Friday, January 1, 2010

0 Malaysia dan 2020

Dengan hadirnya tahun 2010 tepat jam 12 tengah malam tadi, maka dengan automatiknya hanya tinggal 10 tahun lagi sebelum Malaysia mencapai misi negara iaitu Wawasan 2020. Aku ingat lagi masa belajar sejarah, apa tu Wawasan 2020.

Wawasan 2020 kalau diikutkan dengan apa yang aku pernah belajar, Wawasan 2020 menyatakan Malaysia mahu mencapai status negara maju mengikut acuan sendiri. Bagi aku perkataan belakang, mengikut acuan sendiri, merupakan satu perkataan yang baik.

Pun begitu, jika dilihat keadaan Malaysia sekarang, bagi aku status untuk mencapai negara mengikut acuan sendiri tu takkan tercapai. Mengapa? Kalau korang tengok, mengikut acuan sendiri, adakah benar keadaan Malaysia sekarang cuba mencapai status negara maju dengan acuan kita?

Apa acuan kita? Apa penanda aras kita untuk mencapai status tersebut? Kita seperti tiada penanda yang menunjukkan kita benar-benar mengikut acuan kita sendiri.

Aku puji Iran kerana tidak betah tunduk dengan Amerika dan bagi aku, tu salah satu contoh yang menunjukkan Iran sebenarnya mahu mencapai kehebatan dari acuan mereka sendiri. Tapi kita?

Banyak persoalan yang perlu diunjurkan sebenarnya. Tapi mungkin kita harus mengkaji semula ciri-ciri Wawasan 2020 yang pernah ditetapkan. Apakah definisi negara maju?

Negara maju bermaksud negara yang rakyatnya mencapai kesejahteraan dan kualiti hidup yang tinggi. Negara maju diukur dengan indikator:

1. Pendapatan perkapita

2. Jumlah penduduk miskin

3. Taraf pengangguran

4. Angka kematian bayi dan ibu melahirkan

5. Jumlah penduduk yang berpendidikan/tahu membaca dan menulis

6. Taraf pendidikan

7. Pengeluaran

8. Kesihatan

Selain itu, masih terdapat banyak lagi penanda aras bagi mencapai negara maju. Ciri-ciri negara maju pula ialah:

1. Pertanian termasuk peternakan dan perikanan untuk industri, dijual, dieksport.

2. Aktiviti ekonomi menggunakan sarana dan prasarana modern.

3. Perkembangan ilmu pengetahuan dan teknologi yang berteraskan industri secara cepat.

4. Pendapatan rata-rata penduduk tinggi.

5. Pendidikan dan keterampilan penduduk cukup tinggi.

6. Sifat kemandirian masyarakatnya tinggi.

7. Tidak tergantung pada alam.

8. Tingkat pertumbuhan penduduk rendah

9. Angka harapan hidup tinggi.

10. Intensiti mobiliti tinggi.

Kita mungkin boleh mencapai negara maju bagi aku, tapi dengan acuan sendiri merupakan sesuatu yang tidak aku yakin. Bagi aku, negara maju perlu seimbang antara kemajuan negaranya, taraf hidup rakyatnya serta sahsiah dan peribadi masyarakatnya. Dengan rakyat yang terikut-ikut dengan kehidupan ala barat yang sebenarnya dicipta sendiri (ulasan akan dibuat kemudian), Malaysia akan mencapai negara maju yang pincang sahsiah rakyatnya.

(Sumber: http://www.crayonpedia.org/mw/BSE:Negara_Maju_dan_Negara_Berkembang_9.1_(BAB_1) )

0 comments:

Post a Comment

 

:: Bila Angin Berbicara :: Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates