Friday, March 14, 2014

0 A Piece of My Mind

Setelah sekian lama x bukak blog ni hari sama macam nk update.

Rasanya semua taw apa yang sedang kita hadapi kini. Satu demi satu insiden berlaku di negara kita. bermula daripada insiden kemarau yang berlarutan, kemudian kepada insiden misteri kehilangan pesawat mh370, dan berlakunya jerebu sekarang.


Negara berada dalam keadaan pilu, turut sama merasai derita yang sedang dialami sesama rakyat senegera. Tidak dilupakan juga doa yang tidak putus-putus turut dipanjatkn di seluruh negara baik di luar mahupun dalam negara.


Namun pada masa yang sama, ada segelintir golongan masyarakat yang membuatkan saya merasakan kurang senang dan agak kecewa dengan tindakan dan cara pemikiran mereka. Tidak cukup dengan spekulasi mengenai kehilangan pesawat, terdapat juga masih ramai yang "share" post-post drpd blog2 yang tidak diketahui kesahihannya.


Yang lebih mengecewakan adalah apabila ada segelintir masyarakat yang mengaitkn insiden yang berlaku, satu demi satu sebagai satu bala terhadap masyarakat di Malaysia. Saya, dengan pendirian saya sendiri tidak bersetuju jika ada segelintir masyarakat yang menyebut ini sebagai bala.


Saya lebih suka jika kita melihat apa yang sedang berlaku di negara kita sekarang sebagai satu ujian dan dugaan oleh Allah S.W.T.. Jika kita mengatakan insiden yang berlaku kini adalah satu bala, kita telah meletakkan diri kita sebagai seorang hakim yang menghukum. Namun siapakah kita untuk menghukum dan menghakimi sesama insan lain? Tidak cukupkah Allah Yang Maha Adil itu sebagai hakim sehinggakan kita pula yang menghukum mengatakan kejadian yang berlaku adalah disebabkan betapa banyaknya perbuatan mungkar yang kita lakukan?


Mungkin itu boleh jadi punca penyebabnya namun berhakkah kita sebagai manusia biasa untuk mengatakan sedemikian?  Banyak manakah ilmu kita untuk mengatakan kejadian ini sebagai satu bala? Apakah kita lebih mengetahui drpd Allah Yang Maha Mengetahui? Jangan mudah melabel sesuatu perkara.


Ilmu Allah itu sangat luas. Allah lebih mengetahui hikmah berlakunya segala kejadian ke atas kita. Kita sebagai hambaNya, jelas harus berdoa memohon maghfirah, petunjuk, rahmat, dan keberkatan dalam hidup di dunia dan bukannya menghukum sesama sendiri. Biarlah Allah menjadi hakimnya, Dia lebih mengetahui akan setiap sesuatu.

Firman Allah S.W.T.:
"Katakanlah wahai Muhammad, sekiranya lautan itu dijadikan tinta untuk menulis kalimah-kalimah Tuhanku, nescaya akan habis kering lautan itu sebelum habis kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami datangkan lagi lautan yang sebanding dengannya sebagai bantuan."
(Surah Al Kahfi: Ayat 109)


P.S: Bersangka baiklah kepada Allah S.W.T. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui =)

0 comments:

Post a Comment

 

:: Bila Angin Berbicara :: Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates