Sunday, October 24, 2010

0 10 Minutes Retreat

Ok sangat busy sekarang cuba menyiapkan report. Tapi sebab mengantuk (thanks to setan roomate yang buatkan aku asyik terjaga malam semalam) dan sangat takde idea, aku cuba amek masa paling kurang 10 minit untuk isi blog ni sekejap.


Memetik Firman Allah S.W.T. yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka... " (QS At-Taubah: 111)


Menerusi firman ini jelas menunjukkan sebagai umat Islam, kita harus mengabdikan diri kita secara total kepada Allah S.W.T. kerana kita sebagai hamba adalah wajib untuk kita mengikuti perintah dan meninggalkan larangan Allah.


Tapi, masa baca ayat ni, aku terhenti sekejap, berfikir sejenak. Cuba tengok ayat ni. Menunjukkan pengorbanan yang kita lakukan demi Allah. Mengingatkan kita kepada Saidatina Khadijah Khuwailid yang mengorbankan hartanya untuk Islam, tidak lupa kepada Usman bin Affan r.a.


Membeli diri kita merujuk kepada perjuangan kita, merujuk kepada jihad kita, merujuk kepada iman kita. Justeru, aku terfikir. Aku jualkan diri yang bagaimana kepada Allah? Adakah diri aku ni layak dibeli oleh Allah?


Diri yang macam mana kita nak jualkan kepada Allah yang telah menciptakan kita? Yang telah mengurniakan rezeki dan segala yang ada di sekeliling kita? Adakah diri yang penuh dosa noda? Adakah diri yang tidak wujud segelintir rasa syukur dalam hati?


Analoginya sama. Jika kita menjual barang yang tak elok, adakah pembeli tu akan berpuas hati selepas bayaran yang dibuatnya? Apa pembeli tu akan buat bila dia tengok barang yang dibeli dah rosak dan buruk? Paling kurang dia pulangkan, paling teruk anda didakwa, disaman.


Sebagai peringatan bersama, marilah kita bersama-sama membentuk dan menjual barangan yang terbaik untuk dibeli oleh Allah S.W.T. selepas segala harga yang dibayarnya kepada kita, apa kita tidak perlu memberikan yang terbaik kepadaNya?


p.s: Wallahualam...

0 comments:

Post a Comment

 

:: Bila Angin Berbicara :: Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates