Sunday, December 27, 2009

0 Angin Sejuk Kota London (Bahagian Akhir)

3 Disember membawa perjalanan kitorang ke Royal Albert Hall yang terkenal. Binaan dia memang lawa dan sangat besar. Abang aku cakap, masa Siti Nurhaliza buat persembahan kat sini dulu, diorang cuma tempah bahagian depan dewan tu je tapi mintak maaf cakap, tak penuh. Kitorang bergerak ke Muzium Sains lepas tu. Tak banyak sangat yang menarik perhatian aku kat situ tapi aku minat dengan ada mesin permainan dia. Huhu. Dari Muzium Sains, kitorang pegi Muzium Sejarah Negara (National History Museum). Tak jauh, dekat je. Yang ni menarik.

Dalam dia ada benda yang berlaku sekeliling dunia termasuk gempa bumi kat Jepun dan sebagainya. Jugak terdapat sejarah pembentukan batu (aku belajar dalam Sumber dan Ekosistem Tanah semester lepas huhu). Yang paling menarik kat situ adalah pasal dinosaur. Ada diorang dinosaur gerak-gerak lagi. Huhu.

4 Disember. Ni hari terakhir kitorang jalan-jalan kat London sebab esoknya nak balik dah. Kali ni, abang aku bawak kitorang pegi melawat London Bridge. Kat sini bolehlah melihat keindahan Sungai Thames (takdelah indah sangat tapi takdelah kotor, sekurang-kurangnya berbanding sungai Malaysia yang semuanya tercemar). Kat sungai Thames ni la terletaknya Tower Bridge dan London Bridge. Selama ni aku silap sangka. Gambar yang ada dua menara tu untuk pengetahuan korang nama dia Tower Bridge bukan London Bridge. London Bridge tu yang lagi satu.

Bertentangan dengan Tower Bridge. Sebab angin yang agak berangin (huhu ayat apa ini), semua mula rasa nak terkencing. Diorang ada satu tandas yang kena bayar tu tapi sebab abang aku tak bawak duit syiling jadi masalah la sket. Jadi kitorang masuk kedai kopi, minum kopi, kencing kat dalam tandas dia. Huhu.

Kat kawasan tu ada dua tempat rumah hantu. Huhu. Satu London Dungeon dan satu lagi London Tomb. London Dungeon ni macam rumah hantu yang menggunakan visual dan orang untuk menunjukkan macam mana jenis penyiksaan zaman dulu-dulu. Yang buat benda tu menakutkan, orang dia je.

Diorang buat bagi terkejut dan sebagainya. London Tomb pulak abang aku cakap paling baru. Masa diorang korek-korek kawasan kat London Bridge tu, diorang jumpa kubur lama, jadi diorang jadikan tempatkan tu rumah hantu. Pelik-pelik diorang ni kan.

Kitorang lintas London Bridge dan lepas tu kitorang naik tube dan turun di St Paul’s Cathederal. St Paul Cathederal ni gereja yang terbesar di London (ye kot haha) sebab aku tengok dia besar. Haha. Lepas tu kitorang ambik bas nak pegi ke, ermm aku lupa nama tempat tu tapi tempat tu macam pasar dipanggil Apple Market. Kitorang beli biskut kat satu kedai ni. Besar giler biskut dia dan memang sedap.

Lepas tu, abang aku bawak kitorang pergi kedai permainan yang besar, ermm lupa jugak nama. Haha. Tapi permainan kat situ memang banyak, teddy bear dan sebagainya. Paling menarik dalam kedai tu, dia ada jual barang-barang daripada filem. Cincin The Lord of The Rings, tongkat magis Harry Potter, lightsaber Star Wars, cemeti Indiana jones dan banyak lagi. Aku ingat nak beli cincin The Lord of The Rings tu, tapi amek ko, harga dia saja dekat 300 pound kot. Haha.

Balik daripada kedai tu, abang aku bawak kitorang ke tempat terakhir lawatan iaitu Malaysian Hall. Mungkin bukan nasib kitorang, Malaysian tutup malam tu sebab ada mesyuarat apa tah malam tu. Jadi kitorang berjalan nak balik, ingatkan nak makan kat satu kedai arab jalan nak balik rumah abang aku. Nak dijadikan cerita, tak jumpa jalan nak balik. Huhu. Jadi kitorang pusing balik, nak cari makan kat situ. Ingat nak makan kat hotel Berjaya kat sana tapi tak jumpa jugak. Akhir sekali, orang kata last resort, abang aku bawak pergi sebuah restoran Morocco.

Nama restoran tu Cous Cous. Alhamdulillah bukak. Masuk dalam tu kitorang makan makanan yang banyak sangat namanya tambah-tambah dalam bahasa arab. Tak larat nak mengingat nama. Malam tu, aku makan cous cous dengan ayam. Sedap. Cous Cous untuk pengetahuan korang ialah biji gandum yang dihancurkan, tak halus sangat, masih berbiji. Gandum ni la yang dimasak dan dimakan. Sedap weh. Boleh la kalau korang nak cuba. Aku dah tengok, ada cous cous dijual kat pasaraya malaysia.

Lepas tu kitorang singgah kat tempat jual cenderamata kat kawasan tu. (Ha kat sinilah aku beli barang korang haha).

5 Disember. Kitorang mula simpan barang dan bersedia untuk pergi ke Lapangan Terbang Stansted semula. Dan kitorang balik.

Aku cuma nak cakap London ni best tapi masalahnya kalau ada antara korang yang tak reti nak beristinjak cara dulu-dulu, huhu, sila berlatih dulu sebab kat sana tandas awam banyak tapi takde paip air macam kat negara kita. Huhu atau kalau ada yang nak belajar beristinjak, boleh gak arr cuba kat sana. Jadi selalunya, kalau kitorang sakit perut pun, kitorang tahan sampai balik umah. Huhu.

Yang kedua, kalau korang nak shopping kat London, sila tutup otak korang daripada pikir 1 pound Britain sama dengan 5.6 ringgit Malaysia. Kalau korang mula tengok camtu, gerenti apa pun korang tak beli. Jadi kalau duduk sana, korang tengokla 1 pound diorang macam 1 ringgit malaysia. Haha. Serius masa last sekali aku makan kek dan minum kopi kat lapangan terbang sebelum balik malaysia, baru aku kira balik. Minum kopi untuk empat orang kat lapangan terbang tu lebih kurang 11 pound lebih, dengan muffin dan kek, adala lebih kurang 20 pound lebih.

Logik akalnya, korang dah berbelanja sebanyak rm100 lebih untuk satu sesi minum kopi je. Abang aku cakap harga makanan standard kat sana lebih kurang 6 pound. 6 pound tu standard, harga kat malaysia sama dengan dekat rm40 lebih. Haha. Jadi jangan mula pikir benda tu kalau korang nak shopping kat sana. Haha.

0 comments:

Post a Comment

 

:: Bila Angin Berbicara :: Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates