Monday, October 12, 2009

0 Trip Kos Etika Profesional

Petang kelmarin sepatutnya kelas Etika Profesional berjalan macam biasa tapi diganti dgn satu trip ke Rumah Anak-Anak Yatim kat area-area sini jugak. Mula-mula nak pergi cam hampeh arr jugak sebab bas yang ada satu je untuk trip kitorg, jadi kena ulang alik dua kali. Group lelaki datang dengan trip kedua. Kitorang tunggu kira lama arr gak sampai aku boleh terlena kejap dan boleh pulak ada orang datang promote broadband kat kitorang.

Bila bas tu sampai, kitorang naik. Nak dijadikan cerita bukannya jauh pun. Cuma diorang ada masalah nak melawat tempat tu sebab lecturer kitorang tak sampai. Jadi tersangkut jap. Dah tu, sampai, takde pulak lecture kitorang bagitau kat mana nak pegi. Jadi kitorang jalan sampai ke asrama anak yatim perempuan. Sampai sana budak perempuan kata tempat ni perempuan punya. Nasib baik ada akak sorang datang bagitau kitorang kena pegi yang bahagian depan tapi jadi keje la pulak nak kena patah balik. Tak kisahlah tu.

Sampai je kat situ, kitorang solat asar dulu. Pastu berkumpul dengar penjelasan daripada lecturer kitorang. Kitorang ditugaskan untuk menemu ramah pelajar-pelajar yang tinggal kat rumah tu. Lepas setiap seorang pelajar kat rumah tu diserahkan kepada setiap seorang kami. Ada yang dapat dua pelajar dan ada yang dapat satu. Aku dapat dua orang tapi sebab ada sorang budak ni tak dapat adik angkat, aku bagila adik angkat aku kat dia. Kesian. Hehe.

Adik yang bersama aku seorang pelajar darjah enam yang berasal dari Jeli. Aku cuba korek sikit demi sedikit rahsia. Terpaksa sebab kena buat report kan. Tapi aku datang ikhlas eh. Risau jugak aku sebab aku takut apa yang aku tanya terlalu jelas tanpa selindung, nanti dia menangis kan. Siapa tahu hati dia. Jadi aku cuba sehalus mungkin tanya dia, dan aku xnak selindung yang aku sebenarnya berdebar sebelum buat temu ramah ni lebih lagi daripada aku handle satu group bebudak dalam program kaunseling kelompok. Sebab aku takut aku menyebabkan dia menangis walaupun aku ada plan nak buat macam tu sebab dengan cara tu, dia akan mula cerita perasaan dan rasa hati dia.

Aku rasa hampa dan kecewa sebab aku tak mampu nak korek rahsia daripada dia. Memang aku cuba tanya soalan demi soalan dan dia lebih banyak tersenyum dan yang paling aku banyak aku perhati pada muka dia ialah mata dia sebab dekat situ, lahir semua perasaan. Mata tu jernih, cukup jernih. Dan aku risau apa yang aku soal mencalarkan kejernihan mata tersebut. Aku risau jugak ada titis-titis air mata.

Aku tanya macam mana kehidupan kat tempat tu. Seringkas “ok” dia menjawab. Aku cuba korek lebih dalam tetapi dia lebih gemar tersenyum tanpa membalas lanjut. Mungkin silap cara aku untuk approach dia. Dan yang lebih aku terkilan, lepas trip tu tamat, aku perhatikan tingkah laku dia dari jarak jauh. Dan hampir semua yang dia cakap kat aku macam semuanya dusta. Dia duduk dalam group kawan-kawan dia tapi dia lebih gemar berdiam diri dan tidak berbual dengan rakan-rakannya langsung. Masa tu baru aku rasa sedih, sayu, pedih. Macam ada satu aura yang transfer perasaan tu kat aku.

Dan aku tidak malu mengatakan aku hampir menangis masa dia datang salam dengan aku. Satu sebab aku tahu aku tak menjalankan tugas yang lecturer aku tu bagi dengan baik dan kedua sebab aku tahu aku tak berjaya meyakinkan dia bahawa ada orang yang masih sudi untuk mendengar keperitan hidup dia sehingga dia tak dapat nak tonjolkan perasaan dia masa berada dengan aku. Dan aku rasa macam nak menangis jugak sebab aku sedar yang dia sebenarnya masih tak dapat sesuaikan diri dia walaupun dia kata dia dah sesuaikan diri.

Keseluruhannya aku gagal memenuhi apa yang sepatutnya aku lakukan. Dan aku masih terkilan dengan apa yang berlaku semalam. Mungkin aku patut berbual balik dengan dia walaupun lepas perbincangan tamat. Tapi jujur aku cakap, aku dah habis idea. Semoga Allah melindungi anak yatim tersebut, mohamad hamdan. Amin...

0 comments:

Post a Comment

 

:: Bila Angin Berbicara :: Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates