Friday, October 22, 2010

0 Allah, Redai Jalanku...

Dakwah menjadi kewajipan bagi setiap umat Islam, tak kiralah sesiapapun. Dakwah tak semestinya ditujukan kepada orang yang bukan Islam semata, sebab ramai yang beranggapan sedemikian.


Namun dakwah pada hakikatnya memberi fokus kepada menyeru kepada yang ma'ruf dan mencegah perkara yang mungkar. Dalam hal ni, kita kena sedar, sebelum usaha dakwah diteruskan dengan lebih meluas, umat Islam sendiri haruslah berubah menjadi lebih baik terlebih dahulu.


Justeru medan dakwah kini haruslah lebih terkini dan tidak hanya tertumpu kepada era zaman dahulu. Apabila sesuatu isu sebagai contoh isu couple diketengahkan dalam usaha berdakwah pada era moden kini, pendakwah seharusnya turut berevolusi dalam menyampaikan pesanan kepada masyarakat selaras dengan peredaran zaman, pada masa yang sama, tegas menyampaikan ajaran.


Sebagai contoh, jika mengetengahkan isu mengapa sesuatu perkara itu diharamkan, pendakwah tidak seharusnya menggantungkan persoalan dengan jawapan yang noktah tanpa memberi penjelasan muktamad. Sebagai contoh, isu mengapa arak itu diharamkan dalam Islam? Tanpa evolusi, seorang pendakwah mungkin memberikan jawapan seperti, arak itu dapat merosakkan minda, arak itu menyebabkan berlakunya perkara lain, arak itu dah memang diharamkan Allah.


Namun, evolusi dalam berdakwah akan memberikan jawapan seperti ini, Arak ini pada asasnya adalah sesuatu yang halal untuk dinikmati. Kemudian, Allah menetapkan syarat supaya arak tidak dinikmati sebelum solat (nyatakan sebabnya). Akibat perbuatan arak, berlaku pergaduhan apabila akal manusia hilang kewarasan buat sementara waktu, malahan menyebabkan berlakunya zina, maka Allah telah mengharamkan arak kerana telah menyebabkan huru-hara malah disebabkan arak, larangan-larangan Allah yang lain telah dilanggar (sebagai contoh zina, pergaduhan membawa perpecahan, menyakiti saudara sendiri dan lain-lain). Disebabkan itu, arak menjadi haram. Tapi Allah itu Maha Adil. Sebagai balasan atas kesabaran mukmin di dunia, di syurga ada sungai yang dibuat daripada khamar tapi tidak memabukkan berdasarkan Firman Allah S.W.T. :

"47:15 "(Apakah) perumpamaan (penghuni) surga yang dijanjikan kepada orang-orang yang bertakwa yang di dalamnya ada sungai-sungai dari air yang tiada berubah rasa dan baunya, sungai-sungai dari air susu yang tiada berubah rasanya, sungai-sungai dari khamar (arak) yang lezat rasanya bagi peminumnya dan sungai-sungai dari madu yang disaring; dan mereka memperoleh di dalamnya segala macam buah-buahan dan ampunan dari Tuhan mereka, sama dengan orang yang kekal dalam neraka dan diberi minuman dengan air yang mendidih sehingga memotong-motong ususnya?"

Pokok pangkalnya, keindahan dunia itu Allah cipta sebagai ujian bagi kita, samada kita berjaya atau tidak adalah berdasarkan keteguhan iman kita. Tepuk dada tanya iman. Kenikmatan di dunia adalah kenikmatan sementara yang selepas matinya kita, kenikmatan itu tiada lagi untuk dirasa.


Menyebut tentang dakwah, kalau dulu aku memilih jalan nasyid sebagai jalan dakwah aku, semoga kini, aku memilih blog sebagai medan baru. Semoga Allah meredai dan memberu kemudahan dalam urusan duniaku dan urusan akhiratku. Amin....

p.s: Allahu Rabbi...

0 comments:

Post a Comment

 

:: Bila Angin Berbicara :: Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates