Jadi tepat jam 12 tengah malam semalam, selangkah daripada beribu langkah dalam tahun 2009 telah meninggalkan kita. Kalau kita imbas kembali, bermacam-macam perkara dah berlaku dalam masa setahun lepas.
Tak perlu pergi jauh, mungkin cukup untuk kita lihat pada diri kita sendiri. Aku cuba mengubah kondisi diri aku berbanding 2009. Mungkin itu azam aku. Banyak dalam dunia ni yang perlu kita terokai dan banyak lagi makna kehidupan yang belum kita temui.
Apakah bagi sesetengah individu kehidupan sekadar satu keseronokan? Mengetahui bahawa manusia cuma punya satu nyawa untuk hidup, adakah keseronokan cuba dikecapi oleh sesetengah golongan? Itu hak individu dan aku pasti aku takde hak untuk mempersoalkan, “eh ko ingat hidup ko dah cukup bagus? Berseronok sana, berseronok sini, hedonisme sana, hedonisme sini.” Tak, aku tak punya hak untuk mempersoalkan bagaimana seseorang itu mahu menjalani hidup yang cuma punya sekali sahaja perjalanannya.
Tapi aku pasti dengan satu perkara, iaitu aku punya hak untuk membuat manusia berfikir sejenak dengan perjalanan hidup mereka. Itu hak aku. Kalau selepas fikir, mereka memilih jalan mereka, itu bukan lagi milik aku untuk mencurahkan pemikiran aku.
Bagi aku benar, hidup cuma sekali tapi frasa mahu “enjoy” hidup tidak wujud dalam kamus hidup aku. Perkataan “enjoy” itu sendiri tidak ada pada diri aku. Ok, pada tahap ni, kalau ada orang yang nak anggap aku ni seorang yang membosankan, dipersilakan. Sekali lagi, tu hak korang. Tapi daripada hidup untuk “enjoy”, baik mati, betul tak?
Satu soalan, korang nak “enjoy” mesti nak lari dari masalah kan? Mesti sebab korang bosan kan? Kalau korang mati, mesti takde masalah kan? Mesti tak bosan kan?
Sebab tu aku kata, hidup ni punya banyak makna yang tidak kita temui lagi kerana kita manusia bersikap tidak endah. Melihat hanya perkara di depan mata tanpa mahu berfikir dengan lebih jauh. Bagi insan yang beragama Islam dan bagi aku sendiri, kita punya cara sendiri untuk mengecapi kehidupan dan kita punya cara kita sendiri untuk menyambut sesuatu perayaan. Kita sambut tahun baru, tapi dengan cara kita. Mungkin kita lupa, dalam ghairah kita menyambut tahun baru, pandangan Tuhan tidak pernah beralih daripada kita.
Hindarkan maksiat. Dan sebagai peringatan kepada aku dan korang sekalian, korang kena ingat macam mana keadaannya Acheh. Acheh dahulunya merupakan tempat pertama Islam bertapak di kepulauan Nusantara. Tempat kukuhnya kerajaan Islami suatu ketika dahulu. Tapi disebabkan banyak perkara telah berlaku, Allah tunjukkan kekuasaan akibat perbuatan orang-orangnya dengan menimpakan tsunami. Apakah kita mahu menunjukkan kekufuran dengan cara yang sama? Dengan kalimah astaghfirullah dan na’uzubillah.
0 comments:
Post a Comment