Monday, September 12, 2011

0 Update While Waiting

Woops! Terbukak blog plak. Aku tgh tggu nak masuk kelas mandarin 2 sebenarnya. kelas pertama untuk sem baru neh. Disebabkan masalah kenderaan, asrama jauh dan sebagainya, dan sama waktu dengannya, aku terpaksa datang 1 jam setengah lebih awal dari waktu kelas.


Memang menggila gak pikir sebab rasa cam dah masuk balik sekolah asrama. Bangun awal, mandi untuk elakkan tandas sesak. Duduk bukan dalam bilik dah, tapi dalam dorm. Satu dorm ada 3 bilik air untuk mandi.


Dulu macam nak mengamuk gak pikir2 balik lepas semua yang aku tinggalkan beberapa tahun lepas berulang semula. Tapi ok la sekarang ni. Bezanya dengan asrama sekolah aku cuma aku tak payah bangun pukul 5.30 pagi dan berebut dengan semua orang. tambah2 junior baru yang bajet innocent kat sekolah masa mula2 masuk (macam aku la jugak masa mula2, hari pertama, baru bunyi loceng 5.20, semua dah melompat katil bangun nak mandi, haha).


Alhamdulillah setakat ni semua berjalan lancar. Kelas belum lagi menggila dengan assignment tapi bila difikirkan semula jadual perjalanan bas, rasa cam tak logik nak bawak semua yang ada kat asrama laki tu. Tambah2 perkhidmatan bas ada untuk pegi kelas ikut jadual cuma waktu pagi (kalau kelas pukul 9, silalah berangkat naik bas pukul 6.45 pagi).


------------ ------- ------------------- ------------------


Ok tutup pasal asrama. Sebelum aku balik raya ari tu, ada kawan lama kat sekolah aku ada mintak aku ciptakan satu lirik lagu mengenai cinta halal. Aku cuma cakap je yang aku dah lama tak berkarya, jadi aku tak tahu aku masih mampu untuk tulis ayat-ayat puitis dan tersirat macam dulu lagi.


Alhamdulillah, dalam diam ari tu, satu demi satu bait lirik terkeluar dari mulut aku dengan melodi sekali. Aku dapat dua rangkap dari lirik tu. Melodi untuk masuk korus belum keluar setakat ni untuk masuk dengan melodi permulaan. Jadi aku berenti jap daripada berfikir.


Mungkin tajuk untuk karya ni bukan bertajuk cinta halal tapi lirik ni akan menceritakan mengenai seorang jejaka yang mendengar kisah dan hanya mampu melihat dari jauh seorang gadis yang cintakan agamanya. Status bukan mahram tak mengizinkan jejaka ni untuk berjumpa, cuma cerita yang dibawa orang sekeliling memberi dia input mengenai macam mana orangnya perempuan tu.


Ketabahan, kesabaran, dan reda antara nilai yang aku terapkan, tapi setakat ni belum mampu untuk akhirkan lagu ni. Lagu ni akan di-KIV, kalau keluar ilham, keluar la. Kalau tak gitu je la kot.


Dah 8.50 pagi. Chiow!


p.s: mandarin 2, bersedia untuk tergeliat lidah semula!

0 comments:

Post a Comment

 

:: Bila Angin Berbicara :: Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates