Monday, April 22, 2013

0 Earth Day 2013: Human Selfish Day 2013?

Tadi keluar jap gi ambik mama pastu sementara tunggu mama, dengarla kat radio cakap, "Hari ni 22 April adalah Hari Bumi ataupun Earth Day." Dan macam-macam la nasihat yang disebut kat radio tu termasuklah nasihat untuk mengasingkan sampah sarap, jangan guna beg plastik. Yang hampehnya, siap tembak aku kot.
"Bagi anda yang menunggu orang ke, taw la kat luar tu panas, tapi tutuplah aircond dan duduk kat luar tu." Aiseh mcm tahu-tahu pulak ye aku tengah bergembira pasang aircond masa tu. Dan seiring dengan tu, deejay radio tu pn putar lagu yang sewaktu dengan bumi ni. What A Wonderful World, Anak Dunia dan sebagainya.


Aku sebagai pelajar dalam bidang environment, bagi aku, Earth Day dan isu tentang pemanasan global dan sebagainya dah menjadi satu rutin bualan dan topik perbincangan dalam kelas. Sejak daripada zaman aku buat degree lagi dalam bidang natural resources, topik tentang Earth Day, Earth Hour, Global Warming, Solid Waste Management dan sebagainya sentiasa disebut-sebut sampai kadang-kadang nak muntah pun ada. Mana taknya, 4 tahun, dengar benda tu je. Regardless, sebagai pelajar, kita belajar apa yang patut. Dan sorry, silap kat atas tu, zaman degree takde pn sentuh sangat pasal solid waste management. Sekarang ni baru banyak pendedahan, kenapa perlunya kita asing sampah dan sebagainya (ke baru sekarang faham?) ahaha.


Okla, sementara masih Earth Day ni, biarla aku sedikit sebanyak share ilmu pasal menda ni. So why it is important to do waste separation? First and foremost, we have to know that our waste in Malaysia is a mix waste. Poly ---- tet tet, lupa term dia. haha. Waste kita kat Malaysia ni dari jenis yang berbagai. Makanya, bila kita hantar untuk landfilling, kadang-kadang, diorang terpaksa asingkan menda yang boleh dikitar semula.


Sisa makanan yang kita buang akan menyebabkn basah kpd dry waste. Over time, waste ni akan decompose, releasing methane gas as the main gas. Ini dah menerangkan kenapa kalau sampah yang berair (yes, that is leachate) berbau sangat busuk ye. Methane sangat berbahaya untuk environment. Sila search sendiri untuk kenapa methane bahaya, sebab malas nak terang. Kalau kita tak asing waste kita, problem yang akan berlaku adalah pada landfill yang kita xdpt jangka berapa lama lagi akan dapat tahan. Landuse, and sanitary landfill nak bukak memang tak mahal berbanding alternative waste treatment yang lain tapi isu sekarang adalah tanah tu. Sedangkan tanah nak buat kubur pun orang dah risau kurang, ni kan nak buat berapa hektar lagi tanah nak buang sampah je. Tambah lagi nak jadikan sanitary landfill. Jadi kalau kita buat waste separation, contributes to waste diversion jumlah sampah yang ke landfill dpt dikurangkan.


So what with Earth Day? Apa fungsi Earth Day sebenarnya? Plan untuk Earth Day adalah untuk mengurangkan pencemaran terhadap bumi. Bumi, mengikut Gaia hypothesis, secara ringkas, mampu untuk self regulate dan kembali kepada bentuk asal. Masalah yang berlaku ialah apabila disturbance terhadap bumi exceed the capacity that it can accept, the system will fail. Sebab tu, Sg Klang sampai sekarang xde jadi pristine balik sebab disturbance yang berlaku dah melebihi tempoh untuk self regulate. Dalam kelas water science aku, lecturer aku ada tunjuk river Class I (sila rujuk river quality) lepas hujan ambik masa 8 jam untuk self regulate jadi kepada bentuk asal dia. Itu river yang tak disturb, kalau dah disturb? Sila buat kira-kira sendiri.


Mengikut apa yang aku belajar, masalah dengan sistem kita adalah sebab kita xde lakukan sediment chemistry untuk lebih faham tentang keadaan sungai. Sediment boleh memberi maklumat yang lebih jelas daripada water quality. 3mm of sediment represent 10 years of history (?) (kena rujuk balik sbb tak ingat measurement dia yg tepat). Jadi kalau kita assess sediment kat sungai, kita boleh tahu apa yang terkumpul kat situ sejak beberapa lamanya.


Ok cukup lecture kat sini. Kelmarin teringat sorang lecturer cakap dalam kelas tentang pollution technology. Ayat dia cukup mudah dan aku sebenarnya baru perasan, memang btol apa yang dia cakap. "Global Warming, Ozone Layer depletion, all this is what we have today. However, Earth has survived much greater problems than what we are facing today."


Ok, malas nak quote-quote, biar aku translate sini je. Kata dia, Bumi dah wujud sangat lama dan bumi dah melalui zaman yang lebih teruk daripada apa-apa yang kita hadapi hari ni. Asteroids? Dan sebagainya sampai zaman kepupusan dinosaur yang dikatakan sebab daripada asteroids langgar bumi(?). I don't know, that's what I was told during my childhood. Ayat dia mudah. Earth will survive. Kalau dulu Bumi pernah hadapi bencana yang lebih teruk daripada ni, tapi Bumi masih lagi kat sini untuk kita diami, apa yang membuatkan kita fikir kita perlu selamatkan Bumi?


Jadi dia cakap, what we are trying to save is not the Earth. What we are trying to save is ourselves. Jangka hayat umat akhir zaman kurang 80 tahun. Berapa lama sangat kita akan hidup untuk cakap kita perlu selamatkan bumi? Its either two. Kita mati dulu ataupun kiamat berlaku dulu. So slogan-slogan yang kita laungkan selama ni, kalau kita fikir balik, is it for the Earth, or is it for us?


Bila aku dengar ayat tu sebenarnya, aku terfikir, yes, it is true. When we say save Earth, we are actually concern bout ourselves. Dan lecturer tu jugak cakap, why we want to save the Earth because we concern of what will happen to us, because a slight change can affect us. 21% of oxygen that we currently have, say, if it increased, it still might not be good for us although it might be oxygen.


There is always reason why Allah created the Earth with the composition of 70% Nitrogen, 21% oxygen and the rest of the gases at 9%. I know this is not a word that an Environmental student should utter, but is it our selfishness that drives us crazy to protect the Earth?


Mungkin, mungkin, secara mudah aku boleh cakap, manusia adalah makhluk yang memang tak pernah puas dengan apa yang ada. Sebab kita belajar daripada kesilapan masa lampau, sekarang, bertopengkan slogan Selamatkan Bumi, kita sebenarnya berusaha untuk tidak pupus seperti pupusnya dinosaur suatu ketika dahulu. Dalam erti kata lain, manusia sangat mementingkan diri kerana tidak mahu ada makhluk lain yang mengambil alih tempat mereka di Bumi ni, jadi usaha untuk mengurangkan pencemaran dilakukan demi manusia dapat terus mendiami bumi. Namun, sampai bila?


p.s: Have a thought on this matter and then you will realize that it is actually true. The sad truth.

0 comments:

Post a Comment

 

:: Bila Angin Berbicara :: Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates