Friday, October 22, 2010

0 Bila Kita Sebut Pasal...

Line internet malam ni sangat lambat. Jadi sementara nak tukar lagu kat page, aku nak menulis dulu. Nak diceritakan bagaimana lambat? Nak bukak google pun ambik masa.


Malam ni tak tau nak sentuh pasal apa. Ada yang mintak untuk dituliskan pasal air dan elektrik dan macam-macam lagi. Tapi rasanya elok aku menulis pasal khitbah sebab yang tu aku yang buat janji.


Aku bukan orang yang mahir dalam bahagian ni tapi sikit-sikit bolehlah. Sekadar nak memberi pendedahan kepada yang belum tahu dan nak bagi sedikit ilmu kepada yang bercinta di alam remaja.


Kebetulan pada waktu ni, ada seorang rakan yang sedar, selepas dia bercinta dengan seseorang, dia semakin melupakan rakan-rakan dia. Seperti diheret jauh daripada diorang, kurang dan sebagainya (biasa la, orang kita sekarang bila dah couple, makan nak bersama, semuanya nak bersama).


Tak nak point kan lebih-lebih, sikit cukup. Nak tanya kat sini, mengapa bercouple? Adakah sebab kita terpengaruh dan teringin sebab tengok rakan-rakan lain semuanya dah berdua ke sana sini? Atau adakah sebab kita yakin yang dia adalah "the one" untuk kita? Kalau dia "the one" untuk kita, dia sayang kita je ke? Pernah tak dia fikir orang-orang di sekeliling kita?


Rasanya tu dah cukup banyak persoalan untuk kita tanya pada diri kita. Kalau dia sayang kita, dia seharusnya sayang orang kat sekeliling kita jugak kan? Dia mesti fikir pasal orang sekeliling kita jugak kan. Kalau setiap hari, dia asyik heret kita merata, sampai hubungan kita dengan kawan-kawan renggang, that is selfish.


Apa-apa pun, tu bukan point kat sini. Point kat sini, bila kita suka seseorang, jangan nak tackle dia ataupun jangan cuba dapatkan untuk jadikan dia kekasih anda. Tapi idamkan dia sebagai suami atau isteri anda.


Mengapa?


Eh, tak nak lah. nanti orang cakap aku gatal.


Eh please ok. Lagi gatal ko anggap dia sebagai kekasih ko. Dok heret ke sana ke mari, suke ihik, suke ehak, suke ehuk, macam-macam. -.-


Bila kita idamkan seseorang sebagai pasangan hidup, kita tahu kita nak yang terbaik. Betul kan? Bila kita inginkan yang terbaik, kita akan lebih teliti dalam pertimbangan dan bukannya ikut nafsu muda semata.


Bila kita nak yang terbaik, kita akan cuba menjadi yang terbaik, berubah diri kita demi untuk mendapatkan yang terbaik. Betul kan?


Bila kita dah mula jatuh hati, tetapkan hati. Dan mulakan solat istikharah. Sehingga Allah bagi ketetapan dalam hati, masa ni, yakinkan diri untuk khitbah. Apa tu? Macam tak pernah dengar je. Macam-macam.


Khitbah ni maknanya melamar. Secara Islamnya, teramat mudah kita nak bertunang. Cuma disebabkan adat dan sebagainya, benda jadi rumit. Dalam Islam, anda sah sebagai tunang seseorang jika:


A: awak, saya nak awak jadi isteri saya. Awak sudi tak?
B: saya sudi.

Jeng! Jeng! Jeng!


Ya! Anda sudah bertunang! Tahniah!


Tapi apa fungsi khitbah ni? Meh nak tanya balik, abeh yang korang gatal bertunang buat hantaran cincin tunang la apa kejadah tu buat pe? Sama la konsep dia.


Cuma yang ni low cost dan kurang hebahan. Sekadar camtu je. Cmne pun, orang tu dah terikat dengan kita dan selagi pihak lelaki tidak memberi izin atau memutuskan pertunangan, wanita tu haram dilamar lelaki lain. Ini disebut dalam hadis Nabi S.A.W:


"Seorang mukmin itu adalah bersaudara atas saudara mukminnya yang lain, justeru adalah haram baginya untuk melamar wanita yang telah dilamar oleh saudaranya."


Seperti yang disebut tadi, khitbah atau bertunang adalah satu fasa dalam hidup yang mana, memberi peluang kepada pihak lelaki dan wanita untuk lebih mengenali antara satu sama lain dan mencari titik sefahaman antara mereka.


Bila kita melamar atau dilamar, kita, seharusnya dah tahu, saat kita lafazkan khitbah dan saat kita menerima khitbah, kita tak bersaksikan oleh orang ramai seperti anggota keluarga dan sahabat handai. Tapi yang menjadi saksi lamaran dan khitbah tersebut tidak lain adalah Allah.


Jadi, at least, bila kita fikir nak berlaku curang, atau bila kita fikir nak buat yang buruk di belakang tunang kita, atau jika kita nak tinggalkan tunang kita dan pergi kat orang lain camtu je, cuma ingat satu je, saksi anda adalah Allah Azza wajalla. Bila bersaksikan Allah, anda telah melamar dan menerima lamaran di hadapannya. Kalau anda tidak berasa malu untuk curang kepada tunang anda, malulah kepada Allah yang telah mengikat tali pertunangan anda.


Jadi, bila sebut khitbah, tanggungjawab dia bukan sikit tapi sekurang-kurangnya, kita dah mula belajar untuk lebih bertanggungjawab sebagai persediaan menuju alam perkahwinan.


Selain daripada tu, ada alternatif lain, iaitu nikah khitbah. Jangan salah faham antara nikah khitbah dan nikah misyar. Dua benda berbeza. Sila search dan anda akan jumpe jawapan.


p.s. : Banyak sangat dah tulis post pasal cintun cintan neh...

0 comments:

Post a Comment

 

:: Bila Angin Berbicara :: Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates