Thursday, May 24, 2012

0 잘자요굿나잇 ^^

대박! 아구 다 망길아 겅앗 라구 니!

Ok tu bahasa korea serabut atas tu. haha. yang depan tu je bahasa korea, belakang tu bahasa melayu yang dikoreakan. haha.


Ok cam tulisan kat atas tu sebut la, memang aku dah gila dengar lagu baru B1A4 neh. Dan aku rasa aku lebih anticipate lagu ni daripada lagu FT Island dulu. Xtaw la kenapa. Mungkin sbb lagu ni ala-ala dance sket, dan bila dengar sambil tgk vid klip, aku cam nak menari cam diorang gak. hahaha.


Tajuk lagu baru untuk first album B1A4 tajuk IGNITION ni bertajuk seperti dalam tajuk post tu. Jaljayo good night. Maksudnya, Sleep Tight Good Night. Kalau baca kat youtube, ada yang tulis tajuk bahasa inggeris dia Baby Good Night, tapi yang precise nye jaljayo good night la.


Lagu ni baru keluar hari ni dan aku tengok vid klip dia sejam lepas dikeluarkan.First dengar, ow ok. Cam best. Pastu tengok dancing dia, aik, comel gak dancing camni. haha. Kalau nak suruh aku menari cam 2pm ke, super junior ke, exo ke, memang tak jalan la walaupun bila tgk, waahh, best kalau terer menari camtu. haha. menari pn exercise apa? hoho.


Jadi aku tgk yg ni, ooo dance move dia tak susah sangat (kot). haha. jadi boleh la nak menari sorang-sorang dalam bilik kat rumah nnti bila bosan2. menari kat ruang tamu gerenti org kata buang tebiat kan. haha. ow ok, kembali kepada main point.


Lagu ni bawak mesej yang agak keji sket. haha. dia pasal laki ni suruh awek dia tido supaya dia boley kluar pegi berfoya-foya, lebih kurang camtu. bagi aku la, dalam vid klip ni, laki ni xde pun plan nak cheat dgn pompuan tu, cuma dia nak pegi berseronok je sekali sekala camtu. tapi in the end bagi sapa yang dah tengok vid klip ni, rupa-rupanya, pompuan tu yang cheat kat dia dgn laki lain.


Aku ada post kt youtube aku ckap, konsep album ni cmni: laki tu suruh awek dia tido supaya dia pegi berfoya-foya, tapi dia xde plan nak cheat pompuan tu pn, dia cuma sekadar nak kluar berseronok. tapi in the end pompuan tu yang ada laki lain dan tipu dia. ni cerita dalam lagu Sleep Tight Good Night. Pastu lagu kedua dalam album ni tajuk Because of You plak, laki tu dapat tahu pompuan tu ada pompuan lain. Tapi pompuan dah tinggalkan dia, walaupun dia masih berharap pompuan tu balik semula. Lebih kurang camtu la. Pastu track seterusnya lagu Baby I'm Sorry, pompuan tu dah tinggalkan dia, tapi dia tak dapat lupakan pompuan tu lagi.


Andai kata camtu la konsep dia, memang amazing la sape yang susun track dalam album ni. Membentuk satu cerita, tp xpasti ada orang paham ke tak. Tapi setakat yang aku tengok, ni la track dalam album tu untuk 3 yang pertama (ke ada 4 je dalam album neh? tak pasti).


To conclude, lagu neh memang best abes. At least aku da tambah satu lagi dalam playlist aku. sekurang-kurangnya kalau mengantok buat thesis, lagu ni boley buat aku menari sambil stretching, gerenti tak tido. haha.


p.s: now thesis mode.

0 comments:

Post a Comment

 

:: Bila Angin Berbicara :: Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates