Thursday, July 15, 2010

0 Aku Teruji... Atau Diuji...

Erm no comment. Orang akan mula pikir, dah start dah budak ni dengan emo nye. Tak kesahlah korang nk kata apa, yg aku tau, aku yg teruji ataupun diuji.


Aku faham bila Allah kata setiap insan tu akan diuji, sapa yang kufur dengan ujian itu, maka celakalah dia, sapa yang reda, sesungguhnya ada yang Allah ganjarkan. Aku cuba sedaya upaya untuk reda dan sabar, tapi kadang2 sakit, tu sebenarnya sakit, kadang2 rasa tak mampu.


Aku tak nak sebut banyak cuma aku nak cakap, ada yang pilih untuk "pergi" awal. Ada pulak yang tak memilih sedemikian. Aku biarkan takdir menentukan tapi aku seakan diberi tiket untuk "pergi" awal. Tak ingin nak terima, tapi tak dapat nak elak.


Aku rasa sakit. Bukan "sakit". Entah rasa cam semput sket. Tak tau napa. Batuk2 tak ilang2 dah dekat sebulan kot. Mungkin kifarah Tuhan sebab dosa2 lalu. Tapi ada yang menambah2 saja apa yang sedia ada.


Malas nak tuju batu, sembunyi tangan. Jadi biar aku tuju betul2 kena kepala. Sapa makan cili, rasa pedasnya.


Ada benda kita akan menyesal kerana kebodohan kita, ada benda bodoh pulak yang kita lakukan bukan untuk disesalkan. Kalau ada perkara bodoh yang dilakukan dan boleh disesalkan, bodoh benarlah pemikiran kita. Dah buat pastu rasa menyesal. Dah tau terang2 menda tu memang bodoh kan.

p.s: entah membebel apa. Tak sihat lagi. Masih batuk sejak sebulan lalu. Sebab tu asyik minum air limau.

0 comments:

Post a Comment

 

:: Bila Angin Berbicara :: Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates