Saturday, November 27, 2010

0 Update --- Pokemon Best Wishes

Yosh! Pokemon dah masuk ke season ke berapa aku tak ingat. 14 kot. Kalau ikut yang dubbing version dalam bi belum abes, tinggal lagi entah, beberapa episod kot. seingat aku ada 36, minggu lepas donlod episod 25. x_x


Pa pe pun sebab maleh nak tunggu yang bi punye, aku donlod versi jepun yang dah keluarkan season baru pokemon, pokemon black n white best wishes. Episod kali ni cam pelik gak sebenarnya kot, tapi percayalah, kalau korang tengok episod dua, ash is just so noob!


Tapi lagi pelik sebenarnya, setakat ni aku dah tengok sampai episod 4, setiap episod dia dapat pokemon baru. haha. bapak ar. aku rasa diorang dah pening nak buat jalan cerita tu. sebab masa diorang buat pokemon sinnoh bapak panjang giler, rasa cam tak abes-abes, best wishes ni jadi cam bapak laju plak. episod kelima aku rasa dia dah mula lawan gym.


So far, ash dah ada 4 pokemon. haha lawak btol. dia ada pikachu, mamepeto, mijumaru, pokabo. aku rasa starter grass tu pun nanti dia dapat, tsutarja.


team rocket still ada dalam best wishes, tapi team rocket kali ni tak sebodoh dulu. Haha lepas 14 season, baru team rocket berubah jadi pro. Pro camne? Aku gtau sket ar. Diorang tak lagi meletup jadi bintang last cerita. Kalau korang tgk best wishes, memang team rocket bapak pro. Cara retreat bukan hilang, dah tapi berteknologi sket ar. masuk lubang pun takde ar jatuh gedebuk camtu. jatuh cara pro. huhu. tak tau nak terang, tengok sendiri ar.


so far, cerita dia ok. cuma ada perubahan kat ash, mata dia tukar jadi coklat? brown? entah, warna pe tah. Yang peliknya, ash jadi noob se"noob"nya. Macam dia baru nak mula journey dia semula, macam setiap season pokemon, ada ramai giler ash. haha. semua nama ash, guna pikachu, tapi orang berbeza. Lebih lawak... lepas 14 season, umur dia masih 10 tahun x_x. Gilos. Bak kata sorang dalam forum tu, Eternal Youth! XD Padahal seingat aku, diorang mula pokemon journey diorang umur 10 tahun. Kiranya lepas 14 season, semuanya berlaku dalam masa kurang setahun x_x pergh mantap!


Diorang kena ubah bahagian tu kot. Pokemon masih ok di mata aku, cuma ash perlu bersara aku rasa. At least buat dia jadi champion ke. Pastu mulakan cerita pokemon baru dengan orang baru. Orang tu nanti jumpe prof oak ke cmne, ash bgatau.. bla bla. meh aku bukan nak buat cerita pokemon, so jangan mengarut.


p.s: laptop aku cam penuh, je, kena transfer banyak cerita masuk hard drive neh. ok, dah siap episod 5. saja isi masa terluang dengan tulis blog sementara tunggu episod 5. huhu

0 comments:

Post a Comment

 

:: Bila Angin Berbicara :: Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates