Aku sebagai penolong yang dilantik semester lepas dah mencadangkan kat ketua kitorang untuk letakkan nota-nota kuliah dalam sebuah blog khas untuk SBN je. Cadangan tu diterima baik oleh ketua tapi tak tahu macam mana dengan bebudak ni kan.
Hari ni, ex-ketua tetiba je dalam kelas mandarin (dengan bangganya) mengumumkan kitorang nak letak nota-nota kuliah dalam blog dan dia ajak bebudak kelas mogok. Ada mula buat pandangan pelik kat aku kan. Haha aku kira apa. Aku cakap kat diorang, kalau korang nak nota amekla.
Okla, kesnya pehal nak bising-bising? Dulu ex-ketua membebel, penatla jadi ketua, bla bla bla. Jadi aku kuarkan idea ni nak ringankan beban ketua baru, ringankan jugak beban bendahari, tak payah pening-pening kutip duit kan? Jadi takkan tak puas ati kot, dulu dia kena buat keje banyak ketua sekarang keje sikit?
Lagi satu, aku nak tunjukkan jugak yang penolong ketua at least ada keje nak buat. Tak gitu? Kalau dalam kelab aku, sampai ada yang persoal, perlu ke orang kedua dalam organisasi ataupun naib presiden? Sebab yang buat keje ketua je. Jadi biarla nampak penolong pun ada keje sebenarnya. Bukan goyang kaki je.
Aku tau xde sape pun nak persoal penolong buat keje ke tak. Janji, nota korang dapat, kelas xde inform etc etc. Dan jugak sebab bukan korang jadi ketua. Haha. Btol kan? kan? Sila mengaku, aku xmarah pun. Haha.
Ikutla kepada korang. Bagi aku, nak nota usaha la. Set satu group 5 orang, sorang print untuk ahli lain fotostat, pastu share bayar. Kan lagi cepat daripada nak dapat satu-satu dari ketua. Silap-silap minggu depan kan? Pikir la sendiri. Huhu.
0 comments:
Post a Comment