Sunday, June 17, 2012

0 Oneurun...

Oneureun = hari ni, bukan hari lain, hari ni jugak, hari ni berbanding hari-hari lain.


Ok apa aku merepek ni. Takde, saja nak praktis bahasa korea yang aku tengah blaja. Bhgn ni yang plg susah. Kalau dalam bahasa inggeris kita belajar, macam mana untuk kita tekankan sesuatu perkara, kita tekankan nada kita kat tempat tu.


Contohnya, Kita tanya mat salleh, "can you take me and my friend to the bus station? Mat salleh tu pun jawab, "I will take YOU to the bus station." YOU besar gajah tu menunjukkan penekanan nada, bukan marah eh. Maknanya, orang tu cuma nak bwk kita je pegi stesyen bas dan bukan kawan kita.


Sama gak la dengan bahasa korea kat atas tu. Hari ni dalam bahasa korea oneul. Bila kita buat penekanan untuk hari ni, kita sebut oneurun. Bila kita sebut oneurun, maknanya, fokus kita untuk hari ni saja. contohnya, oneurun haneuri yeppeoyo. Maknanya, hari ni punya langit cantik. hari ni punya langit, tak macam langit hari2 lain, cantik.


Oh nak tambah gak, aku tambah minat satu lagi halyu star. tambah yesung dari suju. power vokal, sangat berbakat. Nak tambah pe lagi? tak taw dah kot. aku suka vokal dia. ak dengar dia nyanyi lagu han namja. sebab vokal dia lagi power dari jong kook, ada rasa naik bulu roma dengar. tapi lebey sedap kalau dia tarik lagu tinggi sket. nampak capability dia.


P.s: viva da dekat, doakan kejayaan aku. amin.

0 comments:

Post a Comment

 

:: Bila Angin Berbicara :: Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates