Thursday, September 15, 2011

0 ~~ Love Post ~~

Wahahaha, tajuk mengada-ngada kan? Takdelah, idop tengah tension neh sebab flight tadi. sekarang ni tgh tunggu nak naik flight, jadi aku update la dulu sementara tu. Dah lama sebenarnya terfikir pasal menda ni, pasal cinta.



Kadang-kadang aku terfikir, wahh seronoknya diorang dah ada kekasih, aku biler lagi? takde ke orang yang jatuh hati pada aku, cakap yang diorang cinta aku etc etc. Fikiran agak liar bila fikir pasal menda ni tapi, tu la. cuma terfikir je la.



Tapi diam-diam sebenarnya, aku dapat tahu jugak, ada rupanya orang yang penah jatuh hati kat aku. Pastu keluar la balik soklan kat diri sendiri kan. Apa yang aku ada yang boleh buatkan orang jatuh cinta? Rupa? Jauh sekali. Gaya? Aku amat simple, tak bergaya langsung. Entah, aku cuma nyatakan apa yang orang sekarang cari. Yang lain2 punya sebab tu, wallahualam.



Kadang-kadang bila dengar orang tu dapat mesej daripada secret admirer, aku jadi envious la plak kan. Waa, aku xde la plak kan orang nak mesej, nak berkenalan etc, lebih2 lagi pompuan. Tapi sebab aku sedar diri, jadi aku xsimpan harapan tinggi pun untuk semua tu.



Dan bila aku tengok balik kat orang2 yang pernah jatuh cinta dengan aku, aku sebenarnya teramat bersyukur walaupun sekarang, xde sorang pun yg jadi milik aku. Sebabnya? Sebab aku rasa sangat beruntung, orang-orang yang pernah jatuh hati kat aku, adalah orang-orang yang punya maruah dan harga diri yang tinggi.



Sebab aku cakap camtu? Kalau ada kes cam aku sebut tadi kan, ada member2 aku yang dapat mesej dari secret admirer, orang-orang yang pernah suka aku smuanya Alhamdulillah tak macam tu. Semuanya Allah kurniakan rasa malu yang tinggi, kefahaman tentang agama yang cukup untuk kenal batas-batas yang tidak merendahkan diri mereka sebagai srikandi di dunia, bidadari di syurga.



Inspirasi perasaan ni aku curahkan dalam lirik lagu aku yang belum siap (aku masih mencari korus lagu tu). Walaupun mungkin aku tak dihujani oleh mesej2 daripada secret admirer tapi aku dihujani oleh cinta-cinta insan yang mendamba cinta syurga daripada cinta dunia.



Aku berbangga dengan mereka yang pernah, masih dan akan mencintai aku, sebab cinta kita hanya untuk Allah S.W.T.. Cinta manusia kita adalah untuk mencari cinta dan reda Allah jua. Aku hadiahkan lagu Wanita daripada Kumpulan De Hearty kepada para Srikandi yang masih tega menjaga iman, maruah dan agama...


p.s: Dan jangan pula, kerana bercinta, kita pun leka entah ke mana, Dan jangan pula, kerana bercinta, tergadai semua maruah agama...

0 comments:

Post a Comment

 

:: Bila Angin Berbicara :: Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates