Sekarang, semua dah kawin, ada yang bawak haluan masing-masing, jadi sambut raya dalam keadaan sederhana. Happy atau tak kita dengan raya, rasanya kita kena tanya diri kita balik.
Kenapa masa kanak-kanak dulu bila raya je kita happy?
Yang pertama jawapan mungkin sebab kita tak payah posa sebulan dah, boleh makan bila-bila masa, boleh keluar main pastu dapat minum air ais yang sedap lepas penat.
Yang kedua mungkin kita kena tengok diri kita balik. Masa kita kanak-kanak dulu, masa kita puasa, adakah kita mungkin lupa menghargai nikmat makan dan minum tu?
Rasanya tak salah kalau aku cakap, masa kita budak2 dulu, kita lebih menghargai makan dan minum berbanding sekarang, lebih menghargai nikmat tu berbanding bila kita dah dewasa. Justeru kita jadi hilang feel dengan raya.
Mungkin masa kita kecik kita takde plak kan terfikir menginsafi nikmat makan dan minum yang orang yang berada di luar malaysia dan negara yang kurang bernasib baik hadapi, tapi sekurang-kurangnya bila kita menghargai nikmat makan dan minum tu, dalam erti kata lain, kita sebenarnya turut merasa empati terhadap golongan yang kurang bernasib baik.
p.s: rehat seketika, petang ni nak kena siapkan rumah sket. chiow!
kanak2 best main bunga raya, ada feel..duit raya pun dapat lebih
ReplyDelete