Nak dijadikan cerita, aku sampai dalam pukul 6.55 am dengan bersemangatnya pergi ke kaunter nak tanya pasal check in. Tengok board dia, bapak terkejut dia tulis "dibatalkan". Mula nak meroyan. Pergi kaunter, tanya diorang, diorang cakap diorang baru dapat tahu sebab flight tu cancel kat kl. sepatutnya flight tu sampai pukul 7.35 am tadi.
Duduk jap, tunggu, tengok keliling, pastu dah semua kerumun kaunter, aku pun pegi sekali. Adeiii, yang ni part paling sakit hati neh. Kaunter ada 3, line beratur ada 5. =.= fuhh memang panasssss jerk.
Dah tu ada mak cik ni, dah la tudung labuh, datang mencelah, "mintak lalu sket, mintak lalu sket." Dengan muke tak bersalahnya, dia mencelah ke tepi potong barisan panjang2. Sorry cakap. Sebab mak cik ni sorang, aku dah pandang orang yang bertudung labuh ni dengan pandangan yang berbeza.
Aku pikir, mak cik ni tak malu ke, pakai tudung labuh, imej islamik habis, tapi dengan rasa tak bersalah, dia potong barisan orang lain yang bapak lama beratur. Ada sorang chinese depan aku dah sakit ati dah tgk orang suka2 hati mencelah potong barisan, dia pergi kaunter sebelah lain.
Pastu sebelah tu plak, ada chinese lagi sorang, memang marah giler tengok orang potong barisan semua, sampai turn pak cik sorang depan dia, dia lompat pegi depan, dia kata, pak cik tu tolong sampai ramai orang nak dapat tiket, dia sorang je. Pastu dia cakap, ramai giler orang lain beratur panjang, tapi senang2 je orang lain dapat kan.
Aku setuju dengan dia. Moral dan ketamadunan masyarakat kita yang bajet penuh dengan luhur ketimuran, is just so sick! Takde maknanya nak agungkan nilai ketimuran kalau ni la ketimuran yang nak diagungkan. Aku rasa, kalau aku jadi orang yang jaga kaunter tu, aku cakap direct je kat pak cik mak cik yang potong tu, "Pak cik, mak cik, sila beratur ikut barisan." Pastu kalau diorang buat bodo, tak yah layan. Bukan apa, perangai masyarakat kita memang perlu dibentuk dengan cara camni.
Ikutkan hati tadi mau je aku sound orang kaunter tu, mintak orang yang dok potong baris tu suruh beratur balik ikut barisan. baru padan muka diorang, dah sampai depan elok2, pegi keluar baris nak potong orang, pastu kena beratur panjang balik. Tapi sebab semua orang kat sini, assabiah diorang tinggi sangat, simpan je la our sense of justice. sabar, dan berharap dapat flight cepat untuk balik.
Sampai je kat kaunter tu, aku gtau akak tu ada urgent matter, nak balik cepat. dia masukkan aku dalam waiting list. Walluahalam sampai pukul berapa baru boleh dapat tempat tapi aku harap, aku dapat flight pukul 10 pagi japgi.
p.s: Mintak-mintak dapat seat untuk flight pukul 10 pagi. amin...
0 comments:
Post a Comment