Sunday, August 28, 2011

0 Pernah Tak?

Tadi masa tengah melabur amanah saham kat dalam lubang atm yang boleh di"flush" tu (Ishh tak senonoh btol. Patutla takdak pompuan minat kat aku. Haha) tetiba teringat masa sembang2 dengan sorang kawan ni.


Dia ada sebut sahur dan bukak posa kat luar negara sekarang. Aku cakap je kat dia, subuh kat sana pukul 2.58 pagi (masa aku kat sana dulu). Aku cakap selalunya aku berjaga je sampai subuh, solat pastu baru tido sebab kalau tak, takut tak sedar sebab tak biasa kan bgn subuh pukul 3 pagi. Pastu muncul satu persoalan balik dalam kepala otak aku.


Pernah tak korang terfikir atau terbayang diri ataupun tertanya-tanya soklan cam, "Kenapa eh aku lahir kat Malaysia? Kalau aku lahir kat oversea mesti best, kat us ke, paris ke" ataupun terfikir, "mesti best kalau aku dok kat luar negara".


Berfikir menda2 macamtu bukannya bermakna kita tak bersyukur dengan apa yang kita ada, cuma memang lumrah kita, tak penah puas dengan apa yang kita ada dan kita sentiasa cuba meletakkan diri kita dengan orang lain, untuk membandingkan.


Jujur bagi aku, aku selalu jugak terfikir camtu. Pastu aku akan cuba bandingkan. Andai kata aku dilahirkan luar daripada Malaysia, bagaimana keadaan diri aku sekarang, apa aku buat sekarang, adakah sama macam aku sekarang dan lain-lain.


Persoalan yang mungkin paling menakutkan, adakah nikmat Iman dan Islam tu ada andaikata dilahirkan luar daripada Malaysia. Memang betol kalau Allah nak beri, akan sampai jugak, cuma kita tak tahu macam mana keadaannya.


Pengakhiran kepada setiap apa yang terfikir, aku berbalik semula keadaan diri kita semasa. InsyaAllah kalau Allah izin, kita akan tetap menjadi muslim walau bukan lahir di Malaysia, tapi muslim yang macam mana? Bila tanya soalan tu semula, penah tak kita terfikir, adakah diri kita ni bersedia nak hadapi keadaan kat luar sana?


Aku penah berada kat sana, dan aku dapat rasa pandangan serong orang terhadap Islam dan aku tengok macam mana umat Islam kat sana. Mungkin kita tak dilahirkan kat luar sana sebab kita tak bersedia untuk hadapi keadaan macam tu. Tu sebahagian daripada yang banyak. Yang seterusnya, kita bersedia ke untuk hadapi perubahan musim panas yang siangnya panjang (macam sekarang, bukak puasa kalau tak silap aku dekat pukul 9 malam baru masuk maghrib dan subuh pukul 3 pagi) Kenyang berbuka masih dok lekat lagi masa nak sahur.


Pastu cubaan musim sejuk. Zohor pukul 11. Asar pukul 1. Maghrib pukul 3 petang camtu. Dan macam-macam lagi cubaan. Bila Allah sebut dalam Al-Quran (surah Al-Imran : 54) ,"Dan mereka merancang, Allah juga merancang, dan Allah adalah sebaik-baik Perancang."


Rasanya cukup jelas kat situ sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik perancang. Dia tahu diri kita tak bersedia nak hadapi suasana hidup kat luar, jadi dia tempatkan kita kat bumi Malaysia yang aman. Contoh tak bersedia, bukak puasa sekarang pukul 7.22 malam pun dah ramai merengek lambat berbuka dan sebagainya, macam mana nak hadapi yang sampai 9 malam? pastu pukul 3 pagi dah tak boleh makan balik dah. Dugaan kecil tu kita tak dapat hadapi, macam mana kita nak hadapi diskriminasi, pandangan negatif orang lain terhadap umat Islam?


Dalam erti kata lain, seeloknya kita bersyukur kat mana pun kita berada, kita masih di bumi Allah. Takde pun ada diskriminasi yang Allah tetapkan, eh, ko lahir kat Malaysia, ko dapat bahagia etc, eh ko lahir kat Palestin, ko kena berperang dan sebagainya. Sebab kita kena ingat, penghujung Surah Al-Baqarah ayat 286 Allah berfirman: "Allah tidak akan membebani hambanya dengan beban yang di luar kemampuannya."


Kemampuan kita setakat mana, Allah tahu. Mungkin apa yang kita hadapi hari ni kita rasa dah berat gila, tak sanggup nak tahan, sakit hati, sakit jiwa dan sebagainya, tapi hakikatnya, kita mampu hadapi perkara tu.


Sebagai penutup untuk post ni, kalau rasa diri kita dibebani masalah yang kita rasa takde orang lain dalam dunia rasa betapa sakit dan betapa terbebannya kita, ayuh hayati ayat ni:

"Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya dia akan memberinya jalan keluar, dan memberi rezeki yang tidak disangka-sangka, dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan baginya, Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakinya, sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu."

(Surah At-Thalaq : Ayat 2 - 3)


p.s: Belajar bersyukur dengan apa yang ada dan apa yang dimiliki...

0 comments:

Post a Comment

 

:: Bila Angin Berbicara :: Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates