain uruskan. Boleh main tapi xdela seseronok yang asal sebab tak ramai orang.


Sebab tak tahan sangat nak main, aku mula cari private server. Tengok-tengok, wah banyak rupanya! Aku je yang tak tahu. Dan pastinya, aku pilih satu je la. Aku pilih exodus server. Dan character pertama aku kat situ aku buat Hunter. Blood Elf. It’s so cool!


I made friends with a Singaporean kid (lolz he was just... 12 years old?) and I met a mommy, a grandfather... all play World of Warcraft lol.


Aku mula naik level sampai level 70 dengan harimau yang aku tame kat Eversong Wood. Giler lama bertahan harimau tu. Kuat arr gak sebab dah lama dengan aku. Dan besar. Pet dalam World of Warcraft akan membesar dari segi saiz bila dia naik level. Huhu. Pet ni aku bela dari level 12 sampai 70. Huhu.


Lepas tu aku mula buat Mage, Paladin dan Priest. Empat-empat character aku ni, semua level 70. Pastu lepas private server aku update pegi patch baru cuti lepas, aku sambung maen Hunter aku. Huhu.


Aku tukar jadi Beast Mastery Hunter. Jadi Beast Mastery Hunter, aku bley tame pet yang exotic berbanding pet biasa yang orang lain guna. Antara haiwan exotic yang ada; chimaera, devilsaur, core hounds, rhino, silithid, etc etc.


Sekarang Hunter aku level 73, tak sempat daa sebab ada masalah pc, jadi sempat maen 2 hari je sebelum balik. Huhu. Aku guna Devilsaur sekarang. Tak tau la ok ke tak, tapi ramai cakap mula dari level 76, Devilsaur boleh bunuh banyak giler mobs laen kejap sangat.

Aku sayang dengan Snowscar aku (huhu nama harimau aku, harimau salji dan rare ataupun asalnya Shy Rotam kat Winterspring) tapi sia-sia aku jadi Beast Mastery Hunter kalau tak guna haiwan exotic.


Sekarang aku alternate dengan satu lagi game yang aku pernah cerita dalam post sebelum ni, Shin Megami Tensei. Tapi masa kat rumah ari tu, seriusnya kau rindu giler dengan World of Warcraft.


World of Warcraft bagi aku, bukan sekadar game. Cerita di sebalik game tu yang buat aku minat giler dengan game ni. Tak percaya betapa best nya cerita World of Warcraft? Aku rasa kat library uni kita ada lagi kot novel tu. Pegi cek, agak tebal tapi aku dah khatam. Haha. Ada empat cerita dalam tu tapi dia mula dengan Days of the Dragon, pasal 4 dragon aspects, Alexstrasza, the Life Binder, Ysera, She of the Dreamer, Malygos, Magic (aku lupa penuhnya) dan Nozdormu, Time (ni pun aku lupa, tapi dia control time travel, dalam game ada instance Caverns of Time yang kita boleh kembali ke masa lampau, lawan dengan Black Dragonflight yang cuba ubah sejarah).


Pastu dalam Days of the Dragon jugak cerita pasal Rhonin, mage dari Dalaran. Korang boleh jumpa Rhonin dalam World of Warcraft : Wrath of the Lich King kat Dalaran. Memang best siot!!

K arr dah membebel panjang. Pening pulak kepala aku. Kalau sesape berminat nak maen game ni, aku ada patch dia. Cepat arr sebab aku dah download patch kat umah. Cuma masalahnya nak download game sebab kena guna internet yang laju.


Berhari jugak nak download game tu. Sehari jugak lebih jugak kot aku biar pc kat umah aku on nak download. Dan ini, merupakan expansion baru untuk World of Warcraft! Enjoy World of Warcraft : CATACLYSM!



0 comments:

Post a Comment

 

:: Bila Angin Berbicara :: Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates