Sebelum aku tido, aku tengok langit dan aku tengok bulan dan sebutir bintang. Sejak beberapa hari ni, bulan dan bintang ni asyik bersama.
Enti, aku harapkan kita sepertinya. Bersama seperti bulan dan bintang tu. Dalam diam, kita menganyam cinta, bertasbih luhur pada Yang Esa, mohon diberkatinya perhubungan kita, mohon dikurniakan kesabaran dalam setiap usaha kita, mohon dikurniakan keyakinan dalam hati kita, mohon diberikan kejujuran dalam hubungan kita, mohon dilakarkan kepercayaan antara kita, mohon disuburkan dengan keimanan dalam jiwa.
Ya Allah, Tabahkan Hatiku
Ya Allah,
Telah Kautanamkan cintaMu dalam sekuntum mawar merah,
Harumnya, mekarnya menghukum aku untuk terus menyiramnya,
Doaku agar ia tumbuh kekal mekar.
Ya Allah,
Tabahkan hatiku dalam menjaga karenah mawarMu,
Lantaran rapuhnya dia,
Lantaran indahnya dia,
Sukar dipelihara.
Ya Allah,
Tabahkan hatiku menjaganya,
Lantaran tajamnya duri keindahan mawar suci,
Di situlah mahalnya mawar merahMu,
Durinya yang tajam,
Yang sering melukakan itu,
Yang sering melindung itu,
Kerana itu malunya,
Kerana itu maruahnya,
Kerana itu harga dirinya,
Kerana itu aku telah terpaut padanya.
Ya Allah,
Tabahkan hatiku,
Kerana kutahu,
Walaupun kadang-kadang tercucuk durinya,
Di situlah keindahannya,
Mawar merah berduri nyata,
Yang menjadi mahkota keindahannya.
Amin....
Kai
21/10/2010
2.25am
p.s. : Mawar itu indah kerana durinya, tajamnya mencucuk tetapi itulah yang menjadikan mawar itu lebih berharga.
0 comments:
Post a Comment