Tuesday, September 20, 2011

0 Novel, Cerita Unlimited!

Nak tergelak pulak bila aku baca balik pasal post aku sebelum ni pasal Love Post tu, sebab bunyinye macam perasan sendiri la plak kan. sorry la banyak2 pasal post tu kalau ada yang baca rasa nak termuntah ke. haha.



Okla, back to the main topic. Beberapa hari lepas, aku balik umah sebab akak aku tunang. Pada masa yang sama aku browse website tengok game n cerita n anime. Masa browse tu terjumpe game Silent Hill. Masa tu, masa lampau semua terimbau kembali.



Aku teringat aku pernah buat misi untuk tulis 8 buah sekuel untuk sebuah novel yang terilham lepas aku tengok game Silent Hill ni. Boleh dikatakan ciplak untuk idea pasal tempat tapi segala jalan cerita dan pengukuhan cerita tu tak sekuat cerita Silent Hill. Aku namakan cerita aku Hidden Hill. Aku mula tulis cerita ni sejak dari aku form 3, lepas pmr, aku rush nak buat cerita hantu kononnye.



Aku mula tulis cerita pun mula dari form 1. Aku tak tahu dari mana datang semangat nak tulis novel semua ni, tapi aku sangat berminat giler dulu. Boleh dikatakan aku boleh duduk depan meja ataupun depan tv, pegang pen, karang cerita dalam buku. Novel pertama (so-called novel) yang aku siapkan pasal magic, lebey kurang cam charmed cerita dia. Aku tak berapa puas hati dengan jalan cerita dia sebab tak constructive.



Lepas aku bagi kawan aku baca, aku mula tulis novel kedua aku, Between Love and Life. Aku tanya kawan aku masa tu lebey kurang macam dia akan menggerakkan cerita Between Love and Life tu dan aku tulis. Mungkin masa tu aku anggap cerita tu paling constructive yang aku berjaya tulis. Dan lepas abes aku tulis novel tu, aku sambung dengan novel pendek yang membosankan, Forever and Ever, cerita pasal dua beradik. Yang ni plak cam klon untuk cerita One Tree Hill.



Jujurnya, aku rasa penulisan aku cam takde identiti sebab tak dapat hasilkan jalan cerita sendiri. Lepas Forever and Ever siapla, aku terus tulis cerita Hidden Hill 1 : Wrath ... (tett tak ingat tajuk belakang. haha dah lama dah). Aku siapkan sebelum cuti lepas pmr. Dan aku bagi kat kawan aku sebagai hadiah perpisahan sebelum aku masuk sekolah asrama penuh kt kl.



Masa aku cuti lepas pmr, aku sambung tulis Hidden Hill 2 dan Hidden Hill 3. Plan untuk Hidden Hill sebenarnya ikut 8 arah mata angin. setiap arah mata angin ada jalan masuk untuk ke Hidden Hill. Tak sangka gak sebenarnya, bila ada member aku kat sekolah masa tu cakap novel Hidden Hill tu best. Dia cakap depan senior aku masa tu sebab kebetulan, pada masa yang sama, waktu lapang aku tulis novel bm. Dia cakap novel b.i. yang aku tulis lagi best dari novel b.m. neh.



Cuma malang sikit sebab apa yang sepatutnya aku bawak dalam Hidden Hill tu dah lari. Lama kelamaan, jujur aku cakap, dah rasa macam cerita magic la plak. Terover masa tu tulis sampai cerita tu dah jadi cam cerita magic. Kawan aku tegur masa tu, aku tersedar jap. Aah, btol cakap dia, dah jadi cam cerita magic, bukan cerita hantu.




Masuk Hidden Hill 6: Broken Melody, aku susun semula jalan cerita dia, kurangkan magic pelik2 ni, dan aku cukup2 la bawak masuk karakter baru dalam novel tu. Dalam novel keenam, aku kumpul balik semua survivor dari Hidden Hill 1 sampai Hidden Hill 5, dan diorang berjuang sama-sama untuk menuntut bela kematian kawan-kawan, keluarga diorang.



Buat masa sekarang, last aku tulis novel Hidden Hill, yang aku ingat lepas matriks kot. Ada mood sket masa tu. Sekarang, projek Hidden Hill tergendala kat Hidden Hill 7: Fallen Memories. Aku masih cuba untuk tulis novel epik macam The Lord of The Rings dan sebagainya, tapi setakat ni belum berjaya.



Aku tengah kembali susun semula karakter dan jalan cerita sebuah novel baru bertemakan magic and myth. Setakat ni, masih ok, tapi semestinya takkan siap buat masa sekarang. Lawak sebenarnya bila tengok balik. Semua novel aku yang siap semuanya novel bahasa inggeris. Takde lagi novel Melayu aku yang siap.



Sejujurnya, bagi aku, novel melayu kita terlalu banyak dengan kebosanan yang nyata. Cerita cinta cinta cinta. Jadi selagi aku belum mampu keluarkan cerita yang cukup kuat, aku takkan tulis sebuah cerita dalam bahasa Melayu. Aku tak nak tambah bilangan cerita Melayu yang membosankan lagi.



Ambik saja contoh novel Faisal Tehrani. Jalan cerita dia cukup bijak, malah lain daripada yang lain. Sayangnya sekarang, Faisal Tehrani, ataupun Dr Faisal Tehrani dah tak masuk untuk hadiah sastera. Kalau tak aku rasa, setiap tahun rangkul juara. 1515 tempat pertama, 1511H Kombat tempat pertama, Detektif Indigo tempat kedua dan Advencer Si Peniup Ney tempat pertama untuk tahun yang sama. Bayangkan, 2 novel tulisan Faisal Tehrani menang hadiah sastera pada tahun yang sama. Kalau dia buat 3, entah2 tiga-tiga semua dia punya.



Tak dinafikan novel2 karya Sri Rahayu Md Yusoff dan ramai lagi penulis lain pun hebat juga. Jalan cerita diorang lain dari yang lain. Tapi kalau nak kelainan yang teramat hebat, baca novel Faisal Tehrani. Paling hebat antara semua novel dia yang pernah menang, mungkin aku bagi kredit kepada novel 1515. Sebabnya, aku boleh kata, kalau orang tak pernah belajar sejarah baca buku tu, orang akan percaya pada buku 1515 tu yang adanya Tun Nyemah yang berlawan dengan Alfonso De Albuquque (tak kesahla ejaan) pastu dia bunuh Alfonso dan seperti dijanjikan dia hantar mayat alfonso balik ke Lisbon.



1515 jugak sebut masa tu Lisbon jadi pekan orang Melayu dengan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Sebab tu la wujudnya ada masyarakat Melayu yang tinggal kat kawasan sana sampai sekarang, cumanya kehilangan budaya dan bangsa.



Melalut la plak kan, cerita pasal novel aku, pastu masuk novel Faisal Tehrani.



Mak aku penah tanya, buat pe tulis novel banyak2 tapi tak hantar untuk publish semua tu, buat sampah ke. Bunyi macam harsh tapi aku belum sedia untuk hantar sebab apa yang aku tulis belum konstruktif. belum kuat. Buat masa sekarang, apa yang aku tulis adalah untuk kepuasan sendiri.



Tipula kalau aku tak rindu era masa aku sangat clear otak aku untuk tulis cerita dan penuh dengan idea yang tak putus2. Cumanya sekarang masa tak mengizinkan.


p.s.: nanti sambung tulis trip ke Greece pulak.

0 comments:

Post a Comment

 

:: Bila Angin Berbicara :: Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates