Sunday, April 21, 2013

0 Why Ber"Blogging"?

Dua tiga hari ni sangat penat, xtaw buat pe tah, tapi masuk kelas mengantuk je keje. yg kelas awal2 pagi ok lagi, sebab baru sampai kan. kelas kedua untuk kedua-dua hari, memang rasa nk pengsan je. Ehh, rasa nk tidow. mata tersangatlah mengantok bangat.


------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sebenarnya, bila aku bukak blog aku, aku cek kt tepi tu archive. Aku perasan tahun 2010 merupakan tahun plg aktif ber-blog ni. Aktif giler aku menulis sampai mencecah 100+ dalam setahun. Tapi mula lepas tu, blog dah jadi cam suam-suam kuku. Malas nak menulis bagai.


Camne ye nk memotivasikan diri menulis semula? haha tak penting pn. Ni mesti xde motivasi sebab takde follower ramai yg nak baca. Hahaha. Xkesah la. Sebenarnya, plan aku mula2 tulis blog pn bukannya nak cari populariti sampai keluar paper jd blogger popular ke apa.


Setiap orang ada cara diorang nk luahkan apa yg diorang rasa. Dan sebagai orang Islam, kita tahu yang Allah tu sebaik-baik tempat kembali untuk segala masalah. Rintihlah, ceritalah segalanya, Dia akan sentiasa mendengar rintihan kita. Tapi hakikat kita manusia selalu terlupa pada dia, walaupun dia sebenarnya lebih dekat dengan kita berbanding sesiapa saja pun.


Lantaran lupanya aku, selalunya, blog ni ibarat satu tempat untuk aku coret segala rasa dalam hati aku. Aku ingat masa dulu, aku pernah rasa sangat sangat stress, marah dan macam2 lagi. Masa tu, aku tarik pensil dengan kertas dan akhirnya, terhasil satu sajak yang penuh ekspresif. Mungkin ada beberapa gaya bahasa yang korang belajar dalam komsas tu tp rasanya sekali baca boleh faham apa yang aku cuba sampaikan tp bukan untuk siapa je la.


Lebih kurang, lepas tu, mungkin tahun 2010 tu tahun paling stress bagi aku kot, atau mungkin tahun ekspresif bagi aku. Menjadikan post pada tahun 2010 tu sangat sangat banyak berbanding tahun-tahun yang lain. Ataupun sebenarnya aku dah jumpa cara lebih baik untuk anger management.


Apa-apa pun sebab anda ber-blog, semoga korang sentiasa happy dengan apa yang korang buat!~


p.s: wei shenme? ~_~

0 comments:

Post a Comment

 

:: Bila Angin Berbicara :: Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates