Monday, September 6, 2010

0 ~~~~~Fairy Tail~~~~

Okeh no.2!


Sekarang aku juga tengah hangat mendownload anime bertajuk Fairy Tail. Huhu.


First sekali tengkiu kepada member2ku yang mengenalkan aku kepada anime ni. Macam hampeh lawak dia, jadi tak dapat tahan nak download gak. haha.


Ceritanya sangat best (bagi aku la) dan ceritanya masih lagi berjalan. Kalau ikut manga dia ada beratus-ratus, anime dia baru 44 (^^")


Aku tak tau camne nak mula cerita pasal anime ni, tapi yang boleh aku cakap, cerita dia pasal magic dan guild diorang. Pergh masa first tengok dah terbayang game mmorpg yang aku main.


Masa tengok cerita tu plak, terbayang aku main dalam game, akulah orang paling hebat dalam guild tu. haha. Imaginasi bapak tinggi kan, padahal aku punya character tak penah jadi well-known lagi.


Cerita ni jugak sebenarnya sangat bijak menarik aku dengan magic yang pelbagai. Huhu. Lame kan kalau tengok cerita magic lain, asyik gitu je. Tapi fairy tail ada various. Banyak giler. Pastu bila dah naik boleh independent and nak idop, pegila join mana2 guild dan buat job untuk dapatkan duit. Untuk buat job plak, boleh buat team untuk pegi sama-sama. Ok part ni mengingatkan aku pada dungeon dalam game aku yang kita tak ley wat semua menda sorang2. Lawan dengan monster nyawa 2 million takkan nak lawan sensorang kan. Kira camtu ar. haha.


Cerita ni bijak bagi aku sebab kalau cerita lain, kita tengok watak macam Erza, orang dah tak panggil wizard, dah tahap paladin pompuan tu. haha. Tapi dalam cerita ni dia tunjukkan yang wizard tak semestinya asyik lempar magic dari jauh. Boleh je magic macam Erza tu, tukar armor, tukar senjata. still magic kan. And bapak power kot.


Dalam semua episod yang aku tengok setakat ni, takde magic yang paling menarik minat aku selain daripada magic Gray. Maybe sebab aku belom tengok penerangan magic lain kot. Dalam episod masa diorang buat job kat Gulana Island, Gray dah cerita pasal sejarah dia.


Yang menarik, ice magic dia sangat menarik. Cun giler. Masa dia lawan dengan Lyon pun nampak specialty ice magic yang diorang sebut Creation Magic (entah ye kot). Cuma yang aku ingat, Ul, tok guru Gray pernah cakap Creation Magic ni paling mantap. Nampak cam bodoh, tapi dia boleh manipulate kuasa dia jadi macam2. Macam dalam episod diorang lawan Lullaby, ada wizard cakap pasal Creation Magic masa Gray buat Ice Magic Shield dia.


Lebih kurang macam, dia boleh control ice magic dia dari sekecil-kecik bentuk ke sebesar-besarnya. And paling bestnya, bila dah master Creation Magic, macam Lyon di boleh buat Ice Magic Eagle, keluar helang ice, boleh buat naga ais and harimau. Gray lawan dia buat prison ice pastu boleh buat ice cannon. Power kot. Macam sangat fleksibel. Rasanya kalau nak buat jadi kereta pun boleh kot. ataupun rumah. haha.


Dah terlalu banyak membebel. Ok la, rajin2 tengokla katun2 yang menarik untuk release tension. Tak gitu? Nak bagitau abg aku pas ni, nk rekemen suruh tengok. haha.


Happy!Kucing sengal, tapi kiut gak. haha.

Yosh! The ultimate Fairy Tail Group!


p.s: Ice Magic Blog! Opps! :x

0 comments:

Post a Comment

 

:: Bila Angin Berbicara :: Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates