Tuesday, October 26, 2010

2 Salam Jihad Menentang Hawa Nafsu

Di kesempatan yang sangat sedikit, aku mencari sedikit masa terluang untuk mengisi blog daripada dibiarkan terus kekosongan, terhenti camtu je. Walaupun dalam kesibukan nak final, tapi rasanya, long term learning dan pembelajaran untuk hidup serta proses ingat-mengingatkan ni harus diteruskan tanpa ada sebarang alasan untuk dihentikan.


Selalu disebutkan sebenarnya bahawa nafsu ini merupakan sesuatu yang sangat besar malah sangat terkenal tentang persoalan yang pernah ditanyakan oleh Imam Al-Ghazali kepada anak muridnya, mengenai apakah yang terbesar.


Aku tak nak mengetengahkan hadis yang menyebut mengenai jihad menentang hawa nafsu itu adalah besar sebab baru dapat info yang hadis tersebut adalah hadis dhaif (dilemahkan oleh beberapa orang seperti Al-Baihaqi, malah disebut oleh Yusuf Qardhawi sebagai hadis yang lemah-- cuma termasuk dalam salah satu cabang jihad yang dituntut terhadap umat Islam).


Jadi kita terus saja kepada pengetahuan yang kita tahu, iaitu adalah dituntut untuk menentang hawa nafsu. Nafsu, macam ramai daripada kita yang faham sangat hebat angkara dia. Nafsu untuk membeli belah, makan, nak kaya dan sebagainya membawa impak yang sangat besar kepada hidup kita.


Jika tidak dilawan, nafsu mampu menguasai minda kita menyebabkan kita dikongkong oleh hawa nafsu. Apa akan berlaku? Berlakulah keadaan yang terlebih belanja, kalau nafsu membeli belah dan sebagainya.


Kita jugak harus faham yang nafsu lelaki satu dan nafsu wanita sembilan. Tetapi kekangan nafsu kaum adam sebenarnya lebih susah untuk dikawal berbanding kaum wanita. Tapi bila kita sandarkan nafsu kita kepada iman, insyaAllah kita akan punya kekuatan untuk melindungi diri kita daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah S.W.T.


Sememangnya dan tak dapat dinafikan jihad menentang hawa nafsu sangat hebat dan sangat menuntut kekuatan diri yang utuh dan mental yang kuat. Serangan terhadap mental lebih memberi kesan sebenarnya terhadap fizikal.


Cumanya bila kita mula terasa seperti dikawal nafsu, carilah cara untuk melepaskan diri anda daripada terus mengikut telunjuknya. Contohnya, kalau nafsu nak shopping, beringat kepada diri anda, ishh ptptn tak cukup ni, nanti nak kena bayar ni la, bayar tu la, baik aku simpan duit.


Bila kita mampu membentuk diri kita dengan mengingatkan kepada perkara sedemikian, kita akan lebih teratur keadaan kita dalam mengawal nafsu.


p.s: SAlam jihad menentang nafsu anda...

2 comments:

  1. huhuuhu...nafsu mmg sgt sukar utk diatasi...ianya lebih sukar daripada mengatasi org kafir di medan perang...itu sebab menentang hawa nafsu merupakan jihad al-akbar(jihad yg besar)...oleh tu kte kne tingkatkan iman kte ye....moga kita dapat tundukan nafsu kita menjadi nafsu mutmainah..(nafsu yg baik)..amin...

    ReplyDelete
  2. Rujuk balik post kat atas... Jihad menentang hawa nafsu sebagai jihad al akbar merupakan hadis dhaif (quote dari atas)...
    Aku tak nak mengetengahkan hadis yang menyebut mengenai jihad menentang hawa nafsu itu adalah besar sebab baru dapat info yang hadis tersebut adalah hadis dhaif (dilemahkan oleh beberapa orang seperti Al-Baihaqi, malah disebut oleh Yusuf Qardhawi sebagai hadis yang lemah-- cuma termasuk dalam salah satu cabang jihad yang dituntut terhadap umat Islam).

    Wallahualam...

    ReplyDelete

 

:: Bila Angin Berbicara :: Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates