Thursday, November 11, 2010

0 Another Short Update....

Dah beberapa hari rasanya blog ni ditinggalkan tanpa sebarang update walaupun aku ada menjenguk untuk balas beberapa shout kat blog tu.


Sekarang cuma tinggal satu lagi exam yang tinggal, EIA. Alhamdulillah yang laen berjalan lancar (kot) cuma sangat tak pueh hati dengan eko health.


Nak buat post panjang tapi belom berpeluang. Semoga diberi ilham untuk terus menulis.


Tak dapat dinafikan terlalu banyak isu yang perlu dan boleh dibincangkan dalam masa terdekat ni cuma hati belum tertarik dan belum punya keutuhan untuk menulis secara konkrit mengenai isu berkenaan.


Menara 1 Malaysia, hub hiburan malam dan macam-macam lagi yang rasanya satu lagi mainan politik kotor. Tak perlu ulas panjang, terlalu mendalam rasa meluat dengar pasal isu hub hiburan malam dan sebagainya. Cuma diminta biar ada sekelumit rasa benci terhadap perkara kemaksiatan dalam hati kita.


Bila hilang walaupun sebesar zarah rasa benci terhadap kemaksiatan dalam satu kawasan, maka azab Allah akan turun untuk seluruh penduduk kawasan tersebut. (Dengar dalam khutbah jumaat kat kawasan perumahan ari tu).


Sampai sini dulu sesi mencatat, insyaAllah, akan update pasal isu2 ni lepas habis exam.

p.s. : Allahumma ja'alna minan najihin wal faizin fid din fil imtihan fid dun ya wal akhirah... amin..

0 comments:

Post a Comment

 

:: Bila Angin Berbicara :: Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates