Nak dijadikan cerita, dalam pukul 12 tadi, kitorang pegi la tunggu bas kat depan kampus tu dengan harapan ada bas nak hantar kitorang balik. Bas banyak giler, tapi semua dok depan kampus tu tak jalan-jalan.
Pastu datang la guard yang jaga kampus tu. Dia cakap, korang kumpul orang ramai-ramai, pastu gtau bas, baru dia hantar semua. Aku dengar je masa tu tp member2 aku dah mula bersuara. Masa tu memang aku pikir, takde gunanya cakap lagi kalau dia dah cakap macam tu. Member aku cakap, kami tunggu dari pukul 10 pagi, takde bas pun yang nak hantar balik hostel etc. Pastu ada yg tambah cakap, macam mana nak set bagi sama kalau kitorang semua bukan dari kelas yang sama. kalau kelas sama pun, bukannya semua orang nak balik pada waktu yg sama. mungkin ada nak pegi makan, pegi beli barang dulu ke.
Tapi pak cik guard tu nak jugak menang. Can't you see how pointless it is? Walaupun apa yang kita cakap tu masuk akal, takde guna jugak. Yang pak cik bawak bas tu plak, rugi minyak bas, penat diorang kalau hantar sikit2 dan sebagainya.
Katakanlah, nak kumpul semua orang serentak kat satu tempat. Satu soalan je, sape yang sabar sangat nak tunggu sekor2 datang berkumpul nak balik asrama? Daripada diorang buang masa tunggu camtu, baik diorang pegi buat menda yang lebey berfaedah. Kalau menunggu orang untuk penuhkan bas tu ambik masa satu jam, tak ke membuang masa namanya tu.
Pada pendapat aku sendiri, salah menda ni jatuh pada pihak pengurusan. Tapi AMBOI! bapak sedap diorang cakap salah pelajar tak ikut jadual. HELLO?? Kitorang ikut jadual kelas kitorang la. Jadah apa nak ikut jadual bas cam hampeh tu? Dah kalau pegi kelas pukul 8, habis pukul 9, takkanlah salah kitorang kalau kitorang nak balik asrama pukul 10 walaupun pada masa yang sama pukul 10 tu, kelas2 lain tak nak balik lagi???
Sekarang ni, silapnya atas pihak pengurusan yang sebenarnya teramat MANJA dan sebenarnya teramat diSAYANGI oleh pihak universiti sampai pelajar hilang suara. Apa silap diorang? Kalau tanya penduduk asrama baru ni, semua orang sebenarnya dah reda dah duduk tempat ni, cumanya, jadual pergerakan bas tu biarla kerap. Sejam sekali ke untuk support perjalanan pergi dan balik.
Kalau kelas pukul 9 pagi, nak berebut naik bas pukul 7 pagi, apa jadah? Apa yang jadi? Bas tu sesak, pastu dah la sedia dua bas je, satu trip plak tu. Bengong takde otak nak pikir ke?
Nombor 2, kalau ikut amanah tugas dan buang rasa empati lain, tak kisahlah, kalau bas tu penuh ke tak, kalau pak cik yang driver tu penat ke tak, kalau dah universiti dah bayar kepada syarikat (guna duit yuran pelajar gak bayar tu!) tu untuk ambik pelajar dan hantar pelajar, jalankanla tugas tu dengan amanah, bukannya dia pun turut sama nak membebel. Duit masuk, kerja tak buat. macam tadi, bas ada berlonggok2 kat depan kampus, semua tak jalan, salahke kalau tolong hantar jap pelajar yang nak pulang ke asrama dengan bas tu? dah namanya duit masuk, kerja tak jalan, duit tu dah duit haaaaaaaa----- Lu pikirlah sendiri.
Kalau nak kira senang, diorang tak kira senang pelajar, tak guna la jadi pelajar kat universiti ni. Setakat ni, memang dah ramai yang menyuarakan rasa tak sabar-sabar diorang untuk tamatkan pengajian secepat mungkin. Ada mulut2 yang dah mula cakap, "kita dah lah penat, tunggu diorang hantar semua, pastu nanti semakin sibuk, nak buat assignment, nak study lagi, pe kes????"
p.s: KEBODOHAN terbesar yang pernah dibuat oleh satu-satu organisasi.
0 comments:
Post a Comment