Monday, June 11, 2012

0 Berjalan, Melihat dan Mentafsir

Salam semua. Wah, sempat menyempat lagi aku bukak blog ni untuk di"update" padahal esok pagi exam. Nota takde, pastu masa lecturer tu ajar sgt bengong, tah apa tah dia ajar, jadi aku tak tau la nak study apa. Ingat lepas ni, nak tengok course guideline pastu search note je. Pastu esok jawab je pe yg patut kan.


Ok jom kembali ke post yang sepatutnya. Tajuk ni tajuk album kump nasyid dulu. pinjam jap eh nak menunjukkan yang dalam hidup kita, kita tak seharusnya sekadar terus berjalan tanpa menoleh dan tidak mengendahkan langsung apa yang berlaku di sekeliling kita.


Banyak kali dah sebenarnya aku terfikir pasal menda ni tapi cuba mencari ayat yang indah untuk melakar analogi ni. Semoga kisah dan analogi ini menjadi pedoman buat diri ini dan juga rakan-rakan sekalian. ok ni analoginya.


-- Kalau kita naik kenderaan awam, contoh macam bas, kapal terbang dan sebagainya, perkara pertama yang kita harapkan adalah kita selamat sampai. Sebab tu kita sanggup bayar. Dan dalam bayaran tu tanpa sedar, kita sebenarnya dah meletakkan kepercayaan penuh kepada syarikat tersebut terutamanya pemandu kenderaan tersebut untuk membawa kita ke destinasi kita dengan selamat.


-- Ok, apa yang membuatkan kita beri kepercayaan penuh kepada seseorang yang tak pernah kita kenal langsung sepanjang hidup kita, tiba-tiba untuk kita balik kampung dan sebagainya, kita beri dia sepenuh kepercayaan untuk bawak bukan diri kita, tapi nyawa kita dengan selamatnya tiba di rumah kita?


-- Cuba fikirkan sejenak. Ok, mungkin ramai yang akan jawab, kita percayakan keupayaan dia dan juga dia punya skill untuk bawak kenderaan tersebut dengan selamat, kita percaya kalau pilot, dia dah lepas dah dia punya test, grad semua dalam mengendalikan kapal terbang tu untuk bawak dengan selamat dan berhemahnya.


-- Sekarang, cuba kita fikirkan balik. Kalau kita sanggup berikan sepenuh kepercayaan terhadap orang yang tak pernah kita kenal untuk bawak kita ke rumah dengan selamat, berapa ramai antara kita yang benar-benar yakin dengan apa yang telah Allah S.W.T. beri dalam guideline hidup kita?


-- Terkejut dengan soalan macam ni? Mesti ramai akan jawab, yang muslim mestilah yakin dengan sepenuh jiwa raga. Tapi mana bukti keyakinan tersebut? Apabila Allah S.W.T. berfirman dalam Al-Quran kepada kaum hawa dalam surah An-Nur ayat 31 yang bermaksud, " ... dan labuhkanlah tudung itu melebihi paras dada", berapa ramai kaum muslimat yang melakukan sedemikian bahkan masih ramai yang tidak bertudung masih bangga berjalan. Maaf cakap, kalau anda meletakkan sepenuh keyakinan atas apa yang telah Allah turunkan, seharusnya anda sudah bertudung kerana Allah lebih mengetahui apa yang baik dan apa yang tidak.


-- Berapa ramai yang tidak solat tapi menyatakan keyakinan kepada Allah? Kenapa tidak solat jika anda yakin dengan Allah S.W.T.? Adakah anda lebih mengetahui daripada Allah S.W.T.? Semestinya tidak sama sekali.


Justeru, jika kita sanggup menggantungkan kepercayaan nyawa kita kepada seseorang yang kita tak pernah kenal pun semasa menaiki kenderaan awam, kenapa kita tidak langsung meletakkan kebergantungan dan kepercayaan kita terhadap seluruh perintah Allah S.W.T. ?


Jika Allah memerintahkan suruh menutup aurat, jika kita tidak menurut, tidakkah itu menunjukkan bahawa kita sebenarnya tidak yakin dengan ketetapan yang telah Allah tentukan? Allah memerintahkan kita untuk solat, jika kita tidak solat, tidakkah itu juga menunjukkan betapa kita tidak percaya sebab indah mengapa Allah memerintahkan supaya kita solat?


Islam itu tidak wujud atas nama, sebab itulah terdapat satu firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-Baqarah ayat 208 yang bermaksud, "Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu mengikut jejak langkah syaitan sesungguhnya syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata."


Kita sudah bersumpah sebelum lahir lagi di hadapan Allah membuktikan bahawa kita sebenarnya dah mengenali Allah sungguh lama. Kita belajar sifat 20, kita belajar asma'ul husma. Aku tahu memang tidak cukup dengan ini saja kita nak mengenali Allah S.W.T. sebab masa kat sekolah, ustazah aku pernah menyatakan, puncak ketinggian hidup manusia, adalah apabila dia mengenali Allah. Bagaimana caranya? Apabila kita mula mengenali diri, kita akan mula mengenali Allah.



Ada antara insan yang amal ibadatnya seasonal (lepas kena tazkirah, solat. masa susah, solat. masa exam, solat dan sebagainya). Aku cuma berdoa agar insan-insan sebegini diberikan hidayah Allah S.W.T. untuk melaksanakan amal ibadat dengan lebih konsisten, bukannya dan bukannya seasonal.


Sebelum mengundur diri, aku memohon maaf terlebih dahulu jika ada yang terguris dan terhiris sepanjang penulisan ni. Biar post ni menjadi ingatan untuk diri sendiri dan juga rakan pembaca sekalian. Wallahualam.


p.s: Tazkirah selingan, semoga menjadi pedoman buat diri sendiri dan juga rakan-rakan.

0 comments:

Post a Comment

 

:: Bila Angin Berbicara :: Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates