Thursday, October 27, 2011

0 Memories...

Sape pun anda pada hari ni, masa dulu, mesti anda jugak melalui hari-hari seperti mana kanak-kanak lain. Tak kira lah anda perdana menteri ke hari ni, artis ke, dulu mesti lalui jalan yang sama kan? walaupun ada yang kurang bernasib baik, tapi secara puratanya, ramai yang melalui kisah hidup kanak2 yang hampir sama.


Aiseh update kali ni, takde pun plan nak sedey2 atau nak emo2. Cuma semalam lepas tengok running man, terkeluar idea untuk tulis ayat kat atas tu. Episod kelmarin yang aku tgk, bwk diorang semua pegi kat tempat manga kat korea. semuanya manga lama yang keluar era zaman diorang semua kecik2.


Pastu satu cabaran semalam bawak diorang masuk dalam rumah untuk nyanyi lagu tema untuk manga yang dah diubah jadi kartun. Masa tu la nampak, diorang semua artis sekarang, orang yang popular, tapi satu ketika dulu, diorang masih kanak-kanak yang jugak sama-sama dengan kanak-kanak lain menonton kartun popular tu.


Kagum sebenarnya tengok episod tu sebab lagu kartun diorang tahun 70 - 80an sangat sedap. xD seriusnyer memang sangat best lagu kartun tu. Pastu aku terbayang la plak kan. Kalau ada gameshow kat Malaysia nk buat camtu, mesti best.



Cumanya...............................



Berapa kerat sangat lagu tema dari kartun yang berbahasa melayu yang ada? Sehari jugakla aku pikir hari ni. Paling cepat aku nampak Kluang Man, lepas tu Sailormoon. Silat Lagenda? Aku pun dah tak ingat lagu tu. Sang Wira? tak tersimpan pulak dalam minda aku. Nampak sangat antara semua kartun-kartun malaysia yang ada, takde sangat yang mampu memberi kesan yang mendalam. Sailormoon tu pun alih bahasa, kalau tak, aku rasa, Kluang Man je la kot yang aku ingat lagu dia. Usop Sontorian? Yokies?


Meh, malas pikir. Tapi tu la. kebanyakan kartun kita semuanya pasal kartun semata, tak bagi fokus mendalam kat bahagian lagu. Padahal, lagu tu yang akan kita "treasure" buat selamanya. Dengar lagu tu, kita teringat balik. Walaupun aku tak melekat sangat tengok kluang man, tapi sebab lagu dia, aku masih ingat lagi kartun tu.


Rasanya dah masa untuk buat kartun yang lebih bermakna, bukan setakat kepada penyampaian mesej dan grafik kartun tu, tapi jugak lagu dia, supaya kanak-kanak dapat turut sama menyanyi lagu tu. Tengok macam spongebob squarepants. tengok macam doraemon. tanya je, sapa tak tahu lagu doraemon, musykil sangat la.


Dan disebabkan pikir2 balik tak banyak kartun yang pernah ditayangkn ada lagu alih bahasa melayu, aku rasa tak ley buat la gameshow nyanyi lagu kartun.


p.s: la la la tiba-tiba keajaiban terjadi, kekuatan muncul di diri....... hahah sailormoon ost.

0 comments:

Post a Comment

 

:: Bila Angin Berbicara :: Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates