Friday, January 29, 2010

0 Selsema + Tak Sihat + Takde Sore + Ada je Masalah = ???

Lama sudah aku rasa aku tak isi ruang blog ni. Tapi malam ni rasanya macam perlu je untuk aku tulis sesuatu. Kalau korang baca, baca arr. Aku tak kisah pun. Aku bukan jenis yang suka mengamuk, geram, marah, mengutuk, mengumpat, mencaci, maki hamun orang sesuka hati. Tapi bila ada orang yang dah mula langgar limit tu, mahu tak mahu, kena jugak aku bersuara kan. Pun aku rasa aku masih dalam keadaan waras yang mampu mengawal diri aku. Jadi aku anggap cukup hebat aku boleh kawal perasaan aku. Jadi tolong hargai sebab korang takkan suka kalau benda ni keluar sendiri dari mulut aku. Jadi baca je la.

So, malam ni patutnya ada meeting bebudak laki kos aku. Pagi tadi semua dengan semangatnya, “weh khairi, bila nak bincang pasal pengurusan taman? Yang pecah kumpulan lelaki pompuan tu.” Aku dengan selambanya jawab, sebab cara aku suka demokrasi, maksud aku, pilih berdasarkan suara majoriti, “korang nak bila, decide la, aku tak kesah.” Pastu mulut-mulut keluar cakap, malam ni arr pukul 10 malam. Aku pun cakap ok. Jadi mulalah jeritan-jeritan monyet, “Weh malam ni pukul 10 malam tau kat bawah blok.”

Sampai dalam bas nak balik umk dari ipkb pun ada lagi jeritan-jeritan, “Weh malam ni datang bawak info, jangan melenggang je.” Aku buat dunno je. Masa tu pun aku dah mesej beberapa yang mungkin tak dapat info, “turun pukul 10 malam ni, bla bla bla.”

Cukup jelas rasanya pukul 10 malam aku tulis kat situ. Melainkan ada yang tak perasaan. Sebab penat sangat ari ni, petang tadi tertido. Lepas maghrib, dapat mesej, “malam ni pukul 9 ke 10?” Aku pun reply je la, “10”. Pastu tanya lagi, ada cakap pukul 9. Aku pun tanya sapa cakap, pastu bla bla bla. Aku pun mesej orang tu, “malam ni pukul 10 eh.” Pastu dapat reply, “bukan pukul 9 ke?” Aku cakap balik, aku dah inform orang lain pukul 10 bla bla bla. Pastu tanya nak makan sekali, bla bla bla. Aku pun cakap, aku dah janji dengan roommate aku sebab aku dah cakap dengan roommate aku hari ni makan awal, aku ada discussion pukul 10. Dia pun cakap ok. Kira dah janji la tu kan. Pastu diorang pun kata ok.

Keluar aku gi makan, balik agak awal arr, nak cari info tambahan. Tepat pukul 10, aku turun. Aik, takde orang. Naik balik. Sambung skype, kebetulan tengah bincang isu panas. Pastu lari jap turun, aik, takde jugak. Aku pegi cek bilik bebudak ni, tak kunci tapi kosong dan gelap. Masuk bilik, sambung skype balik. Pastu kuar, cek bilik diorang lagi, aik, tak balik lagi. Dekat 10.30 dah. Pastu dapat mesej daripada sorang ni, “Where’s everyone?” Aku masa pun turun buat kali ketiga, aku reply, “I’m wondering myself.” Pastu aku cuba mesej bebudak neh. Aduhai, diorang jawab, “kitorang kat mcd.” Ah sudah. Menyirap jugak darah aku masa tu. McD bukan ada kat sini, pegi kb la maknanya. Pastu dapat mesej dari budak yang tadi, dia cakap dia turun dua kali, pastu tertinggal kunci dalam bilik, sekarang tak leh masuk bilik. Aku pun mesej bebudak yang kat mcd, “sapa lagi dengan korang?” Diorang reply la beberapa nama. Aku pun masa tu, dapat mesej daripada budak yang datang tu, dia cakap dia demam selsema, sekarang tak leh masuk bilik, jadi macam orang takde bilik merantau. Kesian aku dengar. Aku reply balik kat bebudak tu, “aku tak kisah. Kesian kat budak ni arr turun 2 kali, pastu terkunci kat luar.”

Pastu diorang cakap pukul 11, cakap kejap eh, on the way balik etc etc. Aku malas nak marah-marah sebab aku bukan jenis camtu. Dan aku rasa aku orang yang paling terkawal emosinya setakat ni. Tambah-tambah, sekarang aku pun tak berapa sihat. Dan aku tak kesah jugak diorang nak pegi mcd ke apa, asalkan, inform la dulu kan. Tak ke menyusahkan sekarang. Kalau melibatkan diorang je takpe, ni dah melibatkan orang lain sekali.

Tak tahulah, malas nak cakap banyak, Fikir la sendiri. Yang penting inform, kalau nak lewat sikit. Aku takde masalah. Takde la aku nak kena makan tergopoh gapah (tak ingat dah rasa apa nasi goreng aku tadi). Bila tak diinform, ni la jadinya. Semudah menghantar mesej, “kitorang nak gi mcd, jadi kita start lambat sket boley?” Aku no hal. Ke korang risau aku terasa tak ajak aku makan mcd? Aku tak kesah la korang makan apa pun, sebab prioriti aku sekarang keje tu, bukannya makan. McD pun bukannya aku berkenan sangat nak makan selalu. Seingat aku balik cuti panjang, sekali je aku makan mcd, tu pun sebab akak aku beli prosperity burger dan malam tu tak masak.

p.s : Haihhhh..... Tak pe lah. Aku tak kesah.

0 comments:

Post a Comment

 

:: Bila Angin Berbicara :: Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates