Thursday, June 13, 2013

0 Historical Drama

Ahoyy~~ dah lama xupdate blog ni sejak zaman pilihanraya hari tu. Jadi hari ni terdetik nak update. Sebab-sebab terasa nak update:

1. nak study, mood tgh tak sync padahal exam lagi 2 hari ~_~;;
2. nak maen game rasa bersalah, jadi update blog. hahaha

Jadi hari ni, masa tengah lunch td kt rumah, bukak 8tv. Letih la kan dok tgk citer indon tv3. Berjela2 panjang setiap episod, cam org ckap tak tahu bila nak berenti. So tadi bukak 8tv ada historical drama china. Ak jarang tengok pn. Tgk gitu2 je. Td je melekat jap. Dan sambil tengok terfikir dan compare. Yup, otak memang kena slalu berfikir sbb satu english proverb ada ckp, "an idle mind is the devil's workshop".


Drama ni drama raja dulu2 la kan. Konflik istana semua etc. Apa yg buatkan aku terfikir, drama lama-lama camni sbenarnya sangat bagus sbb salah satunya, dia bwk mesej kpd golongan yg kita sbut sbgai "decision maker". Masa tengok td, maharaja tu ckp kat anak dia, "Raja ibarat matahari kepada rakyat jelata. Kalaupn matahari tu terbenam, ia akan terbit semula. Raja perlu menyayangi rakyat, tak kisahla siapa pn yg jadi raja." Bu guan shui shi dawang, bla bla bla. haha, ok ak xdgr sgt ayat dia, abaikan broken mandarin tu.


Bila tengok part tu, aku terus rasa, kita sepatutnya ada lebih banyak drama seperti ni. Mengingatkan kita sbg rakyat, kita perlu tahu ciri bagaimana pemimpin sepatutnya jadi. Bila aku biarkan tergantung camni, nnti ada cakap, kita patut contohi Nabi Muhammad S.A.W. dan para sahabat. Ye, aku xnafi. Tapi berapa % orang yg nak baca tu. Sebab media tu sebagai satu medium sekarang, kita boleh guna medium tersebut untuk menyampaikan mesej sebegini.


Mungkin golongan yg memerintah tak menonton, tp in case, secara tak sengaja, tertonton, diorang jugak akan menerima energi daripada cerita sebegini.


Soalan paling mudah, bila kali terakhir, produser filem kt malaysia, menghasilkan drama bercirikan sejarah camni? Jujur ayat aku, kita xperlu pn nak buat drama berdasarkn fakta ataupun mitos yang dah sedia ditulis macam Puteri Gunung Ledang, Hikayat Merong Mahawangsa, etc. Bukannya semua drama yg diorang hasilkan tu berdasarkan fakta.


Imaginasi melebihi fakta yg ditulis. Tak cukup kreatif kah pengarah kita untuk hasilkan drama bercirikan sebegini? Jujurnya aku bosan dgn drama "tipikal" melayu yang berlonggok-longgok kat tv tu. nak terus buat? fine teruskan. Tapi cuba hasilkan kembali drama zaman dulu-dulu. Jujur aku cakap. kali terakhir aku tengok cerita berlatar belakangkan zaman dulu2 kt tv, drama melayu, masa aku sekolah rendah. Tu yg terakhir. Aku ingat lagi citer tu pukul 9 kt tv2 hari jumaat. Cerita persilatan.


Kalau nampak silat terbang2, org kata tipu sebab ni drama melayu? so what? teknologi dah advance, idea pengarah je yg makin mundur. Teduhan kasih la, pa pe lagi tah, aduhaii. sadis la. aku geli la tgk drama-drama cmtu byk sgt. nak muntah pn ada, cam xberkembang.


Alright, pe kata kita compare dgn drama-drama korea? diorang buat drama cinta, diorang buat drama air mata, tp dalam masa yg sama, diorang jugak menghasilkan drama sejarah yg berkualiti malah ada yg cukup power untuk tenggelamkan drama-drama cinta laen. Sekarang, Gu Family Book highest rating setiap minggu. drama The Moon That Embraces The Sun, drama Jang Ok Jung, drama Horse Doctor, drama Mandate of Heaven, Jeon Woo Chi, Bridal Mask, The Great Seer, Arang and The Magistrate, etc etc.


Banyak giler nak list smua, tp sepanjang menghasilkan byk giler drama cinta yg digilai ramai org2 (muda), diorg hasilkan drama-drama macam ni dengan idea yang tercetus. Apakah pengarah kita tak cukup kompeten untuk menghasilkan drama sebegini? Ke sebab kita ni dah tak cukup sangat penulis skrip yang mampu menulis skrip dalam bahasa klasik? Sadis kan. Dah lama sangat bercakap I, U dalam drama tetiba buat drama camni kena ckp hamba, tuan hamba, gerangannya, istilah shahtiayat yang mulia dan sebagainya. hahaha.


Bahasa klasik aku pn dah berkarat tp sekurang-kurangnya, masih mampu mengerti kalau dengar. Pecahkan la bekas tipikal tu dan cubala hasilkan drama camni drpd asyik drama, kena dera, menangis, laki tak suka jadi suka, suka itu, suka ini, mengumpat itu dan ini, benci sebab pmpuan tu suka laki yang dia suka. Ak dah nak termuntah dengan drama camni. Aku lagi respek sapa tu yang buat filem pasal hubungan homo tu sebab berani pecah bekas tipikal tu. Kalau akhir cerita yg "taboo" bagi masyarakat tu bwk mesej yg baik apa salahnya? daripada terus-terus kena sumbat dgn drama cam yg ada skrg.


P.S: buweek, nak muntah jap.

0 comments:

Post a Comment

 

:: Bila Angin Berbicara :: Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates